Telah dilanjutkan usia untuk setahun lagi..
Telah diberikan kesihatan olehNya..
Ini merupaan pemandangan asal Rumah Rayyan apabila dilihat dari ruang tamu. Rumah ini boleh dikatakan di dalam keadaan yang agak teruk sewaktu kali pertama kami datang melihatnya. Kerna itu, kerja-kerja pembaikian major telah dilakukan.
Dan gambar ini diambil sewaktu kami membasuh rumah sebelum berpindah. Kami menukar pintu, tandas di bilik air. Pecahkan pemisah asal dapur basah dan tempat sinki, dan jadikannya satu dapur dengan arch. Kami juga dirikan kabinet dapur berbentuk L.
Lampu hiasan..
Ok Han.. Harap ko puas hati.. Ni je yang aku buat.. Mak tak mampu nak besar-besaran nyah..
.
P/s - Mentang2 member baru beli umah, tak sabor nak decorate la yea.. :P
P/s (2) - Sila abaikan org yg tetiba ada di dalam gambar sewaktu ia dirakam.. :P
Sesi membuli Rayyan Ariff bersama nenek.. Sibuk mahu menanggalkan tudung di kepalanya, makanya terpaksa diumpan dengan minyak Yu Yee.. :P
Muka protes - Tak puas hati!! :P
Umpan dengan rayban ayah plak.. Jahat mama and nenek nih.. :P
Muka mintak dikasihani.. Hehhehe..

Sebakul buah-buahan dan ucapan semoga cepat sembuh dari pejabat..
Tapi kerana menantikan ketibaan doktor yang melakukan pembedahan untuk mendapatkan kebenaran keluar wad, saya hanya dapat keluar pada jam 830pm.
Sakit? Hmm.. sedangkan luka sedikit pun sudah perit, inikan pula bahagian badan kita dikorek-korek dan ditutup dengan 5 jahitan. Jawabnya, sampai sekarang pergerakan agak terbatas.
Hendak mengangkat Rayyan Ariff jauh sekali. Sudahnya, dia hanya bisa diletakkan di ribaan saya. Kasihan anak itu. Seharian kami tidak berjumpa dan kegembiraan jelas terpancar pada wajahnya sewaktu melihat saya.
Rayyan Ariff dikunjungi selsema lagi. Kasihan. Nampaknya, ujian pendengaran yang dijadualkan hari esok akan tertunda lagi. *sigh*
Moga Rayyan Ariff cepat sembuh. Moga saya cepat sembuh. Banyak yang harus kami 'kejar'.. =(
Sepatutnya, kami ke Cherating pada hari ahad nanti bagi menyambut hari ulangtahun saya. Namun terpaksa dibatalkan. Rugi juga apabila mengenangkan bayaran penginapan sudah dijelaskan.. Tapi tidak mengapalah, yang penting sembuh dahulu.


Mulanya, bercadang mahu ke Gedangsa pada hari sabtu nanti.. Walau terpaksa memandu perlahan-lahan namun saya sanggup. Tapi selepas procedure tadi, nampaknya segala perancangan akan terhenti seketika. Tiada open house. Tiada jalan2. Hanya di rumah sahaja. Sementelah hubby juga tidak akan berada di rumah. Outstation lagi.
Looking at the bright side, mujur juga prosedur ini dilakukan segera kerana bahagian dalam sudah bernanah kerana infection.
Belakang sudah terasa tegang, need to stop walau masih banyak yang ingin dikongsi.
P/s - Hanya sempat membaca blog teman2.. Bila kesakitan sudah berkurang, InsyaAllah saya akan tinggalkan jejak.. =)
More on Ian later.. =P
Kerana keistimewaan yang ada pada Rayyan Ariff, setiap pencapaiannya benar-benar mengujakan kami. Tidak terkecuali, pencapaian yang satu ini iaitu bertepuk tangan!
Mungkin ianya kedengaran biasa-biasa sahaja. Namun apa yang dilakukan ini adalah diluar jangkaan kami.
Untuk bertepuk tangan bukanlah satu kesukaran pada Rayyan Ariff. Saya sendiri sudah lupa bilakah kali pertama Rayyan Ariff mampu menepuk tangan kerana sudah lama dia melakukannya.
Bagaimana cara Rayyan Ariff bertepuk tangan? Mudah sahaja tapi haruslah dengan bantuan kami. Apabila kami merapatkan kedua-dua tangannya, dia akan meneruskan perlakuan itu dan turut mengulanginya untuk beberapa kali. Ya, perlu diprovok sebelum dia melakukannya sendiri.
Untuk meminta dia bertepuk tangan pada lagu rakyat seperti "Tepuk Amai Amai" adalah sesuatu yang tidak pernah kami bayangkan akan menjadi nyata. Kerana kami sedia maklum dengan masalah pendengarannya. Kalau telinganya tidak bisa menangkap bunyi dengan baik, tentunya sukar bagi Rayyan Ariff menerima arahan dari lagu berirama itu.
Tanpa mengharapkan apa-apa dari Rayyan Ariff, saya bernyanyi dan mengajar dia bertepuk tangan sesuai dengan lagu yang dialunkan. Saya mengajarnya berkali-kali tanpa jemu sedari awal september. Melihatkan sikapnya yang bersahaja setiap kali saya mendendangkan irama yang sama, ada waktunya saya hampir putus asa.
Sehinggalah seminggu menjelang syawal, saya mengulangi irama yang sama sewaktu Rayyan Ariff berada di satu sudut yang agak jauh dari saya.
" If you're happy and you know it, clap your hands.
If you're happy and you know it, clap your hands.
If you're happy and you know it, then you really ought to show it
If you're happy and you know it, clap your hands. "
Tanpa saya duga, di penghujung lagu, Rayyan Ariff melaga-lagakan kedua-dua tangan kecilnya sambil mengukir senyuman yang manis. Paling mengejutkan, dia melakukannya hanya melalui nyanyian saya. Tanpa perlu saya menunjukkan cara menepuk tangan! Tanpa perlu saya menggerakkan tangannya.
Saya benar-benar gembira. Malamnya, berkali-kali saya cuba memancing Rayyan Ariff untuk menunjukkan kebolehannya yang terkini kepada hubby. Kebanyakan masa, Rayyan ARiff tidak mahu bekerjasama sehinggakan hubby mula mentertawakan saya. Namun apabila menyaksikannya sendiri, hubby juga turut teruja. Seterusnya, hubby pula yang mengajar lagu Tepuk Amai Amai kepada Rayyan Ariff.
Juga mengambil sedikit masa, namun kini Rayyan Ariff sudah mengenali lagu Tepuk Amai Amai pula, walaupun tepukannya tidaklah seghairah apabila mendengar lagu If you're happy and you know it.. Sangat omputih ini budak! :P
Sila abaikan suara mama dan juga nenek; tukang pegang Ian yang seksi itu.. Baru bangun tido.. :P
Rayyan Ariff benar-benar menyedarkan saya bahawa usaha tanpa jemu pasti akan membuahkan hasil. Yang penting, rasa percaya perlu sentiasa ada kerana tiada perkara yang mustahil dengan izinNya. =)
Alhamdulillah..
P/s - Esok akan ke Ampang Puteri untuk membuang Sebaceous Cyst di belakang badan. Harap2 ianya tidak menyakitkan.. =P
Seperti yang saya janjikan, entri ini akan bercerita tentang mengapa saya mengambil keputusan untuk 'menyepi' seketika dari dunia blogging.
Ya, saya gunakan perkataan 'seketika' kerana saya tidak berniat untuk terus 'hilang' dari dunia blogging. Blogging merupakan medan untuk saya melepaskan 'rasa' yang tidak dapat saya zahirkan secara terang-terangan. Blogging juga menemukan saya dengan para ibubapa yang turut berada di dalam perjuangan yang sama di atas nama sebuah cinta. Blogging memberikan ruang untuk saya belajar dan mengutip ilmu dari mereka-mereka yang lebih arif.
Kerana saya, masih bertatih di dalam menempuh alam keibubapaan. Apatah lagi apabila menjadi ibu kepada anak seistimewa Rayyan Ariff..
Bagi menjawab pertanyaan apa yang membawa saya ke bahagian sepi blogging dengan hanya selected readers, salah satu jawapannya ada pada entri ini --> Tidak terlebih berbicara. Ya, orang yang sama yang pernah meluahkan kata-kata bahawa saya adalah seorang yang 'tamak', telah menemukan blog ini.
Saya bukan penakut atau pengecut. Tidak terniat mahu lari darinya. Biarlah andai dia mahu mengeluarkan beribu kata-kata yang menikam jiwa sekalipun, dia tidak akan melumpuhkan semangat saya walau sekelumit pun. Tapi saya akui, ada rasa tidak selesa apabila mengetahui orang yang pernah 'menyerang' saya, dan mungkin akan 'menyerang' lagi, sedang memasuki kehidupan saya dengan membaca coretan-coretan di sini. Maka saya lihat langkah meyepikan diri ini sebagai salah satu cara untuk menyejukkan suasana buat seketika.
Dan yang kedua, kerana ini juga merupakan permintaan seseorang yang rapat dengan saya. Kerana pertalian darah yang ada, saya penuhi permintaan DIA. Walau untuk seketika. Pada saya, segala cerita yang saya coretkan di sini bukanlah untuk membuka pekung di dada. Tiada istilah 'pekung' di sini kerana Rayyan Ariff tidak pernah menjadi pekung dalam hidup kami. Namun apalah daya saya, pendapat saya dan DIA nyata berbeza. Biarkan sahaja.
Saya cukup gembira dan berpuas hati andai catatan di sini menjadi peniup semangat buat ibubapa lain kerana itulah niat saya sewaktu memulakan ruangan Kerna Kasih Kita. Dan berdasarkan komen-komen yang saya terima, Alhamdulillah, kisah Rayyan Ariff mampu menyentuh banyak hati.
Rayyan Ariff adalah kasih saya dan hubby, kerana itulah cerita di sini banyak berkisar tentang dia. Suatu waktu dulu, sewaktu mula2 mendapat perkhabaran tentang kelainan Rayyan Ariff, saya bagaikan hilang arah. Tiada tempat untuk dituju. Segala-galanya hanya berkisarkan tentang kematian dan persediaan ke arah itu. Tiada harapan yang diberikan kepada kami.
Kerana di saat-saat tiada harapan yang diberikan kepada kami, saya mahu kisah Rayyan Ariff memberikan harapan kepada pasangan-pasangan yang lain. Bahawa hidup mati bukan di tangan kita, manusia bisa meramalkan seribu satu perkara namun hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Terasa begitu 'kerdil' apabila saya tidak mampu menjemput semua pembaca-pembaca yang setia mengikuti kisah Rayyan Ariff ke 'ruangan' kami yang tidak seberapa ini. Dan saya masih menerima emel, SMS mahupun mesej melalui facebook agar mengundang mereka ke sini. Tapi apakan daya, ianya terhad hanya untuk 100 pembaca sahaja. Namun janji saya, InsyaAllah saya akan kembali 'membuka' ruangan ini kepada umum apabila keadaan kembali reda.
Moga-moga 'Kasih' kami ini terus menambat banyak hati dan mereka akan melihat kepada pencapaiannya, dan bukanlah semata-mata kepada 'ketidaksempurnaan' pandangan mata manusia.
P/s - Entri seterusnya, pencapaian Ian yang dikesan seminggu sebelum raya.. =)