Wednesday, September 9, 2009

Tidak seperti dulu..

Entah mengapa, kebelakangan ini, semangat untuk berblogging tidak lagi seperti dulu. Saat di mana hati dan minda nekad sekurang-kurangnya satu entry sehari. Semuanya bagaikan hilang. Mungkin kerana penat dengan kerja rumah yang tak pernah bersisa dan juga kerana melayan kerenah satu-satunya anak teruna yang manja.
.
Dek kerana mahu meneruskan jurnal tentang perkembangan Rayyan Ariff, saya memaksa diri untuk menulis.. Dengan harapan, moga rasa malas ini akan hilang. Moga saya tidak akan putus asa untuk meneruskan tanda ingatan ini buat Rayyan Ariff..
.
Hendak berada lama di hadapan PC bukanlah satu perkara yang mudah. Saat tidurnya Rayyan Ariff, beribu perkara yang hendak dikejarkan.. Saat jaganya, kami menghabiskan masa dengan fisio, flash cards, berbual, menyanyi, bermain dan menonton TV esp The Nanny dan CSI.. :P
.
Susahnya melayan karenah Rayyan Ariff sekarang kerana dia suka memberontak. Kalau kehendaknya dihalang, satu ruang tamu diamuknya. Berguling, menggelupur, meraung, menghentak kaki sambil menggenggam tangan comelnya dan mengetap bibir, serta menangis dengan suara yang dibuat-buat!
.
Sungguh dia anak bijak. Kerana tidak mahu dia 'menang', saya biarkan sahaja dia mengamuk di lantai. Menyedari saya tidak ambil pusing, suaranya makin perlahan. Tapi sebaik sahaja saya menghampiri atau terlihat kelibat saya, tangisannya kembali kuat. Tangisannya sangat dibuat-buat! Tapi sudah beberapa kali saya terlepas merakam momen itu.
.
Kata Ms. Sarjit, itu sesuatu yang baik. Anak-anak seusianya memang suka memprotes dan menunjukkan sifat mahu menang. Sekurang-kurangnya, dia tahu mengekpresi rasa. Namun yang depresi adalah mamanya! Rayyan Ariff yang saya kenali, memang anak baik yang tidak banyak karenah. Dibiarkan bermain berseorangan juga tidak mengapa. Namun kini, mahunya didukung atau diriba sahaja. Penat! Dan saya bukanlah seorang yang mahu tunduk pada karenah anak kecil itu kerana tidak mahu dia merasakan ianya satu kemenangan yang bisa diulang-ulang..
.
Dalam keadaan inilah yang selalu Ian inginkan. Berada di atas tubuh montel mama! =(
.
Dan semalam, sewaktu saya sibuk membungkus order kernakasihcollection, Rayyan Ariff di sebelah sibuk menarik2 baju saya minta di angkat, bila dilayan sekejap, tersengih-sengih hingga ke telinga. Aduhh.. Masa untuk saya amat terbatas.
.
Begitu juga dengan memasak untuk juadah berbuka, diletakkan di dalam jumperoo, tahan hanya untuk 5 minit. Diletakkan di dalam walker, asyiklah dia menarik-narik hujung baju saya dengan tangisan yang syahdu minta di dukung. Sudahnya, saya hanya akan mula memasak apabila hubby sudah tiba di rumah. Itu pun hanya dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Menu yang simple.
.

Rakaman ini adalah sewaktu Ian baru bangun dari tidur. Tanpa alasan, mahu mengamuk! Harus berhati-hati sewaktu menyuap, kalau tidak, habis sudu di rampas dan dilemparnya! Pada hujung rakaman, Rayyan Ariff menggenggam-genggam tangannya kerana geram dan marah. Saat ini, tangisannya tidak berhamburan kerana 'tertarik' dengan kamera.. Betul kata Mama Put, baby blogger tegar.. Tangisannya akan 'surut' seketika apabila melihat kamera.. :P
.
Ini pula photo semalam, pada radius tertntu, Rayyan Ariff sudah mampu menolak badannya untuk duduk.. Kini, dia tidak hanya bersandar pada strollernya.. Mahunya, duduk sendiri dan berpegang pada bahagian tepi strollernya.. Anak, kamu kuat!! =)
.
Satu lagi perkembangan Rayyan Ariff yang saya nanti-nantikan ialah memanggil saya mama. Dan saya nantikan detik itu dengan sedikit rasa tidak sabar.. Puas saya menyebut mama ke telinganya, namun tiada balasan darinya. Kata doktor, it could be because of his brain ability and also, because of his hearing impairment. Dan saya teruskan dengan apa yang saya usahakan selama ini..
.
Dan sehingga kini, dia masih belum memanggil saya mama.. Namun yang sangat mengujakan, dia menggantikan panggilan itu dengan Mmma.. Ya, ada penekanan pada huruf 'M' sebelum bunyi 'Ma' terhasil. Sangat comel!! Perkataan itulah yang dia ulangi setiap kali dia melihat saya dan merayu untuk diangkat. Alhamdulillah.. Dia tahu saya mamanya dan dia sedang belajar untuk memanggil saya. I can live with Mma for the time being, tapi nnt Ian kena tambah satu lagi suku kata ok? It's MA-MA.. :P
.
Pada saya, ini satu pencapaian yang sangat besar. Sekurang-kurang ia menjadi salah satu bukti bahawa Rayyan ARiff bisa mendengar.. Cuma bezanya, mungkin pendengaran dia tidak setajam kita. Contohnya, semalam sewaktu dia sibuk bermain, saya memanggil-manggil namanya dari satu sudut di sebelah kirinya.. Dia bersungguh-sungguh menoleh ke belakang, memandang ke hadapan dan menoleh ke kanan.. Apabila dia menoleh ke kiri, tersengih-sengihlah anak itu.. Rayyan Ariff masih bisa mendengar walaupun masih belum mampu mengenalpasti arah bunyi yang terhasil. Itu sudah mencukupi buat sementara waktu ini. Semoga dengan bantuan alat pendengaran nanti, he will be better.. Oh, sebenarnya, ini sudah tersangat bagus dari apa yang pernah diberitakan oleh doktor suatu masa dahulu.. =)
.
P/s - Hubby juga sibuk mengajar Ian menyebut ayah.. Tapi seperti kebiasaanya, mama will lead the game.. Hehehhe.. :P
.
P/s (2) - Tarikh hari ini cantikkan? Ramaikah yang bertunang atau berkahwin pada hari ini? :P

15 comments:

Unknown said...

gud improvement ian... go for more k...

hmmmm jiey... pe kate jiey dukung dia guna porch or sling time nak masak cam yg mak lin buat time kami tak balik keja lagi. selalu mak lin amik adwan dr taska sbb kami lewat balik, so time mak nak masak mmg dia tak mo duk diam, apa yg mak buat ialah dukung dia guna carrier...

try tgk...

Anasfadilah said...

memberontak?hahaha..geng la ngan Ziyyad tu..tak dapat sikit nanges,tak dapat sikit mengamuk

Intan and The Boys said...

seronoknya dapat tahu perkembangan Ian harini!
macam2 dah Ian buktikan dia boleh buat. bangga jap.
hehehe.

sket lagi jiey. mma dah ada. sket lagi nak sampai ke mama tuh.

Puan ApasH said...

setiap mama sgt menanti2kan detik anak nya sebut "mama"..Sy pon hari2 dok sebut mama kt Qaseh..hehehe..silap2 dia sebut "Opah" lu sbb opah yg bela dia time mama keje..huhuhu

AiYa said...

ian sja la minta perhatian. tahu mama dia ada di rumah spjg msa. sgt cute!.

Cikja said...

Salam jiey..

lagi sekali, saya sangat kagum...
bila baca n3 nie saya rasa nak menangis, bukan nangis sedih tapi gembira..

teringin rasa kat hati nie nak bertentang mata ngan jiey & Ian.

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

mama,
hepi for u

Cikpid said...

Jiey..Afieq pon camtu..kalo kite halang mende2 yg die nk buat (sbb bahaya)mngamuk x hengat sampai melenting2 bdn..geram btol!!

kalo mskkan dlm walker dh pandai memanjat walker..huhuhuhu..

Sekurang2nye Ian sbt mama dulu..Afieq die sebut Papa dulu...sebut Mma kalo nangis jek..huhuhu...

Liana Manjaku said...

Jiey, nampaknya perkembangan Ian semakin bagus... Suka dengar berita ini. Anak ummi pun selalu memberontak. Ummi tak layan gak! Tp, dia bernasib baik punya ayah yg rajin melayan dia ketika memberontak. Kadang2 risau juga, coz takut jadi habit sampai ke besar...

Pnut said...

yup Jiey akak setuju pakai sling utk memudahkan kerja..
macam akak pun pakai sling buat sendiri je.. belajar dengan bibik, sebab kekadang time ptg kalut nak masak, Alesya pun meragam nak berdukung dengan akak, bukan dengan bibik, jadi mengendong dia dalam sling tu sampai buat kerja rumah,

even update blog pun berkendong..ahaks..

nanti akak tunjuk pic kat blog

M@y said...

Jiey,
soooo cute video Ian nak ngamuk..dh pandai mengamuk anak bujang sorang ni ek.. kurus la mama lepas ni..

cuba masa jiey sebut mama tu amik tangan dia letak kt mulut jiey..so that dia rasa mulut jiey gerak 2 kali ikut suku kata ma-ma..

[I][T][A] said...

Ian semakin membesar dengan bijaknya... satu peningkatan yang amat membanggakan... Semoga ian terus maju kehadapan...

Mrs. Simplicity said...

ADEH, MMG TAK TAHAN BAB PROTES TU. MMG AKU BIAKAN JE BILA NADA NANGIS TU PURA2 JE. LEPAS TU PANDAI LA BAWAK DIRI. KALAU DILAYAN, MMG TAK JADI KEJE...

IAN MESTI SEBUT MAMA DULU BARU SEBUT AYAH OK! HEHEH..

RAMAI KE YG TUNANG / KAWEN ARINI? CHINESE RAMAI KOT AKU TGK PAPER TADI...

Marsha~ said...

Ian sgt manjaaaaaa... geram!!

Qila pun susah nak panggil sy Mama apetah lagi Mummy... dia berat mulut sikit.. tapi kalau daddy dia, kejap2 panggil dedi, kejap2 abah, kejap2 ayah.. huhu.. takpelah, janji kita tau dia syg kita..

ibu_Arifa said...

dah tgk video Ian td..kesian pun ada kelakar pun ada bila tgk dia memberontak mcm tu.. apa yg dia nak lah tuh..yg tak kena di hati dia tuh.. kadang2 pening kan nak penuhi peel mereka yg cepat berubah2 nih..

wah, Ian dah nak sebut mama yer.. pandainyer Ian...tyr lagi yer..sampai boleh!