Tuesday, September 14, 2010

Tentang raya 2010 / Syawal 1431

Rasanya ramai bloggers yang sudah bercerita tentang hari raya.. Hari raya kami sedikit tercalar dengan beberapa peristiwa yang telah saya coretkan sebelum ini. Dari kisah kehilangan sehinggalah kepada episod kesakitan, semuanya bercampur baur. Namun Aidil Fitri masih meninggalkan kenangan yang manis buat kami kerana dapat berkumpul dan bertemu dengan kaum keluarga dan sanak saudara..
.
Oh serius, tak pernah saya menyangka bahawa ramai juga di kalangan keluarga saya yang telah 'menemui' blog ini. **Malu okeh**
.
Hari raya kali ini benar-benar terubat dengan pertemuan dengan kaum keluarga yang dirindui. Dan juga kerana Rayyan Ariff juga lebih peka dengan keadaan sekeliling membuatkan dia juga 'menghargai' suasana meriah yang ada..
.
Tidak banyak rumah yang sempat kami kunjungi memandangkan seawal jam 630 pagi pada hari raya ketiga, kami sudah bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Maknanya, hanya dua hari kami berhari raya. Itu pun tidak sepenuhnya kerna episod kesakitan yang melanda..
.Shot terkejut..
.Saya suka gambar ini kerana Rayyan Ariff tersenyum nakal.. =)
.Lihat mulut comel Rayyan Ariff!!
. Keluarga biru kami~ 2 tahun lagi purple yea!@~
.Suka gambar ini juga ~ Rayyan Ariff bagaikan 'abang-abang' apabila berdiri dengan sampin dan kopiahnya.. *Owh, inikah bayi yang lahir dengan berat 1.8kg pada minggu ke 31 kehamilan?*
.
Walaupun hanya 2 hari raya berhari raya, rezeki anak ini tidak disangka-sangka.. =)
Alhamdulillah dan terima kasih..
.
Paling best, kerana raya kali ini, Rayyan Ariff sudah 'terror' bersalam-salaman.. =)
.Suasana yang cukup meriah apabila sepupu sepapat semua berkumpul.. =P

Rayyan Ariff? Masih setia pada kipasnya!! =P
.
Aidil Fitri kali ini, Rayyan Ariff masih menjadi perhatian.. Tapi bukan kerana kekurangannya, tetapi kerana perkembangan yang dia tunjukkan.. Walau tetap ada kata-kata yang kurang enak didengar, namun ianya bagaikan tempias sahaja kerana kata-kata semangat melebihi semuanya.. =)
.
Tentang pertemuan saya dan neuro surgeon petang tadi? Trust me, either way, it's not a good news for Rayyan Ariff and of course, for us as well! I'll blog about this later k.. =)
.

5 comments:

iCaLoVeZiE said...

baru perasan anak sedara ica muka lebih kurang ian. nanti will tag u.

Min said...

jie...

selamat hari raya dari kak min sekeluarga di UK. seronok tengok rayyan yang happy. kak min ada request nk jd fren kat FB rayyan ariff. sudi la kawan ngan i... :)

Elyn said...

selamat hari raya jiey!! cantik biru korang....

izzahazfar said...

tengok gambar ian salam tu buat mata menitis..

salam raya kak jiey!

Iryani Noor said...

selamat hari raya jiey..
suke tgk gambar rayyan salam cium tgn tu =p..