Thursday, April 29, 2010

Khabar dari HKL

Teruja untuk mengetahui keadaan Alanna, pagi-pagi lagi saya sudah menhubungi mommy nya, Ayu.. Namun panggilan telefon saya dijawab dengan esakan tangis dari Ayu. Dia tidak dapat bercakap dengan tenang dan jelas. Dan di talian juga, kedengaran bunyi nafas Alanna yang naik turun. Jelas sekali bunyinya. Cukup menakutkan..
.
Panggilan telefon kami tamatkan tanpa perincian keadaan Alanna. Yang Ayu ucapkan hanyalah, "Alanna is struggling, tolong bacakan Yassin untuknya yea.."
.
Ayat ini cukup menggetarkan jiwa dan perasaan saya. Hati ini mula tidak keruan. Lantas saya mula membuat beberapa panggilan kepada kawan-kawan yang lain. Mahu sahaja saya berlari ke HKL, namun apakan daya, ada mesyuarat penting yang menunggu pada jam 3 petang nanti..
.
Selesai 2 mesyuarat yang berturut-turut, saya meninggalkan perkarangan pejabat pada jam 615pm. Dengan hujan lebat yang mencurah-curah, hati ini benar-benar gusar andainya terlepas waktu melawat, iaitu sebelum 730pm.
.
Setelah beberapa ketika meredah kesesakan lalulintas, saya tiba pada jam 720pm dan terus sahaja bergegas ke wad yang menempatkan Alanna. Katilnya dipenuhi ramai pelawat dan mereka adalah teman-teman sepejabat Ayu.
.
Saya bertanyakan keadaan Alanna apabila melihatkan dirinya yang sudah merengek-rengek dan beberapa kali cuba untuk meniarap. Kelihatannya stabil. Apa yang berlaku pagi tadi? Hati kecil ini tertanya-tanya..
.
Rupa-rupanya, Alanna mengalami sesak nafas pada pagi tadi. Tahap oksigen yang begitu rendah sehingga berada pada tahap yang kritikal. Matanya buntang setiap kali dia cuba menarik nafas, bagaikan mahu terkeluar. Betapa tak tergambar kesusahannya..
.
Kata Ayu dan Syarul, kala itu, mereka sudah redha andai tuhan mahu mengambil nyawanya.. Kerana tidak sanggup lagi melihatkan Alanna kesakitan.. Kasihan..
.
Hampir 3 jam bertarung, Alhamdulillah, Alanna kembali stabil. Namun sungguh kasihan apabila dia terpaksa kembali berpuasa.. Sudahlah badannya kecil, berat pun kurang, sering sahaja dikehendaki berpuasa..
.
Alanna Qish yang kuat! Mata Alanna kelihatan sedikit bengkak..
.
Esok, Alanna akan melalui satu prosedur yang dinamakan tracheostomy, yang mana satu lubang akan ditebuk pada lehernya agar mudah untuk diberikan bantuan pernafasan sekiranya dia mengalami sesak nafas lagi. Apa sahaja untuk mengurangkan sakitmu wahai anakku Alanna.. Mama Jiey tahu kamu kuat..

Saya pulang berbekalkan bau bayi yang ada pada tubuh Alanna. Bagaikan tercium-cium di hidung. Saya pulang dengan hati yang puas kerana dapat mendukung, memeluk dan mendodoi cinta hati yang sering berada di dalam doa saya.. Hati saya bagaikan tersenyum puas kerana dapat melampias rindu pada Alanna.

Mungkin saya bukan sesiapa di dalam hidup Alanna. Namun perasaan yang saya kongsikan dengan mommy Alanna adalah satu perasaan yang sama. Saya pernah dikhabarkan bahawa anak saya tidak akan panjang umurnya, sama seperti mommy Alanna. Saya pernah menyaksikan anak yang saya kandung bertarung untuk sebuah kehidupan, sama seperti mommy Alanna.. Ini membuatkan saya tidak dapat pergi jauh dari hidup Alanna.. Biarlah dikatakan saya tidak tahu malu sekalipun.. Kerana saya akan merasakan nikmat kelegaan apabila melihat wajah comel Alanna.. Apabila mengetahui keadaannya stabil..

Kali pertama melihat Alanna menangis menahan kesakitan di HSB dahulu, benar-benar menusuk kalbu. Lebih mengundang kesyahduan di hati, apabila daddy nya memegang erat kepala Alanna yang berada di pangkuan mommy nya sambil berkata, "Alanna, kuat sayang.. Sabar sayang.. Tuhan ada kan.." Sumpah, air mata pasti bergenang setiap kali saya teringatkan detik itu.

Maaf Alanna sayang, I'm addicted to you..

Ayu, kerana istimewanya kamu dan Syarul, maka Allah SWT mengurniakan anugerah seistimewa Alanna kepada kamu. Sungguh kamu kuat. Dan saya sangat menghormati kamu kerana kekuatan itu!! Tabik spring!! =)

12 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sedihnya saya, jiey.
kalau jiey call mummy allana, sampaikan salam saya padanya yer. saya berdoa moga Allana tabah dan kuat hadapi ini semua. saya tak tahu nak kata apa. tapi saya berharap, ibu bapa Allana tabah. sampai salam saya buat mereka.

Anonymous said...

g,

say doa sokmo ko alanna...sampaikan salam pada mummy alanna ya...saya tak sanggup nk tgk keadaan alanna dengan mata sendiri...every morning, baca blog awk n blog alanna pun sy doh teriok...sy takut xleh control kt dpn parents dio & bimbang kalau tersalah kata2 di depan mereka...betul ckp awk, bg org2 yg tak pernah alami pengalaman sebegini, jgn mengaku faham keadaan itu...sungguh...saya takkan faham bagaimana rasa awk & ayu & all the super mommies rasa! Sebab saya tak pernah ada ditempat kamu semua...Yang dapat dirasakan hanyalah simpati & kesakitan anak itu....itu pun dah cukup memeritkan hati & jiwa...

Congratulations to all the super mommies...may HIS blessing be with you all the time!

-ninie-

Cikja said...

Salam jiey..
saya baca perenggan yang atas je..tengok gambar dah..saya tak sampai hati nak baca n3 nie...

tapi doa saya sentiasa untuk alanna..insyaallah...semoga Allah beri yang terbaik untuknya.Amin.amin.amin.....

NizA said...

jiey...genang air mata baca kesah alanna...anak yg kecil sudah menanggung kesakitan yg x mungkin kita org dewasa mampu or sanggup menanggungnya...peluk cium ke alanna tuk sy...peluk cium ke Ian gak ye...

Pnut said...

Terlalu jujur tulisan ini...
no doubt...
moga Alanna terus kuat dan akan kembali pulih... tiada yang mustahil dengan kuasa Allah Taala

seorang teman akak, mereka kemalangan, anak mereke sebaya Alanna kritikal, mmg parah, hati semakin mengecut, buah pinggang juga dikatakan semakin teruk, paru-paru juga rosak, kiranya kalau ikut kata doktor, hanya doa dan kuasa ALlah boleh mengubah segalanya, kalau ikut hukum doktor tiada harapan.

Hari demi hari, berkat doa, doa dan doa... dengan izin Allah Taala, keadaan kesihatan dia makin pulih.. pulih dan pulih, kini anak kecil itu sudah setahun usianya pandai berlari pun... Ajaibnya kuasa tuhan.

Kak Rose said...

Firstly, happy 3rd anniversary to u, and to Alanna, mama rose bacakan surah Yassin malam tadi dan muga Alanna kuat menghadapi dugaan ini

Intan and The Boys said...

ha....kite pon dah bergenang2 air mata ni.

semoga parents alanna dibekalkan kekuatan yang cukup. dan semoga Alanna cepat sembuh.

Marsha~ said...

sayunya hati... berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul... semoga alanna kuat mengharungi semua ini.. Semoga segalanya dipermudahkan Allah..

A.I said...

semoga segala yang terbaik utk Alanna...

yatie chomeyl said...

titik jugop air mato ore baco entruy ni jiey

Mrs. Simplicity said...

teringat anak2 aku...

mamaelly said...

jiey..kalau berkesempatan menziarah alanna...sampaikan salam cium elly untuk dia ye...sebak bila baca penderitaan anak sekecil itu.

seakan mengingatkan elly pada arwah anak elly, wayar berselirat di badan...menangis tak ada suara mengadu kesakitan pada elly nie...ermmm