Monday, September 27, 2010

Seorang ibu yang mahu melihat ketenangan pada wajah tidur anaknya..

"Abang, boleh tak adik kejut Ian tido?" Bertanya
"Nak buat apa kacau dia tido?" Menjawab dengan soalan..
"Kalau dia bangun, kita tahu dia OK.." Menjawab dalam kesyahduan...
.
Sakit. Sakit yang bukan sedikit.
.
Saya mahu setiap kali saya melihat wajah tidurnya, jiwa saya berasa tenang..
Saya mahu setiap kali saya melihat polos rautnya yang terlena, hati saya berasa puas..
Namun realitinya tidak begitu..
.
video
Rayyan Ariff, 26.09.2010..
.
Mencari damai pada wajahmu..
.
Ya Allah, pintalkanlah tali kekuatan untukku dari setiap udaraMu yang kusedut. Serapkanlah kuasa keteguhan untukku dari setiap inci bumiMu yang kupijak.. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah.. 
.
Rayyan Ariff, pintu syurgaku yang bijaksana.. Pulihlah nak.. 
.
Badan terasa penat.. 
Minda terasa sarat..

Kembali ke wad kanak-kanak dalam tempoh kurang dari dua minggu bukanlah sesuatu yang kami jangkakan..
Allahuakbar..
.
"Allahuakbar maha besar..
MemujaMu begitu indah..
Selalu Kau berikan semua..
KebesaranMu tuhan.."

Kuat, kuat dan terus kuat..

23 comments:

Heartilyina said...

moga diberi kekuatan n dipermudahkan semuanya. amin.

anissue said...

Hopefully Ian in good condition. Aunty Anis doakan yang terbaik utk handsome boy, Ian...

yatie chomeyl said...

Ya Allah, pintalkanlah tali kekuatan untuk Jiey dari setiap udaraMu yang disedut. Serapkanlah kuasa keteguhan untuk Jiey dari setiap inci bumiMu yang dipijak..
.
Rayyan Ariff, pintu syurgaku yang bijaksana.. Semoga cepat pulih wahai abe Ian yang hensem

suealeen said...

Jiey, kita orang pernah jadi begini. Shunt malfunction within 1-2 weeks. oh tensinya bila mengenangkan kena duduk di hospital lagi. kena lalui saat menyorongnya ke dewan bedah lagi. isk! hanya orang yang pernah melalui siri masuk-keluar wad ni yang tahu perasaannya.

suealeen said...

Jiey, kita orang pernah jadi begini. Shunt malfunction within 1-2 weeks. oh tensinya bila mengenangkan kena duduk di hospital lagi. kena lalui saat menyorongnya ke dewan bedah lagi. isk! hanya orang yang pernah melalui siri masuk-keluar wad ni yang tahu perasaannya.

Mayyonnizz said...

doa kami untuk ryn...

linda said...

Rayyan ARiff yg ense,, cepat sembuh ye sayang...auntie doakan ian...
Ya ALLAH, hanya padaMu ku memohon smg ian pulih sediakala & sentiasa sihat...permudahkanlah segala urusan jiey sekeluarga...aminnnnn...

linda said...

Rayyan ARiff yg ense,, cepat sembuh ye sayang...auntie doakan ian...
Ya ALLAH, hanya padaMu ku memohon smg ian pulih sediakala & sentiasa sihat...permudahkanlah segala urusan jiey sekeluarga...aminnnnn...

shaliza said...

Semoga Jiey & famili terus diberi kekuatan itu,InsyaAllah.

Rizziela said...

Semoga Rayyan dilindungi

littlehumblelynn said...

jiey

anak saya yg sakit demam due to high white cell count pun kerap kuar masuk wad..saya dah x tentu arah..apatah lagi awak..

tabahlah awak..saya teringin betul nak jupe awak & anak..saya tggl di ampang jaya..

ian dimana skrg?SJMC lg>

puterikurekure said...

kita doakan kesihatan Ian dipulihkan. biarpon dari kejauhan.

Jiey pon kuatkan semangat ye. sama2 kita berdoa. sebagai ibu, kita juga terasa andai anak sakit.

Pnut said...

naper Jiey?
akak doakan yang paling baik untuk Ian, moga dia tak apa-apa...
suspen ni

Asz said...

salam jiey ... maaf, dah lama x menjenguk Ian disini... baru berkesempatan utk menjenguk blog teman2, tiba2 terpandang blog Alanna .... doa utk Rayyan Ariff ... terus berderau darah saya teringatkan Ian ... terus ke sini, tp x pasti apa yg jadi ... nape ngan Ian?? saya btol2 harap xde yg serious menimpa Ian ... doa saya buat Ian & jiey sekeluarga ... amin ... :((

adex-aieda said...

jiey...doa adex x putus buat rayyan...tabahkan hatimu...
Ya Allah....permudahkanlah segala urusan sahabatku ini.....

e.l.i.s.s.m.i.e said...

sokmo beraso sedih kalo baca psl Ian.Semoga Ian kuat dan sihat2 sokmo :(

Miela77 said...

salam jiey..sabar ye..k.iela akan selalu mendoakan..sedih krn jarang ada kesempatan nak blogwalking mcm dulu.. byk cite2 yg patut dikongsi x kesampaian.. Ian..cik iela doakan Ian terus kuat ye sayang...

Azma said...

Ian warded smula? Maaf tanya..kenapa ye? Smg Ian cepat sembuh...

Momma Mia said...

Doa yang tidak putus buat Rayyan Ariff.. semoga cepat sembuh. Utk Jiey semoga sabar & tabah. Tak care, rayyan need u tau!!

A.I said...

Kuatkan semangat kau Jiey!! Kau kene kuat utk dia..aku doakan semua yg terbaek utk Rayyan...

MaMaNuRiN said...

salam ibu yang tabah,

wahai ian yang kuat, kena terus kuat demi ibu dan ayah..mama doakan segalanya baik untuk ian dgn ibu yerk..handsome boy!! go go go!!!

transformed housewife said...

kami semua dooakan utk Ian.

Anonymous said...

seandainya jiwa mu dan jiwa ku dan dia bersatu...sekiranya fikiran mu dan fikiran ku dan dia menyatu...seandainya jua pandangan mata mu dan pandangan mata ku dan dia bertemu...sudah pasti tidak perlu lagi berbicara...tidak perlu jua mencongak2 dalam diam...dalam kepedihan...dalam kegusaran...

kerana diri mu ialah permata hati...buat diri si ibu yang tidak sesekali pernah berputus harap...dan kepada dia...si bapa yang tidak pernah sesekali berputus asa dalam membentengi...

diri mu...diri ibu mu...dan diri bapa mu..bersama bermula...bersama berjuang...telah biasa bersama mengapai impian...mana mungkin bisa menyaksikan...di antara ada yang sepertinya berjuang sendirian tanpa kata...tanpa bicara..mana mungkin betah untuk menyaksikan nya...

memohon pada yang Esa...kerana percaya dan yakin...Dia Pemilik Mutlak...Dia Maha Mengetahui...Dia Maha Mengasihani...Kepunyaan segala2nya...moga diberikan ruang dan peluang untuk keluarga yang baru terbina ini...menggapai impian bersama...untuk si permata hati..yang memulakan impian si ibu...yang membina impian si bapa...

Wallahu'alam...