Wednesday, April 21, 2010

"Kenapa dia macam tu mama?"

Nope. It's not Rayyan Ariff who raised the above question. He barely calls me Mama, let alone to construct a full sentence.
.
Soalan itu lahir dari seorang anak kecil yang usianya mungkin di dalam lingkungan umur 3 atau 4 tahun sewaktu kami di PMC tempoh hari. Seperti kebiasaannya, saya memimpin tangan Rayyan Ariff dan membawanya berjalan di sekitar ruang menunggu klinik Dr.Yong.
.
Dan seperti kebiasaannya juga, mata Rayyan Ariff akan 'lari' apabila dia memfokuskan kekuatan pada otot-otot badannya. Crossed eyes Rayyan Ariff akan menjadi lebih jelas apabila dia berjalan ataupun memandang objek yang berada pada jarak yang jauh.
.
"Kenapa dia macam tu mama?" Tanya budak lelaki itu.
"Kenapa pula? Biasalah, dia nak belajar berjalan. Diakan baby.." Jawab ibunya dengan niat mengalih perhatian anak kecil itu.
"Bukan Ma.. Kenapa dia macam tu mama?" Tanyanya lagi apabila dia tidak berpuas hati dengan jawapan ibunya.
"Takde apalah. Biasalah, dia nak belajar jalan.." Ibunya masih cuba mengalih perhatian anaknya. Mungkin kerana takut saya terasa kerana soalan itu agak kuat dan bisa didengari oleh orang-orang sekeliling.
"Bukan Ma.. Kenapa dia macam tu? Mata dia macam tu Ma.." Jerit anak itu lagi..
.
Waktu itu, kami sudah 6 atau 7 langkah melepasi kerusi tempat ibu dan anak itu duduk. Tiba-tiba sahaja saya rasakan ada orang berlari ke arah kami yang sedang berjalan perlahan-lahan. Rupa-rupanya, abang kepada kanak-kanak yang bertanya tadi. Usianya pula mungkin dalam lingkungan 7 ataupun 8 tahun. Dia berlari kearah kami, berhenti, seketika menundukkan kepalanya memandang Rayyan Ariff, dan berlari semula ke arah ibunya.
.
Saya cuma membiarkan perlakuannya. Tanpa sepatah kata. Kerana rasa di hati yang berbaur. Saya tidak punya asa untuk marah kerana apalah yang anak sekecil itu mampu fahami. Mungkin sedikit kecewa kerana saya tidak mampu melindungi anak saya sendiri dari mulut-mulut manusia.
.
Waktu itu, hati saya bagaikan menjerit, "Adik, anak Auntie ni macam ni sebab dia istimewa. Tuhan sayangkan dia lebih, jadi tuhan lebihkan keistimewaan kepadanya. Faham?"
.
Kata-kata itu tidak terluah. Dan fikiran saya pula berkira-kira, perlukah kami kembali ke tempat duduk kami dan melewati keluarga itu sekali lagi? Perlukah saya berhenti memimpin tangan Rayyan Ariff agar tiada lagi mata yang memandang serong padanya? Perlukah saya memaksa Rayyan Ariff untuk hanya duduk agar saya tidak perlu menerima perkara sebegini lagi.
.
Waktu itu, saya terbayangkan wajah anak-anak saya yang lain.. Saya terbayangkan wajah Idris, Sara, Nabila, Aiman, Habib, Irfan, Ridhwan dan Alanna.. Lantas saya menunduk dan memandang Rayyan Ariff yang sedang mengatur langkah kecil dengan penuh hati-hati. Laju.
.
"Kalau kamu kuat, tiada ruang untuk mama menjadi lemah. Persetankan kata-kata orang. Kamu cukup sempurna di mata mama.. Mama tidak pernah dan tidak akan malu dengan keadaanmu. Dan mama tidak akan sesekali menyembunyikan kamu dari dunia luar.." Kata-kata yang masih lagi sekadar berlegar di dalam hati.
.
Kalau adik-beradik saya di dalam keluarga superkids semuanya kuat-kuat, tiada ruang untuk saya menjadi seorang yang lemah. Mereka juga pernah menghadapi pandangan serong masyarakat. Namun semua itu tidak menjadi kudis bagi mereka.
.
Lagi pun, ini bukan kali pertama keadaan fizikal Rayyan Ariff menjadi pertanyaan. Biarlah kalau matanya juling, biarlah kalau kepalanya panjang, biarlah kalau build up badannya tidak sekata, yang penting dia sihat. Yang penting, dia bijak dengan caranya yang tersendiri.
.
Pic kredit to FB Mama Put

Di dalam gambar ini mata Rayyan Ariff kelihatan biasa sahaja. Kerana dia berada di dalam keadaan relaks. Saya suka mata Rayyan Ariff. Bersinar-sinar dan bercahaya.
.
Kami sepatutnya sudah pergi bertemu Dr.Ramani untuk pemeriksaan mata Rayyan Ariff. Namun kesibukan yang menghambat membantutkan niat kami. InsyaAllah, mungkin pada awal bulan Mei nanti.
.
Namun sempat juga saya tanyakan keadaan ini pada Dr.Yong. Menurut Dr. Yong, mungkin patching adalah kaedah yang sesuai untuk membetulkan crossed eyes Rayyan Ariff. Namun perkara ini sudah saya ajukan kepada Dr.Ramani dan katanya, tidak mungkin berkesan untuk Rayyan Ariff. Selain itu Dr.Yong mencadangkan agar melakukan pembedahan untuk membetulkannya.
.
Kalau ianya sekadar kosmetik, kami tidak melihatnya sebagai opsyen. Biarlah ianya begitu. Selagi dia dapat melihat dan mempunyai fokus yang baik, itu sudah memadai bagi kami. Seperti kata hubby, "Tidak perlulah menyakitkan dia untuk sesuatu yang tidak penting. Sudah banyak yang dia lalui di dalam tempoh singkat hidupnya.."
.
Ok. If possible, no unnecessary operation.
.
I wish I could just walk in to Dr.Ramani's clinic tomorrow. But I cant. It's quite hard for me to take leave at the moment. Hmm.. We shall see what Dr.Ramani is going to say about Rayyan Ariff's eyes later..

22 comments:

Unknown said...

Salam jiey...
Kak Nanie faham apa yang jiey rasa...kak nanie juga melalui keadaan serupa...anis dan iman kedua-duanya memiliki cross eyed...anis memakai spek sewaktu tadika lagi...dia tak nampak nak menulis...iman dr sahkan masa 4 bulan...memang kalau dia buat sesuatu...matanya akan lebih kelihatan...kak nani juga pernah berbincang dgn dr untuk operation mata anis..tapi dr kata itu hanya kan mengubah squint, tidak power matanya...jadi kak nani ambik keputusan...biarlah anis buat terapi je...setakat ni kak nani gunakan kaedah patching...memang memakan masa dan kesabaran...tapi hasilnya Alhamdulillah...tmbahan permata Hijrah...ianya berkesan utk menurunkan piwer walau tak byk...namun yg paling penting...kita terima mereka seadanya...biarlah apa org kata...kita tak kuasa menghalangnya....So be strong ok?...

Papa, Mama & Azra said...

Tapi Ian cute. I first saw her photo's in littlebigshot. Mmg handsome.

Jiey, kalau my Azra asks me the same Q, sure I pun panick tatau nak jawab tanpa menyinggung perasaan sesiapa. But after I read this, I may have better answer than mengalih perhatian dia ke benda lain.

Stay strong okay. :-)

Pnut said...

Jiey-akak setuju dengan hubby Jiey, tak perlulah kesakitan utk dia pada perlu yang betul-betul tidak perlu..

ada kawan akak dulu juling juga matanya, tapi every sem 4 flat ouls...

P/s Jangan berhenti "memimpin" Ian, dia sentiasa perlukan bimbingan

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kalau kita nak dengar ckp2 org berkaitan anak istimewa kita, mmg tak terlayan. walau anak kita nampak pelik di mata org, tapi dia tetap sempurna di mata kita. kita yg mengandungkan dia, kita yang melahirkan dia. pedulikan apa org kata. yang penting, kita buat yg terbaik utk anak kita. dia adalah anugerah Allah utk kita. amanah tak ternilai!

Luvvvvv said...

jiey, no need to go for operation. uwais pun doc x recommended. jgn lengah pegi check mata tu. uwais using his spec went he is 2.

izzahazfar said...

apalah seorang anak kecil itu tahu...dan kita yg dewasa perlu terangkan dgn jelas..

Ian mmg istimewa...siapa sangka dia boleh semaju ini kak kak!well done!

Rizziela said...

Rayyan Ariff terlalu istimewa... Anti tak pernah lihat kekurangan pada Ian..apa yg anti nampak...Ian seorang kanak-kanak yg sempurna..handsome plak tu

Unknown said...

Ya, mata Ian sungguh bersinar-sinar dan bercahaya. Lambang hatinya yang suci :)

zura_habibhaariz said...

hmm..sabarla kak jiey..bdk2 ckp kdg2 mereka straight to the point..kita sekeluarga kan kuat hihi..xde pe yg pelik pun kt ian..comel adala...

A.I said...

ms angah baby dulu dah biasa aku rasa benda yg sama tu jiey..siap tanye depan2. tu takpe lagi, sbb budak. ni org tua pon sama. siap takot2kan anak dia lagi smbl tunjuk kat angah!! sialan sungguh. takde otak. tp takde apa yg kita leh buat. (kadang tu aku sound gak :P)...

takpe, Rayyan kan budak terhebat :)

Yasmin Nabilah.. said...

Sian nabila ngan Ian..selalu jadi bahan umpatan orang. takpelah..mulut orang..tak bleh nak tutup2..huhu

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey tau tak..benda yang sama terjadi kat ina Ahad lepas. Lupa nak cerita kat Jiey masa gi umah Zura hari tu.Kes yang sama, bezanya yang cakap tu remaja.Couple ni jalan la belakang ina.Pastu nampak la Ina dukung Nabila. Pastu dia cakap " Muka comel..sayangnya mata juling..Siannya" .Ina tak dengar time tuh..kebetulan zul kat belakang dorang tengah tolak stoller..Zul terus pintas dorang..dan terus usap pipi Nabila. Agaknya terkejut..terus diam couple tuh..Huhu..Sedih jiey..orang tak paham apa masalah anak kita.Kalau cerita pun org hanya cakap kesian.huhu

Mrs. Simplicity said...

sepanjang jumpa ian secara live tak pernah lagi nmpk mata dia crossed. wah, macam la banyak kali jumpa ian kan? setuju cakap hubby ko tu jiey. kalau sekadar kosmetik, tak perlu la kan?

aku cam tak caya bila ko cakap berat dia belum sampai 10kg.nmpk tinggi. takpe2, senang mama nak dukung kan?

Rose Nieza said...

Jiey..ape yang penting??? Ian and geng2 super kids yang lain ialah Mereka dah confirm tiket ke Syurga Allah yang Abadi..

Sue said...

sue salute jiey dan kwn2. kuat sungguh kamu. mungkin kalau dikurniakan sesuatu seistimewa anak kalian, sue pun harus kuat.

sue suke mata ian juga. bersinar2.

Khairul Anwar said...

Rayyan is a cute boy! Seriously..

yatie chomeyl said...

b strong babe, ore tahu Jiey kuat sokmo...kalu ore kat tmpot Jiey..ore pong sero hati tp mulut budok2 buke buleh tutp deh

Mamapinkie said...

Jiey dear, Ridhwan pun cross-eyed gak, kadang2x kalau masa tengah datang sawan lagi menakutkan tengok mata dia juling, tapi dah jumpa dr mata and dia sarankan cuba eye-patching lah, tapi mak aih payahnya nak letak kat mata ridhwan cause dia very sensitive kat muka kan, tapi cuba gak lah letak ;)

anyway Jiey, excuse that mother's ignorance for not being able to explain to her children pasal Rayyan yea, satu akak rasa dia takut nak jawab depan Jiey dan Rayyan cause takut Jiey dengar and silap lak jawapan dia, and then akak rasa dia pun maybe category parents yang..tanyalah banyak soalan tapi mama malas nak jawab yea..u know the parent yang tak suka explain sangat kat anak their curiosity ..and then akak rasa the children are actually being children Jiey, curious, wondering why is Rayyan special than them and kalau mak dia would have answered well, anak2x tu mesti will grow up being adults who are tactful, compassionate and always trying to find the truth in a good way...so forgive them Jiey, to me people like them are ignorant, akak rasa I was once like them too, ignorant and naive when faced with special people, but we are the lucky ones I think, we are seeing gods wonderful creation in front of our eyes and accepting them for who they are no matter what people say...so don't feel bad yea Jiey kalau ada orang comment, always think that these people most of the time mean no harm, probably very ignorant and tactless a bit and also don't know how to use the right words to explain to their children, family or friends and most of them are actually afraid, yes, afraid of something that is different from them and something they don't know anything about..what is important, is how WE see our own child and how WE want them to be..that is more important, isn't it...for me at least ;)..don't upset2x yea Jiey, muacks!!

Marsha~ said...

kamu kuat Jiey.. segala kekuatan sy berjauhan dgn suami sy curi dr kamu.. sayang kamu dan rayyan arif!!

Ina said...

sabar ye jiey. jgnla amik hati. budak2 mmg mcm tu. kalau remaja n org dewasa mmg agak xleh trima la kan kalo wat cmtu. berblk kpd bdk2 td, mebi d mother pn xtau mcm mana nk handle situasi mcm tu dgn anak2 dia. hanya org yg mengalami perkara yg sama lbh memahami n tahu mcm mana nk tacle situasi2 mcm tu dgn lbh tepat. kiter xrasa bdk2 tu pndg ian sebagai xsempurna. think positive jela jiey ye :)

[I][T][A] said...

rayyab arif memang istimewa.. sangat istimewa.

Kuatkan semangat, hidup ini memang penuh dgn dugaan.

anna said...

kuatkan semangat awak..berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya...insyaallah semuanya ada hikmah disebaliknya..rayyan sweet boy la..be strong ye sayang:)
from : umie haziq:)