Lewat petang rabu, sedang saya melipat kain yang bertimbun setelah 2 minggu meninggalkan rumah, Rayyan Ariff asyik menghisap susu sambil tangan kirinya menguis-nguis bucu bantal kecilnya. Mata saya pula sekejap-kejap memandang ke arah peti televisyen yang menayangkan sitcom The Nanny.
.
Rayyan Ariff tiba-tiba sahaja muntah! Saya kira dia tersedak susu lantas saya terus mengangkat badannya dan menepuk bahagian belakang tubuh kecil itu. Segala makanan yang dimakannya sebelum itu berhamburan keluar.. Rayyan Ariff hanya merengek-rengek kecil. Lantas saya bersihkan badannya dan pakaiannya juga ditukar.
.
Sewaktu saya sibuk membersihkan muntah Rayyan Ariff, abang saya tiba.. Mengetahui Rayyan muntah, dia mencadangkan agar Rayyan dibawa ke klinik. Namun saya diamkan sahaja kerana Rayyan Ariff kelihatan biasa-biasa sahaja, tiada tanda kesakitan pada riak wajahnya. Masih sahaja dengan senyuman manisnya.
.
Setelah itu, Rayyan muntah-muntah lagi menjadikan keseluruhannya sebanyak 5 kali. Terus sahaja kami bersiap ke klinik Segara di Taman Dagang. Di sana, Rayyan Ariff muntah sekali lagi. Setelah berjumpa doktor, kami dinasihati agar terus membawa Rayyan Ariff ke hospital walau sekadar untuk diperiksa kerana bimbang ianya sesuatu yang serius.
Maklum bahawa kemungkinan Rayyan Ariff dimasukkan ke wad adalah tinggi, kami pulang ke rumah dan mengemas apa yang perlu terlebih dahulu. Rayyan Ariff yang sedari tadi kepenatan dan mengantuk, sesekali cuba tersenyum dalam kepayahan. Setelah beberapa ketika, dia terlena.. Fikiran saya mula menerawang jauh. Memikirkan segala kemungkinan yang ada.
.
Sungguh saya tidak sanggup! Tidak sanggup andai terpaksa menghantar anak kecil ini ke dewan pembedahan untuk kali kelima.. Cukuplah dengan empat yang terdahulu. Cukuplah. Walau maklum kemungkinan itu akan sentiasa ada, namun saya terus-terusan memanjatkan doa kepadaNya agar ianya bukan 'ketakutan' yang satu itu. Ia adalah mimpi ngeri buat ibubapa yang memiliki anak seperti Rayyan Ariff untuk melalui hal yang satu ini.
.
Sebelum kami bergerak ke hospital, Rayyan Ariff mula tersedar dari tidurnya. Dia mula tersengih-sengih, meniarap dan berguling ke sana ke mari. Melihatkan dirinya sudah kembali aktif, saya mula yakin ianya bukanlah 'ketakutan' yang mahu kami hindari itu. Kami mula teragak-agak untuk ke hospital. Namun apabila memikirkan better safe than sorry, kami meneruskan juga niat ke PMC, Bangsar.
.
Walaupun Ampang Puteri lebih dekat dengan rumah kami, namun kami tetap ke PMC kerana rekod-rekod perubatan Rayyan Ariff ada di sana. Di dalam perjalanan, Rayyan Ariff sekali lagi muntah setelah diberikan air putih. Dan saat ini, kami yakin bahawa keputusan kami ke hospital adalah tepat.
.
Setibanya kami di sana, kami terpaksa menunggu sedikit untuk Rayyan Ariff diperiksa. Rayyan Ariff pula semakin aktif dan tidak henti-henti tersenyum dan menegur orang-orang disekelilingnya. Gelagatnya mencuit hati kakitangan di sana kerana mereka melihat dia sebagai anak istimewa yang kelihatan 'biasa'.
. Ian with Uncle Azmi & Uncle OD, menunggu giliran untuk diperiksa..
.
Rayyan Ariff diperiksa oleh Dr. Louis, seorang doktor India yang baik, lembut dan peramah. Mengetahui diagnosis Rayyan Ariff, Dr.Louis juga berpendapat bahawa ianya bukanlah apa yang kami risaukan. Dr. Louis juga menelefon Dr.Yong, pakar kanak-kanak yang merawat Rayyan Ariff untuk berbincang.
.
Setelah seketika, Dr. Louis kembali dan mencadangkan Rayyan Ariff dimasukkan ke wad untuk sehari sekadar untuk pemerhatian. Setelah itu, Dr.Louis mahu memasangkan drip pada Rayyan Ariff. Berkali-kali saya meminta agar tidak dipasangkan drip pada Rayyan Ariff. Saya sendiri masih teringat pada kesakitan yang dialami sewaktu tangan saya dipasang drip sewaktu pembedahan pada sebulan yang lalu. Apalagi pada anak sekecil Rayyan Ariff.
.
.
Sewaktu dimasukkan ke wad kerana demam panas pada bulan Jun yang lalu, doktor mengalami kesukaran sewaktu mahu memasang drip pada tangan Rayyan Ariff. Ini kerana, urat-uratnya terlalu halus, bagaikan berpecah-pecah dan seperti baru sahaja hendak sembuh. 45 hari di NICU sesudah dilahirkan dan melalui 4 pembedahan dalam tempoh tersebut, menyebabkan urat pada kedua-dua belah tangan dan kakinya sudah 'digunakan'. Sungguh saya tidak mahu dia disuntik lagi!!
Sewaktu dimasukkan ke wad kerana demam panas pada bulan Jun yang lalu, doktor mengalami kesukaran sewaktu mahu memasang drip pada tangan Rayyan Ariff. Ini kerana, urat-uratnya terlalu halus, bagaikan berpecah-pecah dan seperti baru sahaja hendak sembuh. 45 hari di NICU sesudah dilahirkan dan melalui 4 pembedahan dalam tempoh tersebut, menyebabkan urat pada kedua-dua belah tangan dan kakinya sudah 'digunakan'. Sungguh saya tidak mahu dia disuntik lagi!!
.
Dr. Louis kembali setelah berbincang dengan Dr.Yong di telefon. "Well, we agreed that we are not going to drip him. But if he continue with his vommittng any time tonight, we will straight away put a drip. It is necessary in case he needs to go for emergency operation. But let's hope that it is not it and he doesnt need one!"
.
Saya sangat gembira mendengar setiap kata-kata Dr. Louis. Serasakan saya baru sahaja berjuang untuk mengurangkan kesakitan pada anak kecil itu.
.
"Besides, I dont want to traumatize the mother.." Ada senyum dibibir doktor itu. "And of course, I also dont want to traumatize this cute little boy.. I've been working in neurosurgery for four years and I've seen so many child like him before. But this is the first time I see a child with this diagnosis looking so happy, cheerful, playful and cheeky. I dont have the heart to put a needle on him." Tambah doktor itu dengan senyuman yang tidak putus dari bibirnya.
.
Setelah itu, dia bertanya beberapa perkara tentang perkembangan Rayyan Ariff dan matanya terkadang mengecil dan membesar kerana bersungguh-sungguh memberikan perhatian.
.
.
Keesokan paginya, Dr.Yong datang memeriksa Rayyan Ariff. "Ohh.. He's sitting nicely playing with his toy. His head control is definitely better than the last time I saw him.." Itulah ayat pertama yang dikeluarkan Dr.Yong. Kunjungan kami 2 bulan yang lalu tidak memberi peluang kepada Dr.Yong menilai Rayyan Ariff kerana dia nyenyak tidur walaupun selepas disuntik.
.
Kami dibenarkan pulang kerana tiada apa yang serius. Mungkin Rayyan Ariff terkena jangkitan kuman pada perutnya yang menyebabkan dia muntah-muntah.
.
Sewaktu turun ke kafetaria untuk bersarapan, kami bertemu dengan Dr.Raman. Selepas 17 bulan, dia masih mengingati kami dan mengingati Rayyan Ariff sebagai V**************y baby.. Dia masih lagi doktor yang baik, peramah dan bersifat kebapaan. Ada senyum puas pada wajahnya sewaktu melihat Rayyan Ariff. Dan saya masih lagi mengucapkan terima kasih kepadanya kerana begitu supportive, memberikan semangat kepada kami suatu waktu dahulu walau tahu harapan untuk Rayyan Ariff adalah sangat tipis. Well, Allah is above all.. =)
.
Kata-kata dari Dr.Louis, Dr.Yong dan Dr.Raman sebenarnya tidak mengundang kekaguman dihati kami.. Sebaliknya, menimbulkan rasa syahdu.. Rasa bersyukur.. Betapa besar sekali rahmat yang dikurniakan Allah SWT buat kami sekeluarga. Walaupun lambat jika hendak dibandingkan dengan anak-anak tipikal yang lain, namun Dia masih memberi ruang buat Rayyan Ariff membangun dan berkembang. Syukur Alhamdulillah..
.
.
Dan yang paling penting buat masa ini, Rayyan Ariff tidak perlu dibedah.. Dan dalam setiap doa yang kami panjatkan, tidak pernah ketinggalan agar Dia menjauhkan hal ini buat Rayyan Ariff di masa hadapan juga.. Aminnn..
.
P/s - Sempat membawa Ian ke NICU. Auntie2 yang pernah menjaga Ian suatu masa dahulu terperanjat melihat Rayyan Ariff yang sudah besar.. Paling terperanjat, melihat mama dan ayah yang semakin melebar dengan jayanya! Chett!!!
24 comments:
Ian muntah2 pun boleh relax main2 lagi
so cool!
mula2 baca berdebar je...syukur Rayyan xde apa2..
salam, alhamdulillah.....ian dia kuat..mama ngan abah dia tak perlu risau, aiman baru sekali operation dan berharap tak kan ada operation kali ke 2.....mudah mudahan anak anak kita semakin sihat dan kuat...
syukur rayyan baik je tu. Mmg ada anak kecil ni, sakit sket pun hati rasa susah kan..
kesian ian yer...takper janji ian dah sehat
tu la..zahpun berdebar kak...ingat ada ape td..zah yg baru lepas muntah2 n keracunan makanan last week pun tau betapa seksanya muntah2 kak...emm..cian Ian...apepun semoga dia lekas sembuh dan zah faham perasaaan akak..naluri seorng ibu mcm tulah
hrp2 Ian ok laa dah tak muntah2...seriyes, berdebar bc entry ini..
jieyyy..alhamdulillah ian dah sehat..muker dier nampak ceria jer walaupun sebenarnye dah 5x muntah..haiiihhhh...budak kuat!!!mak pak nyer melebar??hahah..tang mana yg lebo tuuu??
alhamdulillah smart boy dah ok.... doktor kat hospital tu sgt baikkan....
lega dgr ian ok...... tp menten ceria!!
alhamdulillah, nasib baik Ian takdop gapo2.
ayat last sekali tu lawak la mokcik hehe
Jiey...
Ada tukar susu Ian ker? Ataupun masih guna susu lama?
Bila baca pasal Ian muntah2 lepas minum susu, teringat akan Husna. Perkara ni pernah terjadi pada Husna sejak lahir sampai ke usia 8 - 9 bulan! Dan sekarang bersyukur sangat2 Husna tak muntah lagi!
Ummi tumpang bangga dengan perkembangan Ian... Walopun hanya beberapa bulan ummi mengikuti perkembangan Ian, tapi Ian memang miracle!
ermm..sbnrnye Ian adalah lbh cekal n lbh baik dr baby lain..kalo baby lain dh muntah byk2 kali msti meragam n nangis jek..Ian still boleh main2 n happy2..good boy btol laa die ni..
N syukur die xde ape2..
Alhamdulillah syukur Rayyan tak apa-apa.
Alhamdulillah tiada yang serius...Ian sememangya sangat cute...Lebih lagi bila tersenyum..Kalau ada di depan saya, memang habih digomol..:)
syukurlah tiada yang serius berlaku... mengalami keracunan makanan @ mengalami jangkitan kuman tu biasa bagi kanak2 kan...
Raisha baru2 ini pun kena jangkitan kuman dalam perut ni... minum susu @ makan jer pasti muntah.. sehinggakan serik untuk dia minum susu dan makan lagi.. 2 minggu lepas tu barulah ok..
harap ian cepat sembuh... dan sihat sentiasa yer..
ayat yang last sekali tu yg best baca...hehehehe..
InsyaAllah Rayyan okay .. may be perubahan dari rumah nenek balik ke rumah sendiri kot
alhamdulillah ian xpape. nway have a nice wiken ye ian with mama n papa :D
mujur ian takde pe yg serius.
biasa ler budak2, ada time nyer perut meragam.
aduhhh suspen je baca tak sabar, terus baca ending dulu..huhuhu...
moga Ian sentiasa ok-ok... no more pembedahan bagai dah. Insya-ALlah...
aduhhh suspen je baca tak sabar, terus baca ending dulu..huhuhu...
moga Ian sentiasa ok-ok... no more pembedahan bagai dah. Insya-ALlah...
Tenang rasa tgk wajah Ian:).. Smg Jiey, husband dan Ian istiqamah meneruskan perjuangan. aamiin
Ian yang kuat, tabah...Ian yang tak mahu merisaukan mama nye. Ian yang penuh dengan semangat...syukur Alhamdulillah...
Post a Comment