Saturday, September 26, 2009

Cerita raya kami..

Hmm.. Rata-rata blog bercerita tentang kisah hari raya.. Masing-masing nampaknya masih di dalam mood raya.. Kami? Nampaknya hari raya kami pada tahun ini tidak semeriah tahun2 sebelumnya. Namun Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.. Masih diberikan peluang olehNya untuk bertemu sanak saudara dan bermaaf-maafan..
.
Kenapa saya katakan tidak semeriah seperti tahun2 yang lalu? Kerana dua hari sebelum raya, hubby demam selsema. Masuk hari raya ketiga, saya pula yang dijangkiti dan hubby mula-mula beransur pulih. Dengan kesihatan yang tidak mengizinkan, tentunya banyak masa dihabiskan berehat-rehat di rumah sahaja. Tidaklah ke rumah saudara-mara seghairah tahun-tahun terdahulu..
.
Hari raya pertama, kami beraya di 3 negeri, (Selangor-Pahang-Kelantan).. :P
Pagi di Rawang dan selepas bersalam-salaman, terus bergerak ke rumah makcik-makcik hubby di Ampang. (Ohhh.. KL tidaklah 'sekosong' yang saya gambarkan.. Masih banyak kereta-kereta yang berada di jalanan! Harus ditangkis tanggapan 'boleh tidur di jalanraya'). Pukul satu, kami bertolak balik ke Kota Bharu dan tiba pada jam 7.30 malam.
.
What a good boy he was.. He slept in his seat most of the time..
.
Gambar hari raya ke-5. Kata salah seorang kawan saya, "Tau la anak ko pakai kasut Adidas, takkan la sampai bawak tido kot.." Actually, ni masa baru sampai rumah. Tuan kecik ni tido since dalam kereta. Kot bukak kasut kang, dia sedar plak.. Redha jer la kan..
.
Sebelum bertolak balik KL. Sibuk dengan bola dia.. Yes peeps! You guys are looking at the future Steven Gerard.. :P
.
Dapat duit raya from Atuk & nenek.. Thanks a lot.. =)
.
Kami bertolak jam 9.00am dan selamat sampai jam 4.30pm semalam. Kesesakan lalulintas hanya sekejap sahaja di Bentong.
.
Gambar-gambar hari raya masih di dalam kamera kerana kabel tertinggal di kampung. Mungkin di lain waktu sahaja gambar-gambar keluarga orange akan di upload.. =)
.
Hari ini, sepatutnya kami ke Musikhaus (we call it, sekolah Ian), tapi pagi ini, seawal jam 6 pagi kami dikejutkan oleh suara Rayyan Ariff, barulah kami sedar, Rayyan demam selsema!! Mungkin berjangkit dari mama. Aduhh.. Mama semakin beransur pulih, dia pula yang terkena. Cepatlah sembuh nak.. Kita harus teruskan eksplorasi.. Mama hanya ada 5 bulan lagi untuk bersama kamu sepenuh masa..
=(
.
P/s - Kelas hari ni terpaksa ponteng. Esok ada kelas ganti minggu raya.. Rugilah kalau masih tidak dapat pergi.. Rayyan Ariff, cepatlah sembuh nak.. =(
Yang paling penting, ada Raya Portraiture.. Sudahlah gambar hari raya kebanyakannya kabur.. Janganlah sampai Raya Portraiture session dgn Auntie Munirah ditunda lagi.. Huhuhu.. =(

12 comments:

Cikpid said...

huhuhu..bestlaa Ian budak baik..tido jek dlm carseat..

Afieq blk phg x nk ddk dlm carseat..tido sejam jek..nk main jek keje die..sampai mama die yg mabuk dlm kete

Belly-Button said...

cantek oOo kasut ian.. hehe...
get well soon.. ;)

lel said...

get well soon ian!
kena pi sekolah tau!
heehee :p

nyza said...

ala cute nye Ian tdo dgn kasut adidas tu..clever Ian
mama Ian,
kite mmg twin sista to mama aqeel n aqeef...heheh

MeL said...

mmg ganggu sketlah klu demam time raya ni kn. xselesa bdn satu hal, mkn pun xbole enjoy. hope jiey & family cpt sembuh ye. wah! apekah suprise Ian tu? auntie mel nk tau ;)

Marsha~ said...

Rayyannn!!! mana baju melayunye??? huhuhu... byk dpt duit raya tak ni? hehe.. semoga cepat sembuh ye.. yelah, sana sini bebudak demam selsema masa raya ni.. cuaca panas dan rehat tak menetu tu yg buat kena attack tu..

izzahazfar said...

salam aidilfitri kak..

haah mana baju melayu Ian...?baik aje budak itu tdo dlm car seat..sama ngan akmal...sepnajang jalan dari penang ke perak dia lena...

p/s: moga cepat sembuh ya!

Jiey^Mien said...

Cikpid : Ian ni mmg la takleh nk melasak.. Kalo tak, agaknya habis gak kot satu keta tuh dia tawaf agaknya.. :P

****************************************

Belly Button : Thanks dear.. Ptg td temp 38.8.. Pas bg ubat n lap2 badan, dah kebah dah.. Hopefully cepat la ok..

****************************************

Noorlaila : A'ah kan? Kena cepat baik so that leh gi skolah.. Ntah2 sesaje nk demam sbb tanak gi skolah.. Biasa Ian nih..

****************************************

Nyzza : Itu la.. Patut la muka sepesen.. Bestnya Mommy Aqeel Aqeef, da la ada twins sister, dpt plak twin boys.. Rezeki.. Ntah2, nnt Nyzza pun dpt twins gak.. =)

****************************************

Mel : Camne nk ckp neh, Jiey makan banyak gak nih.. :P
Itu la.. Ian demam ni, takde can plak nk record.. Dah la kabel takde nk transfer.. Huhuhu..

****************************************

Marsha : Duit raya bleh tahan la.. Kabel tertinggal la.. Takleh nk transfer.. Huhuhu..

Tapi kat entry sebelum ni dah letak sekeping.. Entry - Aidilfitri yang lalu...

****************************************

Izzahazfar : Kat entry sebelum ni dah letak sekeping.. Entry - Aidilfitri yang lalu...

Agaknya diorg syok kot keta gerak n goyang2.. Tu yang tido lena tuh..

Aminnn.. Sok terus baik! Puhh!! =)

****************************************

Farah said...

comelnye kasut ian! kami pon anak beranak baru baik demam selsema jugak...semoga ian cepat sembuh!

ieda said...

hi jiey..moga ian cepat sembuh..amboi jiey..dalam demam2 pun merantau 3 negeri..tabik!!

Mrs. Simplicity said...

aku paling kagum tgk ian dok kat car seat je most of the time. aku lak skang ni car seat tu pakai masa nak anta nia gi nursery je. kalau jauh skit, mmg mengamuk la budak tu nak lepaskan diri...

gmbr raya kabur tu soh upgrade camera tuh. ;)

Jiey^Mien said...

Farah : Itu la kan.. Bia cepat2 baik.. Susah la.. Bila dia restless, kita pun penat sama.. =(
Kesian tgk, mata ngantuk tp nk tido susah coz hingus penuh.. Huhuhuhu


*******************************************

Ieda : Hehehe.. Hidup eh salah, raya mesti terus.. :P

******************************************

Alyyani : masa dia ngantuk bleh la letak ly.. kalo mata dah segar bugar, ooohh.. mencabar wehh..

projek kamera takde dlm list budget la ly.. baru settle projek sofa, nk projek display kabinet plak.. pastu nk projek dining set baru plak.. muahhahah.. tak sedar diri betul.. pdhal tak keje.. :P