Friday, July 20, 2018

Live Your Passion Rally - Building from the heart.

Alhamdulillah I think everyone would agree that yesterday was a fruitful event for all.
Live Your Passion Rally - Building from the heart.
The OilyBuddies clan seramai 35 orang berkumpul untuk bersama-sama berkongsi ilmu bagaimana nak mengembangkan business Young Living EO, apa yang telah dan sedang mereka buat dan akan mereka buat dalam mengembangkan kesedaran tentang penggunaan EO dan ganjaran pendapatan yang mereka inginkan. Selain daripada 35 orang yang hadir di majlis ini, seramai 60 orang ahli lagi mengikuti Rally ini secara online melalui aplikasi Zoom Cloud Meeting.
Kak Raja Rohaisham Raja Muhaiddin memulakan majlis dengan bercerita tentang objektif program dan sejarah penubuhan OilyBuddies yang agak unik ceritanya. Bermula dengan mengadakan platform untuk berkongsi sharing session untuk Tajuk Feelings Kit and Emotional Release, ianya bertukar menjadi satu alliance yang diharapkan dapat membawa banyak manfaat kepada ahli-ahlinya.






Pengacara majlis kami yang mengikat kontrak seumur hidup, Alyyani Anuarmemang macam biasalah, kecoh. 🤣🤣

Sesi pertama dimulakan oleh Diamond Leader, Munirah Hanim yang berkongsi tentang apa yang dia buat untuk capai ke tahap yang dia ada sekarang. Paling utama, memberi tanpa perlu berfikir tentang pulangan. Memberi walau dalam keadaan tidak mencukupi. Ikhlas kata kuncinya.


Dan Munirah juga berbesar hati menghadiahkan Rose Essential Oils kepada pemenang bertuah melalui permainan, siapa cepat dia dapat. Rose korang, Rose! 


🤪
Sesi seterusnya, sesi letop kebabom, Forum dengan tajuk The Touch and The Challenges daripada 5 orang leaders OilyBuddies yang masing-masingnya adalah Nurul Amirah Hanim Umar, Iqa Zin, Hidayah Mansor daripada Oily Jolly Dolly, Alyyani Anuar daripada Oilrangers dan Puteri Nuur At-terawis dari JomOiling. Moderator kita untuk sesi ini adalah Saudara Ronasina Fandi yang semua orang pun taulah, sejenis cool dan relax. 😎 😎


Kagum betul dengan effort masing-masing dalam mengembangkan perniagaan. Setiap satu daripada mereka berkongsi seikhlas hati untuk setiap satu yang mereka lakukan. Buat poster upfront, buat siap2 jawapan untuk setiap pertanyaan standard utk menjimatkan masa, create challenge di kalangan ahli untuk menggalakkan mereka meneroka EO yg dibeli dan pelbagai lagi.




Paling saya terkesan apabila Nurul Amirah atau Yuyue, salah seorang top 10 winner Road to The Finish yang membawa dirinya ke Hawaii, berkata, dia tidak pernah kisah untuk berkongsi tips dan trick dalam perniagaan ini kerana percaya bahawa rezeki masing-masing sudah tertulis. Dia tidak pernah kisah dengan persaingan selagi ianya adalah persaingan yang sihat.
Thumbs up everyone! You guys made us to be on fire again! Sharing yang sangat membuka mata.
Next, sharing daripada yours truly, tentang cara-cara untuk memberi kelainan pada sharing sessions atau kelas yang anda conduct. Sesi perkongsian yang penuh dengan percakapan sahaja, kadang-kadang orang mengantuk juga. So saya mintak deme add on dgn demo (bukan demo lo ni x supo mulo), tapi demo untuk menunjukkan YLEO ni memang best! Ajar 1-2 demo yang deme bleh cuba incorporate dlm sharing deme nanti.



Saya juga berkongsi tentang EO yang bleh digunakan pada saat kita sebagai peniaga ni rasa down, bersama dengan teknik EFT untuk cuba pastikan semangat tu sentiasa berapi. Harap-harap korang buatlah yea.
Oh masa saya mula, saya cakap laju gila sebab masa kami dah terlebih-lebih utk sesi sebelumnya. Kata nak gi karaoke kan, nak la habis on time. Rupanya, deme tak kisah! Lambat habis pun takpe, janji sampai dan paham. Begitu semangatnya! Eh korang rock ahh!
Selepas itu, kami ada sesi yang dikendalikan oleh Platinum Leader drpd Oily Jolly Dolly. Sesi bermula dgn indoor games, yg mana setiap group of 5, sorang kena tutup mata dgn kain, sorang kena jd tour guide, bawak ahli tu from this point to another point. Sorang lagi kena jadi pengacau utk group lain supaya deme lambat smpi. Nk menang kann. 2 lagi rotate jd org tak nampak dgn tour guide. Pengajaran yg nak disampaikan utk game ni adalah, you have to trust your teammates. You cant win without a team and a good team work.


Hasil game ni, dua bijik gelas hotel pecah. 🤣🤣
Seterusnya, Nurul buat sesi drilling. Semua org senaraikan apa yg diorg nk dan apa yg deme buat utk capai? U nk income RM50k per month? Okay then u kena jd Platinum. Bila u nak jd Platinum? Next year. Okay apa u nk buat utk jd Platinum next year? Guna FB as one of marketing platform. Okay, brp kali shr u nk post kat FB? And the drilling continues. Gilaaa scaryyy!! Muahahhahaha! Hebakkk ah mung Nurul Hayati Hassan!
Masa kami tengah lunch break, Brady; GM of YLMY, Franco; Sr Director of Global Sales and Effie; Sr Sales n Marketing Mgr datang singgah ke rally kami. Terkejut jugak. Tapi the best part is, diorang bagi hadiah-hadiah super best! Lantern Diffuser, Kunzea EO, Journey On EO & Einkorn Flakes. Alhamdulillah. Seronok teruk.
Yg tak syoknya, kami ada perubahan jadual sbb dapat check in hotel agak lewat sket. Sesi before lunch pun lambat habis, so lunch break kami berubah. Terpaksa la deme bertiga ni menunggu sampai semua peserta berkumpul balik.


Sesi last adalah sesi oleh Cikgu Faizul Hafiz berkenaan dengan online marketing, using socmed as your marketing platform, search engine optimisation, traffic n rank dan macam2 lagi. Cikgu bagi kami homework, dlm masa sebulan (lebih sket lah korang), kami akan berkumpul balik utk sambungan bengkel ni. Cikgu kasi kelas free aje, takyah tambah duit. Yang penting, apa yg dia ajar tu kami praktikkan. Best ke, best? Best gilalah.
Alhamdulillah sepanjang journey kami dalam Young Living ni, Allah SWT dekatkan kami dengan orang2 yang baik dan positif. Rezeki tu kan. Yang penting kita nak terus usaha. InShaAllah.
Oh masa kami bercerita tentang strength produk YL ni, kami bg cikgu hidu Lavender EO drpd brand berlainan.
Brand 1 - RM30 for 30ml.
Brand 2 - RM40 for 10ml.
Brand 3 : Young Living - RM106.5 for 15ml.


Haaa cikgu sekarang pun dah tau kan, kenapa kami kata oils kami best walau harga dia mengancam? 🤣🤣🤣


Mintak2 lusa cikgu sign up. Ehhhh. Pfffttt.

Kelas habis pukul 10pm. 13 jam rally kami! Fuhh berasap. Kesimpulannya, gilaaa penat tapi seronok ketat padat sendat. 

Thursday, June 21, 2018

Selamat hari raya~

Puas betul raya tahun ni.. Sakan ya ampun. Balik Kota Bharu hari Ahad sebelum raya, datang balik hari Rabu lepas raya. Setiap hari gigih jelajah 2-4 buah rumah. Muahahhaha.. Tepuk bahu sendiri!

Kami teamrayabiru tahun ni.. Biru yang lebih tua pulak tu.. Politik sungguh. Ekekeke..

Dah besar dah anak-anak ni haa.. Kejap je masa berlalu.

Dengan mak bonda. Sayang makcik Noriyah! Make up kakak tu adalah Savvy Minerals by Young Living. Elok mekapnya. Tahan lama n tak bersepuh walaupun muka dh berpeluh2

Menu wajib raya pertama - nasi dagang, gulai ikan, gulai udang galah, gulai ayam, telur rebus, acar timun, sambal kelapa dan sambal cili. Letops!

Menu wajib raya kedua - nasi kerabu!

Raya kedua. Biru yang makin gelap. Muahahahha. 

Pagi raya ketiga, melawat nenek dan makcik2 sedara. 


Raya ketiga. Ni geng2 Maherians, kawan2 sekolah menengah. Zaman belum akil baligh sampai skrg dh beranak pinak dah haa..

Raya keempat kot. Geng Maherians jugak.

Raya kelima, palin win. 5 buah rumah, bhaii. Perut mujur tak meletup sebab makan macam2.. 

Raya keenam, balik KL. Jenuh mengemas. Kurang sehari utk cukup 2 minggu tinggal rumah. Dengan habuk bagaikan. takyah citer la dak.. 😅😅😅


Yang penting, happy n puas hati. Hehek. 
Tudung sepesen n kaler je lain2? Haah yea. Gigih bertukar setiap hari. Beli lapan kaler, maka sehabis daya cuba habiskan. Muahahah. 

Nah, tinggalkan kalian dengan gambar kami 4 beradik. Berlatarbelakangkan diffuser Young Living yg letops boleh tukar-tukar sampai 11 kaler bersama rak EO yang cun melecuns. 











Tuesday, May 22, 2018

Promosi Keahlian Young Living yang jarang berlaku!

Promosi best banget daripada Young Living ni. 10% discount untuk Premium Starter Kits yang tak pernah-pernah ada, tiba-tiba datang. Fuhhh berasap!

Cepat, yang dah lama nak beli Essential Oils yang tengah in berat sekarang ni! Meh la! Meh la! Tawaran masa terhad ni..

Premium Starter Kit dengan 13 oils tu, kalau beli satu-satu, harga on prorated basis adalah RM1113. Ni korang dapat RM680.40 jer.. Best ke, best? Bestt woh!

Order sekarang, jangan tunggu-tunggu lagi.
Klik https://tinyurl.com/wanjiey
Klik https://tinyurl.com/wanjiey
Klik https://tinyurl.com/wanjiey

Diffuser tu, kena korang diffuse Lemon + Lavender masa raya karang, perghh wangi. Orang datang berziarah pun relax aje.. Tenang, happy.. Kalau kena plak berderet budak-budak datang mintak duit raya, korang jangan stress sangatlah. Amik Stress Away tu pastu sapu kat leher, wrist, hidu dalam2.. Legaaa wehhh..

Ningxia Red tu pulak, campur dengan Nitro, minum masa sahur, drive balik kampung even jalan jem pun tidaklah lemau bebenor. Cuba kalau tak caya. Hehek.

P/S - Ada enrollment gifts menarik seperti extra EO, EO bag dan Car Clip Diffuser daripada saya!



Wednesday, May 16, 2018

Betul-betul ada, minda dan jasad selari 🤗🤗

One oil that you should use on daily basis, especially mak-mak 🤣🤣

Jadi mak ni, sepuluh juta perkara kena fikir. Selalu one step ahead of time. Kadang 2 steps.

Masih tengahari dah fikir petang karang nak masak apa untuk dinner. Dah malam, sibuk fikir, esok nak buat apa untuk bekal sekolah anak. Pendek kata, selalulah fikir ke depan, belakang, kiri kanan tepi semua ada. 🤣🤣

Tu tak masuk lagi, tengah berdoa bleh pulak kau terfikir, eh gas kat dapur tadi dh tutup ke belum.

Kan?


Nah, sila calit Present Time EO, EO dengan empowering fragrance yg memberi penekanan pada perasaan being "in the moment". Calit kat mana? Inner wrist dengan belakang telinga. Bau lebih kat tangan tu, hidu dalam2 ✌🏻✌🏻




Saturday, May 12, 2018

Celebrating our 10 years journey with Holoprosencephaly!




I can’t believe that it has been a decade with this boy! 10 years ago, at this hour or so, I just gave birth to a tiny premature baby who was born at 31 weeks gestation. It was a moment with mixed feeling for us. Between the joy of having to welcome our firstborn, the fear of losing the him and how sorry we were to be looking at a tiny soul that tried very hard to cry with not a much of a sound that he could even made.

Being pregnant to him, it was very devastating to hear those words; that the prognosis of the baby is very poor, he may not be able to survive after birth and even if he does, he will be severely handicapped that he may not be able to see, to hear, to recognize us as his parents, will mostly be in a vegetative state.  


Sakit dia, hanya Allah SWT yang tahu. Sering ada ketika, hati bertanya, “Kenapa aku? Kenapa kami?” walau sudahnya, kami tahu jawapannya adalah “Kenapa tidak?

With him, through this journey with Holoprosencephaly or incomplete separation of the left and right brain hemisphere and having been born with a very limited brain tissues, we have been at our lowest low and highest high.


“His brain tissues are very thin, at this moment, we are unsure of how much it will be effecting him..”
“It is good enough that you doesn’t have to bring him back with a feeding tube..”
“Half of his eye nerves were already damaged. His optic disc also looking pale. He may not be able to see. But we shall continue to monitor him.”
“We have conducted the hearing test, but he failed. We shall try again in 2 months’ time to match his corrected age.”
And many more.

Bersama dia juga, kami belajar tentang melihat hikmah dalam setiap perkara. Kerana setiap satu peristiwa bersamanya, adalah sesuatu yang sangat mahal dan tersendiri. Dengan dia, aku pernah berlari ke bahagian kecemasan hospital, memangkunya yang biru sambal berdoa dan menangis, memohon diberikan lagi ruang menjaga pinjaman ini.

Dengan dia, hari Sabtu dan Ahad kami, penuh terisi dengan segala macam terapi dan makan dan pakai di jalanan, di kereta sudah menjadi sesuatu yang biasa bertahun lamanya dulu. Bersama dengan dia, meredah trafik Kuala Lumpur selama 5 jam, setiap hari dalam usaha mencari kesembuhan pernah kami redah berbulan lamanya. Bersama dia, seringkali juga wang ringgit kering-sekeringnya dalam menyediakan apa yang seharusnya menjadi keperluan untuknya. Bersama dia, hospital dan janjitemu doctor pernah menjadi suatu rutin dan persinggahan wajib hampir setiap bulan. Bersama dia kami mengenal pelbagai modaliti penyembuhan dan rawatan, yang menjadikan kami pelajar pada sebuah pentas kesakitan dan kekurangan secara berterusan. Dan banyak lagi.

With him, we are just ordinary people that lives in an extraordinary life.

Sepuluh tahun berlalu, melihat kepada dia, masih tertonjol seribu satu kekurangan. Pada satu titik yang terasa kepenatannya, aku sering tertanya, sampai bila dan sejauh mana perlu ada usaha ini kalau hanya di sini kami? Namun Allah SWT sering menghantar peringatan untuk kami jadikan pegangan.

Melalui seorang sahabat yang kehilangan anaknya pada usia 22 tahun, dia bercerita, “22 tahun berlalu, setelah kehilangan terasa begitu sebentar detiknya. Kalau mampu dan kalau boleh, serasa ingin diulang 22 tahun yang lalu kembali, untuk terus berusaha selagi ada hayat dan daya. Kerana tempoh itu terlalu sekejapan waktu dan bagaikan tidak mencukupi”

Untuk itu, 10 tahun yang telah kita lalui apalah sangat, cinta hati mama si Rayyan Ariff. InShaAllah, kita akan terus berusaha mencari lebih kebaikan untuk kamu dan kita. 10 tahun itu tidak lama, 10 tahun itu tidak akan pernah mencukupi untuk menzahirkan cinta. Tidak juga 20 tahun, tidak juga 30 tahun. Namun 10 tahun ini cukup untuk menjadi ingatan dan panduan, bahawa kamu adalah amanah terindah, pinjaman terhebat untuk kami terus berjuang dan berusaha.

InShaAllah, kita akan terus berjalan selagi ada kemampuan. Selagi ada izinNya. Pergantungan secara total kepada Dia, Allah SWT. Semoga hari mendatang akan lebih mudah dan dipermudahkan, untuk kami dan untuk kami.

Happy birthday to the boy who lived. Happy birthday to my very own Harry Potter. Happy 10th birthday to Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin. It wasn’t an easy journey for all of us, but it really worth every sweat, smiles and tears. InShaAllah, to many more 10 years in the future! Sayang you, anak jantan!

Monday, April 23, 2018

Kegilaan baru dan Confidence Without Compromise with Savvy Minerals by Young Living

Young Living ada keluarkan new product range last year, barang-barang makeup. Nama dia Savvy Minerals by Young Living, and it is mineral make-up with no harmful chemical. 
No talc.
No gluten.
No bismuth. 
No Parabens. 
No Phthalates.
No artificial dyes and fragrance. 
No nano particles, so takdelah masuk dalam darah apalagi sel kan?

Mineral makeup dalam bentuk serbuk, maka memang pandang ajelah. Even dah beli since last year pun. Takde daya nak bukak pun, apa lagi nak cuba. Hehek. 

Then, masa YL Leadership Retreat in KK, ada deme organize hands-on workshop untuk ajar cara pakai Savvy Minerals ni. Bila dah cuba, oh senang aje. At this point in time, dah rasa senang. Tapi belum 100% teruja sebab macam leceh nak pakai. So masihlah pakai brand SG beli dekat Watsons ke Guardian ke Carrefour ke.. Hehek. 

Then 7 April 2018, Saya dan sidekick saya, my Diamond Leader, Munirah Hanim organised another Live Your Passion Rally, membawa tema "Create Your Own Beauty Standard with Savvy Minerals by Young Living". Being us, semua pun last minute lah. 1 day before the event baru terfikir nak buat itu ini. Tapi Alhamdulillah, dalam kelam kelibut tu, elok jugak semuanya. 












Macam tak percaya pulak, we managed to pull up the event in such a short period of time. Alhamdulillah everything turned out well. 

Among the committee members. Senang pakai tudung sepesen. 

Perempuan dengan barang2 mekap ni, teruja dia lebih kan? Bertitik tolak drpd event ni, rasa teruja plak nak belajar pakai Savvy Minerals by Young Living. Teruja tengok participants belajar, kami yang committee ni dok ran around tidaklah dapat nak belajar. So disebabkan itu, I signed up Train-the-Trainer Course yang Young Living organised kat office deme. 




Young Living Savvy Minerals Train The Trainer Workshop for Gold Leaders and above. 

Bila dah pandai sket pakai, maka mulalah jadi ketagih. Tangan ni rasa nak menconteng muka orang aje haa.. Ekekekek. Maka marilah, kita main conteng-conteng. Lagi pun, practice makes perfect!

 Kakak bukak kedai mekap memalam. Hehek 


Dan ini hasilnya.. Weeeee.. Walaupun masihlah tak terror, tapi bolehlah daripada dulu. 


Ni pulak pagi tadi. Ni gambar before anak dara sis. 



I posted these photos on FB, ramai yang puji anak dara ni. Bila I read out the comments, kembang kempis hidung anak dara ni. Hehehhe.. Gegirl dengan makeup kot. Mana tak suka eh?

Okay, apa yang buat I suka sangat dengan Savvy Minerals that I willingly changed and started using this makeup range?
Pertama, sebab there's no harmful chemical. Pakai dekat anak pun taklah risau muka rosak ke apa. 
Kedua, sebabnya makeup dia best! Muka berpeluh-peluh pun elok je tak bercampuk-campuk. 


Bukti muka berpeluh-peluh macam baru balik gym tapi makeup masih elok tak bersepuh-sepuh. Hehek. 

Dan personally, I penah tried for 9 hours on my face, elok je daripada pagi ke malam. Bak kata bibik, "Cantik ya mekapnya. Lama tahannya ya buk. Berapa ya harganya?". Teringinlah tu. Kalau kerja elok, majikan tak berat hati nak hadiahkan bikkkkk. Amboi, keles bibik. Pakai mekap brand Amareka! Hehek. 

Kalau ada yang interested nak try Savvy Minerals by Young Living, let me know. Nanti kita arrange hari dating. Ewah.