Membaca luahan perasaan ibu-ibu yang berada di tempat yang sama dengan saya, cukup menghambat jiwa. Perasaan itu sungguh kuat kerana kami berkongsi rasa yang sama. Hati terasa kelam, jiwa terasa kusam..
.
Saya mengerti bagaimana kencangnya degupan jantung menanti bait-bait kata dari Doktor yang ditemui. Saya faham bagaimana rasa ‘panas’ yang menyerbu ke muka dek kerana cubaan menahan tangisan di hadapan Doktor. Saya sudah melalui itu semua, dan hampir pasti akan mengalaminya lagi..

Pagi ini, saya ‘bertemu’ satu coretan seorang ibu yang kehilangan anaknya selepas beberapa hari dilahirkan. Jalan ceritanya hampir sama dengan cerita saya. Kemanisan mengandungkan permata hati yang ditunggu-tunggu bagaikan diragut. Yang tinggal hanya pasrah, redha, doa dan harapan. Walau tidak dinyatakan secara terperinci, saya dapat rasakan bahawa anaknya melalui apa yang bayi saya alami.. Diagnosis yang sama. Saya percaya, dia juga tidak diberikan harapan seperti mana kami suatu masa dahulu.

Seterusnya, naluri keibuan saya terusik dengan catatan Puteri Nuur.. Diikuti oleh coretan Yongnoina.. Dan ia tidak berhenti di situ. Coretan dari Ita pula menggamit rasa yang sama.
Seterusnya, naluri keibuan saya terusik dengan catatan Puteri Nuur.. Diikuti oleh coretan Yongnoina.. Dan ia tidak berhenti di situ. Coretan dari Ita pula menggamit rasa yang sama.
.
Saya mungkin mampu berkata bahawa saya sudah mempersiapkan diri untuk segala kemungkinan. Dan saya akan cuba untuk terus kuat. Tapi bila tiba saat itu, pasti saya juga akan dilanda ribut jiwa yang sama. Sukar. Sukar sekali. Namun langkah terpaksa diteruskan. Dan hati hanya akan terpujuk oleh masa yang bergerak..

Kerana nipisnya iman, suatu masa dahulu, saya pernah mempersoalkan,
“Kenapa saya yang diuji sebegini?”
“Kenapa Rayyan saya yang harus melalui semua ini?”
“Kenapa bahagia kami yang harus diragut?”
Kerana nipisnya iman, suatu masa dahulu, saya pernah mempersoalkan,
“Kenapa saya yang diuji sebegini?”
“Kenapa Rayyan saya yang harus melalui semua ini?”
“Kenapa bahagia kami yang harus diragut?”
.
Penat saya mencari jawapan. Lelah memikirkan puncanya. Kalau bisa, saya ingin berlari ke hujung dunia. Tapi saya tahu jawapannya tiada di situ. Kerana satu peristiwa, saya berhenti mempersoalkan.
Penat saya mencari jawapan. Lelah memikirkan puncanya. Kalau bisa, saya ingin berlari ke hujung dunia. Tapi saya tahu jawapannya tiada di situ. Kerana satu peristiwa, saya berhenti mempersoalkan.
.
Di dalam episod setahun yang lalu ini, saya menyatakan kami pulang ke kampung selepas menerima khabar duka itu. Malam berikutnya, kami ke rumah bapa saudara saya. Dia sedang menonton rancangan Ar-Rayyan di Astro Oasis. Hati saya semakin pedih kerana nama Rayyan yang saya idamkan untuk anak lelaki saya seawal zaman remaja saya lagi.

Saya lebih banyak membisu dan hanya mendengar bicara Ustazah Dr. Fatma AzZahra ditemani artis jemputan, penyanyi Waheeda. Mungkin ini petunjuk dariNya. Tajuk yang menjadi perbincangan mereka adalah “Ujian”. Saya ringkaskan di sini ayat yang menjadi pegangan bagi saya pada waktu itu, untuk menempuh hari-hari yang mendatangkan.

“Allah SWT tidak menguji manusia dengan niat mahu membuat mereka sengsara. Sebaliknya, Dia menyayangi kita dengan dugaan yang diberikan. Orang-orang yang terpilih untuk diuji ini kerana Allah SWT sayangkan mereka.”

“Dengan cara ujian dariNya lah kita tahu bahawa Allah SWT tidak lupa pada kita. Dia menghantar ujian itu kepada kita agar kita terus bersyukur dengan nikmatNya, untuk terus mengingatkan kita pada kekuasaanNya. Teruskan dengan kalimah Subhanallah.. Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya tuhan tidak terus menghanyutkan kita dengan kesenangan. Malah, kesenangan juga satu ujian. Bukan hanya kesusahan semata-mata”

Ada beberapa lagi ayat yang cukup menggetar jiwa saya. Yang pasti, mulai detik itu, saya sedar, tuhan sayangkan kami dan dia tidak melupakan kami. Kerana itu Dia memilih kami untuk mengingatkan tentang kekuasaanNya.

Tapi sehingga kini, ada waktunya saya tergelincir. Dan terima kasih kepada seorang kakak yang mengingatkan saya bahawa ini janji kami denganNya. Perjanjian sedari Loh Mahfuz untuk melalui kehidupan dengan cara begini.

45 hari Ian di NICU, cukup menduga. Setiap kali menandatangani surat kebenaran melakukan pembedahan adalah sesuatu yang amat payah untuk saya lakukan. Setiap kali juga katil Ian disorong ke bilik pembedahan, terasa seperti menghantarnya ke ambang maut. Tapi kami tiada pilihan, hanya mahu dia sihat.

Nama Rayyan agak ‘terkenal’ di kalangan ibu bapa anak2 NICU dan kakitangan di situ. Hatta juruteknik yang memeriksa peralatan sekalipun akan singgah di katilnya dan menyatakan rasa simpati mereka. Begitu juga makcik-makcik cleaner yang sering bertanya tentang Rayyan.

Untuk pembedahan keempat Ian, saya terlewat tiba di hospital. Baru 2minit pintu bilik pembedahan ditutup. Hubby pula masih di dalam perjalanan. Saya menanti dengan seribu rasa. Mula memarahi diri sendiri kerana seakan-akan tidak mementingkan perasaan anak sendiri. Kasihan kerana anak kecil itu di bawa pergi sebelum sempat mama dan ayahnya memberi kata-kata semangat. Sebelum sempat dahinya kami kucup. Mujurlah segalanya selamat.
.
Pada masa ini, Rayyan baru keluar dari dewan pembedahan. Kesan sedatif masih kuat hingga menyukarkan Rayyan membuka mata. Tangan kecilnya saya usap berkali-kali sambil namanya saya panggil. Hubby pula tidak henti-henti melafazkan zikrullah.. Sentuhan tangan mamanya membuatkan dia bersusah payah membuka mata. Dan mama tidak mampu menahan titis air mata. Mama tahu kamu anak yang kuat. Dan izinkan mama meminjam kekuatan itu sayang.. Sekali lagi mama tegaskan, ini janji kita dengan Tuhan, wahai anakku..
.
.
Sewaktu di NICU, saya sering bercerita tentang 'kehidupan' kepada Ian. Apabila ada mata jururawat yang memandang, saya akan terdiam. Bimbang dikatakan ‘bodoh’ kerana bercerita dengan anak yang tidak bisa mendengar. Rupanya hanya saya yang berprasangka. Mereka menggalakkan saya untuk terus bercerita dengan Ian bagi merangsang deria pendengarannya. Syukur dengan perkembangannya kini..
.
Dengan fakta yang ada, saya hampir pasti di masa hadapan, kami terpaksa melakukan perkara yang sama lagi. Mungkin lebih dari sekali. Mungkin lebih dari dua kali. Menandatangi borang kebenaran, dan seterusnya menghantar dia ke bilik bedah untuk kepalanya ditebuk lagi.

Yang saya pinta, biarlah ia bukan di dalam masa terdekat ini. Dan biarlah bukan 5 atau 6 tahun yang mendatang ini. Semoga Allah mempermudahkan jalan untuk Ian. Atau mungkin memberi kami satu keajaiban bahawa Ian tidak perlu dibedah lagi untuk seumur hidupnya.. =)

Cinta terindah!
P/s – Terpilih bukannya tersisih.. Tapi kerana kita teristimewa.. =)
Masih berkira-kira mahu menyambung episod setahun yang lalu.. Malasnya.. :P
23 comments:
Jiey,
Kadang kala, ada masanya kita melatah. Terima kasih kerana memahami, terima kasih kerana berkongsi. Anak-anak kita yang istimewa ini banyak menyedarkan kita akan setiap benda yang Allah berikan kepada kita.
p/s: suka dengar Ian gelak. Rasa nak peluk cium dia.
jiey..anak kita mmg kuat..kita sebagai ibu bapa kdg2 hampir tersungkur tapi mereka2 ni..mmg buatkan kita jadik semangat balik..
Moga Ian dan Nabila akan terus bersemangat dlm mengharungi dugaan mendatang...Amin!
alaa..tomelnye Ian main2 ngan daddy dia yer. so sweet ;)
ian mmg istimewa di mata saya.... jiey juga peransang pada saya tuk tabah melalui hari2 mendatang.......
air mata akak bergenang,
hanya yang melalui saja tau bagaimana rasanya..
Jiey akak yakin Rayyan sangat kuat dan hebat...
dia akan buktikan dia anugerah ALlah yang terindah. Moga Rayyan tidak lagi perlu melalui pembedahan yang pasti akan menyakitkan dia...

aaa suka dpt tgk hilai tawa ian....
Mmg betul, setiap org diuji oleh Allah SWT dgn cara tersendiri..cuma mmg kita yg kdg2 lupa, mcm saya sendiri diuji dgn ketidakhadiran cahayamata selama 5 thn berkahwin, mmg sekali sekala tergelincir mcm Jiey, 'Why me?'..dgr org mengandung je, airmata dah bergenang..
Ape2 pun, kita mesti bersyukur dgn ape yg kita ada, bukan dgn apa yang kita tidak ada, dan dgn adanya Ian adalah sesuatu yg tak ternilai..
Im waiting jiey...so sweet Ian main ngan ayah dia..
Jiey...baru lepas rasa sebak baca entry Puteri Nuur on their recent visits....Ian and Idris are strong boys...and they definitely got that dari ibu mereka yang sangat tabah dan kuat semangat nih. Moga segalanya dipermudahkan...:)
jiey..tiada yg lebih indah dari hidup 'kita-kita' yg diuji ini...melainkan bile dapat tgk anak kite membesar, dan makin membesar. walaupun x mcm beby yg sempurna, tapi kita tahu ape 'keistimewaan' yg anak-anak kita ada..sabarlah wahai saudaraku. ita memahami sgt2 jiwa-jiwa kita yg dipilih ini...
Kadang-kadang rasa segan dengan anak-anak kita ni..segan sebab tak sekuat dan sesabar mereka.
hebatnya perasaan menjadi ibu....
Ian memang fighter..teruskan perjuangan!!
comeynyer Ian gelak-gelak camtuh....
ibu mana tak terasa Jiey... pastu mesti terdetik dalam hati bila menjengah blog orang lain, yang anak senasib, lebih improve dari anak sendiri. but that's it... setiap insan menggalas ujian yang berlainan.
akak sentiasa menghitung hari, berdebar-debar, walau pun dalam pasrah.. supaya shunt Syafiah kali ini bertahan lebih lama dari sebelum ni, insyaAllah.
bergenang airmata akak...rayyan memang istimewa....sabar ye dik...sentiasa menunggu setiap entry dari jiey..
sangat tersentuh hati baca entry nih... memang betul Jiey dan suami antara yang terpilih, jiey dan suami sangat2 tabah dan sangat kuat. Ian pun kuat.. Saya doakan Allah permudahkan segalanya utk Jiey, suami dan Ian.
jiey, tabah selalu ye ... doa kawan2 sentiasa bersama kalian
Ian ceria sangat2! geram tgk dia.
grrrr....auuummm!
menitis arimata biler bacer coretan nie...moga jiey dan suami terus tabah...sayer doakan moga Allah dipermudahkan segala urusan jiey,suami dan Rayyan..
salam perkenalan dr sy..kiter link yer..
Put & Ina : Mmg biasa la sesekali terlupa.. Lumrah sbg manusia.. Kadang2 emosi turun dan naik.. Yang penting, kita tak pernah putus asa..
Mel : Ian happy je skrg ni.. Asyik nak bergurau jer.. Terubat hati bila dgr suara dia.. :P
Elyn : Jiey bukan siapa2.. Tidaklah sekuat mana.. Hanya meminjam kekuatan itu dari Ian.. =)
Kak Pnut : InsyaAllah.. Moga2 dipermudahkan jalan..
Aly : Aku lagi suka Ly.. :P
Applecrux : Betul tu.. Setiap org teruji dgn cara tersendiri.
Walau Ian tidak sesempurna ank lain, tapi kehadiran dia cukup membahagiakan.. Takleh nk imagine macam mana kehidupan tanpa hilai dan tawanya..
Leen : Pnjg sgt la Leen.. Penat mokcik.. :P
KLMari : Aminnnnn..
Ita : Sebab kita semua ni, berada di dalam debaran yang sama! :P
Farid : Betul tu.. Kita banyak meminjam kekuatan dari mereka untuk meneruskan langkah. Adakala tergelincir, tapi yang penting, bangkit kembali.. =)
Eliss : Go! go Ian! Go!
mamamia : Terubat walang di hati mama dengar gelak dan tawa dia..
Kak Sue : Kita semua dalam debaran yang sama.. Mencabar jugak ek jd mommy to special needs baby ni yea.. =)
Puteri1, nieza dan Yatie : Thanks for the support and prayer, InsyaAllah, kami akan terus melangkah.. =)
puterikurekure : Alamak Intan, ni puterikurekure ke puteririmau nih.. Auummmm.. (Ian balas balik sambil gerak2an tangan ala2 mencakar)
Shiela : Catatan ikhlas dari hati hamba Allah yang sedang diuji.. Kita dah link awak.. =)
sekali lg bergenang air mataku baca entry jiey.. Elly doakan moga Allah permudahkan segala urusan Jiey+suami+ian.. semoga ian terus tabah harungi hidup. Amin....
Post a Comment