Tuesday, September 28, 2010

Ujian demi ujian untuk Rayyan Ariff yang kuat!!

Alat yang tertanam pada kepala Rayyan Ariff itu gagal berfungsi sepenuhnya pada awal bulan Ogos tempoh hari.Selain daripada sedikit 'gangguan' yang dikesan selepas hari raya sedikit waktu dahulu, alat itu masih berfungsi dengan baik.
.
Berita baik buat kami kerana itu tandanya Rayyan Ariff tidak perlu dibedah. Namun pada yang sama, kami kehilangan petunjuk yang mana ianya adalah sesuatu yang tidak begitu baik.
.
Apakah petunjuk bahawa alat itu bermasalah? Apabila si pemakai menunjukkan tanda-tanda mengantuk dan tidur yang berlebihan, kurang responsif, dan muntah-muntah yang berlanjutan.
.
Dan Rayyan Ariff menunjukkan kesemua tanda diatas sebanyak dua kali semenjak pembedahan gantian tempoh hari. Dan apabila pemeriksaan terhadap alat itu menunjukkan ianya 'kembali' berjalan lancar, kami diberikan satu konklusi, ianya mungkin satu lagi bentuk sawan.
 .
Satu bahagian diri saya berasa lega kerna Rayyan Ariff mungkinnya tidak memerlukan pembedahan revision buat masa ini. Namun satu bahagian lagi agak ketakutan kerana sawan adalah pemangsa yang sangat menakutkan buat Rayyan Ariff kerna untuk setiap serangan, kemungkinan berlakunya kerosakan otak adalah tinggi!
.
Jauh disudut hati, saya bagaikan berharap bahawa ianya adalah foreign body failure yang mana kami hanya perlu menggantikannya dengan alat yang baru. Dan bukannya sawan yang belum tentu akan pergi walaupun dinaikkan dos ubat-ubatan.
.
Ahh.. Either one, my baby will be in pain. Sakit yang bukan sedikit. 
.
Dan kalau benar episod serangan ini adalah sawan, apalagi petunjuk yang ada bahawa alat itu bermasalah kerna selama ini, hanya petunjuk-petunjuk ini yang menjadi pegangan kami. Kalau petunjuk yang sama ini adalah satu bentuk serangan sawan, bagaimana lagi caranya untuk kami mengesan sama ada alat itu berfungsi atau pun tidak? 
 .
Sedangkan, hanya beberapa jam sahaja alat itu tidak berfungsi, Rayyan Ariff sudah tidak sedarkan diri.Saya khuatir andainya kami kehilangan petunjuk, kami terdedah kepada risiko yang lebih tinggi kerna tidak tahu yang mana satu punca kesakitan Rayyan ARiff, Foreign body failure atau pun, serangan sawan? Wallahualam..
.
Apa sekali pun, tunggu sahajalah episod temujanji dengan pakar neuro Rayyan Ariff yang akan berlangsung esok hari. Dari PMC ke SDMC.. Ujian, demi ujian ke atas Rayyan Ariff.. Moga kesakitan ini menjadikan dirinya lebih kuat.. Aminnnn..
.
Dan tentang saya, masih seorang ibu yang tetap punya air mata walau setinggi mana jiwa ini 'bersedia' untuk menyaksikan sebuah kesakitan. Kata hati, mahu terus kuat apabila menyaksikan kesakitan itu, namun saya tewas.
.
Saya tahu saya akan terus tewas dengan air mata. Namun air mata ini bukanlah tanda kegagalan, namun sekadar melampias kegusaran di sudut jiwa.. Seperti seringnya, saya akan terus-terusan kembali kepadaNya.. Makanya, jangan pernah minta diri ini untuk berhenti menangis kerna hanya air mata yang tinggal apabila berada di dalam ketidakupayaan.
.
Dan mohon maaf juga untuk komen dan SMS yang tidak berbalas. Banyak waktu, emosi terlalu lemah untuk menyusun kata.. Antara keterharuan dan kesyahduan, saya ucapkan terima kasih di atas setiap kiriman doa dan pertanyaan.. Rayyan Ariff OK atau tidak? Saya tidak punya jawapan yang pasti.. Sekejapan dia di dalam gelak tawa dan eksplorasinya, dan sekejapan yang lain, tubuhnya terkulai lesu menampung kesakitan..
.
Kali diberikan pilihan, saya mahu meminta tuhan berikan segalanya kepada Rayyan Ariff.. Kelangsungan hidup tanpa alat itu, tiada istilah sawan lagi dan pendengaran yang sempurna bagi menolak implan koklear yang dicadangkan tempoh hari.
.
Tamakkah diri ini sebagai seorang ibu? Sedangkan Dia telah berikan kami sesuatu yang sangat berharga; permata jiwa yang comel sebagai penyeri..
.
Apa sekalipun, doakan kesejahteraan Rayyan Ariff yea..Semoga kami mampu beroleh sebuah jawapan pada esok hari.. Aminnnnn..
.
Pantai Medical Centre, Bangsar - 27.9.2010

31 comments:

Marsha~ said...

alahai sayang... sedihnya hati ibu ini... rayyan sayang, walaupun auntie tidak pernah bertemu rayyan, tp rayyanlah insan yg auntie kenal melalui blog yg paling auntie sayang..auntie berdoa sayang, segala permintaan ibu mu itu akan ditunaikan Tuhan.. kamu berhak sayang, mendapat segalanya yang ibumu harapkan itu.. bukan bersifat tamak, sesungguhnya kamu layak sayang... Auntie akan terus mendoakan kesihatan rayyan ariff....

puterikurekure said...

takpe jiey. kita faham. kalau kita berada pada kedudukan jiey pon, mana mungkin nak menjawab segala sms dan komen pada saat2 getir ini.

next weekend kita berada di KL. insyaallah akan melawat Ian jika berkesempatan. boleh ye jiey?

iCaLoVeZiE said...

aunty doakan ian pulih ceperti sedia kala. takmo sakit dah. ian kena teruskan misi explore. teruskan misi untuk berlatih berjalan. insyaallah. ramai yang doakan ian..

untuk mama ian, sedih sudah pasti. tapi tabahkan hati!

azma said...

Tabahkan hati, kuatkan semangat ye..Smg Ian x apa2..

iBu ZulFaQar RayYaN said...

moga ur ian cepat semboh...my ayern pun mendoakan ur ian...teringin nak jumpa ur ian...

Zakiyah Zainon said...

ya allahh..kau berikan lah yang terbaik buat rayyan ariff....
kau kuatkan lah semangat kedua orang tuanya..berikanlah mereka ketabahan untuk mengharungi ujian mu ini ya Allah...
hanya kau yang maha mengetahuinyaa..

mirah said...

Jiey,moga Rayyan cepat sembuh. AMin.

mas said...

slm jiey...

semoga Ian semakin pulih dan semakin kuat ye syg cute mute....

zurazari said...

sis, tabah kan hati yer...
sy always doakan yg terbaik untuk sis n family... to rayyan, kuat kan semangat... auntie sayang sgt kat ian wlw pun kiter hanyer berkenalan d alam maya nie...

ian kuat yer sayang....

Nieza Ishak said...

insyaallah ian kuat jiey ...
moga2 semuanya ok ... aminnnnnnn

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sebagai ibu sememangnya kita sentiasa merasa tamak. tiada apa lagi ucapan istimewa selain bersabarlah...semoga ian akan terus sihat dan gembira.

Anonymous said...

Ya Allah..kau kuatkanlah ibu dan anak kecil ini.Tabahkanlah mereka menghadapi ujianmu.saya doakan yang terbaik utk ian.semoga ian cepat sihat, xperlu melalui pembedahan dan trs kuat.jiey..banyakkan bersabar yer(hanya itu yg mampu saya ucapkan:(
)
Teringin sangat nak jmpa jiey dan ian.

Anonymous said...

Ya Allah..kau kuatkanlah ibu dan anak kecil ini.Tabahkanlah mereka menghadapi ujianmu.saya doakan yang terbaik utk ian.semoga ian cepat sihat, xperlu melalui pembedahan dan trs kuat.jiey..banyakkan bersabar yer(hanya itu yg mampu saya ucapkan:(
)
Teringin sangat nak jmpa jiey dan ian.

shaliza said...

Salam Jiey,
InsyaAllah doa kami sentiasa mengiringi Ian....semoga terus diberi kekuatan olehNYa.

yatie chomeyl said...

oghe doa yg baik2 sajo utk abe Ian...takpo jiey, air mata tu lah yg lebih menguatkan kita sbg mak

Rizziela said...

Ya ALLAH..kau berikanlah kekuatan ke atas anak kecil ini. Kembalikanlah kecerian yg pernah dia bawa kedalam ibu bapanya. Ya ALLAH Ya TUHANKU...kau jauhkan segala kesakitan dari tubuh kecil ini. Amin

littlehumblelynn said...

HANYA ALLAH YANG TAHU RAHMAT DISEBALIK UJIAN INI..BERTAHANLAH DEMI IAN.. SMG TETAP TABAH!

Yasmin Nabilah.. said...

Doa kami tak putus-putus pada Rayyan untuk kembali pulih. Serba tak kena rasa di dalam rumah dan sentiasa ingin tahu perkembangan Rayyan. Untuk Jiey..kuatkan semangat k..Ina tahu bukan mudah..namun demi Rayyan kuatkan semangatmu sahabatku..

linda said...

dear encem boy, Rayyan ARiff...
sedih auntie tgk ian camni..hope ian cepat sembuh ye sayang...
mg takde pe yg serius berlaku kat ian...auntie sentiase doakan ian...kuatkan diri ian...auntie yakin ian kuat...Allah pmaha mengetahui segalanya...mg Allah sentiasa melindungi ian....aminnn..

**Jiey, doakan kami sentiasa untuk jiey sekeluarga...smg jiey sekeluarga sentiasa di dlm lindunganNya...aminn...kekuatan Jiey, kekuatan ian...***

emellia said...

moga Ian cepat sembuh ye sayang

Anonymous said...

duhai permata hati yang sentiasa bersinar di hati seorang ibu...di hati seorang bapa...

kehidupan si ibu bermula dengan kehadiran mu...kehidupan si bapa bermula pabila alunan azan diperdengarkan ke telinga mu...tiap bicara bermula dengan ingatan terhadap mu...tiap suka...tiap duka...seolahnya berkisarkan tentang diri mu...perjuangan mu...kesakitan diri mu...kegembiraan mu..senyum dan tawa mu...

duhai permata hati...tidak akan ada erti putus harap...tidak akan ada jua istilah berhenti memohon...kerana sedar...dengan izin Allah diri mu hadir...kerana Allah diri merasai kehidupan seorang ibu...kehidupan seorang bapa...

kepada Allah jua dipanjatkan doa agar masih lagi punya ruang...punya peluang untuk bersama menggapai impian..meski sedar hati dan fikiran sepertinya bercelaru dalam mencari titik temu..dalam memohon kepada Mu...tapi diri sesungguhnya percaya dan yakin hanya pada-Mu Ya Allah...

Wallahu'alam...

monamie said...

Cepat la sembuh Ian sayang. Amin.

Miela77 said...

Salam Jiey..k.iela mendoakan kesejahteraan Ian..

ijan baik said...

kak jiey... blog sy sgtler merapu & sgt xupdate... hihi... sbb tu tutop.. nti dah update bru sy open eh...

nelly said...

harap jiey tabah yer...ini semua dugaan yg terpaksa ditempuh..jiey harus kuat tuk ian

Asz said...

salam jiey ... sambil membaca entry ini, hati saya menjadi sgt sebak ... mengalir air mata tanpa sedar ... hanya doa yg mampu saya panjatkan buat Ian ... moga Ian cepat sembuh ... amin ... :'((

Anonymous said...

rayyan ariff sayang, doa auntie xkan pernah putus buat kamu.. kuatlah nak, demi kasih ayah dan ibu yg sgt2 mencintai kamu..

az rina a.k.a jaijina said...

ya Allah, sembuhkanlah anak kecil ini dari kesakitan :((..

CatlinaFly said...

bergenang air mata ni tgk rayyan tahan sakit..my hubby sampai taknak tgk sebab kasihan kan putera kecil ni..auntie doakan keselamatan dan kesihatan rayyan..amin....

Ibu Iman said...

berat mata memandang berat lagi bahu awk yg memikul... sy doakan rayyan arif terus sihat dan bertahan... sedih sangat sy baca entri ni... dh lama x ke sini rupanya rayyan dah dioperate hari tuh... tabahkan hati ye... rayyan arif tetap comel... semoga selamat dan dipermudahkan semuanya... amin

Anonymous said...

sayangku rayyan..mama tak dapat nak menjajinkan apa2..melainkan doa padamu,..semoga ibu2 dan anak2 yg diuji ini tabah dengan dugaanNYA....mungkin mama tidak menghadapi ujian seberat ini..tp semoga segalanya dipermudahkan buat kiter semua...AMIN...