Apa yang berlaku pada Rayyan Ariff? Kenapa dia perlu menjalani pembedahan secara mengejut? Adakah nanti dia masih perlu melalui pembedahan yang sama?
.Ini adalah di antara soalan-soalan yang saya terima apabila ada yang bertanya tentang pembedahan yang dilalui Rayyan Ariff pada hari minggu yang lalu. Kerana semuanya berlaku secara mengejut dan begitu pantas sekali. Beberapa jam sebelumnya, Rayyan Ariff kelihatannya sihat-sihat sahaja dan masih rancak mengikuti jadual hari sabtunya yang penuh dengan pelbagai sesi terapi.
.
Sebetulnya, jawapan kepada soalan-soalan di atas pernah saya jawab di dalam entri "Cinta terindah".. Ini adalah sedutan coretan saya daripada entry tersebut..
.
Sebetulnya, jawapan kepada soalan-soalan di atas pernah saya jawab di dalam entri "Cinta terindah".. Ini adalah sedutan coretan saya daripada entry tersebut..
"Dengan fakta yang ada, saya hampir pasti di masa hadapan, kami terpaksa melakukan perkara yang sama lagi. Mungkin lebih dari sekali. Mungkin lebih dari dua kali. Menandatangi borang kebenaran, dan seterusnya menghantar dia ke bilik bedah untuk kepalanya ditebuk lagi..
Yang saya pinta, biarlah ia bukan di dalam masa terdekat ini. Dan biarlah bukan 5 atau 6 tahun yang mendatang ini. Semoga Allah mempermudahkan jalan untuk Ian. Atau mungkin memberi kami satu keajaiban bahawa Ian tidak perlu dibedah lagi untuk seumur hidupnya.. =)"
Menandatangani borang ini adalah satu 'kesakitan' buat saya dan hubby.. Sakit yang bisa memecahkan jiwa!
.
.
Mengapa Rayyan Ariff perlu menjalani siri pembedahan yang tiada siapa yang akan bisa mengagak bilakah masanya akan tiba dan berapa kali lagi perlu dia melaluinya? Kerana seperti yang saya nyatakan di dalam entri ini, pada Rayyan Ariff, terimplan satu alat yang menjadi sumber utama kelangsungan hidupnya. Dan sedutannya adalah seperti berikut:
.
Menurut penerangan doktor, alat yang ada pada Rayyan Ariff sudah berada pada tahap 'tidak berfungsi dengan baik sepenuhnya' sudah lama. Dan kejadian ini, ini dan dua lagi episod yang tidak sempat saya coretkan di sini sebenarnya menjadi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada alat itu. Malahan, tindakan Rayyan Ariff yang ada kalanya mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri sebenarnya bagaikan mahu memberitahu kami bahawa dia sedang mengalami sakit kepala yang bukan sedikit.
.
Untuk 3 kejadian muntah-muntah yang disertai dengan mengantuk yang teramat sebelum ini, kami berkejar ke hospital dengan kadar yang segera. Namun yang pasti, setiap kalinya kami pulang bersahaja kerana doktor tidak dapat mengenalpasti apa puncanya dan Rayyan Ariff juga 'pulih sepenuhnya' apabila tiba di hospital.
.
Dan pada kejadian keempat iaitu 2 hari sebelum pembedahan, segalanya kembali baik dalam masa beberapa jam. Maka untuk serangan yang itu, saya tidak membawa Rayyan Ariff ke hospital.Namun jauh di sudut hati saya, bagaikan tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Malahan, beberapa jam sebelum Rayyan Ariff di bawa ke hospital, inilah yang saya coretkan pada status FB saya;
.
Kalau sudah begitu yang dinyatakan, tiada ruang untuk saya menidakkan bukan. Kerna itulah untuk serangan kelima, walaupun ianya bermula sedari jam 6pm, kami hanya membawa Rayyan Ariff ke hospital pada jam 1230am. Semuanya kerana kejadian sebelum ini apabila kami dimaklumkan, "Tiada apa yang tidak kena.."
."Pada badannya, terimplan satu alat yang menjadi faktor penting kemandiriannya. Maka wajarlah untuk saya terus berada di dalam kerisauan..Yea, seperti yang saya maklumkan sebelum ini, salah satu tanda bahawa alat itu tidak berfungsi dengan baik ataupun berhenti berfungsi ialah apabila pesakit menunjukkan tanda-tanda seperti muntah-muntah, mengantuk, hilang tumpuan dan sakit kepala. Ini kerana tekanan yang kuat pada otaknya.
.
Alat itu, boleh berhenti berfungsi pada bila-bila masa. Tiada siapa yang dapat menentukan jangkahayatnya kecuali Dia. Tanpa alat itu, Rayyan Ariff mungkin tidak akan ada bersama-sama kami pada hari ini. Terima kasih kepada mereka yang telah menciptanya.
.
Foreign body tidak seperti tisu ataupun organ yang ada di dalam badan kita. Yang bisa pulih dengan ubat-ubatan sekiranya terkena infeksi. Tidak sama sekali. Kalau rosak, maka ianya perlu diganti. Di dalam kes seperti Rayyan Ariff, terdapat kejadian di mana si pemakainya koma kerana alat itu berhenti berfungsi dan ianya berlaku hanya di dalam tempoh beberapa jam sahaja.
.
Kerana itu saya menjadi fobia. Sering berkejar ke Bahagian Kecemasan setiap kali dia muntah-muntah yang disertakan dengan tidur yang berlebihan. Sering kerisauan apabila dia tidak seaktif biasa. Itulah sukarnya apabila kita hanya mampu memerhati.. Moga dijauhkan dari segala yang buruk. Moga ianya akan terus berfungsi.. Selama-lamanya. Semoga tuhan mendengar doa ibu ini."
.
Menurut penerangan doktor, alat yang ada pada Rayyan Ariff sudah berada pada tahap 'tidak berfungsi dengan baik sepenuhnya' sudah lama. Dan kejadian ini, ini dan dua lagi episod yang tidak sempat saya coretkan di sini sebenarnya menjadi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada alat itu. Malahan, tindakan Rayyan Ariff yang ada kalanya mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri sebenarnya bagaikan mahu memberitahu kami bahawa dia sedang mengalami sakit kepala yang bukan sedikit.
.
Untuk 3 kejadian muntah-muntah yang disertai dengan mengantuk yang teramat sebelum ini, kami berkejar ke hospital dengan kadar yang segera. Namun yang pasti, setiap kalinya kami pulang bersahaja kerana doktor tidak dapat mengenalpasti apa puncanya dan Rayyan Ariff juga 'pulih sepenuhnya' apabila tiba di hospital.
.
Dan pada kejadian keempat iaitu 2 hari sebelum pembedahan, segalanya kembali baik dalam masa beberapa jam. Maka untuk serangan yang itu, saya tidak membawa Rayyan Ariff ke hospital.Namun jauh di sudut hati saya, bagaikan tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Malahan, beberapa jam sebelum Rayyan Ariff di bawa ke hospital, inilah yang saya coretkan pada status FB saya;
Ayat di atas sebenarnya adalah satu rintihan apabila kesemua doktor yang kami temui dalam tiga kejadian sebelum ini tidak dapat memberi diagnosis yang tepat tentang apa yang dialami Rayyan Ariff. Apabila dimaklumkan tentang alat itu, mereka menolak kemungkinan yang saya nyatakan kerana Rayyan Ariff kembali baik setelah beberapa ketika kerana menurut mereka, sekali alat itu rosak, mana mungkin Rayyan Ariff akan kembali baik selagi ianya tidak diganti baru."I just know that something is not right but i dont know what and why.. I may not be a doctor but i'm a mother! *sigh*"
.
Kalau sudah begitu yang dinyatakan, tiada ruang untuk saya menidakkan bukan. Kerna itulah untuk serangan kelima, walaupun ianya bermula sedari jam 6pm, kami hanya membawa Rayyan Ariff ke hospital pada jam 1230am. Semuanya kerana kejadian sebelum ini apabila kami dimaklumkan, "Tiada apa yang tidak kena.."
Kerna bimbang akan diberitakan perkara yang sama lagi, maka kali ini saya bertindak merakam aksi Rayyan Ariff yang menanggung kesakitan setiap kali ianya terjadi.
.Sila abaikan kedua-dua hero saya yang seksi, kerana baju mereka sudah dikotori dengan kesan muntah Rayyan Ariff..
.
.
Ada dua lagi rakaman sebelumnya yang menunjukkan Rayyan Ariff di dalam kesakitan yang teramat sehingga menyebabkan dia tidak mampu membuka mata. Namun rakaman itu tidak dapat saya kongsikan di sini kerana kabel kamera yang tiada. Perit sekali hati ini apabila terpaksa menyaksikan episod kesakitan pada si anak.
.
Dan apa yang anda saksikan di sini hanya cebisan kecil berbanding kesakitan yang ditanggung Rayyan Ariff pada jam-jam terakhir sebelum pembedahan.. Detik di mana dia menarik rambutnya sehingga berguguran jatuh dek penangan sakit kepala yang teramat.
.
InsyaAllah, dalam entri yang seterusnya, saya akan memperincikan detik-detik di hospital sehinggalah selesai pembedahan satu persatu.
.
Dan apa yang anda saksikan di sini hanya cebisan kecil berbanding kesakitan yang ditanggung Rayyan Ariff pada jam-jam terakhir sebelum pembedahan.. Detik di mana dia menarik rambutnya sehingga berguguran jatuh dek penangan sakit kepala yang teramat.
.
InsyaAllah, dalam entri yang seterusnya, saya akan memperincikan detik-detik di hospital sehinggalah selesai pembedahan satu persatu.
32 comments:
I know that as a mum, our motherly instinct is always a good indicator.
Ya Allah.... baru sy tahu kenapa... tgk video tu boleh tau betpa sakitnya Rayyan Ariff... kesian dia.... semoga lepas ni segalanya akan dipermudahkan.... rayyan beruntung ada ibubapa yg benar2 kuat.. sekuat rayyan ariff... cepat sembuh sayang....
Ya Allah..siannya rayyan..nampak betul dlm video tuh sakit jiey..huhu..
ya Allah..
sbg ibu, Elle turut sedih..turut terasa..betapa sakitnya..kesakitan yg amat sgt..dr rakaman video itu, ya benar tidak tertanggung ksakitan itu pd diri si kecil rayyan..ya Allah kuurangkan sakitnya..sembuhkan dirinya spenuhnya..ya Allah selamatkan anak kecil ini..selamatkan la semua anak2 yg tbeban dengan sakit mereka..ya Allah..d bulan yg mulia ini..aku mohon pdmu..beri ksejahteraan pd Rayyan & anak2 yg lain..amin ya rabal alamin!
withLove,
ibuLuna
jiey...i'm speechless...
semoga pembedahan ini pembedahan terakhir rayyan...semoga selepas ini rayyan xperlu sakit lagi...xdapat saya bayangkan jika saya ditempat kamu jiey...semoga jiey terus tabah..
ya allah jiey..saya doakan Ian kuat dan tabah,
Ian cepat sembuh..
begenang air mata! =(
alahai kesiannya rayyan..hanya doa mengiringimu nak.. :(
Semoga rayyan ariff terus dilungu oleh Yang Kuasa..
Ya Allah kasihannya Rayyan terpaksa menanggung kesakitan itu..ya kekadang dlm situasi ini, satu keajaibanlah yang paling diharapkan..saya akan terus berdoa utk kekuatan kak Jiey dan Rayyan.. Insyaallah, semuanya akan selamat dan Rayyan akan kembali aktif dan riang seperti kanak - kanak lain...Rayyan memang anak yang sangat tabah!
ya Allah ji...syaunya hati ore tgk bideo abe Ian tgh sakit palo tu..mesti berat sait tu terpaksa di tanggung anak sekecil Ian. titik air mato ore jiey.
ore harap lepas ni abe Ian x keno lalui sakit gini lagi...ya Allah jauhkan lah Ian dari perkara2 yang tidak dingini.Amin
Kesiannyer Rayyan bila dia sakit kepala...Meleleh air mata anti tengok Rayyan macam tu..
Semoga ALLAH mendengar doa mama Rayyan..sembuhkanlah Rayyan Ariff seperti kanak-kanak lain..
Kita kalau sakit kepala pun teruk..apatah lagi budak sebesar Rayyan..Sabar yer jie
adoi... :(
takleh aku tgk dia sakit tu jiey...
jiey,
sungguh, hati sgt terguris melihat video tu....sian ian.
semoga ada sinar buat hidup ian..sabar ye jiey!
...tindak balas rayyan hampir sama dengan Alanna...
tidak menjerit..tidak menangis..tabah melawan..segala kesakitan..
walaupun badan menggelupur..dan mata terbeliak...tetap bertahan...
tabah menghadapi apa yg telah dia janjikan...:(
Sedihnya..siannya...Sabar mama rayyan..Tabahnya Rayyan..sob sob :(
Jiey..sedihnye..kesian die sakit..Ya Allah..kuatkanlah anak ini..
Ya Allah...kuatkanla Rayyan dlm mghadapi dugaanmu....ringankanla kesakitan yg dialminya....
sembuhkanla,lindungilah dia dan rahmatila dia..
semoga Rayyan sihat selepas pembedahan ni yea..
Ya Allah, moga kesakitan itu cepat pergi dari Rayyan. AMin..
Ya Allah, lindungilah Rayyan Ariff, kuatkanlah semangat Ibu dan Ayahnya Kerna hanya Kau yang Maha Mengetahui segala yang tersirat.
p/s : separuh hati nak tgk video tu, separuh lagi kata jangan (takut menangis lagi) tp komputer kata tak payah sebab video tak boleh load huwaaaaaa
mama mana yang tak sedih bila nengok anak sakit kan? rasa kita nak replace tempat dia. Btw, harap jiey sentiasa tabah dan kuat hadapi semua.
bagusla tak tunjuk yg dia tarik2 rambut tu.. smlm baca pun aieza dh nangis membayangkan rayyan tarik rambut sbb sakit kepala yg teramat..
Semoga Allah memberi kesembuhan pada Rayyan Ariff. Banyakkan bersabar ye jiey..
semoga allah beri kekuatan kepada jiey dan rayyan menghadapi dugaan ini.kesiannya tgk rayyan yang comel kesakitan
Semoga ian diberikan kekuatan untuk menanggung dugaan yang amat hebat ini...thanks for sharing jiey..barulah faham kenapa ian perlu dibedah hari tu..
sedehaku tgk anak ko mcm tu..aku doakan anak ko cepat sembuh ye kawan....adik bertahan ye sayang...insya allah semua akan ok..
menitik air mata ciknon tgk rayyan menahan sakit ... tabahnya kamu anak ...
siannye rayyan..kite yang org dewasa ni pon tak tahan sakit kepala biasa inikan plak budak sekecik rayyan.
ya Allah kesiannya Ian. tak tahan tgk bila akhirnya dia menangis. mesti sakit sgt2 tu :( kiter xlupa doakan ian bila lps solat. moga ian sihat2 je slalu lepas ni ye. sedihnya :(
even im not a mother yet..but seeing Ian in pain is unbearable...it's a terrible headache..d first tym i read ur entry on the operation..i pray to ALLAH let it not be the operation i expected...
having tear drops seeing Ian like this..hoping This will be the last tym he will be operated on.n may that foreign body do his work in its optimum n best level forever...
Ian, u r such a strong boy with d rest of us supporting u forever..
hugs n kisses Ian and kak jiey
ya Allah..
nak menagis tengok ian tahan sakit tu..
kita yag tua ni pon kalau sakit kepala tau macmne azbnya..
Semoga Ian Cepat sembuh..:)
ya allah, berila kekuatan pader hamba mu ini...
menitik air mater aku nengok inikan insan kecil yg tak berdosa ini yg menanggung penderitaan ini... berilah sinar pader nyer ya allah.. sesungguhnyer kau mampu d atas segala kejadian... ian, sabar yer nak... auntie tau sakit sgt... moga allah beri kekuatan padamu... pada mama jiey, tabah yer dear!!
Betapa sakitnya Ian tak dapat nak dibayangkan..Tapi terlalu kuat dan tabah..Jie, teruskan perjuanganmu, semoga dibekali kesabaran dan keteguhan hati sentiasa..amin
Post a Comment