Tuesday, December 21, 2010

Perlukah merenung bulan dan melupakan rumput yang dipijak??

Semalam, untuk seketika waktu, saya mengunjungi beberapa blog anak istimewa yang merupakan diagnosis yang hampir sama dengan Rayyan Ariff walaupun tidaklah benar-benar serupa. Ada yang lebih baik daripada Rayyan Ariff dan ada juga yang berlawanan.
.
Bohonglah kalau saya katakan bahawa tidak ada langsung perasaan cemburu yang terselit di dalam hati apabila melihat ada yang sudah mampu bertutur dan mula mengatur langkah sedangkan usianya hampir sama dengan Rayyan Ariff. Namun hanya iman dan akal yang bisa memujuk diri untuk redha dan terus berusaha yang terbaik buat anak comel saya ini..
.
Lagipun, kebanyakan anak yang mempunyai diagnosis yang serupa dengan Rayyan Ariff kelihatannya benar-benar 'berjuang' dengan pelbagai limitasi. Malahan, ada yang masih belum mapu berjalan walaupun usia sudah menginjak ke angka 5 tahun. Kalau ibubapa mereka redha, mengapa tidak saya? Itulah lumrah manusia, terlalu memandang bulan dan bintang di langit sehinggakan sering terlupa rumput yang menghijau..
.
Enjoy your child no matter what.. InsyaAllah.. =)
.
Rayyan Ariff sudah mampu mengenal nombor.. Kita hanya perlu memberikan sahaja kepadanya dan dia mampu memasukkannya sendiri.. Ada waktu bila malasnya datang, pantas sahaja dia memasukkan nombor-nombor itu sesuka hatinya. Itulah anak kecil, bukan boleh dipaksa.. =)
.
Bebarapa kali kami cuba untuk merakam aksinya semalam, namun dia tidak memberikan kerjasama.. Malah, anak kecil ini lebih tertarik kepada Cinta Kirana.. Pandai betul bibik 'mengasuh' Rayyan Ariff.. =)
.
"Rayyan, put.. put Rayyan, please..."

"I couldnt care less la Mama.. Uuweekk"

Last weekend, we gave Rayyan a haircut. Balik tu, Mama tunjuk terror nak botakkan kepala Rayyan.. sekali tak menjadi.. Botak sket dalam 2cm kat tengah sebab kena tobek ngan Mama.. :P

True enough. I'm enjoying my child, no matter what.. =P

14 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

mata stim tu buat autie cair laaa rayyan :)

Cik Chuie said...

tak mampu tak tersenyum n say good boy sorang2 bila tengok ian matching kan no 5 sebelum masukkan kat tempat die tu. hihi good boy. means he can recognize things well.

jie said...

Jiey potong rambut rayyan sendiri ke? kagum ni. jie tak pernah potong kan rambut naqee. Ayah dia je yang berani itu pun kene pakai mesin gunting rambut yang bunyi paling slow.

Bicara hati ibu aisya said...

Betul jiey..we enjoying our child, no matter what.kita kena terima mereka seadanya.Adanya mereka bersama-sama kita sehingga ke hari ini dah cukup membahagiakan berbanding dengan mereka yang pernah 'kehilangan'.Cuma kadangkala timbul juga keinginan nak lihat mereka sama mcm anak orang lain kan?xper, kita usaha berterusan.Insyaallah anak-anak kita juga boleh.hanya masa yang menentukan bila tibanya saat itu.
hug n kiss dari aisya tuk abg rayyan.

kella said...

salam singgah sini..

'terharu'

PuteriKureKure said...

pandainya Ian!!!!!!!!!
auntie Intan proud of u sayang.

Che Nie said...

notty ye Ian.... hehehehe.
loves and hugs from Che Nie, Abg Aus, Kak Ya n Alia.

littlehumblelynn said...

jiey;

bravo!! ian smart boy..he has what it takes to be someone jiey :)

transformed housewife said...

rasanya buke Jiey sore dok mengharap Ian jd sperti anak2 lain. Anak2 lain yg dipanggil normal ni pun, kdg2 kita suka bandingkan dgn anak2 org lain. Mmg dah lumrah dunia. Kita buat yg termampu & serah segalanya pada Allah.

nuyin2u said...

sama2 setuju dgn coretan Bicara hati ibu aisya - enjoying our child, no matter what

teacher bonda said...

clever boy ian!