Monday, April 19, 2010

Hari minggu yang padat..

Hujung minggu ini, seperti kebiasaannya hubby bepergian lagi. Walaupun bagaikan sudah lali, namun ada waktu, masih ada rajuk di hati.. Teruk bukan? Persis anak kecil! :P
.
Hari-hari kami masih penuh seperti minggu-minggu sebelumnya. Hari sabtu yang lalu, hari kami bermula dengan temujanji dengan Dr.Yong. Rutin pemeriksaan yang biasa. Rayyan Ariff masih lagi di tahap underweight dengan berat hanya 9.8kg. Turun sedikit berbanding 2 minggu yang lalu. Selepas demam selsema tempohari, memang selera makan tuan kecik ini agak berkurang. Namun sekarang, Alhamdulillah dia sudah mula berselera untuk makan.
.
Selain itu, Dr.Yong juga memaklumkan bahawa Rayyan Ariff tidak perlu dibedah untuk satu keadaan yang dipanggil "undescended testes". Untuk beberapa siri temujanji yang lalu, kami telah dimaklumkan bahawa Rayyan Ariff mungkin perlu dibedah kerana kebiasaannya, apabila anak berusia setahun lebih, segalanya pulih sendiri.
.
Namun tidak bagi Rayyan Ariff. Pada pemeriksaan 3 bulan yang lalu, ianya masih belum baik sehinggakan doktor telah memaklumkan kepada kami tentang kemungkinan akan ada pembedahan untuk pembetulan. Keadaan ini berlainan sekali dengan Hernia dan ia biasanya berlaku pada bayi pramatang. Alhamdulillah kerana ia pulih sebelum usianya mencecah 2 tahun, mengikut tempoh yang diberikan doktor.
.Bangun dari tidur @ breastfeeding room, PMC Bangsar
.
Secara keseluruhannya, Dr.Yong berpuas hati dengan perkembangan Rayyan Ariff. Mungkin kerana dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa Rayyan Ariff akan sampai ke tahap ini. Mungkin.
.
Hari sabtu dan ahad juga menyaksikan pertemuan saya dan Alanna Qish untuk kesekian kalinya. Yes, I'm addicted to her. Kalaulah saya dapat membawanya pulang ke rumah, sungguh indah! *Mungkinkah ini petanda saya perlukan baby girl? Muahahha*.
.
Hari ahad juga, kami ke Putrajaya untuk menghadiri sambutan majlis hari lahir Habib. Kasihan hubby yang keletihan, baru sahaja tiba di rumah, terus sahaja memenuhi permintaan isterinya ini.. =P
.
Sajian makanan memang cukup menyelerakan! Rayyan Ariff sendiri bersungguh-sungguh menghabiskan bihun sup dan kek coklat yang dihidangkan.
.
Masih tidak terlewat untuk mengucapkan selamat hari lahir buat anak-anak Mama Jiey semua.. Dan buat Alanna Qish, teruskan berjuang yea nak.. Kami semua menantikan kepulanganmu..

5 comments:

Rizziela said...

Banyaknya aktiviti dihujung minggu...

Mesti Ian pun tak sabar tunggu weekend kan?

yatie chomeyl said...

bgn tidur pun muko hensem jugop abe Ian nih ;)

Sue.Aleen said...

husband dah bawak pi putrajaya pun masih nak majuk? hehehe... sabo je la

Jiji said...

alahaiiiiiiii@!~

Eh jiey u ada habit yg org lain tak tau tak kalo main ngn anak?

(Aku suka bau mulut Anis huhuhu mcm best jeh)

Mayyonnizz said...

uwaa...mana boleh bawak balik alanna...tulah satu-satunya anok tino kawe..ekekek

ryn...berita yang menggembirakan.. lepas nih khabarkan berita yang indah lagi..muah!!