Saturday, December 11, 2010

Bawah meja ada orang dan tentang mimpi..

As always, my little miracle is all over the place.. Exploring his surroundings in his own way.. Recently, he discovered that he can go to another end of the table by just shuffling on his bottom under it.. Which requires less time and can also shorten the distance, compared to making a half round by going through the outside of it..
.
Masuk dari kiri, kuar ikut kanan.. =P

Having a break and smiling to the camera..

Skrg, masuk dari kanan, kuar ikut kiri plak.. :P
Rayyan Ariff membangun dengan fasanya sendiri.. Terkini, apabila berdiri, dia sudah berani melepaskan tangannya untuk beberapa saat sebelum beralih memegang perabut yang lain pula.. 
.
Saya sukakan Rayyan Ariff yang akan memanjat badan saya sewaktu saya sedang berbaring.. Saya suka Rayyan Ariff yang cuba bangun berdiri dengan berpaut pada kaki saya tatkala saya sedang duduk di sofa.. Saya sukakan Rayyan Ariff yang setiap paginya apabila bangkit dari tidur akan menyebut Airrr sebagai tanda mahu ke bilik air untuk menukar lampinnya yang sudah penuh.. Saya bahagia dengan segalanya tentang dia.. Cukup bahagia..
.
Menantikan saat dia bisa berjalan sendiri dan bisa bertutur dengan penuh sabar..
.
Namun mimpi semalam agak menakutkan.. Hati saya berdebar-debar apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa kesihatan Rayyan Ariff semakin merosot.. Jiwa saya berkecamuk apabila pasukan perubatan mula menyalahkan di antara satu sama lain apabila perkembangan Rayyan Ariff terganggu.. 
.
Moga-moga ianya hanyalah mainan tidur..Dan semoga Yang Maha Esa memberkati setiap langkah perjalanan hidup kami dan memudahkan segala urusan kami.. Aminnnn.....

9 comments:

daydreamer said...

salam...mimpi mainan tido jer.InsyaAllah x ada apa2...za selalukan doakan yang terbaik utk ian..amin..moga Allah sentiasa lindungi si kecil ini..amin...

MaMaNuRiN said...

Mien,

cutenya rayyan dgn fasa baru perkembangannya..TAHNIAH Rayyan!! u can do more!!! Amin Amin Amin..moga Allah terus memberkati perjalanan Rayyan..moga ibu dan ayah terus diberi kesihatan yang baik, kekautan dan ketabahan demi untuk Rayyan..

ummisofea... said...

saya suka sgt dgr perkembangan rayyan...so miracle...semoga mimpi itu hanyalah mainan tidur...

Min said...

kita doakan yang terbaik buat Rayyan Ariff... Insya Allah, dia akan ok Jiey!

teacher bonda said...

wah..suddah semakin bijak ye ian..
go go ian!

Mama Kembar 3 said...

amboi rayyan pandai cari shotcut lagi tuh, cute laa! hehe

ummi said...

Doakan yang baik2 untuk Ian...

kakyong said...

biarlah mimpi itu hanya mainan tidur & gangguan syaitan yg sengaja mau mencucuk hati...

rayyan nampak semakin dah berkembang... terharu.. semoga rayyan terus gigih menunjukkan kebolehan..

Anna Da Lady said...

Amin. Salam perkenalan.Moga Akakdan keluarga terus tabah mendidik Rayyan.