Ok, exaggerating. Mati sememangnya perlu dikesali seandainya hidup tidak dipenuhi dengan amal ibadat. =)
Saya sekadar ingin menyatakan secara umum sahaja tentang kehidupan menjadi ibu kepada anak istimewa. Entri ini terhasil disebabkan oleh perbualan telefon di antara saya dan Ayu, mommy Alanna semalam.
“Kamu adalah yang terpilih kerna itulah kamu diberikan ujian olehNya..”
Fine. Kami adalah insan yang diuji. Terima kasih kerana melabelkan kami dalam kategori ini. Tidak menolak dan tidak pula mengiyakannya seratus peratus.
Tapi sejujurnya, saya rasakan semua hambaNya akan melalui fasa ‘diuji’. Ujian tidak semestinya datang dalam bentuk kesakitan dan kesusahan.. Ada waktu ianya datang dalam bentuk kesenangan dan kesihatan. Terpulanglah pada kita untuk menilai dan menerimanya.
“Dia sakit dan terlantar sahaja, aku pula sihat.. Kasihannya dia diuji..”
“Aku sihat, tapi terpaksa menjaga makcik yang sakit.. Oh kasihannya aku diuji..”
Dan banyak lagi ayat lain yang boleh dijadikan contoh.
Saya sendirinya sebenarnya sangat takut apabila berada di dalam keadaan ‘senang’. Kerna apabila kesenangan sudah sebati dengan kehidupan, hati seringnya gusar lantaran takut ditimpa kesusahan. Minda bagaikan tercongak-congak, “Sesuatu yang indah biasanya tidak akan kekal, entah bilalah tuhan nak bagi kesusahan kepadaku.. Takutnya..” Ini adalah ayat yang pernah saya ungkapkan di usia 22 tahun setelah berpuas hati dengan kehidupan sendiri pada waktu itu. Pelik pula bila memikirkannya kembali saat ini.
Bagaimana kehidupan kami sebagai ‘ibu’ yang diuji??
Sama sahaja dengan kalian yang lain.. Pada waktu gembira, tertawalah.. Pada waktu berduka, menangislah.. Namun bukanlah meratap dan berduka sepanjang waktu hingga tidak memikirkan sesuatu yang lain. Itu tanggapan yang salah.
Apabila kami mencoretkan resah hati tatkala berdepan dengan kesulitan di blog, itu tidak bermakna jiwa kami tidak redha.. Tapi sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati. Yang tidak dapat dilepaskan secara terbuka. Jujur saya akui ada ketika air mata ini jatuh jua apabila berdepan dengan individu-individu yang signifikan tatkala bercerita tentang Rayyan Ariff.
Namun seringnya, saya akan menahan titis air mata dari berguguran dengan cara ‘melarikan’ diri dari situasi itu. Saya tidak mahu kehidupan saya dinilai berdasarkan titis air mata yang gugur. Saya tidak suka nilai kebahagian saya diletakkan pada kadar purata hanya kerana situasi saya tidak sama dengan orang lain.
Memang ada waktu, kaki bagaikan terlalu berat untuk melangkah. Jiwa terlalu sakit untuk bertahan. Namun ianya tidak mengubah apa pun. Hidup saya masih seperti kebiasaannya. Dipenuhi dengan senyuman, disulami dengan gelak ketawa dan lawak jenaka. Tidakkan mungkin saya atau mana-mana ibu yang berada di dalam situasi yang sama akan menangis dari pagi membawa ke malam hanya kerana kami ‘diuji’.
Tanyalah mana-mana teman dan keluarga yang mendampingi kami. Kami hanyalah seadanya kami. Tidak terlebih dan terkurang.
Jangan melihat kami sebagai insan ‘kuat’ kerna mampu melalui semua ini kerna kita semua sama. Seperti ungkapan, “What do not kill us will only make us stronger..” Apabila terpaksa, redah sahajalah jalan yang ada. Sesiapa pun sama sahaja. Yang membezakan kita hanyalah cara penerimaan dan perjuangan yang kita tunjukkan iaitu sama ada positif atau negative. Itu sahaja.
Pernah saya rasakan apabila sudah tiada asa untuk mencari jawapan, kaki ini bagaikan ingin berlari ke kaki langit untuk mencari kepastian dan penawar. Namun itu mustahil. Itu bukan itu caranya kerna apa yang dicari perlu diikhtiar sendiri.
Percayakah anda jika saya katakan, sedari awal kelainan pada Rayyan Ariff dikesan sehinggalah ke hari ini, saya masih lagi meletakkan harapan dan berkhayal sebelum tidur bahawa keesokannya apabila saya terjaga, Rayyan Ariff saya hanyalah seorang anak tipikal. Bukannya anak istimewa.. Dan sudah sekian lama, apa yang saya khayalkan sebelum tidur adalah tatkala menjelang pagi, Rayyan Ariff akan turun dari katilnya sendiri dan berjalan ke arah saya dan berkata “Mama, wake up..”
Setiap malam, inilah yang saya khayalkan sebelum terlena. Namun sehingga ke hari ini, khayalan ini masih belum menjadi nyata.
Dan pagi tadi, saya hanya dikejutkan oleh tangisnya dan apabila saya menghampiri tubuh kecil itu, dia menghadiahkan saya dengan senyuman yang manis seperti seringnya..
“It’s Ok, senyum Ian pun dah cukup untuk mama pagi ni..” Ucap saya kepada Rayyan Ariff yang masih tersenyum.
Kalau diberikan pilihan sama ada saya mahu mengubah semua yang terjadi pada Rayyan Ariff atau pun tidak, jawapannya adalah tidak. Memang saya tidak pernah berhenti berdoa untuk pemulihannya, namun untuk mengubah asal kejadiannya agar tiada sesiapa yang merasa sakit, saya tidak mahu. Kerana episod kehidupan inilah yang mematangkan saya dan membuat saya lebih mengenali hakikat kehidupan dan konsep keagungan tuhan.

Alhamdulillah..
Mama dan jantung hatinya..
P/s - Ijan, bila nak invite kita baca blog awak?? :P
14 comments:
sejak kita kenal awak dan Ian, kita jadi semakin optimis tenatang hidup. terima kasih jiey. terima kasih Ian.
:)
Betul tu. Ujian mematangkan kita.
To be honest, kadang lidah kelu bila berhadapan dengan mereka yang di'uji'.Bimbang tersalah bicara dan biasanya saya hanya diam tanpa respon. Tapi dalam hati jiwa bergelodak. Moga jiey dan Ian sentiasa dalam lindungan Allah..Amin
betul kata puterikurekure... kami patot berterima kasih pada kamu dan rayyan.... :)
Ok. Rayyan. Nampak apakah? Macam terperanjat nengok muka aunty ica kat sini. hehehe. Bilalah boleh temukan Ayesha dan Rayyan. Nak nengok ape Ayesha nak buat kat Rayyan.Hehe
hah rupanya bkn sy sorg yg berangan mcm tu ye..sy selalu membayangkan tgh basuh pinggan habib dtg berjalan n komplen psl sesuatu tp xpenah jadi realiti:-) masing2 diuji tp atas diri msg2 nk menerima n hadapi semua ujian Allah...
Saya pun banyak belajar dari pengalaman jie
Dengan Menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
"Katakanlah: Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".
"Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".
Surah Al-Kahfi : ayat 109 - 110.
Wallahu'alam...
Betul tu Jiey;
Sihat tak semesti tidak diduga, its happen to me, alhamdulillah kesihatan akak smpi sekarang tiada masalah, kerja insyaAllah ok, tapi Allah tu maha adil dah kaya Dia peringatkan akak tentang suka duka hidup, akak redho semasa jaga arwah ma akak dulu sekarang pun akak redho menjaga seorang adik yang kesihatannya tidaklah secergas kita, kadang-kadang akk terfikir mungkin Allah beratkan jodoh akk sampai sekarang sebab amanah akak besar, tapi Allah tu penyayang akak sebab tulah ianya buatkan akak lagi hargai nilai hidup ini ...
Jiey ibu tabah ... jgn gusar yea ... jaga Ian sebaik mungkin
salam jiey..muahhhh ian..
terbayang-bayang mama bila baca tentang ian senyum...handsome boy ni ala ala nakal yerk..usik ibu yerk..moga ian makin maju dan bersemangat macma ibunya juga..
meme ujian Allah dtg dlm berbagai2 caro.
semua ini sugaan Allah kpd hamba yang dikasihiNya.Setiap hamba itu akan diuji olehNya,cuma bentuk saja yg berbeza.Saya juga diuji.Seorang graduate tetapi memilih utk berhenti dari satu pekerjaan yg sgt lumayan pendapatannya,hanya krn tidak mahu pisahkan anak n bapa.Saya nekad walopon menerima pelbagai kritikan org sekeliling.Sehingga kini saya diuji,blom dpt sebarang pekerjaan.tapi hati ini cuba utk redha,krn inilah kehidupan..asalkan apa yg sy lakukan itu adalah betul,yang selebihnya bertawakal n bersserah pada Allah.
Buat ibu rayyan sekeluarga,ada kebahagiaan buat kamu.Yakinlah dgn janji Allah
jiey,yeap semua orang diuji.memang itulah hidup kan,satu medan ujian.bagaimana kita menghadapi ujian tu yang membezakan.tabik kat jiey sebab semangat yang ada.serius tak penah jemu baca blog ni,walaupon kadangkala ada keluhan tapi jie tetap positif.love u jiey!
Salam..
amy singgah baca entry sambil follow,jemput ke teratak amy ye n follow me too
jiey,
thanks 4 this entry. we'll know the feeling if we are in the same shoes... kita adalah istimewa seistimewa anak2 kita... Alhamdulillah! kadangkala lebih baik kita diuji dengan kesusahan dan kesakitan dari diuji dengan kesenangan dan kesihatan yang berpanjangan yang mana mungkin membuatkan kita lupa pada Sang Pencipta yang Maha Agung... salam sayang buat Rayyan dari adik Mawaddah...
Post a Comment