Wednesday, September 16, 2009

Tafakur di kesyahduan..

Telah saya maklumkan sebelum ini, banyak yang ingin saya kongsikan di sini. Namun 'rasa' untuk benar2 menulis tidak juga kunjung tiba. Saya cuba mencari sebab musababnya. Hati dipenuhi rasa syahdu dan hiba.
.
Setelah puas mencari jawapan kepada persoalan yang saya sendiri tidak pasti, akhirnya saya temuinya pada gambar ini..
.
Rayyan Ariff and Miriam @ Musikhaus
.
Hari sabtu yang lalu, setelah hubby pulang dari bengkel kereta, kami bergegas ke Musikhaus di Mutiara Damansara untuk mengikuti kelas percubaan untuk Rayyan Ariff. Berbagai aktiviti berunsurkan nyanyian dan bunyian di lakukan pada sesi tersebut. Dan seperti yang kami jangkakan, hanya Rayyan Ariff satu-satunya anak istimewa di situ.
.
Di hujung sesi, kami berbual dengan pengetua Musikhaus dan sepakat untuk mendaftar Rayyan Ariff di sana.
.
Perbualan dengan pengetua itu sedikit sebanyak mengganggu emosi saya sehingga ke hari ini. Apatah lagi menyaksikan perbezaan Rayyan Ariff dan anak-anak lain yang seusia dengannya di sana. Dan hari ini, perbincangan saya sewaktu bersama Ms. Sarjit pada sesi fisioterapi Rayyan Ariff, sekali lagi mengundang gelora di hati.
.
Saya tahu, tidak adil untuk saya membandingkan Rayyan Ariff dengan anak-anak yang lain. Sekiranya saya meletakkan diri ini di dalam situasinya, mampukah saya sekuat dirinya? Belum tentu. Saya juga tahu, membanding-bandingkan Rayyan Ariff dengan insan lain seusianya bagaikan menzahirkan ketidakredhaan di jiwa. Kalau benar redha itu di situ, pastinya persoalan ini tidak akan timbul sama sekali.
.
Beberapa ketika bersama Rayyan Ariff, Alhamdulillah, keadaan semakin baik. Saya sudah berjaya mengawal Rayyan Ariff dan dia semakin mudah diurus. Tiada lagi tangisan dan raungan yang memeritkan.
.
Seketika waktu bersamanya juga membuatkan saya lebih 'mengenali' Rayyan Ariff. Hilai tawanya menjadi muzik di telinga. Setiap kesusahannya menjadi mainan di mata. Perkara yang pada dasarnya mudah bagi kita, kelihatan amat sukar pada Rayyan Ariff.
.
Setelah sekian lama bertahan, hari ini, usai solat maghrib, air mata saya berlinangan sewaktu memohon padaNya agar dipermudahkan segalanya untuk Rayyan Ariff. Saya tewas dengan emosi. Satu kekalahan yang tidak pernah saya jangkakan.
.
Di luar kamar, kedengaran suara Rayyan Ariff memanggil 'Ma-Ma' beberapa kali setelah tersedar dari lenanya. Alunan yang cukup syahdu. Pada usia 16 bulan, dia hanya mampu memanggil saya untuk pergi kepadanya. Seandainya dia bisa berjalan, pastinya dia akan bangkit dari tempat tidurnya dan menjelajah dari satu bilik ke bilik yang lain untuk mencari di mana mamanya.
.
Dan peristiwa petang tadi kembali berlegar di ruang mata. Sewaktu Rayyan Ariff berbaring di katilnya, saya hulurkan tangan untuk mengangkatnya. Dan dia, mendepakan kedua tangannya tanda tidak sabar mahu ke pangkuan ibunya. Saya tidak bergerak, hanya tangan yang terhulur. Setelah mencuba untuk bergerak dengan susah payahnya, Rayyan Ariff hanya merenung tangan saya yang masih terhulur kerana tidak berjaya sampai ke arah saya. Sukar untuknya.
.
Melihatkan perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan emosi saya terganggu. Ini hanya secebis dari apa yang saya lalui setiap hari. Apalagi setelah ianya dikaitkan dengan perbincangan saya dengan pengetua Musikhaus dan Ms. Sarjit. Namun saya kembali mengingatkan diri, Rayyan Ariff adalah yang terpilih. Dan kami juga terpilih untuk bersama-sama mengharunginya dengan Rayyan Ariff.
.
Tidak semua orang yang berpeluang menjaga anugerah seistimewa ini. Seandainya diberi kuasa, pastinya akan saya pulihkan segalanya pada Rayyan Ariff. Seperti mana ibu-ibu yang lain, saya juga mengimpikan kesempurnaan dan kebijaksanaan pada Rayyan Ariff. Namun kuasa itu bukan pada saya. Yang ada pada saya hanyalah sekeping hati yang InsyaAllah, akan terus bertahan selagi termampu.
.
Dan mungkin, suatu waktu nanti, apabila Rayyan Ariff menyertai perlawanan bola sepaknya yang pertama, atau pun menamatkan pertandingan lumba larinya yang pertama, saya akan kembali membaca catatan ini dengan senyuman. Dan mungkin juga, apabila menyaksikan Rayyan Ariff melangkah ke pentas sekolahnya bagi menerima hadiah pelajar cemerlang, saya akan kembali membaca catatan ini dengan tertawa kecil.
.
Dan seandainya segala yang saya impikan di atas tidak tercapai, saya masih lagi akan berbangga dengan Rayyan Ariff kerana sudah berada di satu tahap yang tidak pernah kami impikan.
.
Ya Allah, maafkan hambaMu kerana terlupa seketika. Alpa untuk bersyukur diatas kurniaan yang terindah ini..




Tafakur
By Diwani

Dikeheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janjiMu tuhan
Bantuan di perjuangan

Ku titiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Ya Allah
Ya tuhanku
Ku sujud pada kudratMu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradatMu

Pimpinlah daku dalam redhaMu
Kasihi daku dalam rahmatMu
Hanya padaMu aku mengadu
Ya Allah ya tuhanku

29 comments:

syira said...

syahdu...menikam kalbu..

3740Journal said...

bergenang airmata baca entry ni. jiey kuat & tabah. saye jadikkan idola. bile tuhan dah bagi kite rezeki seperti itu, kite perlu berdepan, kuat semangat dan tabah. Perlu jugak bersyukur sebab ade yang lagi tidak bernasib baik dari kite kan.. saye yakin... satu hari nanti mesti ian boleh menjadi spt apa yg diimpikan. hanya masa jek yang menentukan...

M@y said...

Jiey,
kuatkan lagi semangat k.. Ian is sooo lucky to have a mother like u..bertabah!

NM said...

byk besabarlah ye...tapi ian dh byk tjkkan development yg bagus...insyaAllah dia akan jadi anak yg membanggakan mama dia 1ari nanti..cuma nk tunggu masa tu,jiey kene bykkan besabar..k

eim said...

syahdunya baca entry ni...
banyakkan bersabar yee..
insyaalah apa yg jiey impikan akan terlaksana dgn izin allah...

Leen Die said...

Jiey takdak apa nak leen kata..kuatkan semangat jiey..tak mustahil Ian leh berjalan, berlari, naik atas pentas..semuanya akan tiba nanti jiey..Pencapaian Rayyan Ariff sekarang pun dah begitu cemerlang jiey..
Ambo pun duk tggu anak ambo jalan jiey wei..Rayyan tak berani lagilah jiey nak jalan..leen sero dia mcm gayat..huhuh..

Nieza Ishak said...

Jiey,

kuatkan semangat ... itu sahaja yg boleh Nieza cakapkan .. apa2 pun Rayyan tetap anak istimewa & Jiey adalah ibu yang terpilih ...

berat bahu memandang ..
berat lagi bahu yg memikul ...

moga2 tuhanberikan lebih kekuatan utk jiey & husband. Tuhan memberikan anugerah ini kerana dia tahu jiey dapat menggalas tanggungjawab itu dgn sebaik-baiknya ...

Pnut said...

Jiey-akak nak cakap sikit, tapi Jiey jangan teringgung hati ye..anggaplah ni kata-kata dari seorang kakak buat adiknya..

Sebagai ibu, kita jangan terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi buat anak-anak kita, harapan yang mungkin tidak tercapai oleh dia. Kita terlalu berharap, dan bila dia tidak mencapai tahap yang kita harapkan, kita jadi kecewa.

Semasa akak diusia Jiey, dan semasa Najmi diusia Ian, akak berangan bahawa nak jadikan dia bijak, dan mesti akak bangga kalau dia naik pentas terima hadiah cemerlang.

Tapi in fact perkara itu tidak berlaku. Semasa di tadika, 5 dan 6 tahun, (CIC dan Smart Reader) he is doing very well, always score high marks, and made us proud, walaupun sistem tadika dia tak tetapkan angka sebagai pengukur potensi, tetapi kami gembira dengan pencapaian dia. He can read new papers sebelum dia sambut birhtday dia ke 5 tahun.

Jadi dari situ, akak letakkan harapan yang tinggi buat dia. Bila dia masuk darjah satu kami happy sebab dia berjaya dalam ujian kelayakan dan ditempatkan di kelas pertama.

Di sini persaingan sebenar bermula, walaupun mendapat semua A dan markah yang bagus, dia hanya mendapat nombor 22 di exam akhir, dan akhirnya di diturunkan ke kelas ke2, akak kecewa, dan menangis, ujian demi ujian di tahun 2 keputusan makin merosot.

Akak lalui beberapa kekecewaan, sampai satu hari akak disedarkan oleh seorang kakak ni, katanya jangan pressure budak, tidak cemerlang akademik tak semestinya dia gagal dalam hidup. Katanya apalah yang akak harapkan dari dia? akak hendak dia sentiasa mendapat tempat yang bagus? markah yang bagus?? tetapi bial dia tidak berjaya kita jadi kecewa, kenapa kecewa sebab akak terlalu berharap dia jadi terbaik. Padahal kemampuan dia bukan tahap itu.

Akak sedih juga, tapi berpijak di bumi nyata, setiap anak itu ada kelebihan dia, si abang ni walaupun setakat ni akademik dia biasa-biasa saja, tetapi dalam bab agama dia boleh kategori cemerlang, sudah banyak surah2 kecil di hafal, solat cukup, malah amali solat di sekolah agama mendapat markah penuh dan pujian, selalu jadi imam di sekolah agama.

Bacaan Al-Quran lancar, jadi akak bersyukur di situ, sekurang-kurang kalau akak mati nanti dia pandai mengaji dan baca yassin. dan moga ilmu agama dia lebih dalam, mungkin dia yang akan uruskan jenazah akak dan suami nanti. dari mandikan kami, kapankan kami, imamkan solat jenazah, malah menyempurnakan sehingga ke liang lahad, malah dia juga talkinkan kami. Jadi hati jadi bersyukur di situ

Semalam dia pulang membawa kertas ujiannya minggu lepas, oleh kerana akak tidak meletakkan harapan tinggi seperti sebelum ini, akak lebih tenang menerima keputusan dia yang biasa-biasa saja, dia tidak gagal, cuma tidak cemerlang. Malah dia yang menangis kerana mengecewakan akak, tetapi akak cakap ngan dia, memang mama kecewa, tetapi mama tetap bangga sebab abang anak yang baik, jujur, tak pandai bohong mama, kuat berpuasa, sehari pun tak tinggal lagi, abang pandai solat terawih, walau ada kawan sebaya abang, soalt fardu pun belum pasti, tp abang mampu buat terawih hampir setiap malam.

Sesungguhnya doa ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak, Jiey jangan kecewa bila Ian tidak dapat memberikan apa yang Jiey harapkan, tengok potensi lain dalam diri dia, kita akan bangga. Ingat pesan akak, tidak cemerlang akademik tidak semestinya gagal dalam hidup, ramai yang berjaya walau dia gagal SRP.

I'll blog about it, nanti Jiey baca.

sorry panjang berjela..but no hard feeling please, love both of u... deep from my heart.

Eliss said...

:( bertahanlah dan bersabar..Insya Allah..Ian akan jadik seperti yang selalu dimimpikan :)

eiNa said...

jiey.. be strong!!
Ian pasti bangga punya ibu setabah jiey dan dia jugak akan jadi tabah like u...

:)

Jiey^Mien said...

Kak Pinut : Thanks for the words kak.. Really appreciate it..

Utk anak seistimewa Rayyan, terus 'hidup' sahaja sudah menjadi satu pencapaian yang cukup besar..

Dan apa yang terungkap di sini, hanyalah sebuah impian yang menjadi harapan yang disandarkan oleh seorang ibu untuk terus melangkah..

"Dan seandainya segala yang saya impikan di atas tidak tercapai, saya masih lagi akan berbangga dengan Rayyan Ariff kerana sudah berada di satu tahap yang tidak pernah kami impikan.."

pu3qute said...

salam, jiey.. sabar jiey hanya itu yang mampu ku ucapkan.. kalau saya di tempatmu mungkin tak akan jadi setabahmu Jiey. Yakin pada Allah, hanya dia sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita. Kami semua sentiasa menyokong ian dan jiey sekeluarga...(sedih baca entry nie ari nie..)

AppleCrux said...

i'm lost for word to comment, because semua pun comment yg hampir sama. But then, nak jugak kata harap Jiey sentiasa bersabar, kejayaan mmg tidak dtg bergolek..dan Jiey adalah insan yg terpilih utk ujian seperti ini..Insya-Allah saya jugak berdoa sekurang2nya Ian mampu berdikari spt kanak2 lain..

Intan and The Boys said...

jiey ni...pepagi dah buat kite nanges2 tau.
suatu hari nanti jiey...suatu hari nanti. kite sabar ok.

:)

Manjaku said...

Betl jiey... hanya sabar sahaja ubatnya seketika ini... Ummi pun hilang kata2 untuk berbicara. InsyaAllah, Ian pasti akan membanggakan Jiey suatu hari nanti... Sekarang pun dia banyak menunjukkan perkembangan positif yang pastinya membanggakan Jiey...

Adinina said...

As much as we don't want to wish for perfections, as human being, we all do.

I noticed that these feelings of yours keep coming back once in a while. And the fact that you wrote it here, made us all wanting to hug and support you...so that you won't falter and regain your strength.

Sail your life with Ian, DAY BY DAY, maybe you'll be happier that way, and become more grateful.

*salam lebaran dari sy sekeluarga, esp. buat Ian handsome. Nak duit raya dtg rumah auntie ya! :)

Anonymous said...

Salam Jiey,

I am a silent reader of your blog (came across it one day by accident)..and I read it now practically everyday! You may wonder why?..Because I truly admire your strength, determination, unfailing spirit and your love for little Ian. He has come a loooong way, and its all because of you and your hubby.

I think,although I am a mom to a baby boy of similar age with Ian, I will not be able to do what you do. He is one lucky little boy:)See..thats why special babies are given to really special mommies. After all, our moms are our 'angels' on Earth.

I felt so terharu when i read your entry. Be strong,dear Jiey and enjoy every moment you have with Ian...and be blessed with how far along he has come from Day 1.

Allah knows best..and may He bless you and your family with lots of good blessings.

Selamat Hari Raya wishes in advance:)

thahira301@gmail.com

Nour El AiN said...

Mmph.. kematian kata2 sebenarnya...
tidak semua orang boleh mengharungi apa yang k.jiey lalui..
Tabah dan sabarlah mudaha-mudahan jalan itu dipermudahkan..
Sayannnng ian

=) hidup ini sebenarnya begitu keras
Sabar adalah penawarnya =)

izzahazfar said...

salam kak jiey...
seperti biasa...zah basah lagi pagi ni...tp mungkin lebih dari selalu..

tak ada ape yg zah boleh komen ttg entry kali ni..apapun kita sebagai ibu mmg mcm ni...selalu impikan dan berdoa yg anak kita akan berjaya kelak..zah juga klu ditempat akak mmg akan berharap begitu..

salam aidilfitri...!terasa sgt nak jumpa kak jiey dan ian satu hari nanti...

Marsha~ said...

sayunya hati.. Jiey, tabahlah... sutau hari nanti Rayyan Ariff akan jadi seperti apa yg Jiey impikan.. Allah maha kaya Jiey.. Usaha jangan penat usaha.. Allah pasti mendengar doa Jiey dan berikan yg terbaik utk Rayyan.. InsyaAllah.. Kami turut berdoa dr jauh utk Rayyan Ariff..

Elyn Sani said...

jiey..... kalo dekat dh lame i peluk u. x tau nak komen apa!!

Mrs. Simplicity said...

biasa la kite ni selalu mengharap lebih dari kemampuan anak. kadang lupe yg dia masih kecik lagi kan? ape2 pun, jgn pressure diri ko. ian yg ade dpn mata ko tu pun da cukup membanggakan ko kan?

sarah said...

Mohon maaf sbb saya selalu terjah blog Jiey setiap hari utk mengetahiu cite ttg Ian.Anak istimewa hanya untuk parent yang istimewa.Allah tahu Jiey mampu harungi semua ni.Ada hikmah di sebaliknya. Selalu jer terharu bila baca development Ian.Asyik terkenang anak di rumah.Sabar and jangan putus berdoa dengan Allah. Sentiasa bersangka baik ngan Allah yang suatu hari apa yang diimpikan akan dapat.Ian, anak yang tabah...jauh perjalanan dia x seperti apa yang di katakan doktor masa 1 day dia lahir...good development.Tabah. Teringin nak semuka ngan Jiey sekeluarga.Salam sayang buat Ian.Salam Aidilfitri.

payarumput21 said...

Salam...

Hmmm... semoga dipermudahkan buat kita semua..

Sedih, gembira, kecewa, putus asa, adalah perasaan.. anugerah dari tuhan yang Esa.. Relakanlah.. Layankanlah..

Cuma.. kalau selalu melayan perasaan sedih.. kita akan terlepas banyak yang gembira..

Tabah ye..

[I][T][A] said...

Kuatkan semangat... kami semua percaya satu hari nanti ian pasti boleh berjalan, bermain, bercakap, belajar dan pintar seperti kanak2 lain... banyakkan berdoa... dan berserah kepada yang maha kuasa...

yaya said...

tersentuh hati ini bila membaca entry jiey kali neh...

Cikpid said...

hohoho..bakpo laa jiey ni buak kito nangih ni??

sedih oo Jiey baca entry kali ni..

Sabar byk2 eh Jiey..sekurang2nye pencapaian Ian kan skang lbh baik..lbh baik dr yg dikabarkan oleh doktor2 kan??

sy doakan Ian mncapai ape yg Jiey harapkan yer..

Watie Aziz said...

Alahai Jiey, hang wat aku meleleh plak ayaq mata kat sini..dah lah hujan ni ...sambil pegang perut aku termeleleh plak... hu hu.... sabarlah Jiey, walaupun dah jutaan oreang cakap mender yang sama... i really have no idea what to say ..cuma mendoakan yang terbaik utkmu my friend ...

umur Ian 16 bulan, umur Q 14 bulan,berdasarkan apa yg Kiey citer dan perbandingan antara keduanya.. i think i know how u feel when u wrote all those rintihan hati... i feel it, thats y aku pun sedih & cry.. (baby in my womb dah kuar jgn cengeng ha......hehehhehe)

Salam Lebaran Jiey...mintak maaf zahir batin yer... sambil jalan, jgn lupa hulur tgn Ian kat semua org yang hang nampak tau ..hehehe (wat lawak sket ..wkakaka) sebab i pun nak wat gitu kat Q ... ahahhaa....

MeL said...

jiey, sebak baca entry ni..i pn xbole imagine adakah i setabah u klu berada ditempat u. sabar ye, i doakan Ian jd anak yg baik & bijak sama dgn kanak2 yg lain..