Sunday, April 25, 2010

Of being a silly mother and visit to HKL

Rayyan Ariff selsema dan batuk lagi. Agak teruk. Lebih menyukarkan, apabila dia tidak mahu makan ubat. Disuap secara langsung, akan dikeluarkan kembali. Dicampurkan di dalam susu ataupun makanan, ditolak mentah-mentah. Inilah susahnya kalau anak kecil yang sakit.
.
Sebab-musabab Rayyan Ariff selsema? Kerana kecuaian saya sebagai ibu.. Saya sama sekali lupa untuk menghidupkan timer pada aircond. Sudahnya, penyaman udara di bilik utama itu terpasang hingga ke pagi. Sedang saya dan hubby enak berselimutkan comforter yang tebal, Rayyan Ariff pula kesejukan di katil bayinya. Aduhhhh kasihan! Selimutnya berada di hujung kaki kerana dia sememangnya tidur lasak.
.
Kasihan bukan? Memang saya marah pada diri sendiri. Namun apakan daya, ia telahpun berlaku.. Menyedari aircond yang masih terpasang, terus sahaja saya menjenguk Rayyan Ariff di katilnya. Kaki dan tangannya sejuk bak air batu. Hidungnya pula sudah mengeluarkan bunyi menandakan ianya sudah tersumbat. Namun dia masih tersenyum memandang saya. Sambil tangannya didepakan minta diangkat.
.
Aduhhh.. Baru sahaja seminggu lebih dia baik dari selsema dan batuk kerana berjangkit dari saya. Geram betul pada diri sendiri. Episod berperang dengan ubat dan hingus kembali lagi. Damn!
.
Semalam, sebelum kami bergerak pulang ke rumah PIL di Rawang, kami singgah sebentar di HKL untuk menjenguk puteri cilik yang sedang berjuang untuk sebuah kehidupan. Syahdu sungguh melihat Alanna Qish yang berselirat dengan wayar yang banyak setelah sekali lagi dimasukkan ke ICU. Syahdu sungguh rasa di hati.
.
Saya tinggalkan Alanna Qish setelah selesai menghadiahkannya ayat-ayat suci Al-Quran dan Zikrullah. Hanya itu sahaja yang mampu Mama Jiey berikan buat bekalan perjuangan Alanna Qish. Ya Allah, berikanlah kesudahan yang baik buat anak ini Ya Allah. Semoga segala kesembuhan kekal menjadi miliknya Ya Allah..
.Kaki kecil milik sang puteri yang bersemangat waja; Alanna Qish
.
Perjumpaan kami tidak lama kerana Rayyan Ariff setia menunggu di kereta bersama bibik. Masakan bisa kami membawa Rayyan Ariff bersama. Bukan sahaja anak kecil tidak bisa masuk, namun selsema dan batuknya yang kuat juga cukup merisaukan..
.
"Teringat pada keadaan Ian suatu waktu dahulu. Sama seperti Alanna, berselirat dengan wayar. Penuh dengan mesin.. Sedihhh.." Kata-kata hubby setelah kami meninggalkan perkarangan hospital benar-benar menggetarkan jiwa ini.. Sungguh waktu itu perit. Sungguh detik itu sakit. Kalaulah saya punya kuasa untuk mengeluarkan Alanna dari keadaan yang memeritkan ini.. Kalaulah..
.
Buat Ayu dan Syarul, InsyaAllah, Alanna dan Nadime akan bersatu dengan kalian.. Doa kami akan tetap bersama kalian..

8 comments:

kamalnzura said...

rayyan..rajin2 mkn ubat ye..:D

maya amir said...

get well soon ian..

yatie chomeyl said...

semoga Alanna Qish dapat terus berjuang macam abe Ian yang bersemangat

A.I said...

Alanna msk ICU balik? Allahuakhbar.. :(

Rayyan, lps ni mintak mama sarongkan kaki ngan stokin masa tido tau. ngeeee...

cepat2 sembuh ye sayang...

Ina said...

sian ian... xpela moga cpt sembuh ye ian. gambatte mama jiey! ian taknak ke kalau tdo pakai sleep sack jiey? ihsan ni sejuk2 beku boleh dia nk tndng2 slimut. mmg pakaikan gak sleep sack even dia xbaper suka sbnrnya hihi.

transformed housewife said...

take care ye Rayyan. Auntie doakan Rayyan sihat spy mama Rayyan tak risau sgt.

Marsha~ said...

sedap nama alanna dan nadime.. siapa mereka?? apekah sakitnya... sayu hati tgk baby yg sakit.. sedih sgt... cepat sembuh rayyan!

Intan and The Boys said...

Ian dah sehat ke jiey?

oh. bercerita tentang ALanna masih buatkan air mata ni bergenang. :(