Tahun 2012, saya meletakkan beberapa sasaran untuk dicapai. Semuanya adalah berkaitan keluarga dan kerja semata, yang mana, Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya masih tetap akan menjadi keutamaan saya..
.
Sejujurnya, banyak rasa bersalah menghantui jiwa kerana usaha untuk pemulihan Rayyan Ariff tidak lagi segigih dahulu.. Saya tewas dengan keadaan dan Rayyan Ariff menjadi mangsa.. Tempoh kehamilan dan berpantang yang meragut kesihatan badan menjadi penyumbang utama.. Seterusnya, pembedahan pada lutut En.Hubby juga menjadi faktor..
Makanya, tahun ini, fokus saya adalah untuk Rayyan Ariff kerna saya tersangat ingin melihat anak ini menapak dengan sendirinya tanpa bantuan.. Tambahan pula, dia sudah bisa berdiri tanpa berpegang kepada sesuatu untuk beberapa saat. Makanya saya tahu, saya perlu memberi lebih tumpuan kepada daya keseimbangan badannya untuk membolehkan dia berjalan..
Selebihnya, saya mahu kembali menjadikan aktiviti berenang sebagai rutin mingguan Rayyan Ariff.. Dan di sinilah kelebihan rumah sekarang yang mana kolam renang hanya di depan mata.. Semoga tahap kesihatan Rayyan Ariff 'mengizinkan' untuk saya lakukan semua ini..
Yang pasti, saya juga perlu kembali menggiatkan usaha untuk menaikkan tahap pendengaran dan pertuturan Rayyan Ariff.. Semoga jiwa ini akan cukup 'kering' dan tegar untuk mendengar tangisan anak yang sangat tidak menyukai alat bantu pendengaran dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya..
Saya juga mahu mula membuat persediaan untuk pendidikan khas Rayyan Ariff kerna tahun hadapan, dia bakal menginjak ke usia 5 tahun.. Makanya saya harus serius merangka pelan pendidikan Rayyan Ariff dari sekarang. Jujur saya katakan, buat masa ini saya masih 'kosong' tentang halatuju pendidikan Rayyan Ariff. Mungkin tiba masanya untuk saya mengambil pendekatan yang lebih proaktif. InsyaAllah, akan saya rangkakan segalanya kelak..
Banyak perancangan untuk Rayyan Ariff bukan? Bagaimana pula dengan Rifa Aleesya.. Begitulah berbezanya keadaan dan cara yang perlu diberi dalam membesar dan mendidik dua anak yang sangat berbeza dari segi keperluan.. InsyaAllah, dalam setiap tumpuan yang diberikan kepada Rayyan Ariff, saya akan pastikan Rifa Aleesya akan turut serta agar dia tidak tersisih dan untuk membiasakan dia tentang keadaan abangnya..
Untuk Rifa Aleesya juga akan saya praktikkan cara yang sama seperti mana saya membentuk Rayyan Ariff. Cuba bayangkan, untuk seorang anak yang mengalami kecederaan otak yang teruk namun setelah di ajar mampu untuk ke tahap ini, apa lagi untuk seorang anak yang tipikal asal kejadiannya.. Semoga Rifa Aleesya akan terus membesar menjadi anak yang sihat fizikal dan mental serta tinggi sahsiah dan pekertinya.. Aminnn
Jiwa Mama.. Mata lalok penangan hisap jari.. :-)
.Cinta Mama.. Mata bulat pipi tembun..
.
.
Dua beradik memakai pyjama yang sama.. Adik jiwa mama, Abang cinta mama.. Jiwa yang tiada cinta adalah kosong dan mati manakala cinta takkan wujud tanpa adanya jiwa.. Mama sayang kalian!
Ya Allah, permudahkanlah setiap satunya urusan kami.. Aminnnnn..
9 comments:
jiey
Allah akan bantu jiey..jangan putus berharap ,,.jangan putus berdoa.smg ALLAH permudahkan utk jiey & keluarga..
amin :)
comeinya rifa! geram tgk dia isap jari tu.
btw, ni link blog baru ye
http://myextralovelylife.blogspot.com/
insyaALLAH kita cuma doakan kesihatan Jie utk sentiasa sihat supaya Jie boleh handle dua anak ini. dan insyaALLAH juga Rifa Aleesya akan membesar dan sama-sama meringankan bebanan awak Jie. terusik jiwa kita membaca blog Jie ni, cabarannya lebih hebat daripada kita. bertabah mama Jie ;)
InsyaAllah,wah bagus recycle baju!! budak kecik nye baju semua leh paki laki pompuan
Sabar ya.. Allah lebih mengetahui segala perancangan-Nya.
semoga dimudahkan segala urusan...
jiey....terharu....moga jiey dapat lakukan yg terbaik...sekali tgk raut wajah rifa sama cam rayyan waktu kecik dulu....
jiey...muka dua beradik ni same kn mase kecik... even sorg lelaki n sorg pompuan..
dah lama tak mengikuti cerita puan. tahniah utk kelahiran anak ke 2.
Vitamin Ibu Menyusu
Post a Comment