Saturday, September 12, 2009

Membeli belah bersama bayi?? :P

Melawat blog kawan2, majoritinya sibuk bercerita tentang kisah membeli belah untuk hari raya. Dan banyak juga blog yang bercerita tentang shopping di SOGO. Betul, saya sangat terpengaruh. Mahu pergi bersama hubby, tentu sekali saya harus menunggu hingga hujung minggu. Sedangkan waktu itulah SOGO dipenuhi umat manusia.
.
Mahu dilupakan terus niat ke sana, kasihan pula dengan Rayyan Ariff. Takkanlah hanya mahu beraya dengan sepasang baju melayu sahaja. Sudahnya, saya nekad, pergi dengan Rayyan Ariff sahaja.
.
Rasanya ramai tahu tentang 'masalah' saya dengan kereta. Makanya, walau kereta hubby tersadai di tempat letak kereta, saya terus sahaja menelefon teksi. Tambang pergi balik sahaja sudah RM40. Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya saya tidak perlu bersesak dengan orang ramai.
.
Memang benar, kerana hari khamis adalah hari bekerja, tidaklah begitu ramai orang di sana. Kami tiba jam 11.00 pagi dan tanpa berlengah, saya terus memulakan operasi mencari. Pada awalnya, Rayyan Ariff memberikan kerjasama yang baik. Namun selepas itu, mula merengek minta di dukung. Tentunya sukar, sebelah tangan sibuk mendukung badannya yang seberat 8.5kg itu dan sebelah lagi pula menolak buggy.
.
Melihatkan dia yang mengantuk, saya berhenti sekejap, kembali meletakkan dia ke dalam buggy dan memberikan susu kepadanya sambil duduk di lantai. Kalau ada blogger di sana, tentunya gambar saya akan dirakam dan entri bertajuk "bila makcik shopping dengan anak" akan di post. :P
.

Mula2 ok lagi, pegang sendiri..

Pastu dah kena mama yang pegang.. :P
.
Terus terlena.. Alhamdulillah.. Senang kerja mama.. :P
.
Bila letak 'ubat tidur' kat mulut dia, makin syok la tido.. :P
.
Hasil tangkapan.. :P
.
Kami tidak lama di sana. Mungkin kerana sudah ada sasaran apa yang mahu dibeli. Mujurlah Rayyan Ariff tidur dengan lena sekali dan hanya bangun sewaktu kami dalam perjalanan pulang. Jam 2 petang, kami sudah berada di rumah. Sekejap sahaja bukan? =)
.
3 helai t-shirts untuk ayah.. Aikk?? Org tak keje belanje org keje?? Terbalikkk!!! Duit raya claim lebih ok!!
.
5 helai t-shirts untuk Ian.
.
3 helai jeans untuk Ian.. Selebihnya topup dengan jeans sedia ada.. :P
.

3 pasang baju tidur raya.. :P

Untuk cousin Ian.. =)

Rasanya, bulan ini, duit banyak dibelanjakan untuk tambang teksi sahaja. Pergi balik ke SJMC sahaja sudah RM70 dari Ampang, sedangkan kami ke sana lebih dari sekali seminggu. Memang saya nekad, lepas raya nanti saya mahu beranikan diri memandu. Kalau duit minyak kereta, tentu sahaja tidak melepasi RM70, paling2 hanya RM20 sahaja. Semoga diberi kekuatan untuk itu. *Saya mengaku, I'm a lousy driver and I'm not good at it. Lagi2 bawak baby, harus cuak.. Tapi practice makes perfect kan??*

Sewaktu di dalam teksi ke SOGO, pemandu itu bertanya kenapa saya tidak bekerja. Apabila saya memberitahu saya sedang bercuti panjang, makin panjanglah perbualannya. Bila saya katakan saya mahu meluangkan lebih masa untuk Rayyan kerana dia istimewa, dengan selamba dia berkata, "Cacat apa anak kamu ni?" Oh yes, people can be so insensitive.. Makanya saya sudah belajar, kalau ada lagi mulut yang bertanya, saya akan menjawab, "Saja cuti.. Nk spend time dengan anak.. Kumpul duit banyak2 pun bukan boleh bwk masuk kubur.. Kurang2 boleh tengok anak membesar depan mata.. Kang anak lagi kenal bibik dari mak sendiri.." Mula-mula ingat nk cakap. duit kitorg berlambak, saya tak kerja pun takde kesan langsung.. Tp takut kena kidnap ngan driver teksi tu plak.. ngehngehngeh

P/s - Hari ini terlepas sesi raya portraiture dan fisio Ian.. *sigh*

18 comments:

Cikpid said...

sy mmg tabik spring ngan mama Ian ni..boleh bw Ian soping sorang2..sy x brani..kalo buat juga..mungkin sy akan mnggelupur..hahahha

Wah..siap ade bj tido raya jugak..heheheh

Tgn entry Jiey ni trs rase nk g soping juge..hehehehehhe..pang!!!

MeL said...

smlah jiey, i klu keluar berdua ngn mika bole pengsan! asik nk berdukong je. klu dia tdo barulah heaven mommy nk shopping ke ape. wah, mahalnye tambang teksi skg. haruslah u amek driving licence, bole jimat byk tu. anyway, directnye taxi driver tu bertanya ye..

azzamoro said...

nasib u pandai nak menjawab balik org cakap. kenkadang org-org ni cakap main sedap mulut kan? tak fikir perasaan orang lain..

NoreLL said...

baju maknya mana??
abisnye bli kat ayah ngn anak..
ksian maknya...hehehehehe...

Diyana Zulkifli said...

diyana shopping raya kat pdg besar,perlis jumaat ritu..tp damia tggl kat nenek dia.klu bawa damia,alamat balik mcm tu ajala..penat dukung die aje.skang ni dah jd manja2an la plak anak dara sorang tu..tkmo dok dlm stroller.Letih!!.

hmm,jiey..beranikan diri ok drive sndiri..byk pekdahnye,jimat pn jimat..diyana ni,thn lps tgh sarat pun drive sndiri lg sebab masa tu tggl jauh dgn suami..huhu.

Marsha~ said...

heheh.. mmg tepat kalau pilih waktu pagi dan weekdays utk shopping dgn baby.. tambah2 time tidur dia, mmg senang keje kita..
tang baju tidur tu, mesti nak ada jugak baju tido raya kan?? ehehehe

kak zue said...

hi jiey...baju tidur raya pun ada ker?..hihihi
rajinnya jiey g shopping dgn ian jer..boleh bayangkan kalutnya jiey nk bershopping tu.nasib baik ian pandai...g tidur..anak yg sayangkan ibu nie.

Mama Qaseh said...

saya pon x pernah lagik gi shopping berdua je ngn Qaseh..tak terhandle nanti..huhuhu..

Leen Die said...

jie comel2 bj ian..jie nmpk panjang lah bdn ian..tinggi tul tgknya...ermm..mesti ikut belah hubby jie nie tinggi222

Pnut said...

Cayo Jiey ehehe sanggup naik teksi pegi shopping.. harga baju tu kalo diskaun 50% campur tambang teksi, harus jadi sama macam tak diskaun gak..ehehehehe..

Ok, kuatkan semangat, drive, jgn takut-takut.. akak dulu mula drive dengan bawak keter pegi kedai, pegi pasar. first time terpaksa drive bila hubby mc tak leh hntr pegi keja, akak lak malas nak naik bas, pastu menggigil-gigil kaki drive dari Cheras ke Jalan Pahang, bila dah selamat sampai ofis tak leh terus keluar kereta, sebab lutut menggeletar. kena rileks dulu..

masa balik, nasib baik ada sorang amoi nak balik Cheras gak, so offer dia tumpang, and mtk dia drive, eheh lps tu akak drive dari umah dia balik rumah je.. punya takut...

tp percaya cakap akak, bila 2-3 kali try drive tgh KL tu, kompem tak takut dah, and kalau dah boleh drive kat KL kompem leh drive kat mana juga.. eheheh

e.l.i.s.s.m.i.e said...

Ummi saya tak beli pun baju tido raya utk saya..saya pinjam awak punya baju buleh?hikss..nak tau, Ummi saya pun takut drive tp ms mengandungkan saya, abah saya paksa ummi saya drive, utk bwk saya ker umah pengasuh bila saya lahir..tahun 1999 lesen dapat tapi drive 2008..tak percaya?percayalah..hikss

xoxo,
Nuha

puterikurekure said...

jiey pi shopping sorang je ngan Ian?

waaa...tabik laaa...
tabik toing3x.
hehehe~

bestnya ian. sampai 5 baju, 3 seluar dah ada ni. auntie intan dia ni satu je baju. sebab dah sarat kan, malas nak beli baju ngandung banyak2. huhuhu~

misz_nierah said...

kak,rajin ek akak gi soping kt sogo. nk ikot...hehe..kampus sy dkt sgt dgn sogo. nti kalo nk gi sogo lg, calling2 la sy. nk jumpe Ian. ^_^

isabelle said...

huh,senang keje ian mau tido mcm tu.
as for me...kalo adam tido, xnak berstroller bagai.
kalo tak tido, x larat nak kejar.
huhu...

[I][T][A] said...

Nasib baik ian tido senang nak shopping kalau tak susahlah...

ita pegi shopping sepanjang musim perayaan ni tak pernah bawa raisha.. pegi dgn hubby naik motor jer... tak larat nak bawa anak... kita pegi hari minggu sesak dgn org ramai...

mahal betul teksi skrang nikan... cepat kayolah.. :)

Manjaku said...

Mahal betul tambang teksi... Cam ummi ni lagi ler parah. Tak de lesen! hahaha... Nak ke mana semua bergantung pada hubby! kalo naik teksi tak tahan ler... Ada gak orang macam nie yer... tak de insurance mulut tol ler... his..his... Jiey...Ian nampak semakin tinggi ler... :)

Drama Mama said...

amboi banyaknya baju raya ian. sakan mama nya shopping eh ;-)

lin said...

sian jiey,tak belapik betul pakcik tu betny..klu sya pn tak sampai ati nk tny soklan cmtu kt org..pasni jiey wt sombong je la...diorg ni kengkadang tak paham..huhu