Wednesday, September 15, 2010

Mungkinkah keajaiban Allah SWT masih menjadi milik kami??

Pertemuan dengan Pakar Bedah Neuro Rayyan Ariff semalam berjalan lancar. Segala perincian tentang peristiwa petang raya saya maklumkan kepadanya. Dan seterusnya, satu demi satu perkara saya tanyakan kepadanya untuk mencari sebuah jawapan namun masih belum menemukan kepastian.
.
“The device doesn’t look so good. It is supposed to bounce back when I pressed it but it didn’t..” Ujar Dr.Wong sambil tangannya masih meraba-raba alat yang terpasang pada kepala Rayyan Ariff.
.
“Why would that be? I thought it is OK..” Masih bertanya.
.
“It was. But it’s not at the moment. There could be several reasons for it to happen. Maybe because the catheter has been pushed out again or maybe because it is partially blocked. We wouldn’t know at this juncture. We need to do another CT Scan on him to get a confirmation. It’s already 4pm and I don’t think we can do it fast because he will not cooperate right? I also don’t think that we need to do it urgently because at the moment he’s active and alert.. Why don’t we do it tomorrow? ” Memberikan cadangan.
.
“I cant tomorrow. I have an important meeting outside. Why don’t we do it on Wednesday?”
.
“Ok. Wednesday should be fine with me.. Do you want to do it as inpatient or outpatient? He’s definitely need to be sedated.. If it’s inpatient, then you and him can just rest here and we’ll see whether he’s recuperating well before he can go home.. ” Masih memberikan cadangan.
.
“Just do it as inpatient la Dr. At least we can be sure that he’s totally OK before going home..” Membuat pilihan.
.
Mungkin kelihatannya agak tidak sesuai apabila saya menundakannnya untuk sehari kerna Rayyan Ariff mungkin mendapat serangan pada bila-bila masa sahaja. Namun saya punya alasan tersendiri. Satu, kerana mahukan dia dalam keadaan seperti sekarang selama yang boleh. Sihat, aktif dan alert. Dua, kerana kerja di pejabat juga harus di jaga kerna inilah periuk nasi.
.
Dan ketiga, kerana saya mahu ada bersama. Bisa sahaja En.Hubby seorang diri menemani Rayyan Ariff sekiranya ujian imbasan itu dilakukan pada hari selasa namun saya tahu bahawa saya perlu ada di situ. Apabila melibatkan penerangan berkaitan terma perubatan dan fisiologi, pemahaman saya biasanya melebihi En.Hubby kerana di antara kami, sayalah yang banyak membuat penyelidikan dan pembacaan.
.
Malahan, sewaktu ujian imbasan dilakukan ke atas Rayyan Ariff sebelum pembedahan tempoh hari, pegawai bertugas yang mengendalikan mesin itu bertanya kepada kakak ipar saya yang menanti di luar, “Is she a doctor?” Dan kakak ipar saya menerangkan kepadanya bahawa saya bukanlah seorang doctor, namun pengalaman melengkapkan diri ini dengan sedikit ilmu yang pastinya tidak akan melekat di kepala kalau bukan kerana kehadiran Rayyan Ariff.
.
Serasa saya, mana-mana ibu yang berada di dalam situasi yang sama seperti saya juga akan familiar dengan terma-terma perubatan, cause and effect, consequences dan sebagainya. Contohnya seperti Kak Reenaz, Put, Ina, Ita, Kak Sue, Kak Min, Ayu, Ieyda dan lain-lain lagi..
.
“Let say if we find out that it’s a malfunction of the device, then what is your plan doctor?” Masih bertanya.
.
“There are a few options which are yadda.. yadda.. yadda.. But I don’t think we should do it right now since he’s OK at the moment. We will only do it if it happens again..”
.
“So you are saying that we need to wait until he’s in pain then only we want to do something about it?” Masih ragu.
.
“We don’t disturb things that are functioning OK. If it is a complete failure, he wont be as alert and as active as he is now..” Memberikan jawapannya.
.
Apa lagi yang ada untuk saya katakan? Either way, it’s not a good news for Rayyan Ariff. The fact that there’s a malfunction on the device is unavoidable. And the feeling of uncertainty is killing me! I hate the fact that I cannot do anything to help him or ease his pain, the only thing that we can do at the moment is to keep an eye on him and bring him to the Emergency if the incident happens again.
.
Tahu ada yang tak kena, tapi tak tahu apa yang perlu dibuat. Oh sakit.
.
Setiap saat tertanya-tanya, apakah dia OK? Apakah dia sakit? Kenapa dia mengantuk? Adakah ianya malfunction? Kenapa dia tidak mahu makan? Adakah dia mengalami sakit kepala yag bukan sedikit?
.
Saat ini, segalanya bagaikan menunggu-nunggu. Hanya mampu berdoa sahaja. Dan yang paling menakutkan adalah apabila penyelesaian kepada semua permasalahan ini hanyalah pembedahan! *demmit*
.
Di pejabat mama sementara menantikan siapnya guarantee letter sebelum ke hospital.. Comel camni usah kata nak operate, nak jentik pun kesian.. *sigh*
.
Hati; Takut kerana mengetahui akan ada lagi episod kesakitan pada anak comel ini.
Hati; Takut kerana episode pembedahan masih tidak mahu berhenti.
Namun siapa tahu, mungkin kali ini keajaiban milik kami lagi.. Mungkin sahaja alat itu tiba-tiba berfungsi sebaiknya..
Wallahua'lam..

10 comments:

iCaLoVeZiE said...

Ya Allah,panjangkanlah usia Ian. Dan berilah keajaiban sepanjang hidupnya. AMin.

Iryani Noor said...

tabahkan hati jiey..
kite doakan yg terbaik buat rayyan..
insya-Allah..

Anonymous said...

kisah ini kisah perjuangan...tentang apa yang pada hemah seorang ibu adalah yang terbaik...pada hemah seorang bapa adalah termampu untuk dilakukan...

kisah ini kisah perjuangan....yang cuma mereka yang melalui memahami...

kisah ini kisah perjuangan yang tidak akan mungkin berkesudahan...yang tidak akan mungkin berkeputusan...kerana hidup ini sendiri adalah satu perjuangan antara yang bathil dan yang haq...perjuangan antara kepercayaan serta keyakinan dengan kekurangan serta kelemahan sebagai seorang hamba-Nya...

kesudahan kisah perjuangan terletak di tangan yang Berhak...yang punyai keputusan Mutlak...atas Pemilik segalanya...Pencipta..yang cuma Dia lah yang Maha Mengetahui...Dia lah sahaja tempat pergantungan..cuma Dia...Allah s.w.t.

kita cuma boleh berdoa agar sabar dan redha akan ketentuan-Nya...bersyukur atas nikmat yang diberikan-Nya....tergolong di antara hamba-Nya yang Dia kasihi..semoga masih ada sinar yang menerangi kehidupan suatu keluaga yang baru terbina...semoga suri hidup masih sentiasa berada di depan mata dengan senyuman yang tidak pernah pudar..permata hati yang sentiasa bersinar di hati seorang ibu...di hati seorang bapa...

Wallahu'alam...

yatie chomeyl said...

oghe doa sgt2 alat tu function molk semula...so that abe Ian x payoh keno operate dan x payoh sakit lg..amin Ya Rabbal Alamin

Yasmin Nabilah.. said...

Aduhai..susahnya hati ina bila baca entry jiey..tak sanggup nk tgk Ian dibedah lagi..huhu

Aisya said...

Salam, k.jiey tggl di Putrajaya kan?ian biasanya ke hosp.Putrajaya ker?teringin utk berjmpa ian..semoga ian trs kuat dan cepat sihat..

Rizziela said...

Insyallah....Rayyan kuat dan pasti akansihat seperti sebelum ni..

Harap Jie & hubby tabah dan kuat menghadapi dugaan dari ALLAH

Heartilyina said...

aduhai :( sabar ye mama ian. harap2 ian cepat lah sembuh. baru je kena bedah hari tu. kiter yg dewasa ni pn xsanggup tengok dia sakit. ini kan dia yg menanggung. semoga Allah pelihara ian dan krgkan kesakitan dia. amin!

aNnE 'S said...

salam perkenalan..saya follower baru kamu..InsyaAllah akan sentiasa doakan Lan dlm solat saya..semoga semua baik2aja..

Min said...

Insya Allah Jiey, mari kita sama2 terus berdoa. Semua ini adalah rahsia Allah! Dia Maha Tahu... especially yang terbaik buat Ian...