Monday, December 20, 2010

Satu perbualan yang jujur dan tidak mengganggu..

Sebelum ini, kami pernah berbincang tentang kelebihan landed house untuk memenuhi beberapa keperluan Rayyan Ariff.. Tujuan kami membeli kediaman sekarang adalah kerana mahu memanfaatkan kolam renang sebagai salah satu sesi terapi Rayyan Ariff. Oleh kerana Rayyan Ariff tidak sukakan sesi renangnya, maka isu tentang landed house timbul kembali..
.
Namun sejak sembuh dari kesakitan yang lalu, Rayyan Ariff benar-benar sukakan sesi berenang.. Di dalam air, dia akan menggerakkan kaki dan tangannya sekuat hati sambil mulut tertawa mengekek.. Comel sekali.
.
Happy and excited.. =)
Melihatkan sesi ini memberi manfaat buat Rayyan Ariff, maka isu berpindah rumah tidak lagi kedengaran.. Seboleh-bolehnya, kami memastikan agar Rayyan Ariff berenang untuk dua atau tiga kali seminggu.. =)
.
Semalam, sekali lagi kami membawa Rayyan Ariff berenang.. Oleh kerana cuaca yang mendung, ramai juga anak-anak lain berada di kolam renang..Dan setelah seketika, kami dihampiri oleh beberapa kanak-kanak yang mungkin di dalam usia 5-6 tahun..
.
Kanak-kanak A: Acik, sape nama adik ni?
Saya: Rayyan..
Kanak-kanak A,B,C: Lion???
Saya: Rayyan..
Kanak-kanak A,B,C: Oooo
Kanak-Kanak A: Berapa umur dia Cik?? Dia comellah..
Saya: Dua tahun..
Kanak-Kanak A: Dia pandai cakap tak??
Saya : Belum sangat. Sikit2 bolehlah.. Satu dua perkataan..
Kanak-kanak A: Dia boleh jalan tak?
Saya: Belum..
Kanak-kanak A: Oohh.. Tapi dia comellah.
Kanak-kanak B: Sape nama dia Cik? Berapa umur dia Acik??
Saya: Rayyan. Dua tahun.
Kanak-Kanak C: Kenapa kepala dia Acik?
Saya: Kena operate. Dia sakit dulu..
Kanak-kanak A: Tapi dia comel kan???
Kanak-kanak B: Kesiannya.. Dia boleh jalan tak?
Saya: Dia tengah belajar nak bejalan la ni..
.
Soalan yang berulang, namun mereka hanya ingin memenuhi rasa ingin tahu.. Hmmm.. Kalau Rayyan Ariff ke sekolah untuk kanak-kanak tipikal, apakah dia akan menerima soalan-soalan sebegitu dan mungkinkah cikgu-cikgunya yang terpaksa menjawabnya?? Wallahualam..

12 comments:

cikseed said...

salam akak, semalam nampak akak n rayyan kat westerns. ;) rayyan comel sangat

PuteriKureKure said...

biar diasak beribu soalan sama. seronok melayan kerenah budak2 ni. penuh dengan sifat ingin tahu.

Ian memang hensem. pujaan hati auntie intan. :)

Rizziela said...

pandainya Rayyan berenang...Insyallah..kalau Rayyan suka berenang..mesti cepat pandai berjalan nanti kan ?

Budak-budak pun mengakui yg Rayyan memang handsome :D

YatieJay said...

Tapi memang ada terbaca somewhere, terapi air macam ni memang berkesan tau. Rayyan pun happy kan?

ICAZIESYIRA said...

ian,
geram aunty nengok muka ian ok?
sangat cheeky!
gerammmm!

bila la dapat jumpa ayesha kan?

Min said...

rayyan tetap comel...

MaMaNuRiN said...

handsome boy tambah kawan lagi..tentu seronok dia jiey. kuat yer rayyan demi ibu dan ayah.

Mama Kembar 3 said...

Jiey, berulang kali camna pun tanya, yg pastinya diorang interested sbb tgk rayyan yg comel tuh heheh... mesti kuat benar dia gelak sampai bebudak tu dtg tegur kan... ish kalau mama ada kat situ mau merah pipi dia mama cubit cubit hehehe

ummi aka iem said...

pandainya ian berenang...Insyallah kalau selalu berenang mesti cepat boleh berjalan nanti, sbb byk org kata terapi air memang berkesan ...good luck ian!!

g,nk bgtahu im tukar nama blog nnt update eik hehe ..

kella said...

tiba tiba sebak je...

baru mengenali rayyan
dan
nak kenal lagi..

A.I said...

mmg rayyan budak encem...(^_^)

teacher bonda said...

haa..kn TB dh penah kata..ian is so cute..:)