Thursday, April 15, 2010

Anak bujang saya yang handsome macam bapak dia & comel macam mama..

Mood saya adalah happy, maka haruslah menggunakan tajuk yang panjang-panjang.. :P
.
Alhamdulillah, hari ini saya dapat bertemu dengan anakanda saya, Alanna Qish sekali lagi.. Hati gembira tak terkira. Sampai sekarang, masih tersenyum.. Tak sabar mahu pergi lagi.. =)
.
Anak bujang saya? Sedikit terabai dengan kesibukan mamanya.. Tapi seperti selalunya, bijak dengan keletahnya yang tersendiri. Sudah pulih dari demam dan batuknya.. Alhamdulillah..
.
Semalam, Rayyan Ariff sibuk berebut ais krim dengan saya. Habis kotor bajunya. Saya pimpin tangan Rayyan Ariff ke biliknya kerana mahu menukar bajunya. Sebaik saya mengeluarkan sehelai kemeja-t, laju tangannya menolak pintu almari sambil ketawa mengekek.
.
Setelah itu, saya membuka bajunya. Sebaik bajunya ditanggalkan, dia menjerit, "Aaaiiii..." Yang membawa maksud "air".. Dengan pantas, tangan saya ditarik sambil kakinya laju mengatur langkah. Dia menarik tangan saya hingga ke bilik air. Comel. Dia menyangka bahawa saya ingin memandikannya apabila saya menanggalkan bajunya. Sudah lumrah anak kecil suka bermain air bukan.. =P
.
Rayyan Ariff memang bijak. Walaupun perkataan mamma ("mama") sudah hilang dari kamusnya, dia menambah vocab nya dengan perkataan baru; aaiii..
.
Owh, since he was having fever before, we stopped the usage of the hearing aid for a while. And guess what? I got my noisy singing baby back! Banyak bunyi dan bernyanyi-nyanyi. Sebetulnya, semenjak kami memakaikannya dengan alat itu, dia berhenti dari menghasilkan bunyi.. Entahlah, mungkin he's figuring things out. Tapi tanpa alat itu, he seems like a happier baby..
.
Terkini, dia sudah memahami maksud perkataan "give". Apabila kita menghulurkan tangan sambil menyebut perkataan "give", dia akan menghulurkan apa sahaja barang yang ada di tangannya. Bijak lagi di situ. Hmm.. Rayyan Ariff, benarkah kamu dilahirkan dengan keadaan hampir tiada sel otak? Hehehhe.. Kamu memang pintu syurga yang bijaksana! =)
..
Saya masih berhutang satu temujanji dengan opthalmologist Rayyan Ariff. Kesibukan menghalang.. Harap-harap, tiada perkhabaran buruklah tentang mata Rayyan Ariff nanti.. Moga ada kelapangan pada minggu hadapan..

12 comments:

yatie chomeyl said...

bijok sungguh abe Ian ni...brehi main air deh. nanti ajok mama bawok abe Ian gi berene mandi kole deh ;)

iBu ZulFaQar RayYaN said...

lama sungguh sudah tidak meninggalkan comment kat sini.sering membaca blog jie,cuma tak sempat nak tgalkan comment.bz bangat this year....saya kagum dgn perkembangan ur ian.hope dapat mempertemukan ur ian with my ayern...one day nanti...:)

izzahazfar said...

ian dah jalan ye kak?syukur alhamdulillah...lepas ni leh la main kejar2 pulak..

sentiasa mendoakan yg terbaik!

Rizziela said...

Ian memang handsome...tak boleh nak dinafikan lagi

NizA said...

wpun hanya tgk muka Ian kat pc ni jek...rasa sayang sgt2 kat Ian yg comel nih...unty love u Ian!!!

lel said...

teringinnya nak jumpak Ian
nak ke KL esok tp kejap je
mesti xsempat jenjalan

Intan and The Boys said...

Ian dah banyak belajar. GOOD!

seronoknya bila jiey bagitau Ian dah boleh sebut aaiiiii.agaknya kalau kite ada sama kat situ, menitik air mata dah kot.
:)

biarpon tak pernah jumpa korang, tapi rasa korang dekat sangat kat hati ni.

Mayyonnizz said...

alhamdulillah... dah semakin pandai anak mummy nih... lepas nih apa pulak lah yer... tak sabar nak tgu keletah die... :)

Sue said...

so comelll la Ian. Mmg bijak. sama macam budak2 yg lain yg sukakan air. tak ada bezanya. kanak2 tetap kanak2. be a gud boy okehhh!!!!

WANNY said...

he is sooo cute. manusia merancang Allah jua menentukan..betulkan Rayyan Ariff?

Ina said...

teringat 1 entry jiey masa ian xpndai jln lg. jiey ada sebut kalau la ian dh boleh jln mama heret je bwk g toilet pastu ditegur bibik. alhamdulillah nowadays impian jiey tu dh tercapai. well done ian n mama coz u guys have done a geat job. kagum dgn pencapaian ian! :D

'atiqah said...

Salam kak. selalu buka page ni, tp malas nk comment..tp hari ni nak menulis juga..

Sebenarnya, terasa dengan keadaan 'miracle' tu, bila mana saya sendiri trt melalui pengalaman yang 'lain' dari normal ketika awal bersalin dulu..

Tapi, sungguhla Maha Berkuasa sifat ALLAH itu, yang menjadikan bayi kita makin hari makin bijak..tambah2 kak jie selalu rangsang Ian, no wonder dia makin pandai..Alhamdulillah..^_^ habis berkembang pesat sel otaknya..hihi

keep up this great work mama! I know u dun need this, but...'all the best' ya =) Moga sentiasa dalam limpahan rahmatNYA.amin