Thursday, April 8, 2010

Harga sebuah keselesaan untuk sang puteri..

Ini kali pertama saya berbicara dengan ibu dan ayahnya.. Namun kami bagaikan sudah bertahun menjadi sahabat. Kerana kami berkongsi cerita yang sama, kerana kami di landasan yang sama!
.
Kali pertama melihat wajahnya, air mata hampir menitis.. Melihat kesusahannya setiap kali dia menarik nafas yang dalam, merobek naluri keibuan saya.. Mendengar tangisan tanpa suaranya membuatkan hati ini hancur luluh..
.
Inilah wajah comel sang puteri yang sedang bertarung melawan kesakitan di hospital. Saya tidak sanggup mengambil gambarnya sewaktu melawatnya tadi. Kerana jelas terpamer rasa sakit yang mendalam pada wajahnya. Mukanya berkerut dan sesekali mendengus walau pun di dalam tidurnya. Mama Jiey tahu kamu kuat wahai anakku Alanna Qish.
.
Air mata bergenang lagi tatkala si ibu memeluk erat anak yang menangis kesakitan. Setelah kedudukan Alanna Qish dibetulkan, sang ayah pula memujuk dengan kata-kata yang cukup mengharukan. Usapan lembut di kepala si anak juga tidak meredakan tangisannya. Syahdu. Sedih. Kasihan. Semuanya bercampur baur.
.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kehidupan puteri kecil ini.. Berilah kesembuhan kepadanya Ya Allah.. Apabila hadirnya membawa pelangi di dalam hidup kami, biarlah dia terus menyinari kami dengan cahayanya yang pelbagai Ya Tuhan..
.
Jujurnya, saya kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan di hospital itu. Mungkin kerana Rayyan Ariff tidak pernah punya pengalaman di hospital kerajaan, maka saya tidak tahu. Bukan mahu menghukum secara generalisasi. Tapi dari apa yang saya dengar dan lihat tadi, segalanya jauh dari sempurna berbanding dengan apa yang diterima oleh Rayyan Ariff di hospital swasta selama ini.
.
Saya tidak rasa ke hospital swasta itu satu cara untuk menunjuk lagak apabila kakitangan hospital kerajaan itu sendiri yang mendorong kepada salah tanggapan masyarakat. Kecewa bila anak sekecil itu yang harus menanggungnya.. Sedih.
.
Memang ada di antara mereka yang menunjukkan dedikasi dan sifat kemanusiaan yang tinggi, namun apabila banyak kekurangan, tentulah menimbulkan ketidakpuasan di hati. Apa lagi apabila melibatkan satu nyawa. Harga sebuah keselesaan adalah terlalu mahal! Tidak, bukan hanya keselesaan, tapi rawatan yang sewajarnya untuk sang puteri!
.
Kalau, kalau sahaja Mama Jiey punya wang berkoyan, mahu sahaja Mama Jiey biayai semuanya! Biar kita ke SDMC sahaja. Biar hanya tangan Sarjit yang membuat suction pada Alanna Qish. Biar hanya tangan Dr.Sofiah yang memeriksa Alanna Qish. Tidak perlu bersilih doktor!

9 comments:

ibu_Arifa said...

Wah..comel sekali Puteri Alanna nih.. secantik namanyer.. dia sedang kasit ker Jiey? kesiannyer.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan Puteri Alanna ni dan didoakan agar dia cepat2 sembuh yer..aminn

CatlinaFly said...

cantiknya nama sang puteri ni alanna qish..sakit ape dia jiey?

Unknown said...

Semoga Allah permudahkan segalanya...

Memang banyak kes kalau melibatkan hosp gomen ni. Staf nya kebanyakannya garang2 & kasar. Takut dibuatnya.

A.I said...

:( Alahai....

Auntie doakan semoga cepat2 semboh & segala yg terbaik utk Alanna Qish. amin..

"Ya Allah, Kau ringankan kesakitan yg anak kecil ini tangggung..Kau permudahkan la segala urusannya Ya Allah..amin..amin..amin.."

Intan and The Boys said...

Alanna Qish. nama yang sangat merdu. secantik tuan empunya nama.

Auntie Intan doakan Alanna cepat2 sembuh ye sayang. Jiey, sampaikan salam simpati kami sekeluarga buat mama&papa ALanna ye. Tq jiey!

yatie chomeyl said...

comeylnyo baby ni jiey. bakpo dio jiey? sakit gapo?

harap2 baby comel ni dpt layanan sebaiknya

eiNa said...

dia sakit ape jiey..comel n so cute.. semoga Allah permudahkan segalanya untuk alanna

hazlina said...

salam kenalan..

saya setuju dgn awk,bknnye nk kutuk hosp gomen tapi serius lynan dorg mmg fail!!

Leen Die said...

setuju sesgt2 ngan Jiey..igt lagi masa Rayyan kena inject utk umur 2 bulan..followup kat gomennya spital..bengang giler sbbnya dia p cucuk tepi peha tp dorang wat ganas2.apa lagi abah Rayyan mmg hanginlah kan so pas tue mmg followup kat private lerr....lantaklah..huhh..hangin2