Friday, September 4, 2009

Kita ingat tuhan..

Semalam, masih juga satu hari yang sibuk.. Saya membawa Rayyan Ariff ke PMC Bangsar untuk pemeriksaan kesihatan dan juga untuk suntikan imunisasi. Sepanjang di sana, Rayyan Ariff menunjukkan perangainya yang playful dan cheeky sehinggakan beberapa kali dia ditegur oleh kakitangan PMC dan juga pengunjung=pengunjung di situ.
.
Suka benar dia menghadiahkan senyuman manis kepada sesiapa sahaja yang dipandangnya. Sewaktu saya sedang berbicara dengan Dr.Yong, Rayyan Ariff juga sibuk mahu turut serta 'berbual'. Tidak cukup dengan itu, asyik benar dia menegur Ruby, pembantu Dr.Yong yang cantik dan kecil molek orangnya.
.
Mana-mana jururawat yang pernah merawat Rayyan Ariff bagaikan kagum melihat dirinya yang sudah 'besar' dan interaktif. Dan salah seorang dari mereka mencadangkan kami ke NICU selepas sesi bersama Dr.Yong selesai.
.
Saya meminta Dr. Yong memeriksa keseluruhan badan Rayyan Ariff dan cuba mengesan sekiranya berlaku bone dislocation seperti mana yang dimaklumkan oleh Kak Raw. Bagaikan berjanji, Dr. Yong memberikan penerangan yang sama yang diberikan oleh Physiotherapist Rayyan Ariff iaitu Ms. Sarjeet. Kedua-dua sependapat, tidak terdapat sebarang masalah pada tulang Rayyan Ariff dan setelah mendengar penjelasan yang sama dari dua orang yang berlainan, tentu sekali saya menerimanya.
.
Kami juga berbincang tentang bentuk kepala Rayyan Ariff. Kata Dr. Yong, hanya satu cara yang ada dan ianya bukanlah satu pilihan. Kalau mahukan bentuk kepala yang cantik seperti orang lain, caranya hanyalah melalui pembedahan pembentukan tengkorak yang merupakan kosmetik semata-mata. Saya setuju ianya bukan satu pilihan. Manusia mana yang sanggup melihat tengkorak anak sekecil itu digergaji dan dicerai-ceraikan hanya atas nama kecantikan dan kesempurnaan. Biarlah. Comel Rayyan Ariff tidak akan hilang hanya kerana kepalanya yang panjang.
.
Keluar sahaja dari bilik Dr. Yong, sami berdua melangkah ke tingkat 2. Sewaktu membuka pintu untuk ke NICU, ada satu 'rasa' yang menyelinap. Saya mula mengimbas memori lebih setahun yang lalu yang mana wad ini merupakan tempat yang saya kunjungi berselang hari. Dengan kaki yang masih bersarung stokin dan langkah yang agak perlahan, pintu inilah yang saya lalui berulang kali.
.
Setelah memasuki wad NICU, bauan antiseptik menusuk ke rongga hidung. Detik-detik lama bagaikan berulang di hadapan mata saya. "Ian, that one used to be your incubator. They used to put you at that corner" Saya berbisik pada Rayyan dengan senyuman sambil jari telunjuk menuding ke sudut kiri wad. Rayyan Ariff hanya tersenyum comel.
.
Tahukah dia bahawa di sinilah dia 'berjuang' suatu waktu dahulu? Tahukah dia bahawa di sinilah dia dirawat suatu waktu dahulu? Saya sendiri tidak pasti.. Tapi dia kelihatannya gembira berada di situ.
.
Saya berbual-bual dengan Sumathi, seorang jururawat di sana. Bercerita tentang perkembangan Rayyan Ariff dan bertanya khabar tentang anak-anak yang pernah berjuang utnuk sebuah kehidupan bersama-sama dengan Rayyan Ariff suatu masa dahulu.
.
"Damia passed away a few months back. In May if i'm not mistaken." Innalillahiwainnailaihirojiun.. Ayat yang datang dari mulut Sumathi benar-benar mengundang gerimis di hati saya. Betapa saya sentiasa teringatkan anak itu dan khabar ini tentunya bukan sesuatu yang saya harapkan keluar dari mulut mana-mana kakitangan di NICU.
.
Suatu waktu dahulu, ketika Damia mula-mula dimasukkan ke PMC, air mata saya gugur sewaktu menyaksikan kekuatannya bertarung untuk hidup. Segala jenis mesin berada di sekeliling katilnya. Wayar-wayar berselirat pada tubuhnya. Dari satu sudut, saya melihat bagaimana ibunya menangis teresak-esak di dada ayahnya selepas berbicara dengan doktor yang merawat Damia. Dari apa yang saya dengar, harapan untuk anak itu hidup amat tipis.
.
Setelah peristiwa itu, ada beberapa kali kami sempat berbual dan bertukar cerita. Damia, puteri tunggal yang ditunggu-tunggu sekian lama setelah memiliki dua putera yang comel dan aktif. Tentu sekali apa yang terjadi memberi kesan yang mendalam kepada pasangan itu. Satu kata-kata ayah Damia yang masih saya ingat hingga kini ialah, "Sebelum ini, kita ingat tuhan.. Tapi apabila diletakkan di dalam situasi seperti ini, kita lebih ingat dan kenal tuhan.." Ada senyuman di hujung bicara. Tenang. Sabar. Tabah.
.
Mereka sering datang membacakan surah Yassin buat puteri tercinta. Sehinggalah Damia melepasi detik2 kritikal. Sepanjang waktu itu, saya saksikan satu jalinan hubungan yang kukuh pada pasangan itu. Semoga kita juga dianugerahkan dengan limpahan kasih sayang yang sama.
.
Kini, Damia pergi menyahut seruan Illahi.. Dia kini menjadi bidadari di syurga yang abadi. Kepayahan menjaga dan merawat anak seistimewa Damia adalah ibadah yang Allah SWT kurniakan kepada hambaNya yang terpilih. Dan saya yakin, pasangan itu melakukannya dengan baik sekali.. Al-Fatihah untuk arwah Nur Damia Farhana.

13 comments:

Marsha~ said...

Innalillah.. Berapa umur damia masa tu?? sakit apekah dia?? syurga tptnya sekarang.....

izzahazfar said...

Kalau kita ditempat itu...?
saya tak sanggup fikirkannya kak..
namun kita sebagai hamba Allah..kena redhakan...

Anonymous said...

betapa berat mata yg memandang..betapa sebak membaca bicara2 yg tercatat disini..x sama dgn penderitaan yg ditanggung..
alfatihah buat Damia...
utk Jiey juga...semoga tabah mengharungi hari2 yg mendatang disisi Ian yg comel..takdir & ketentuan Allah tidak dpt dinafikan oleh hambaNya..

Liana Manjaku said...

Sedikit sebanyak, ada rasa air yg berlinangan di mata! Betapa kata2 tu berkesan di lubuk hati! Benar... kata2 itu!

Eliss said...

moga Ian tidak berhenti berjuang..jiayou ian..

Elyn Sani said...

alfatihah.....

jiey u mesti kuat tau!! ian pun mesti kuat cam u...

tini said...

sungguh, saya sentiasa sebak bl di sini. membaca ttg pemergian damia yg langsung x dikenali sgt menginsafkan. betapa bertuah memiliki anugerah sihat sempurna, pun masih merungut penat.. rumah jiey sentiasa mengajar sy bersyukur. kuat lah jiey, demi ian. i'allah!

lel said...

Ian dah comel la kak
kesian dia kalau nak kerat2 tengkorak tu
asalkan sehat dan hepi pun dah cukup kan?
yeahh!
majulah Ian untuk Kak Jiey!
:)

ibu_Arifa said...

alhamdulillah..mujur tak de apa2 pasal tulang Ian tuh...saya setuju dgn Jiey...walau cam mana pun Ian...Ian tetap comey..serius!
syoknyer baca..makin hari Ian makin bijak..makin cerdas..makin sihat...syukur Ya Allah!

'atiqah said...

em, btl ckp akak. stiap kali msk tgk Damia' Rujhaa kt NICU, msti terasa amat bersyukur atas perkembangan positif dia. ada lg yg mcm2 keadaan dlm blk tu. semuanya tengah berjuang.terasa benar ALLAH mahu kita mengingatiNya selalu..

btw, memetik kata2 lecturer,
'bukan ALLAH tersalah cipta ciptaanNya, sememangnya dia berkehendak begitu..'

...mencari hikmah~...

a kiss untuk handsome boy, okay ^_~

mama alicianorman said...

jiey..bila kak fida baca entry yg ini ada "rasa" yg menyelinap...sungguh terasa betapa kerdil kita didunia ini. Apa yg dicipta itulah yang ditakdirkan...takziah utk keluarga damia..

dan untuk jiey berjuanglah untuk Ian sehingga akhir hayat mu dik....

Ian dah comel, tak payahlah nak dikerat2 lagi kepala nye..sesungguhnye kejadian Ian memang dah tertulis . Semoga Jiey tabah menghadapi dugaan ini..Jiey memang kuat dan tabah, akak bangga setiap kali baca tulisan jiey kat sini..

Anonymous said...

salam...moga akak tabah slalu..teruskan berjuang untuk ian...ada sendu d hati tika ini...akak boleh view blog nie...www.fajaril.net..kisah ketabahan sebuah keluarga...tolong kiss ian untuk sye yek....

Farah said...

btul la jiey...ian pon rasanye dah cukup rasa banyak pembedahan pada kepalanya..jangan risau sgt k..ian tetap hencem!