Wednesday, February 22, 2017

Hobi makcik-makcik~

Menghias rumah! Betul ke, betul? Hahahha.. Betul lah tu.. 
Memang bebel lah laki tiap kali ada benda baru sampai.
Tapi dah janji dah setakat ni takde dah.. Hehek.
Yang kecik-kecik aje pulak.. Ehhh ada lagi.. Hahahhah..

Nampak hat 2 ketul tu, cap Ikea! Kahhhhh

Meja makan putih ni memang jenuh nak mendapat.. Merata cari.. Mula2 ingat nak kerusi kayu putih. Sampai ke sudah tak jumpa yang 8 kerusi. (Bukan takde actually, tapi mostly kena tunggu. Mak nak ready stock. Rakus kan).. Meja bar tu drpd ikea jugak. Bar stool tu pulak beli kat Lazada aje..

Finally after more than 2 years ber YLEO, ada jugak rezeki nak ber display rack yang ada barang-barang YL. Suka ke, suka? Sukaaa sangat.. Tu semua tu diffusers and some of produk2 YL.. Terang mata tengok rak ni..

Rak ni beli kat Lazada. Then self assemble..

Konon gila putih kan, fridge pun sauk warna putih jugak. Fridge ni beli baru sbb rumah lama kami bagi sewa fully furnished. Tu yang semua barang rumah bagi skali dengan rumah..

Rak ni made from Ikea. Carpet dgn frame ayat Quran tu Nilai 3 mari.. Memang murah la karpet dia. Total yang dengan depan TV, meja makan, hall atas n yang ni, RM1.8K. Dah la jenis karpet tebal, benang rapat tu.. Memang tak kumpul habuk..

Ni betul2 depan pintu masuk. Tatau la kenapa nak kena ada mainan ni.. Hahahhahah

Haa ni nak tunjuk.. Tak kira la cemana bersiap, depan ni mmg jadi tempat budak pompuan ni buat port main masak2 kekdahnya. Tatau la nape. 

Ni mak yang gila trolls. Maka mak beli untuk anak..

Kerusi cap Ikea, rak TV cap Cavenzi - display punya set, RM150 aje. Stock clearance sebab Cavenzi Bandar Baru Ampang nak tutup. Nak bukak kat Fajar Pandan Indah tu. Cuma condition lari sikit la. Kami beli wallpaper putih then tampal aje kat situ.. Elok takde cacat cela dah.. Hahhaha..

Ni part of cabinet barang2 office.. Kata SOHO kan.. Heheheh.. Rak again, Ikea mari..

Semua Ikea lah. Senang nak membeli, Rak laci kecik2 tu letak stok EO. Ni kiranya 1st floor. Sblh tangga nak naik 2nd Floor

Ni office kat 2nd Floor. Kemas? Yea kemas sebab ni bukan office aku. Hehek. Ni office staff aka PA aka adik aku. Kat atas sekali ni ada 3 bilik, 1 master bedroom ni aku buat office/training room/ guest room. 3 in 1. Semua haruk.

Kan dah kata tadi guest room pun iyea. Maka letak la sofa bed cap Ikea sekali dengan meja Ikea kat sini. Hahahhaha.. Ni masa awal2 dulu, rak atas tu pun tak penuh. Now dah penuh dah..

Kelas pertama yang aku buat dekat rumah ni.. Ni bilik yang sama la yang korang tengok kat atas ni.. Kan dah kata, training room/office/guest room. Semua tapau.

Meeting dengan AJK group aku masa kami buat family day itu hari.. Pun sama buat kat bilik ni jugak. Floor ni ada 2 bilik lagi. 1 bibik duduk, 1 lagi adik aku..

Ni plak Master Bedroom kat 1st floor. Saje aku dok kat Master bedroom floor ni, sakit lutut weh nak naik 1 lagi floor, Then 1 lagi bilik kat floor ni untuk anak-anak share, then mak aku tentu2 la bilik kat Ground Floor. 

Bilik tido aku ni, luas dia sama aje dgn training room kat atas tu. Mmg tahap bleh muat 3 king size beds. Tapi aku minimize dengan tak letak banyak barang coz kat sini jugak aku terapikan anak-anak. Braingym tak braingym, semua kat sini..

Ni plak bilik 2 beradik tu.. Ada rak ikea berlaci tu 3 buat isi mainan. Lepas tu rak kat kepala katil tu, katil 2 bijik, lemari 2 bijik n penyidai baju. Minimalis kiranya.  

Bilik air bebudak. Memang duta kecik Young Living la deme ni.. In Fact, satu rumah pun. Hehehehhe..

Itu aje pun setakat ni. Dah mula duduk since Dec last year. Tapi so far masih la on and off dengan duduk Sungai Petani. Nanti dah balik duduk for good, mau kurus lah main turun naik. Hehek. Kan dah kata, ni hobi makcik-makcik. Beria okay pegi Nilai 3 tempah langsir instant tu dengan pegi Baryali carpet bagai. Hehek. 

Dah, nak tido! 

Tuesday, January 3, 2017

Penting ke tauliah seorang juruterapi kalau ada great testimonials?

Ini Rayyan Ariff di awal tempoh kelahiran.


Doktor-doktor yang merawat dia dan saya, datangnya daripada hospital ternama dan nama besar dalam dunia perubatan.

Mereka senaraikan setiap satunya kemungkinan untuk kami hadam.

Dia mungkin tidak akan survive selepas dilahirkan. Kalau survive,
Dia mungkin tidak dapat mendengar. True enough, dia gagal ujian pendengaran.
Dia mungkin tidak dapat melihat kerana separuh daripada saraf matanya sudah rosak, optic disc dia juga pucat.
Dia mungkin terbaring kaku tanpa apa2 kebolehan hatta mengenali kami sebagai ibubapanya.

Atas dasar tanggungjawab, kami tidak duduk dan terima. Kami teruskan dengan terapi dan stimulasi. 5 tahun pertama kehidupan, terapi dan rawatan adalah 90% daripada doktor di hospital ternama dan daripada juruterapi bertauliah (mungkin, walau saya tak pernah lihat sijil mereka tapi memandangkan mereka bekerja di hospital ternama, mungkin lah mungkin.

5 tahun pertama, keluar masuk hospital dan masih belum berjalan. Sering sakit dan sebagainya. Recurrent infections. Hati saya pecah berulangkali melihatkan anak yang terlantar. Saya tekad keluar daripada kebergantungan kepada rawatan moden semata. Saya tekad mencuba rawatan alternatif.

Orang yang membuka mata saya adalah Kak Khairun Darwani Khairuddin. Dia kenalkan saya kepada rawatan stimulaterapi di bawah Kak Ija. Saya cuba. Berulang-alik Ampang - Port Klang - Bukit Kiara - Port Klang - Ampang, sebelum beralih ke Alam impian. Hampir setahun hidup di jalanan, buka puasa bukan di rumah sendiri. Ah kenangan.

Waktu itu, physiotherapist bertauliah Rayyan Ariff katakan pada kami, Kalaulah Rayyan boleh berjalan suatu masa nanti, ia akan mengambil masa yang sangat lamaaaaa untuk berlaku. Rayyan ada athethosis. Ketidakupayaan otak mengawal badan dan menyebabkan pergerakan tanpa kawalan pada tubuh. Saya sedih. Saya penat. Saya cuba macam2 tapi ini perkhabaran yang yang saya terima.

Kak Ija yang bukan physiotherapist bertauliah terus memberi semangat. InShaaAllah Rayyan boleh berjalan. Kata dia. True enough, 5 bulan selepas itu dia boleh berjalan.

Dari segi pertuturan, jauhnya Rayyan Ariff untuk mengeluarkan bunyi. Apa lagi mahu bercakap. Dirisik dan ditanya pada juruterapi bertauliah juga ada yang telan liur. Maklumlah, umur 8 tahun baru mahu diperkenalkan kembali dengan hearing aids dan mula balik dari awal. Agak terlambat. Kata mereka. Umur 8 tahun bai. Bukan 8 bulan.

Ada seorang juruterapi namanya Mr Mano, kata dia, there will always be hope for a child until the mother stop trying. Dia terima anak ini, dia latih. Datang dia setiap hari ke rumah sewa kami di Bandar Laguna Merbok untuk terapi anak ini. Yea hampir setiap hari. Saya tidak tahu dia ada sijil atau pun tidak. Tapi saya tidak kisah.

Sebulan masa berlalu, belum ada perkataan. Tapi sudah ada bunyi. Alhamdulillah.

Semalam bawa dua2 beradik ke klinik pakar kanak2 untuk diperiksa. Si abang batuk2 dan si adik muntah2. Mula2 si adik yang diperiksa, sewaktu doktor sebut Aaa dan minta membuka mulut, si abang yg sedang duduk bermain di satu sudut yang terlebih membuka mulut dan menyebut Aaa.

Bila tiba giliran si abang, dengan hanya satu arahan, abang membuka seluas-luas mulutnya dan menyebut Aaa sehabis kuat. Senang tugas Dr mahu memeriksa tekaknya. Kalau dulu, siap berjolok bagai pun belum tentu nampak sebab dia tak faham arahan. Digigit lagi kayu Dr tu adalah. Apalagi mahu keluarkan bunyi. Kawan2 tahu kan anak ini mamat senyum sahaja? Tak ada bunyi langsung.

Hasil sebulan berterapi. Alhamdulillah. Maka, tak kisahlah ada sijil atau pun tidak. Saya okay. Tuhan anugerahkan manusia dengan kebolehan yg pelbagai. Bomoh patah atau mak bidan zaman dulu2 pun tak ada sijil kan?

Sekian.

Saya,
Ibu kepada anak Alobar Holoprosencephaly yang juga menggunakan Young Living Essential Oils.

Tuesday, December 27, 2016

Raya comes early..

Alhamdulillah.
Raya awal cik puteri kita.

Thank you YLMY, thank you oil squads; Upliners, Touch One and Touch of Oils, thank you families and friends.

Loads of love!! 😘😘😘






#younglivingdiamond
#younglivingmalaysia
#younglivingessentialoils

Friday, October 28, 2016

Kenapa pilih Young Living Essential Oils? Meh kita tengok ladang depa~

Alhamdulillah, rezeki melalui Young Living Essential Oils, dapat menjejakkan kaki kali pertama ke negara Uncle Sam pada Gold Retreat yang berlangsung lebih kurang 3 bulan lepas di Spokane.

Bila sampai kat sana, seriously jatuh cinta dengan orang-orang di sana. Friendly diorang. Rajin bertegur dengan kita ni. Jauhlah dengan apa yang kita tengok dan baca dalam Internet tu. Hilang rasa takut. Mungkin sebab Spokane bandar kecik, maka lainlah kot pesen deme. Menyapa sana sini. 

Kat sana, kedai pukul 730pm dah tutup dah. Memang tak menyempatlah nak membeli. 

Kami stay di The Davenport Grand Hotel. Dua katil queen, dok sorang2.. Siap main pilih-pilih malam ni nak tido katil mana, malam esok nak tido katil mana..

Platinum, Platinum and Diamond Leaders from Malaysia at Spokane, Washington, US

Good morning Spokane! Kat sana pukul 6am tu dah terang benderang macam pukul 8am kat sini..

Tuan tanah enterprame lagi.. 

Water rafting

Di sana, saya berpeluang menjejak kaki ke dua ladang Young Living. Satu St Mary, Idaho dan lagi satu di Highland Flats. So, apa take up kita daripada sana?

Saya benar-benar melihat proses "Seed to Seal" yang djanjikan oleh Young Living dihadapan mata saya sendiri. 

They practice what they preach; Seed to Seal.
Daripada pilih benih smpi la ke botolkan.

Saya tak cerita secara details on distillation process one by one yea. Yg tu sesape berminat google aje. Ni just some highlights drpd apa yg kami dpt melalui peluang ke ladang YL tempoh hari.

Seed.
Cultivate.
Distill.
Test.
Seal.

Seed: biji benih dan anak pokok dipilih dengan tangan. Pilih quality yg terbaik la senang cerita. Spesis pokok pn kena kenalpasti. Kang silap tanam jenis Lavender contohnya, haruuu..


Pokok Idaho Blue Spruce. Cantik gila kat luar!

Cultivate: Ladang di mana benih ni ditanam, tak guna baja drpd bahan kimia langsung. Apalagi racun perosak bagai. Depa guna ayam, ikan, atau pun lebihan pokok tu sdr dijadikan baja balik. Pokok2 yg ditanam ni dijaga bak menatang minyak yg penuh korang. Macam cth, org2 drpd Mexico datang bekerja di ladang YL, sehari spent 12-13 jam cabut weed. Weed ni tumbuhan liar/perumah yg tumbuh dekat2 pokok yg kita tanam ty. So kita kena buang takmo weed ni berebut khasiat dengan pokok2 kita. Kenapa kita nakkan yang natural semata? Bila natural, sifat pokok macam kemampuan melawan jangkitan dan sebagainya, lg up dan pure gitu. More therapeutic bahasa mudahnya. Ladang YL ni pun jauh letaknya di pedalaman. Again, nak yg natural n jauh drpd pencemaran.

Ni antara orang Mexico yang ada hari tu..

Distillation: Cara nak harvest pun kena jaga. Macam cth Melissa, nama pun lembut so kena la handle with care. Once broken considered sold. Eh tipu. Handle with care sbb bila tuai takleh kena tanah. So extra hati-hatilah korang. Patut la Melissa EO mahal ehh? Hehek.

Dalam ni diorg letak Idaho Balsam Fir dan pijak beramai-ramai. Heheheheh..

Melissa


Sblm tuai pokok2 utk distill, diorg akan check brick points. Brick test ni nak ukur sugar level tumbuhan tu, nk tgk dh sesuai belum utk distill. Depa test brick point ms sblm harvest, and slps harvest ms dh bawak balik ke tempat distillery. 

Peralatan nk distill pun high tech, bukan besi sesuka hati ntahapapa.. Kalau pki tembaga cthnya, boleh tercemar minyak kita. 

Pokok tu depa masuk dalam periuk besar tu, masak sesedap rasa dengan the right preassure and temperature. Masa pun kena jaga. Mmg ada org yg ada kat situ sepanjang masa utk pantau. Berganti-ganti. Kalau Idaho Balsam Fir tu, yg dh potong tu masuk dlm periuk tu, masuk reramai n pijak-pijak beramai-ramai. Macam pesta pulak. Korang nk rasa? Pegi Winter harvest bulan 1 nanti. Bleh rasa sdr cemana.

Baru2 ni yg tuai Melissa, harvest 55 ekar utk dpt 21kg Melissa EO. Concentrated tak concentrated nya YLEO ni.

Test : Dekat tempat distill tu deme test seround, pastu ada jgk deme bawak ke Salt Lake n test lg. Macam2 test depa buat termasuk composition and purity test cthnya. Lab sdr n 3rd party. Tak lulus kalu, curah blk kat ladang jd baja. Hehek.

Salah satu alat depa guna..

Seal : Botolkan aka seal terus lps distill. Botol deme warna gelap2 sket utk lindungi EO drpd cahaya kan.

Masa kat Highland Flats, depa bg free Idaho Balsam Fir and Idaho Blue spruce. Tiba turn kami, dpt rasa yg raw yg kat bawah dia ada air lagi, atas ada minyak. Nak bagi EO sebotol tak dapat sbb kebetulan botol habis kat visitors sblmnya. Nampak pembalut botol aje. Tak rezeki namanya tu. Tp mmg generous la deme, siap tanya ada botol tak yg diorg bleh isikan minyak. Haruslah tak ada. Jarang nk dpt org berjalan dgn botol kosong 

Proses depa bukan mudah. Quality control pun bukan main. Pilih la YL korang. Hehek. Kalau tak, takkan company ni tahan lebih 20 tahun dah kann??

Alhamdulillah rezeki. Mula dengan pakai untuk anak-anak je, building up the business sampai dapat peluang jejak kaki ke negara Pakcik Sam.

Interested to know more about YLEO? Do PM me at 0172742005. Berminat untuk menjadi ahli? Cuma klik http://yl.pe/42h9. Semudah itu. 

Thursday, October 20, 2016

Bersiaran dari rumah?

Yea bersiaran dari rumah di hari kerja. It's heaven on earth!!
Bezanya, bukan rumah Ampang, rumah SP. Hehehhehe. 
Jauh? Hehehhehe...

Home for 5 months. Daripada berkerak, now dah merelip. Hehehehhe

Alhamdulillah sekali lagi, atas izinNya, saya sekali lagi dalam tempoh bercuti tanpa gaji. Actually I have this idea since 2013 and did discuss it with my ex-boss. Tapi tak materialise. Timing tak kena. Budget tak cukup. Macam-macam lagilah. 

Does it really require lots of money? Yes in our case. When I took 6 months unpaid last time, it took us close to 2 years to "recover". Balance kan balik income vs commitment. Padahal cutinya 6 months aje. Heheheheh.. Sebab? Dalam masa 6 bulan tu kami gandakan effort. Gandakan terapi berbayar dan sebagainya. Sedangkan income sebelah pihak tak masuk. Maka, savings semua habis. Kad kredit semua limit full. In fact, I even took up loan as a back up masa tu. Just in case kan. Mau tak sakit.. 

Sama jugak dengan sekarang. Bila cuti ni, we add so many things up. Apart from the thing that I'm doing for him, His speech therapy pun dah up, dah jadi 6 times a week. Yes, hampir setiap hari kecuali sehari cuti. In the pipeline, InShaaAllah 2 times a week OT and once a week stimulatherapy. Oh hippotherapy aka horse riding jugak.

Dan adik pulak, will be going for reading and swimming class. Takkan abang aje kan? Hehehehe... 

The reason why we are here in SP. He is a man with a golden touch and so they call him.. Semoga dihujung cuti Mama ni, ada words kembali drpd kamu, anak. 

Being me, seumur hidup memang tahu kerja makan gaji sahaja. Business is not my thing and so I said. Tapi Allah SWT buka jalan melalui anak ini. And here I am, able to do this once again. Without having to worry yang nanti it will take us another 2 years untuk cari duit nak recover and balance out income vs commitment. Rezeki anak-anak. 

Syok tak bekerja terikat ni (the one that requires you to stay in the office from 9am-5pm). Tak boleh kata yang I is tak keje sebab memang masih bekerja. Buat order semua. Handle kelas. Sharing session etc still lah kerja jugak kan.. Those that I can do online, mostly. Untuk fizikal stock take, filing and whatnot, I hired a PA for that. Hahahha.. Lega di situ. 

Part yang paling best, ada masa untuk diri sendiri dan untuk anak-anak. Now pagi-pagi bawak anak ke taman, pergi jogging kononnya. Sambil anak main basikal. Then nak minyakkan anak, any time throughout the day pun boleh buat. Bukan malam aje. 

Anak bujang yang selalu perlu "lebih".

Dan lagi satu yang best, bila mana sebut, jom pergi bercuti dekat-dekat bawak anak.. Terus bungkus kain baju and jalan. Tambah pulak laki pun sama tak terikat kan..

Pada saat saya bercadang mahu belikan dia basikal khas yang dia gunakan di sekolah, Rayyan Ariff sebenarnya sudah bisa mengayuh basikal biasa. Dia sendiri meminta untuk menaiki basikal adiknya sewaktu adik enak mengayuh. Okay petang nanti kita beli basikal untuk anak bujang pulak yea..

Indah hidup bila anak-anak di depan mata kan? Ramai juga di kalangan kawan-kawan saya yang memberi cadangan berhenti kerja kepada saya. Terus full swing berbisnes. Tak kurang juga ada yang mengatakan saya tamak bila mana apa yang kami ada sekarang sudah jauh mencukupi. Bukan begitu.

InShaaAllah, doakan kami aje. Tipulah kalau tak mahu. Tapi bukan sekarang. Saya ada alasan saya yng tersendiri. Target saya adalah 2-5 tahun daripada sekarang. As funny as it may sound, but truth is, I do love my job. Though I love my kids more, but I know they are in good hands while I'm at work. Yang sekarang ni nak kick start untuk speech Rayyan Ariff dulu. Once dia dah okay, dah boleh balik KL and terus raikan hidup!

Okay till then. 

Oh, cita-cita baru. Nak update blog setiap hari except for weekend. Doakan. Hopefully there'll be more EO tips here and more stories on my RAs. 

Assalamualaikum. Tata. 

Tuesday, September 6, 2016

Masa TERBAIk utk jadi ahli Young Living Essential Oils

Masa TERBAIk utk jd ahli Young Living Essential Oils.

Utk YL member yg maintain purchase 100pv (+-RM460) sebulan, kami layak dpt gift dalam gambar ni PERCUMA.

Bulan ke tiga Dew Drop Diffuser + Lemon and Lavender EO (MP RM284 NMP RM373.68)
Bulan ke enam everyday oils set (MP RM538 NMP RM767.11)
Bulan ke sembilan, pilihan mana2 3 oils 75pv setiap satu (MP +-RM1013 NMP RM+-1257)
Bulan ke 12, Aria Ultrasonic Diffuser (MP RM920 NMP RM1210.52).

Barang percuma RM2755 ni on top of accumulative points yg korang dpt monthly dan boleh guna utk redeem brg YL tau. Best tak bestnya..

Tapi tapi tapi kan korang, mulai 1 Oktober, semua dalam gambar ni dah tak ada. Hadiah lagi murah dan lagi sedih kisahnya. :sob::sob::sob::sob:

Maka PM skrg utk jd member dan berpeluang menikmati hadiah2 hebat ini. Apa tunggu lagi?0172742005