Tuesday, July 12, 2011

Yes, I'm addicted to my son~

Honestly, sape yang tak addicted dengan anak sendiri kan? :-)
.
Semenjak kehadiran Rayyan Ariff, aktiviti sosial saya memang berkurang, termasuklah upacara berdating bersama Encik Suami tercinta (BTW, Happy befday bang!).
.
Untuk saat berjimba bersama-sama BFFs, saya biasanya akan menjemput mereka makan-makan di rumah. Kalau mahu minum di luar(which is sangat jarang!) , biasanya hanya pada hari Jumaat malam. Sebabnya, hari Sabtu dan Ahad saya ada sepenuh masa untuk bersama putera hati. Kuranglah sedikit rasa bersalah di situ.
=)
.
Sebolehnya, saya tidak mahu meninggalkan Rayyan Ariff untuk satu tempoh yang lama kerna pada saya, selain daripada jam 8am-8pm untuk bekerja, Rayyan Ariff tidak akan faham bahawa saya 'perlu' berada di tempat lain selain daripada rumah.
.
Kali pertama saya meninggalkan Rayyan Ariff untuk tempoh yang lama adalah sewaktu usianya 4 bulan. Saya menghantar Rayyan Ariff ke kampung untuk dijaga oleh emak saya kerna dia tidak dapat datang ke KL kerana waktu itu adalah bulan puasa. Setiap minggu saya akan pulang bersama suami untuk melepas rindu kepada putera hati kami itu.
.
Hari pertama saya meninggalkannya, dia menangis dengan tangisan yang cukup syahdu apabila menjelang waktu maghrib kerana itulah kebiasaan waktu untuk saya tiba di rumah. Setelah diletakkan sehelai kain batik yang punya bau badan saya barulah dia berhenti menangis. Sungguh saya menyesal dengan tindakan meninggalkan dia di sana namun saya tidak punya pilihan dan pada saya, hanya ibubapa sayalah calon terbaik untuk menjadi penjaga sementara Rayyan Ariff memandangkan dia masih terlalu kecil.
.
Rayyan Ariff belajar erti perpisahan untuk kali keduanya sewaktu saya mengambilnya pulang ke KL di saat dia sudah terlalu rapat dengan atuknya. Tangisan anak kecil itu mengiringi perjalanan pulang kami. Saat itu, kami di Rawang buat seketika kerana ibubapa mertua saya mengambil alih tugas menjaga Rayyan Ariff untuk seketika. Saat yang sukar kerana sepanjang malam, Rayyan Ariff akan menangis dan berjaga.. Dia hanya diam di saat kami memperdengarkan rakaman suara Atuk KBnya sahaja. Rapat benar hubungan atuk dan cucu.
.
Seminggu lebih berlalu, barulah Rayyan Ariff kembali OK dan kembali menjadi seorang bayi yang sangat senang di jaga.
.
Seterusnya, saya meninggalkan Rayyan Ariff untuk 1 malam sebelum memulakan cuti tanpa gaji yang mana saya pulang ke kampung untuk sehari semalam sahaja. Tiada ragam dari anak kecil itu kerana jadualnya juga dipenuhi dengan terapi pada hari Sabtu..
.
Seterusnya, sewaktu saya menghadiri majlis perkahwinan teman baik saya di kampung. Teman sama-sama menangis dan teman sama-sama ketawa. Teman yang setia di sisi dari dahulu hingga kini. Kenapa Rayyan Ariff tidak ikut bersama? Kerna dia baru sahaja sembuh daripada episod kesakitan yang panjang lantas saya pulang berseorangan.. :-)
.
Hari pertama, dia baik-baik sahaja.. Namun masuk petang hari kedua, dia mula mengetuk-ngetuk pintu bilik saya meminta saya membuka pintu sambil menyebut Mama. Rindu. Saya tahu itu rindu.
.
Manalah bisa saya berpisah lama dengan permata jiwa yang satu ini setelah setiap indikasi kerinduan yang dia berikan kepada saya di setiap waktu kami berpisah. Kerna itu, saya kegusaran sewaktu dimaklumkan bahawa saya terpaksa ke Perak di atas urusan kerja selama 5 hari pada hujung bulan nanti..
.
Walaupun bilik hotel yang disediakan adalah tersangat selesa dengan dua katil Queen, bibik menunjukkan reaksi kurang senang kerana tidak mahu tidur sebilik dengan Mr. Hubby pada waktu malam. Lagi pula, apabila saya perlu bertugas, takkanlah saya mahu meninggalkan mereka berdua di dalam sebuah bilik. Usah kata bibik, En. Hubby pun tak ingin! Mahu mengambil sebuah lagi bilik, kos akan meningkat.. Ditambah pula dengan bilangan hari di sana. Lagipun, lemak la bibik sebuah bilik mewah untuk dirinya sahaja.. :P
.
Setelah berbincang, kami berkira-kira untuk  menyewa sebuah rumah ataupun homestay yang mana budget yang harus dikeluarkan untuk penginapan adalah RM700++. Masih lagi tinggi namun sekurang-kurangnyanya kami akan mendapat sebuah rumah.. :-)
.
Namun setelah perbincangan lebih lanjut dilakukan, En. Hubby bersetuju bahawa dia sahaja yang akan menjaga Rayyan Ariff yang mana hanya kami bertiga yang akan ke sana. Lagipun, saya hanya bertugas untuk 3 hari sahaja. Oh, lega apabila memikirkan saya tidak perlu berjauhan dengan cinta hati saya.. :-)
.


.
So, bolehlah Mama bekerja dengan tenang dan Ayah & Anak pula, bercuti-cuti Malaysia.. :-)
Bibik? Tunggu Atuk dan Nenek daripada KB.. Diorang nak datang umah sebab ada kenduri kat sini hari Ahad nanti.. :-)
Kesian jugak bibik tak dapat berjimba dengan suami dia kat Shah Alam eventho cuti.. Takpe la.. Sesekali.. :-)

Monday, July 11, 2011

Esok~

Esok adalah hari lahir tuan besar..
Masih merencana tentang sambutannya..
.
Mungkin kita boleh cuba bagi hadiah perfume pula setelah kes perfume pecah dulu? :-P
.

Sunday, July 10, 2011

Menjadi doktor mata secara tidak rasmi?? :-)

Melalui Rayyan Ariff saya banyak belajar dan bersifat lebih mengambil tahu.. 
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang doktor kanak-kanak ataupun pediatrician tidak rasmi,
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang doktor mata ataupun ophthalmologist tidak rasmi,
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang doktor bedah neuro ataupun neurosurgeon tidak rasmi,
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang doktor telinga ataupun ENT tidak rasmi,
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang doktor neuro ataupun neurologist tidak rasmi,
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang audiologist tidak rasmi.. 
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang physiotherapist tidak rasmi.. 
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang occupational therapist tidak rasmi..
Bersama Rayyan Ariff, saya belajar menjadi seorang speech therapist tidak rasmi..
Paling besar, bersama Rayyan Ariffm saya belajar menjadi seorang yang lebih sabar dan mencintai setulus jiwa..
.
Saya hanyalah seorang graduan bidang kewangan yang mengkhusus di dalam bidang analisa pelaburan dan seterusnya berkhidmat di sebuah badan berkanun yang mana saya lebih didedahkan dengan undang-undang dan penguatkuasaan tentang sesebuah pasaran ekonomi.. 
.
Segala terma perubatan yang ada di dalam minda saya kini merupakan perkataan asing yang tidak pernah saya ambil peduli. Namun untuk Rayyan Ariff, saya terpaksa ambil tahu. Untuk Rayyan Ariff, lidah saya mula lembut apabila menyebut pelbagai terma berbelit-belit itu.. Namun ilmu saya masih cetek. Teramat cetek..
.
Umum maklum, diawal kehadirannya, kami dimaklumkan bahawa Rayyan Ariff punya kemungkinan yang tinggi untuk tidak dapat melihat dan mendengar setelah gagal di dalam ujian saringan yang dilakukan oleh para doktor sewaktu dia di NICU dahulu..
.
Saat itu, setiap kali saya menyusukannya dan dia merenung jauh ke wajah saya, hati ini ibarat ditusuk sembilu penuh bisa.. Saya tidak tahu apa imej yang terhasil di penglihatannya.. Nampakkah dia wajah ibunya? Nampakkah dia raut wajah insan yang melahirkan dia? Atau sekadar renungan kosong yang tidak punya apa-apa erti?
.
 Tempoh waktu yang sangat menyakitkan untuk dikenang..
.
Waktu berlalu dan pengesahan sudah pun dibuat oleh doktor pakar bahawa penglihatan Rayyan Ariff adalah baik. Namun melihatkan matanya yang  semakin ketara julingnya, pasti wujud pelbagai persoalan di kotak fikiran.. Tambahan pula, untuk seorang anak kecil dengan keadaan yang istimewa, tiada ujian yang dapat memberikan jawapan yang bersifat definitif. 
.
Lantas saya berbincang dengan neurologist Rayyan Ariff untuk melakukan ujian tidak rasmi ke atas Rayyan Ariff sementara menantikan pertemuannya dengan pakar matanya pada bulan Januari tahun hadapan.
.
Yang pertamanya, untuk menentukan sama ada dia nampak ataupun tidak. Apa yang saya lakukan ialah dengan mengoyakkan kertas tisu putih sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil. Seterusnya, cebisan kertas tisu ini saya letakkan di atas kertas berwarna putih. Hasilnya, dia dapat mengambil setiap satunya cebisan kecil itu.. Alhamdulillah..
.
Yang kedua, untuk melihat sama ada dia mempunyai penglihatan berganda / bertindih dek kerana matanya yang juling.ataupun tidak. Apa yang saya lakukan ialah meletakkan kismis di atas piringnya untuk Rayyan Ariff makan sendiri. Dan saya bersama ayahnya menjadi pemerhati sama ada tangannya tepat mengambil kismis tersebut ataupun sedikit tersasar kerana koordinasi tangan dan mata yang tidak baik disebabkan juling yang mengakibatkan double vision.
.
Hasilnya? Mula-mula, sebiji kismis yang diletakkan di piring 'selamat' diambil dan dimasukkan ke mulut dengan jayanya. Seterusnya, dua biji kismis yang diletakkan berdekatan di antara satu sama lain, masih berjaya diambil dan dimasukkan ke mulut dengan kemas. Seterusnya, hasil yang sama tetap ditunjukkan walaupun pelbagai cara saya menyusun kismis tersebut. 
.
Terakhirnya, saya meletakkan dua biji kismis yang dijarakkan, dan apa yang dilakukan oleh Rayyan Ariff adalah mengambil kedua-dua kismis tersebut secara serentak dengan kedua-dua tangan kiri dan kanannya sebelum dimasukkan ke dalam mulut! 
.
Saya dan ayahnya ketawa mengekek melihat aksinya. Melihat kepada gerak dan perilaku Rayyan Ariff, mungkin dia tidak punya penglihatan bertindih.. InsyaAllah...
.
Hero hati kami pagi ini yang sibuk menelaah majalah keretanya.. Tak habis-habis ngan kete.. :-)

Saturday, July 9, 2011

Hari membersih untuk kami juga~

Adik lelaki saya yang sebelum ini menetap seketika di rumah saya setelah habis belajar semester yang lalu akan memulakan kerja sebagai Assistant Engineer pada 13hb nanti.. *Congrats dik, seb baik menganggur tak lama.. Pegang duit sendiri tu elok2 sket.. Simpan duit elok2, kata gatal nak kawin!!*
.
Mengejar kesempatan adanya dia, hari ini saya isytiharkan sebagai 'Hari Bersih' kami.. Kebetulan sesi terapi Rayyan Ariff dibatalkan hari ini, pantas sahaja saya memulakan aktiviti mengemas dan membersih.. Lagipun, ada orang yang mengangkat barang-barang berat dan memanjat, senanglah sedikit kerja.. :-)
.
Banyak barang-barang yang saya buang dan berikan kepada adik saya dan bibik.. Mahu kosongkan ruang bilik Rayyan Ariff dan saya untuk memberi ruang kepada barang-barangan baby RA. Belum ada budget untuk barang-barang besar seperti almari etc.. Tapi untuk tidak penting kerana selepas adik lahir pun masih boleh dibeli.. Cuma kosongkan ruang sahaja dahulu..
.
Dalam pada itu, tuan kecik yang penuh tangisan ini juga tidak dapat lari dari sesi terapi di rumah. Maklumlah, bukan setiap hari mama boleh 'seksa' Ian macam ni.. So setiap kesempatan adalah peluang keemasan..
.
 Ini adalah muka cuak n tak redha.. :-)
.
 Jangan tertipu dengan senyuman yang bersifat sementara ini.. :P
.
 Kan betul bersifat sementara.. Senyum lebar tadi dah tinggal seciput..
.
Try distract dia nyer attention dengan brochur baby..

 Sekejap je layan.. Pastu dah mintak tolong taknak berdiri dah.. *sila fokus pada air mata yang meleleh-leleh di pipi.. =P*
..
 Dapat merangkak, terus sengih.. :P
.
Honestly, seeing your child crying is no fun. But one has to do what she has to do.. Walaupun kelihatan kejam dan memaksa..  :-)
.
OK, mahu kembali mengemas.. :-)

Friday, July 8, 2011

Killing 2 birds with 1 stone?? ~Abang n Adik~

Alang2, ambik terus cuti 1 hari.. :-)
.
First, gi check up Baby RA. Alhamdulillah, everything is fine and just the way it is supposed to be. At 21 weeks and 2 days gestation, adik is already 440gm.. Yup, she is on the bigger side.. :-)
.
So far, I've gained 800gm! I guess it's acceptable since Adik is already taking half of the weight gained.. (Not including placenta and amniotic fluid..) I guess controlling what we ate really works! *Big smile*
.
Next, Abang Rayyan Ariff.. He's doing OK as usual.. But we need to do more things to help him develop at a better rate.. InsyaAllah, we'll increase the amount of effort to be put on him.. :-)
.
*Oh, mama kena buat homework on Rayyan Ariff's development and progress untuk doctors' conference* It's a recognition lah tu kan.. :-)
.
Overall, it's a good and tiring day at the same time.. Nak take a short nap lah.. Have a nice weekend all!! :-)
.
Adik RA first ever romper suit.. And it's purple! *Mode angau* =)

Wednesday, July 6, 2011

Rindu..

Rindu betul dengan budak kecik ni~
.
I'm so in love and addicted to this little boy!! Owh I just love him more each day.. He woke me up at 5am today with his sweet smile.. The usual sweet smile that never fails to melt my heart.. Then he continued to play on his own and let me went back to sleep.. :-)
.
He's such an angel kan?
.
Macam mana la Mama nak tinggal kamu sampai 6 hari untuk oustation duhai anak? *Hope I'll find ways to bring you along*.. =(
.
Semalam bawak tuan kecik ni gi McD, seronok tengok dia beria makan fries dengan jari kecik dia tu.. Super comel. Makan sundae chocolate pun beria sampai comot-comot muka.. Tapi paling comel, bab makan vitamin C la.. Since dah pandai ambik chewable tablet, tiap2 hari dok tunggu yang tu.. Kadang2 mintak sendiri sambil tangan tunjuk botol.. Bila kita bagi, comel jer dia ambik masuk mulut.. *Angau dengan anak sendiri*
.
=)
=)