Sunday, September 19, 2010

Hidup adalah satu perjuangan dan perjalanan yang jauh..

Semalam, seharian jadual kami sibuk kerna menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Shah Alam.. Seawal jam 800pagi kami sudah bergerak ke sana kerana majlis akad nikah, bersanding dan jamuan makan diadakan di dalam masa sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam.
.
Penat memang penat. Namun kegembiraan cukup terasa apabila peluang berkumpul bersama sanak saudara datang lagi.
.
Pengantin.. Congrats!!! =)
.
Rayyan Ariff bersama Atuk.. Dia tidak mahu duduk diam kerna tidak cukup tidur..
.
Sepanjang majlis ini, hati cukup tercuit melihat gelagat Alya, anak sepupu saya. Usianya sebaya Rayyan Ariff namun kepetahannya bercakap tidak menggambarkan usianya yang sebenar. Langsung tidak pelat. Berat badannya juga jauh berbeza berbanding Rayyan Ariff.. Semangat sekali, lenguh tangan ini apabila mendukungnya..
.
Saya bersama Alya Zafira sewaktu usianya 5 bulan..
.
Melihatkan telatah Alya tidak sesekali mengundang cemburu di hati. Pada dasarnya, Rayyan Ariff dan Alya Zafira bagaikan berada pada dua tahap usia yang berbeza sedangkan beza umur mereka hanyalah sebulan.
.
"Aku kena lebih giat berusaha untuk Rayyan Ariff supaya dia juga boleh bermain, berlari-lari dan berkata-kata seperti Alya.." Hati kecil berbisik dan semangat baru bagaikan tertanam..
.
InsyaAllah saya akan terus mencuba..
.
Episod hampir kehilangan Rayyan Ariff yang berlaku baru-baru ini membuat hati ini lebih redha menerima. Biarlah dia berbeza dengan anak-anak lain seusianya, yang penting dia ada di dalam dakapan saya. Kerna saya pastinya tidak kuat untuk menghadapi episod kehilangan. Untuk pulang ke sebuah kediaman yang dipenuhi barangan miliknya sedangkan tuan empunya itu tidak ada bersama..
.
Katil bayi putih yang kosong..
Almari putih yang kosong..
Jumperoo Fisher Price yang kosong..
High Chair Sweet Cherry yang kosong..
Sungguh saya tidak sanggup kerna itu adalah terlalu menyakitkan!
.
Saya tidak kuat untuk menghadapi semua itu.. Makanya saya hanya mahu terus menikmati saat adanya Rayyan Ariff dan tidak mahu menoleh pada kesukaran lagi.. Redha dan terus redha..
.
Kami sudah berjalan sejauh ini dan pastinya lebih banyak yang mampu kami hadapi.. InsyaAllah.. =)

11 comments:

jie said...

sayang ian..thats all ;)

nisa said...

Sedih nisa baca entry ni...kuatkan semangat kak jiey..nisa akan teruskan berdoa semoga Ian sentiasa sihat selalu...sayang selalu..

Yasmin Nabilah.. said...

itulah juga azam ina sewaktu melihat makcik Nabila dan dua pupu nabila yang sebaya dengannya..ia membuatkan kita lebih bersemangat..

Anonymous said...

kenangan bisa 'membunuh'...kenangan jua bisa 'menghidupkan'......

pengalaman boleh 'mendamaikan'....pengalaman jua boleh 'menyakitkan'...

walau bagaimana pandangan diri tentang kehidupan ini...diri cukup sedar hidup ini perlu diteruskan...perlu terus diperjuangkan...perlu sentiasa kuat...dan sekiranya terjatuh perlu bingkas bangkit semula...kerana diri mengerti...hidup kini bukan seperti dulu...dulu sepertinya bersendiri mengangankan impian...tetapi ketika ini...diri bersama yang tersayang...diri bersama yang menyayangi...merealisasikan impian bersama...dalam menuju keredhaan-Nya...

oleh kerana itu lah diri kini lebih mengerti apa itu pengorbanan...lebih memahami apa itu kasih sayang...lebih menyedari betapa kuatnya suatu ikatan...perjalanan sebuah kehidupan akan sentiasa menuntut perjuangan....tiada akan ada titik noktahnya...berhenti atau meneruskan...masa tetap akan meninggalkan...

Wallahu'alam...

Kauthar said...

insyaAllah jiey, berkat doa semua dan dengan izin Allah pastinya ian akan lebih kuat dan bersemangat..apatah lagi ian ada mama yang sekuat jiey :D

Yu'xan Lee said...

kuatnya hati jiey, teruskan jiey teruskan kuat untuk ian....mummy selalu mendoakan untk ian, sehingga penah ian muncul dlm mimpi mummy....bersihnya seorg insan yg bernama ian, nikmatilah kurnian "penghuni syurga" itu dlm dakapanmu....

MiszAsha said...

Salam Kak..

Be strong.. Selama ni saya jadi silent follower sahaja.. Tapi setiap hari pasti saya akan check blog akak nak tahu perkembangan Ian.. Salam Ukhwah..

Pnut said...

akak rasa apa jiey rasa tu tepat sekali.. hargai setiap masa yang ada untuk Ian, memang hati kita akan terdetik bila tengok perkembangan anak lain yang normal, tapi cepat jiey buang rasa tu jauh-jauh, bahagian Ian dari Allah jauh lebih special.

Moga Jiey sentiasa bersemangat..

p/s meh la datang beraya ke rumah, akak tader nak buat open house tahun ni... tapi datang je anytime..akak tak kesah sesangat.. suka lagi adalah...

syiekin azam said...

kuatkan semangat awak ye..ramai yg mendoakan ian termasuk saya(silent reader blog kak jie)..

puterikurekure said...

InsyaAllah jiey dan keluarga dapat harungi semua ini. betul tu jiey, biarlah Ian nak ambil selama mana perkembangannya, asalkan dia ada disisi kita. kan?

Kak Nie said...

kak,

the rule of thumb for a mom is .. never ever compare our child with other child...

ian is special in his own ways, so treasure them while you can. and just remember that semua amanah Allah ni bukan hak mutlak kita... semua hanyalah pinjaman dariNya.