Friday, April 30, 2010

Tentang satu rasa..


Aku mencari indahnya ucapan

Untuk menzahirkan cintaku padamu

Namun aku gagal..


Aku mencari indahnya ungkapan

Untuk menyatakan sayangku padamu

Namun aku gagal..


Aku mencari indahnya kata-kata

Untuk menggambarkan bahagia kehidupan

Namun aku gagal..

Bukan kerana tiada cinta..

Bukan kerana tiada sayang..


Namun kerana semua kata adalah terlalu biasa

Untuk menggambarkan satu rasa,

Tentang segala cinta dan kasih yang ada..


3 tahun berlalu,

Dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang

Untuk terus merasai segalanya..

Aku masih merasakan hangat pelukanmu

Aku masih merasakan manisnya merindumu

Aku masih merasakan indahnya mencintaimu


Aku masih penuh dengan rajukku

Namun aku tetap tewas dengan pujukanmu

Mungkin pipiku pernah dibasahi tangis keranamu

Namun pipi ini juga masih merona merah dengan jenakamu


Walau mungkin banyak waktu

bicara kasih tidak lagi seromantis dulu

Namun cinta ini tetap satu..

Dan cinta yang satu itu,

Terkunci rapat di dalam hatimu..

Setelah 3 tahun bersama

Rasa itu semakin nyata..

Melingkari setiap pelusuk jiwa dan raga..


Satu rasa,

yang lebih hebat dari segala kata..
.
30th March 2007 - 30th March 2010
~Happy 3rd Anniversary~

15 comments:

Anasfadilah said...

happy anniversaryyyyyy jiey and husband !

:)

e_nazz said...

Happy anny kak jiey...:) semoga kekal hingga ke alam syurga...

Intan and The Boys said...

alhamdulillah...dah 3 tahun.
:)

semoga ada 300 tahun lagi bersama. kita doakan kesejahteraan dan bahagia kekal buat kalian.

AppleCrux said...

Happy Anniversary Jiey! Semoga jodoh berkekalan dan dimurahkan rezeki Jiey sekeluarga.

eiNa said...

Jiey! epi annyversary..semoga bahagia ke akhir hayat..

Kak Rose said...

happy anniversary to u. May Allah bless u n ur family always dan may ur marriage will as last as ur wedding ring. Amin..

Ina said...

tahniah! moga kekal bahagia hingga akhir hayat insyaAllah :)

iBu ZulFaQar RayYaN said...

hepi aniversary.moga ikatan ini sehingga ke akhir hayat

kamalnzura said...

happy 3rd anniversary....moga kekal bersama hingga ke syurga..:D

A.I said...

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN UTK KALIAN BERDUA (^_^)

semoga akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..amin..

Elyn Sani said...

happy anniversary jiey!!!!

yatie chomeyl said...

hepi 3rd annivessary mokci & pokcik ;)

Nadiah Sidek said...

happy anniversary to both of you! smg berbahagia hingga akhir hayat..

along aishah said...

Happy anniversary jiey....moga berbahagia hingga akhir hayat...btw..aku tak sangka ko semakin dewasa...semakin romantik ye rupenye....pengalaman itu mendidik kite banyak kan tanpa kite sangka....

Jiey^Mien said...

Dear all,

Thanks for the warm wishes!

Regards,

Minn & Jiey