Wednesday, April 28, 2010

Tentang etika bekerja dan manusia bukan tuhan

Apa sekalipun kerja yang kita lakukan, yang penting niat kita bukan?
.
Kenapa tiba-tiba sahaja saya berbicara tentang perkara ini? Kerana ianya masih berkisar tentang Alanna Qish. ~Sila jenguk blog Alanna untuk cerita lanjut~
.
Saya sedikit kecewa dengan 'pilihan' yang diberikan oleh doktor yang merawatnya. Wajarkah ianya dipanggil 'pilihan' kalau ianya beserta ugutan?
.
Kalau hendak dikatakan kerjaya sebagai doktor adalah sesuatu yang mulia, bergantung pula pada kehendak dan rasa hati doktor itu sendiri. Tidak semua doktor boleh dilabelkan sebagai mulia.
.
Mungkin ada yang berkata, "Oh senanglah kamu bercakap Jiey. Kamu hanya membawa Rayyan Ariff ke hospital swasta. Maka layanan yang diterima juga berlainan."
.
Salah tanggapan itu.
.
Sebetulnya, sepanjang tempoh hampir dua tahun usia Rayyan Ariff, kami juga pernah berdepan dengan situasi yang hampir sama. Kami juga pernah dibentangkan dengan kekecewaan yang hampir sama.
.
Namun yang pasti, di dalam ramai doktor yang kami temui, ada yang punya hati yang baik dan mulia. Dan ini membuatkan kami terus setia bersama doktor-doktor ini.
.
"The brain damages that your baby is suffering is too bad. Most probably, he will not be able to make it. And even if he survive until delivery, he will be no less than a vegetable"
.
Ayat ini diperulangkan berkali-kali kepada kami.
.
"What is our option doctor?"
.
"Termination of pregnancy.."
.
Sejujurnya, saya pernah bertemu dengan beberapa orang ustazah dan ustaz untuk membicarakan persoalan ini. Jawapan yang saya dapat ialah, "Sekiranya kandungan sudah melebihi 12minggu, hukumnya harus dengan syarat, punya pengesahan daripada doktor pakar"
.
Maka kami membuat pilihan yang kami rasakan tepat.
.
Keadaan Rayyan Ariff sudah memenuhi keadaan yang diharuskan. Lihat sahajalah gambar CT Scan Rayyan Ariff ini. Dengan keadaan hampir tiada sel otak, sesiapa sekalipun akan menjangkakan dia tidak akan panjang umur dan pastinya tiada siapa yang menjangkakan dia akan sepeka dan sebijak sekarang. Walaupun tetap ada delay..
.

Reaksi doktor yang merawat saya dahulu? Hmmmm..

Apabila kami memaklumkan kepada Dr.Raman bahawa kami tetap mahu melahirkan anak ini. Dia menghormati keputusan kami. Malah menyatakan sokongannya. "We do our best and let God do the rest." Riak wajahnya yang bersifat kebapaan masih di dalam ingatan saya sewaktu dia menuturkan kata-kata ini.

Sewaktu kandungan saya berusia 6 bulan, Dr.Raman membekalkan saya dengan pil Neurogain yang dikatakan bagus untuk pertumbuhan sel otak bayi. "I dont know how much it can help your baby, but it's no harm trying."

Betul kata-katanya. Pil itu sama sekali tidak membantu Rayyan Ariff kerana kemusnahan sel otak semakin giat berlaku selagi dia masih didalam kandungan. Saya tidak menyalahkan doktor itu. Sebaliknya berterima kasih. Kerana apa yang dia lakukan ialah mencuba selagi terdaya. Bukan hanya itu, secara tidak langsung, dia memberikan saya sokongan moral. Dia tidak berputus asa dengan keadaan Rayyan Ariff dan ini membuatkan saya mahu melangkah dengan lebih kuat lagi!

Dan melihat kepada keadaan Rayyan Ariff hari ini, cukup tepat bahawa manusia bukan tuhan?

Maka yang penting di sini, maklumkan prognosis dan diagnosis kepada pesakit dan beri ruang untuk kami memilih. Dan sebagai doktor, sokonglah apa sahaja pilihan yang dibuat pesakit. *Sedih*

"Why Dr.Raman still wants to proceed with this, if the prognosis is poor?" Dua doktor dari hospital berlainan mengemukakan soalan ini kepada saya sewaktu saya meminta pendapat kedua, kononnya.

Dan sewaktu 5 bulan usia Rayyan Ariff, seorang pakar kanak-kanak yang merawatnya sewaktu dia demam juga pernah bertanya kepada kami, "Didn't your doctor advise you for an abortion?" Apabila dia memaklumkan kepada kami bahawa mata Rayyan ARiff mungkin tidak nampak..

Jawapan kami? "He provided an option but we are the one who made the desicion. And he fully support it.."

Semua pengalaman ini datang dari doktor di hospital swasta. Doktor di mana-mana hospital juga sama. Yang membezakan mereka adalah attitude.

Mungkin betul, ramai lagi yang sakit dan memerlukan rawatan, namun nyawa setiap pesakit itukan punya nilainya yang tersendiri. Hatta nyawa seorang anak istimewa sekalipun!

9 comments:

Mrs. Simplicity said...

ye, attitude! aku sokong..

soalan : CT scan tu masa ian dalam perut ko or dia dah lahir?

Mamapinkie said...

In my opinion kan Jiey, those who believe in the miracle of god, and have faith of the power of doa, and the concept of redha, would then understand why you made your wise decision kan ;) may Allah always guide us to the right path, Insya-Allah...

Jiji said...

Jiey u ni boleh jadi motivator betul la! Tak mustahil Rayyan esok dengan kekurangan dia yg tak sama dengan budak normal.. esok-esok boleh jadi doktor. TAK MUSTAHIL (sebab dia ada ibu yg tak langsung mengalah mcm Jiey). Sebab kita bukan TUHAN!

Eray Majid said...

jiey, thanks for sharing updates tentang alanna...
x sanggup rasenya nk teruskan reading kat blog alanna
she is the toughest girl that i ever known, ya Allah selamatkan alanna.
smpikan salam saya untuk parents alanna. insyaallah ada mentari yang akan menyinar untuk mereka.
peluk ciumkan alanna untuk saya.

Ina said...

betul tu jiey. kiter yg sakit biasa2 ni pn kdg2 sakit hati lps jmpa dr. tp kalau dh sakit nk jmpa sapa lg kan? inikan lg alanna. sedih baca entry ni. mmg ramai dr. yg baik2 n sgt prihatin. tp sygnya xsemua. moga dipermudahkan semuanya n alanna boleh sihat semula. kuasa Allah kan. insyaAllah.

Sue said...

betul tu jiey. setiap nyawa ada nilainya sendiri. apatah lagi nyawa itu adalah anak yg dikandung dan anak yg pertama. attitude seorang doktor juga berbeza. ada yg support dan ada yg sebaliknya. ustaz dulu penah cerita setiap bayi yg di dalam rahim, akan diceritakan perjalanan hidup yg dia akan tempuh. samada dia mahu atau tidak. dan kalau dia tidak mahu, Allah akan ambil nyawanya mungkin semasa dlm perut lagi atau selepas dilahirkan.

ian tahu dia akan dijaga oleh ibu yg penyayang dan punya ramai org yg menyokong. sebab itu dia pilih jalan ini :)

ieda said...

kerjaya doktor itu yang mulia..doktor itu sendiri hanyalah seorang manusia biasa yang dipilih olehNya untuk membantu insan lain dengan ilmu yang ada.

biasanya niat di hati itu baik tetapi ayat2 yang digunakan itu tidak betul...lalu timbullah rasa tidak puas hati di kalangan pesakit.

Intan and The Boys said...

betul tu jiey. kite sokong snagat!!!

aliaa said...

i'm not sure how they actually treat patient with CP but what they taught us is that we have to RESPECT the patient's option poviding that they have options. Since ade jugak congenital anomaly yg incompatible with life....

Susah nak cakap pasal ethics in medicine, susah jugak amek subjek tu..huhuhu

anyway, agak sedihla kalau ada doctor yg senang dan terang-terangan terus cakap takde hope sebab sebenarnya doktor kami ajar perkara paling sukar seorang doktor ialah untuk menyatakan berita buruk kepada pesakit....

You did a good thing by fighting though=)