Sunday, December 12, 2010

Terlalu normal atau terlalu kurang??

Saya masih dalam rangka usaha mencari sekolah yang sesuai untuk Rayyan Ariff. Selain daripada sekolah khas untuk anak-anak istimewa, saya juga menemukan beberapa taska@playschool biasa yang menerima anak-anak istimewa.
.
Salah satunya adalah sekolah ini:
.

Dengan bangunan bercirikan sebuah istana inggeris, sekolah ini memang tampak exclusive.. Anak-anak seusia Rayyan Ariff yang bersekolah di sini juga datang dari berbilang bangsa dan medium utama komunikasi adalah bahasa Inggeris..Terus sahaja hati ini terpaut pada sekolah ini.
.
Comel benar melihat beberapa orang anak kecil berkulit putih dan bermata biru berkomunikasi dengan rakan-rakannya yang lain. Mereka riang di dalam dunia kanak-kanak mereka dengan berlari ke sana sini dan bermain sesama mereka.
.
Tiba-tiba ada satu rasa yang menerpa..
.
Pemandangan ini begitu asing bagi saya. Anak-anak ini terlalu normal di mata saya yang hanya punya Rayyan Ariff.. Anak-anak ini terlalu berbeza.. Hati mula dipagut gusar seandainya nanti Rayyan Ariff akan diejek kerana kelainannya.. Minda mula menerawang memikirkan kemungkinan seandainya Rayyan Ariff tidak mampu untuk menerima kaedah pembelajaran yang disuakan kepadanya nanti..
.
Gusar. Bimbang. Takut. Sedih.
.
Hasil kerja anak-anak ini..
Tidak berniat memandang rendah pada kebolehan Rayyan Ariff. Apalagi mahu bersifat merendah diri. Kalau saya sebagai ibu tidak dapat menyuntik rasa percaya diri kepada Rayyan Ariff, siapa lagi yang bisa?? Namun kegusaran ini terlalu tinggi apabila memikirkan bentuk penerimaan atau penolakan yang akan dihadapi Rayyan Ariff sekiranya dia di sini..
.
Mungkin Rayyan Ariff lebih sesuai berada di sekolah yang menempatkan anak-anak yang senasib dengannya.. Kerna dengan itu, dia akan punya satu rasa; sense of belonging.. Berada di kelompok yang sama.. Namun sampai bila saya mahu terus 'menjauhkan' Rayyan Ariff dari 'kenormalan' dunia?
.
Jiji, bukankah kita hidup sedaya upaya untuk menjauhi garisan normal??
.
Mungkin suasana ini lebih sesuai buat Rayyan Ariff..
Kerana mereka ini akan lebih memahami Rayyan Ariff dari segi emosi dan keperluan.. Kerana di sini mungkin tidak akan ada ejekan untuk Rayyan Ariff apabila mereka juga sama seperti anak saya, satu kiriman dari syurga..
.
Cepatnya waktu berlari.. Sudah tiba waktunya untuk anak comel mama bersekolah.. *syahdu*

11 comments:

ieda said...

hanya yg berada di tempat itu yg faham perasaan seorang ibu.
seperti juga nabila...mmg dia DS tp tahap pemahaman dia sgt baik.ingin sekali akak menghantar dia ke sekolah tadika biasa tapi perkembangan percakapan dia menyebabkan akak risau ttg pernerimaan anak2 lain.bila hantar ke PDK terasa seperti dia terabai dari segi pendidikan..akak juga masih keliru.

littlehumblelynn said...

may allah show the way jiey!!bertawakallah :)

jiji said...

kita yang letak garis normal tu terlalu cepat jiey... budak budak tak pernah tau pon ujud ke tak garis normal tu... aku rasa letak rayyan kat sekolah biasa.

alyyani said...

ish, besar dah anak2 kita kan. dah nak masuk sekolah dah. syahdu gak...

Yasmin Nabilah.. said...

Yeah..rayyan nak gi sekolah.. :) beljar rajin2 yek Rayyan.. :)

Jiey..ikut kata hati..jika hati lebih mahu rayyan bersekolah disitu..teruskan. InsyaAllah..Allah akan bantu Jiey dan Rayyan.. :)

nisa said...

maaf andai akan ada kata yg mengguris perasaan...

saya mungkin tidak layak untuk berkongsi rasa kerana saya tidak pernah lalui apa yg akak lalui dalam membesarkan insan seistimewa rayyan... susah dan perit yg akak tanggung pastinya mendorong akak sentiasa berhati2 demi anak tersayang... semua ibu pasti merasa yg sama.. cuma untuk akak perasaan berhati2 itu lebey dan pastinya mahukan yg terbaik untuk rayyan arif seperti kanak2 normal lain2.. namun kak.. hakikatnyer adik rayyan sangat normal dimata saya dan saya percaya ramai lagi.. dengan segala kemampuan yg die tunjukkan sikit pun tak tunjukkan yg die berbeza dr knak2 lain..cuma nye Allah tangguhkan sedikit waktu.. dier mengambil sedikit masa untuk mahir.. tapi itu bukan kekurangan...kalu saya yg hanya membaca blog akak mampu untuk melihat kelebihan rayyan arif apatah lg akak ...oleh sbb itu sye amat merasakan akak perlu yakin dengan die.. memberi kekuatan dan semangat untuk die semoga die terus yakin sesugguhnya die tidak pernah ade beza nyer dgn manusia lain.. jgn terlalu fikirkan perkara2 negatif...akak perlu izinkan dan beri die peluang untuk melalui pengalaman yg sama seperti kanak2 yg lain.. mungkin pada mulanya akak menjadi sedikit sukar bg die tp percayalah akhirnya die akan menjadi lebih dr yg lain.. tak salah skali skala kita yakin dan positif dengan apa jua yg terbaik... saya tidak punya anak seistimewa ini.. tapi saya punya adik... yg turut Allah tangguhkan segala kemahirannya..yg Allah perlahankan segala kemampuannya.. tp disebabkan keyakinan ibu dan ayah saya.. kini adik sya bukan sahaja mampu untuk uruskan diri sendiri.. tp semakin mengejar rakan seusia nye.. yg die ada cuma semangat ..kepercayaan dan keyakinan yg tinggi dr keluarga dan die buktikan die mampu...ayah dan ibu saya tak pernah bezakan die dgn kanak2 normal lain.. sekolah di sekolah yg sama seperti yg lain..ye die diejek.. pada mulanya menangis.. tapi pengakhirannya die lebey kuat dan kental dr saya yg normal.. kiter di dalam dunia yg tidak akan pernah lekang dr caci maki manusia.. insan senormal kite pun tetap akan menjadi bahan manusia yg tak ingat Tuhan.. jgn takut untuk sedarkan rayyan tentang hakikat ini....

JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH KAU PASTI BOLEH MELAKUKAN...

maafkan saya !!

ummi said...

Ian nak masuk school dah...cepatnyer masa berlalu..comel Ian pakai bag sekolah tu...

Pnut said...

Jiey, tak salah fikir risiko kena ejek tu, sebab ianya memang ada berlaku, kalau jiey nak tau, akak ada story berkaitan isu ni, sebab ada pengalaman kawan tadika si abang najmi dulu hadapi situasi macam ni..

akak tak leh nak story panjang takut sensitif pulak.. kalau jiey nak tau, email akak je la.

Cik Chuie said...

kak jie, i'm a training teacher =) sy penah pegi one school kat area putrajaya yang ada kelas special ni. sekolah ni bagus sebab dia aktvti berenang, memanah, berkuda... sy pun dh tgk die punya facilities... hum bila tgk toy2 and alat pembelajaran diorang kat c2, hati terus tdetik rayyan arif, sebab ade toy yg sy kenal dr ian =) kat c2 cgu2 sgt bagus and diorang treat budak kat c2 macam budak biasa..sy pun dah tgk cra pmbelajaran, cara cgu mgajar, memg bg sy bagus sgt, satu kelas pun cuma ade 3-4 org pupils je, kdg2 2 org. diorang pun ade bilik2 khas mcm buaian, papan yang lompat2 tu utk keseimbangan budak, b4 mula belajar, diorg akan pegi bilik khas untuk ransang diorang punya saraf2 ....hum bg sy, sekolah ni terbaik paling sy observe =) sory pjg sgt membebel. teruja bila Ian nak g sekolah dah...huhuhu

yuhani said...

Salam, i am ur follower. U do not know me but I stumbled upon ur blog and masyaAllah! ur kid is amazing. Ok, this is my 2 cents. I have an experience giving private tuition to an autistic child. My opinion is, put him in a normal school. At first maybe other kids may find him different, but who knows the difference may draw people towards him. InsyaAllah, he will have his own friends. What we want is, for him to be as good if not much better as the normal people. For him to think that he is Special and normal. We are afraid that we may stop the potential in him if we put him in a special school, unless there is school that places kids exactly like him then it's a whole different story. The kid that I teach, started to feel down when the mum moved him to a special school where there are kids who cannot walk, talk, see so he's confused, when he thinks he's normal and he doesn't want to be considered as autistic. And, let him build his survivability skills with the normal child so he'll be great! My only 2 cents..

Kak Salina said...

Salam Jiey,

Kat sekolah Ajim ada sorang anak yg autism. His parents hantar dia kat sana coz nak dedahkan dia with normal enviroment jadi dia tak rasa cam janggal sgt. Since his 4 years old kalau tak silap akak. Skrg nampak banyak sangat progress. Dalam kelas dia yg paling teacher sayang not only becoz kesian tapi rasa tanggungjawab. Terdetik dalam hati akak, bertuahnya dia dapat ibu bapa yg bertanggungjawab macam tu. Jiey, please dont give up my dear. Untuk Jiey dan ian jugak kay.