Thursday, September 30, 2010

Tidak pernah lupa untuk mensyukuri nikmatNya..

Seperti yang dijangkakan, keputusan ujian tidak begitu berpihak kepada kami. Ada rasa takut yang menghantui apabila melihat kepada fakta yang diberikan..
.
Namun daripada hasil ujian itu juga, masih ada sesuatu yang lain yang membuatkan diri ini tersenyum. Syukur Alhamdulillah..
.
Anak comel saya..
.
InsyaAllah, akan saya ceritakan secara lanjut nanti..
Semoga Rayyan Ariff akan kembali pulih.. Aminnnn..
=)

Untuk seorang anak yang kekurangan..

Di katil bersebelahan di bilik yang sama, seorang kanak-kanak lelaki setia menghuni bersama seorang bibik sebagai peneman tatkala ibunya keluarga bekerja. Dan apabila ibunya tiiba, mata anak itu bersinar kegirangan..

Dalam masa yang singkat, saya dan ibu itu bertukar-tukar cerita dan saya bertanyakan pengalamannya.. Dan Alhamdulillah, dia tidak lokek ilmu.. Serba sedikit panduan diberikannya kepada saya..

"Sebab dia lahir normal I cuba buat yang terbaik untuk dia.. I taknak dia kurang.." Kata ibu itu..
"Sebab dia lahir kuranglah I cuba lengkapkan kekurangan dia. I cuba buat yang terbaik untuk dia sebab dia kurang, so I taknak dia lagi kurang.." Saya menjawab dengan tersenyum.
.
Fitrah seorang ibu, lahirnya seorang anak, tidak kiralah sempurna atau dengan kekurangan, kita pastinya mahu melakukan yang terbaik. Tiada istilah putus asa kerna rasa kasih melingkar di segenap ruang jiwa..
.
.
Dan menghampiri jam 11 malam tadi, Rayyan Ariff mendapat satu lagi serangan. Kali ini, saya lebih tenang menghadapinya.. Mungkin kali ini tiada titis air mata kerna saya percaya, Allah SWT sedang menyusun sesuatu yang lebih besar untuknya.. Untuk sebuah kesakitan yang dijanjikan syurga, InsyaAllah..
.
Redha.. 
.
.
Keputusan ujian akan kami ketahui pada keesokan hari.. InsyaAllah, seperti hari ini, saya tidak mahu menangis pada esok hari.. Seperti hari ini, saya mahu lebih kental pada esok hari..
.
Sakit Rayyan Ariff, sakitlah diri ini.. Dia penyeri, dia permata.. Dia belahan jiwa..
.
Wajah comel yang kerap menjadi perhatian..
.
Sekejapan, dia meneroka segala yang ada di sekitarnya..
Sekejapan yang lain, dia kembali terdampar lesu dan tenggelam di dalam lena yang dalam..
.
Semoga kami temukan jawapan dan penawar untuknya, agar dia dapat kembali meneruskan eksplorasinya tanpa sebarang gangguan, tanpa sebarang kesakitan..
Aminnn..

Wednesday, September 29, 2010

Tubuh kecil yang sakit itu anak saya..


I've a feeling that the result is not going to be good.. As much as someone said that she's ready for a bad news, she would still need some time to digest it.. Hopefully it's not going to be so bad. And even if it is, we'll find ways to overcome it..

  
.
I've seen him in pain soooo many times and I thought I'm better at managing it, but I'm totally wrong!! It keeps on hurting me.. Even deeper!

Enough said.

Tuesday, September 28, 2010

Tentang air mata, kesakitan dan hati seorang ibu..

video
Nilai air mata ini terlalu murah tatkala menyaksikan kesakitan ini..
 .
Status di FB:

Another attack in less than 2 days and this one was 45minutes!! *sigh* Spoke to his doctor earlier.. No other choice, Rayyan Ariff needs to be admitted to do the EEG test since he cant wait until Friday.. So, off to SDMC, Subang Jaya..

 Semoga akan terus ada wajah comel ini..

 Semoga akan terus ada senyum ini..

Semoga kaki kecil ini akan terus kuat melangkah..
.
Saya sakit bila dia sakit. 
.
Sudah banyak kali saya saksikan kesakitan pada wajahnya.. Dan sangka saya, saya semakin baik dalam mengawal perasaan.. Namun saya silap. Kerna dia adalah cinta hati saya. Kerna dia selamanya adalah kekuatan saya.. 
 .
Mothers will always be mothers.
.
Namun seperti seringnya, iman mengingatkan jiwa, bahawa Rayyan Ariff hanyalah satu pinjaman.. Dan Dia maha mengetahui.. Maka hati kini kembali tersenyum..

Ujian demi ujian untuk Rayyan Ariff yang kuat!!

Alat yang tertanam pada kepala Rayyan Ariff itu gagal berfungsi sepenuhnya pada awal bulan Ogos tempoh hari.Selain daripada sedikit 'gangguan' yang dikesan selepas hari raya sedikit waktu dahulu, alat itu masih berfungsi dengan baik.
.
Berita baik buat kami kerana itu tandanya Rayyan Ariff tidak perlu dibedah. Namun pada yang sama, kami kehilangan petunjuk yang mana ianya adalah sesuatu yang tidak begitu baik.
.
Apakah petunjuk bahawa alat itu bermasalah? Apabila si pemakai menunjukkan tanda-tanda mengantuk dan tidur yang berlebihan, kurang responsif, dan muntah-muntah yang berlanjutan.
.
Dan Rayyan Ariff menunjukkan kesemua tanda diatas sebanyak dua kali semenjak pembedahan gantian tempoh hari. Dan apabila pemeriksaan terhadap alat itu menunjukkan ianya 'kembali' berjalan lancar, kami diberikan satu konklusi, ianya mungkin satu lagi bentuk sawan.
 .
Satu bahagian diri saya berasa lega kerna Rayyan Ariff mungkinnya tidak memerlukan pembedahan revision buat masa ini. Namun satu bahagian lagi agak ketakutan kerana sawan adalah pemangsa yang sangat menakutkan buat Rayyan Ariff kerna untuk setiap serangan, kemungkinan berlakunya kerosakan otak adalah tinggi!
.
Jauh disudut hati, saya bagaikan berharap bahawa ianya adalah foreign body failure yang mana kami hanya perlu menggantikannya dengan alat yang baru. Dan bukannya sawan yang belum tentu akan pergi walaupun dinaikkan dos ubat-ubatan.
.
Ahh.. Either one, my baby will be in pain. Sakit yang bukan sedikit. 
.
Dan kalau benar episod serangan ini adalah sawan, apalagi petunjuk yang ada bahawa alat itu bermasalah kerna selama ini, hanya petunjuk-petunjuk ini yang menjadi pegangan kami. Kalau petunjuk yang sama ini adalah satu bentuk serangan sawan, bagaimana lagi caranya untuk kami mengesan sama ada alat itu berfungsi atau pun tidak? 
 .
Sedangkan, hanya beberapa jam sahaja alat itu tidak berfungsi, Rayyan Ariff sudah tidak sedarkan diri.Saya khuatir andainya kami kehilangan petunjuk, kami terdedah kepada risiko yang lebih tinggi kerna tidak tahu yang mana satu punca kesakitan Rayyan ARiff, Foreign body failure atau pun, serangan sawan? Wallahualam..
.
Apa sekali pun, tunggu sahajalah episod temujanji dengan pakar neuro Rayyan Ariff yang akan berlangsung esok hari. Dari PMC ke SDMC.. Ujian, demi ujian ke atas Rayyan Ariff.. Moga kesakitan ini menjadikan dirinya lebih kuat.. Aminnnn..
.
Dan tentang saya, masih seorang ibu yang tetap punya air mata walau setinggi mana jiwa ini 'bersedia' untuk menyaksikan sebuah kesakitan. Kata hati, mahu terus kuat apabila menyaksikan kesakitan itu, namun saya tewas.
.
Saya tahu saya akan terus tewas dengan air mata. Namun air mata ini bukanlah tanda kegagalan, namun sekadar melampias kegusaran di sudut jiwa.. Seperti seringnya, saya akan terus-terusan kembali kepadaNya.. Makanya, jangan pernah minta diri ini untuk berhenti menangis kerna hanya air mata yang tinggal apabila berada di dalam ketidakupayaan.
.
Dan mohon maaf juga untuk komen dan SMS yang tidak berbalas. Banyak waktu, emosi terlalu lemah untuk menyusun kata.. Antara keterharuan dan kesyahduan, saya ucapkan terima kasih di atas setiap kiriman doa dan pertanyaan.. Rayyan Ariff OK atau tidak? Saya tidak punya jawapan yang pasti.. Sekejapan dia di dalam gelak tawa dan eksplorasinya, dan sekejapan yang lain, tubuhnya terkulai lesu menampung kesakitan..
.
Kali diberikan pilihan, saya mahu meminta tuhan berikan segalanya kepada Rayyan Ariff.. Kelangsungan hidup tanpa alat itu, tiada istilah sawan lagi dan pendengaran yang sempurna bagi menolak implan koklear yang dicadangkan tempoh hari.
.
Tamakkah diri ini sebagai seorang ibu? Sedangkan Dia telah berikan kami sesuatu yang sangat berharga; permata jiwa yang comel sebagai penyeri..
.
Apa sekalipun, doakan kesejahteraan Rayyan Ariff yea..Semoga kami mampu beroleh sebuah jawapan pada esok hari.. Aminnnnn..
.
Pantai Medical Centre, Bangsar - 27.9.2010

Monday, September 27, 2010

Seorang ibu yang mahu melihat ketenangan pada wajah tidur anaknya..

"Abang, boleh tak adik kejut Ian tido?" Bertanya
"Nak buat apa kacau dia tido?" Menjawab dengan soalan..
"Kalau dia bangun, kita tahu dia OK.." Menjawab dalam kesyahduan...
.
Sakit. Sakit yang bukan sedikit.
.
Saya mahu setiap kali saya melihat wajah tidurnya, jiwa saya berasa tenang..
Saya mahu setiap kali saya melihat polos rautnya yang terlena, hati saya berasa puas..
Namun realitinya tidak begitu..
.
video
Rayyan Ariff, 26.09.2010..
.
Mencari damai pada wajahmu..
.
Ya Allah, pintalkanlah tali kekuatan untukku dari setiap udaraMu yang kusedut. Serapkanlah kuasa keteguhan untukku dari setiap inci bumiMu yang kupijak.. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah.. 
.
Rayyan Ariff, pintu syurgaku yang bijaksana.. Pulihlah nak.. 
.
Badan terasa penat.. 
Minda terasa sarat..

Kembali ke wad kanak-kanak dalam tempoh kurang dari dua minggu bukanlah sesuatu yang kami jangkakan..
Allahuakbar..
.
"Allahuakbar maha besar..
MemujaMu begitu indah..
Selalu Kau berikan semua..
KebesaranMu tuhan.."

Kuat, kuat dan terus kuat..

Friday, September 24, 2010

Kita yang mencipta bahagia..

Kebahagian adalah sesuatu yang perlu dibina dan disemai secara berterusan, bukannya dicari..
Kami bahagia dengan gelak tawanya..
Kami bahagia dengan senyum manisnya..
Kami bahagia dengan keletahnya..
Kami bahagia dengan pencapaiannya..
.
Masa adalah pemangsa utama bagi anak-anak seperti Rayyan ARiff..
Untuk satu hari yang mana dia tidak menunjukkan peningkatan, adalah satu hari di mana dia semakin terkebelakang berbanding anak-anak seusianya..
.
Secara keseluruhan, Rayyan Ariff berfungsi pada tahap seorang anak kecil berusia 12-18 bulan. Laporan penuh akan kami perolehi pada sesi lawatan seterusnya nanti..
.
Terkebelakang? Realiti memang menyakitkan. Tapi bila difikirkan,
.
Ini anak yang sama yang dijangkakan tidak akan hidup melepasi 6 bulan pertama awal usianya..
Ini anak yang sama yang dikatakan akan menjalani hidup dengan hanya mampu berbaring, tidak dapat melihat, tidak dapat mendengar dan tidak akan mengenali siapa ibubapanya..
Ini anak yang sama yang tidak diberikan harapan..
Namun sudah berjuang sejauh ini..
.
Apa lagi yang tinggal untuk kami selain dari lafaz Alhamdulillah sebagai penzahiran sebuah kesyukuran..
.
P/s - Oh, ada sesiapa yang tahu dimana saya boleh menyewa barangan permainan untuk anak kecil? Saya mahu membelikan Rayyan Ariff mambobaby pool set untuk menguatkan otot badannya.. Tapi kerna dia sedang memasuki era 'terrible two' yang mana kalau dia tidak mahu maksudnya MEMANG tidak mahu, saya takut membazir..


Source pic : mymambobaby.. Hmm.. Apakah kolam ini masih sesuai dengan ketinggian Rayyan Ariff? Mahukah dia mengenakan floaties itu pada lehernya? Memberontakkan dia? Kerna soalan2 inilah yang membuatkan saya agak keberatan untuk mengeluarkan RM270 untuk barangan ini..

*sigh*

Wednesday, September 22, 2010

Hidup bukan untuk ditangisi, mati bukan untuk dikesali..

Ok, exaggerating. Mati sememangnya perlu dikesali seandainya hidup tidak dipenuhi dengan amal ibadat. =)

Saya sekadar ingin menyatakan secara umum sahaja tentang kehidupan menjadi ibu kepada anak istimewa. Entri ini terhasil disebabkan oleh perbualan telefon di antara saya dan Ayu, mommy Alanna semalam.

“Kamu adalah yang terpilih kerna itulah kamu diberikan ujian olehNya..”

Fine. Kami adalah insan yang diuji. Terima kasih kerana melabelkan kami dalam kategori ini. Tidak menolak dan tidak pula mengiyakannya seratus peratus.

Tapi sejujurnya, saya rasakan semua hambaNya akan melalui fasa ‘diuji’. Ujian tidak semestinya datang dalam bentuk kesakitan dan kesusahan.. Ada waktu ianya datang dalam bentuk kesenangan dan kesihatan. Terpulanglah pada kita untuk menilai dan menerimanya.

“Dia sakit dan terlantar sahaja, aku pula sihat.. Kasihannya dia diuji..”
“Aku sihat, tapi terpaksa menjaga makcik yang sakit.. Oh kasihannya aku diuji..”

Dan banyak lagi ayat lain yang boleh dijadikan contoh.

Saya sendirinya sebenarnya sangat takut apabila berada di dalam keadaan ‘senang’. Kerna apabila kesenangan sudah sebati dengan kehidupan, hati seringnya gusar lantaran takut ditimpa kesusahan. Minda bagaikan tercongak-congak, “Sesuatu yang indah biasanya tidak akan kekal, entah bilalah tuhan nak bagi kesusahan kepadaku.. Takutnya..” Ini adalah ayat yang pernah saya ungkapkan di usia 22 tahun setelah berpuas hati dengan kehidupan sendiri pada waktu itu. Pelik pula bila memikirkannya kembali saat ini.

Bagaimana kehidupan kami sebagai ‘ibu’ yang diuji??

Sama sahaja dengan kalian yang lain.. Pada waktu gembira, tertawalah.. Pada waktu berduka, menangislah.. Namun bukanlah meratap dan berduka sepanjang waktu hingga tidak memikirkan sesuatu yang lain. Itu tanggapan yang salah.

Apabila kami mencoretkan resah hati tatkala berdepan dengan kesulitan di blog, itu tidak bermakna jiwa kami tidak redha.. Tapi sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati. Yang tidak dapat dilepaskan secara terbuka. Jujur saya akui ada ketika air mata ini jatuh jua apabila berdepan dengan individu-individu yang signifikan tatkala bercerita tentang Rayyan Ariff.

Namun seringnya, saya akan menahan titis air mata dari berguguran dengan cara ‘melarikan’ diri dari situasi itu. Saya tidak mahu kehidupan saya dinilai berdasarkan titis air mata yang gugur. Saya tidak suka nilai kebahagian saya diletakkan pada kadar purata hanya kerana situasi saya tidak sama dengan orang lain.

Memang ada waktu, kaki bagaikan terlalu berat untuk melangkah. Jiwa terlalu sakit untuk bertahan. Namun ianya tidak mengubah apa pun. Hidup saya masih seperti kebiasaannya. Dipenuhi dengan senyuman, disulami dengan gelak ketawa dan lawak jenaka. Tidakkan mungkin saya atau mana-mana ibu yang berada di dalam situasi yang sama akan menangis dari pagi membawa ke malam hanya kerana kami ‘diuji’.

Tanyalah mana-mana teman dan keluarga yang mendampingi kami. Kami hanyalah seadanya kami. Tidak terlebih dan terkurang.

Jangan melihat kami sebagai insan ‘kuat’ kerna mampu melalui semua ini kerna kita semua sama. Seperti ungkapan, “What do not kill us will only make us stronger..” Apabila terpaksa, redah sahajalah jalan yang ada. Sesiapa pun sama sahaja. Yang membezakan kita hanyalah cara penerimaan dan perjuangan yang kita tunjukkan iaitu sama ada positif atau negative. Itu sahaja.

Pernah saya rasakan apabila sudah tiada asa untuk mencari jawapan, kaki ini bagaikan ingin berlari ke kaki langit untuk mencari kepastian dan penawar. Namun itu mustahil. Itu bukan itu caranya kerna apa yang dicari perlu diikhtiar sendiri.

Percayakah anda jika saya katakan, sedari awal kelainan pada Rayyan Ariff dikesan sehinggalah ke hari ini, saya masih lagi meletakkan harapan dan berkhayal sebelum tidur bahawa keesokannya apabila saya terjaga, Rayyan Ariff saya hanyalah seorang anak tipikal. Bukannya anak istimewa.. Dan sudah sekian lama, apa yang saya khayalkan sebelum tidur adalah tatkala menjelang pagi, Rayyan Ariff akan turun dari katilnya sendiri dan berjalan ke arah saya dan berkata “Mama, wake up..”

Setiap malam, inilah yang saya khayalkan sebelum terlena. Namun sehingga ke hari ini, khayalan ini masih belum menjadi nyata.

Dan pagi tadi, saya hanya dikejutkan oleh tangisnya dan apabila saya menghampiri tubuh kecil itu, dia menghadiahkan saya dengan senyuman yang manis seperti seringnya..

“It’s Ok, senyum Ian pun dah cukup untuk mama pagi ni..” Ucap saya kepada Rayyan Ariff yang masih tersenyum.

Kalau diberikan pilihan sama ada saya mahu mengubah semua yang terjadi pada Rayyan Ariff atau pun tidak, jawapannya adalah tidak. Memang saya tidak pernah berhenti berdoa untuk pemulihannya, namun untuk mengubah asal kejadiannya agar tiada sesiapa yang merasa sakit, saya tidak mahu. Kerana episod kehidupan inilah yang mematangkan saya dan membuat saya lebih mengenali hakikat kehidupan dan konsep keagungan tuhan.
Alhamdulillah..

Mama dan jantung hatinya..

P/s - Ijan, bila nak invite kita baca blog awak?? :P

Tuesday, September 21, 2010

Little Bruce Lee in the making???

Nahhhh ambikk ko!!
.
Inilah gambaran sebenar budak yang terlalu obses dengan kipas.. Tak dapat capai dengan tangan, karate dengan kaki pun bolehhh.. :P
.
Bukan sahaja dengan kipas, dia juga obses dengan ibu jari kaki orang.. Kalau dibiarkan akan digigitnya! Jangan tanya saya kenapa kerana memang saya tidak ada jawapan..
.
=P

Monday, September 20, 2010

No news is a good news or one just became speechless??

Ada beberapa rakan blogger yang menghantar SMS bertanyakan khabar Rayyan Ariff dan hasil keputusan ujian CT Scan yang dilakukan pada hari rabu yang lalu. Bukan niat mahu menangguhkan update tentang itu namun saya tidak punya sesuatu yang baru untuk diperkatakan.
.Lena setelah diberikan sedatif..
.
Ya, alat yang tertanam pada Rayyan Ariff tidak berfungsi sebaiknya beberapa hari menjelang hari raya dan sehinggalah beberapa hari selepas hari raya. Namun pada hari rabu iaitu beberapa jam sebelum ujian imbasan dilakukan, ianya kembali berfungsi sebaiknya sewaktu diperiksa doktor.
.
Makanya, ujian itu tidak menunjukkan apa-apa. Hanya dijadikan perbandingan dengan laporan-laporan yang lama. "I cant explain the previous malfunction.. There's no clue that can lead to a conclusion.."
.
Fine. What about the sudden teary eyes?
.
"I dont know about that either. It could be from the build up pressure in the brain and it would most probably affect his eye sight.. But I cant be certain about this."
.
"Just keep an eye on him.."
Terima kasih doktor. Itu tugas seorang ibu sejak dari hari pertama kehadiran si anak lagi. Semua ibu. Semua penjaga..
.
Kedua-dua pakar bedah neuro dan pakar kanak-kanak yang merawat Rayyan Ariff tidak dapat memberikan jawapan kepada kami, apalagi penyelesaian..
.Hero di hati saya.. Sekuat mana pun lelaki ini, dia tetap punya air mata kerna dia hanyalah seorang anak kecil.. Moga dipermudahkan segalanya untuk kami.. =)
.
Yang ada untuk kami sekarang hanyalah ungkapan tunggu dan lihat.. Walaupun hati seringnya dipagut kegusaran, saya tidak mahu memikirkannya secara mendalam. Tiada gunanya. Yang tinggal untuk kami hanyalah berdoa kepadaNya agar dipermudahkan laluan pejuang kecil ini. Itu sahaja.
.
Walau banyak waktu hati terasa lemah kerna tidak punya daya, namun redha mengikat diri agar terus percaya pada kebesaranNya.. Hanya itu yang tinggal..
.
"Allahu Akbar Maha Besar
MemujaMu Begitu Indah
Selalu Kau Berikan Semua
KebesaranMu Tuhan"

Sunday, September 19, 2010

Hidup adalah satu perjuangan dan perjalanan yang jauh..

Semalam, seharian jadual kami sibuk kerna menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Shah Alam.. Seawal jam 800pagi kami sudah bergerak ke sana kerana majlis akad nikah, bersanding dan jamuan makan diadakan di dalam masa sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam.
.
Penat memang penat. Namun kegembiraan cukup terasa apabila peluang berkumpul bersama sanak saudara datang lagi.
.
Pengantin.. Congrats!!! =)
.
Rayyan Ariff bersama Atuk.. Dia tidak mahu duduk diam kerna tidak cukup tidur..
.
Sepanjang majlis ini, hati cukup tercuit melihat gelagat Alya, anak sepupu saya. Usianya sebaya Rayyan Ariff namun kepetahannya bercakap tidak menggambarkan usianya yang sebenar. Langsung tidak pelat. Berat badannya juga jauh berbeza berbanding Rayyan Ariff.. Semangat sekali, lenguh tangan ini apabila mendukungnya..
.
Saya bersama Alya Zafira sewaktu usianya 5 bulan..
.
Melihatkan telatah Alya tidak sesekali mengundang cemburu di hati. Pada dasarnya, Rayyan Ariff dan Alya Zafira bagaikan berada pada dua tahap usia yang berbeza sedangkan beza umur mereka hanyalah sebulan.
.
"Aku kena lebih giat berusaha untuk Rayyan Ariff supaya dia juga boleh bermain, berlari-lari dan berkata-kata seperti Alya.." Hati kecil berbisik dan semangat baru bagaikan tertanam..
.
InsyaAllah saya akan terus mencuba..
.
Episod hampir kehilangan Rayyan Ariff yang berlaku baru-baru ini membuat hati ini lebih redha menerima. Biarlah dia berbeza dengan anak-anak lain seusianya, yang penting dia ada di dalam dakapan saya. Kerna saya pastinya tidak kuat untuk menghadapi episod kehilangan. Untuk pulang ke sebuah kediaman yang dipenuhi barangan miliknya sedangkan tuan empunya itu tidak ada bersama..
.
Katil bayi putih yang kosong..
Almari putih yang kosong..
Jumperoo Fisher Price yang kosong..
High Chair Sweet Cherry yang kosong..
Sungguh saya tidak sanggup kerna itu adalah terlalu menyakitkan!
.
Saya tidak kuat untuk menghadapi semua itu.. Makanya saya hanya mahu terus menikmati saat adanya Rayyan Ariff dan tidak mahu menoleh pada kesukaran lagi.. Redha dan terus redha..
.
Kami sudah berjalan sejauh ini dan pastinya lebih banyak yang mampu kami hadapi.. InsyaAllah.. =)

Friday, September 17, 2010

Memberi kasih sayang kepada mereka yang lain..

Rayyan Ariff bersama singa hadiah dari Ayah Chik..
.
Rocker milik Rayyan Ariff di dalam gambar ini sudah lama dibeli. Sewaktu usia Rayyan Ariff masih beberapa bulan. Rocker buatan Fisher Price ini agak kukuh dan boleh menampung berat sehingga 14kg. Kerna sudah dimaklumkan bahawa tempoh 'bayi' Rayyan Ariff akan lebih lama berbanding anak-anak lain, kami tidak kisah untuk melabur pada rocker ini kerna inilah juga tempat yang akan menjadi kerusi makan Rayyan Ariff kelak.
.
Namun perkembangan fizikal Rayyan Ariff lebih cepat dari jangkaan kami. Dan kerana dia adalah anak yang lasak mengesot ke sana ke mari, sudah lama rocker ini terbiar. Saya hanya membiarkan ia tersandar di dinding tanpa punya keinginan untuk menyimpan buat masa ini.
.
Dan bagi singa berwarna oren di atas, Rayyan Ariff menangis ketakutan sewaktu kali pertama melihat objek itu. Tapi kini tidak lagi.. Dia sudah boleh memegang dan bermain dengan singa itu.
.
Semalam, sewaktu saya sedang sibuk mengadap laptop, tiba-tiba sahaja saya terdengar suara Rayyan Ariff sedang 'bernyanyi' seperti mahu mengulit tidur persis yang dilakukannya di dalam entri ini.
.
Saya berpaling ke arah Rayyan Ariff dan terus tersenyum dengan telatahnya. Dia sedang mengulit singa itu tidur!! Superrrrr comeeelllll!!! Tidak cukup dengan mengulit, dia meletakkan singa oren itu di atas rockernya dan membuai rocker itu dalam usaha untuk 'menidurkan' 'bayi' berwarna oren itu..
.
Saya hanya mampu tertawa menyaksikan aksinya. "Clever boy Ian.." Ucap saya sambil mengucup pipi mulus milik Rayyan Ariff.. =)
.
Mungkin saya lupa bercerita, pada hari raya tempoh hari, banyak juga kunjungan dari tetamu yang membawa bayi kami terima. Dan ada di antaranya saya pegang dengan sukarela kerna mahu membiarkan ibu atau bapanya menikmati makanan yang ada.
.
Dan setiap kali saya menyuakan bayi-bayi itu kepada Rayyan Ariff, setiap kali itulah juga mereka menjadi mangsa ciuman Rayyan Ariff. Pada pendapat saya, Rayyan Ariff mula menunjukkan sifat tanggungjawab yang seringnya cuba dipupuk melalui sesi terapi pertuturan yang dilakukan. Kalau benar, Alhamdulillah.. =)
.
Ramai yang berpendapat bahawa saat ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk memberikan adik buat Rayyan Ariff namun seperti kebiasaannya, apabila terlalu memikirkan, bagaikan banyak pula halangan dan perkataan 'masih belum bersedia' yang terkeluar. Kerna itu, saya hanya mahu menyerahkan segalanya kepada Dia.
.
Kerna saya cukup pasti, sampai bila-bila pun pertanyaan "Mampukah aku?" dan "Adakah aku bersedia?" akan selamanya ada.. Satu saat, perasaan bagaikan membuak-buak mahu menambah bilangan anak dan pada satu saat yang lain, bagaikan terlalu banyak yang menghalang apabila memikirkan banyak perkara..
.
Makanya, saya memilih untuk hanya mengambil pendekatan "leave and let it be" sahaja.. =)

Thursday, September 16, 2010

Dia buat saya tersenyum dan kembali mengingati rahmatNya.. =)

Semalam, saya letakkan Rayyan Ariff di ribaan sambil tangan kanan sibuk menyuap makanan ke mulutnya.. Kerna bimbang bajunya kotor terkena bubur, saya dekatkan mangkuk berisi bubur ayam itu ke badan Rayyan Ariff..
.
Setelah selesai satu suapan, saya letakkan sudu kecil berwarna kuning itu ke dalam mangkuk berisi makanan itu kembali.. Tanpa disangka, tangan kecil milik Rayyan Ariff mencapai sudu berisi makanan di hadapannya, mengangkat sudu itu perlahan-lahan, disuakan ke mulutnya yang terbuka luas, memasukkan makanan ke dalam mulutnya dan meletakkan kembali sudu itu ke dalam mangkuk kecil itu..
.
Sungguh saya terkejut!
.
Sudah lama saya berhenti mengajarnya untuk makan sendiri menggunakan sudu. Pertamanya kerna saya tidak mahu baju dan tempat makannya kotor dan yang paling utama, saya masih mahu menikmati keindahan menyuap anak kecil saya makan!
.
Nampaknya anak kecil saya semakin membesar.. Semakin pandai.. Koordinasi tangan Rayyan Ariff masih belum bisa diberikan markah penuh untuk cara dia menyuap makanan kerna masih punya ruang untuk diperbaiki.. InsyaAllah saya akan lebih mengajarnya kali ini..
.
Saya terseyum sepanjang hari mengenangkan kebolehan terbaru Rayyan Ariff.. Dalam kegusaran, Allah SWT masih menunjukkan nikmat kebesaranNya kepada saya.. Lantas membuat saya terus-terusan berpegang kepada kepada apa yang saya percayai sebelum ini..
=)
.
Dia buat saya tersenyum, dia berikan bahagia.. =)
.
P/s - Selamat hari Malaysia~

Wednesday, September 15, 2010

Mungkinkah keajaiban Allah SWT masih menjadi milik kami??

Pertemuan dengan Pakar Bedah Neuro Rayyan Ariff semalam berjalan lancar. Segala perincian tentang peristiwa petang raya saya maklumkan kepadanya. Dan seterusnya, satu demi satu perkara saya tanyakan kepadanya untuk mencari sebuah jawapan namun masih belum menemukan kepastian.
.
“The device doesn’t look so good. It is supposed to bounce back when I pressed it but it didn’t..” Ujar Dr.Wong sambil tangannya masih meraba-raba alat yang terpasang pada kepala Rayyan Ariff.
.
“Why would that be? I thought it is OK..” Masih bertanya.
.
“It was. But it’s not at the moment. There could be several reasons for it to happen. Maybe because the catheter has been pushed out again or maybe because it is partially blocked. We wouldn’t know at this juncture. We need to do another CT Scan on him to get a confirmation. It’s already 4pm and I don’t think we can do it fast because he will not cooperate right? I also don’t think that we need to do it urgently because at the moment he’s active and alert.. Why don’t we do it tomorrow? ” Memberikan cadangan.
.
“I cant tomorrow. I have an important meeting outside. Why don’t we do it on Wednesday?”
.
“Ok. Wednesday should be fine with me.. Do you want to do it as inpatient or outpatient? He’s definitely need to be sedated.. If it’s inpatient, then you and him can just rest here and we’ll see whether he’s recuperating well before he can go home.. ” Masih memberikan cadangan.
.
“Just do it as inpatient la Dr. At least we can be sure that he’s totally OK before going home..” Membuat pilihan.
.
Mungkin kelihatannya agak tidak sesuai apabila saya menundakannnya untuk sehari kerna Rayyan Ariff mungkin mendapat serangan pada bila-bila masa sahaja. Namun saya punya alasan tersendiri. Satu, kerana mahukan dia dalam keadaan seperti sekarang selama yang boleh. Sihat, aktif dan alert. Dua, kerana kerja di pejabat juga harus di jaga kerna inilah periuk nasi.
.
Dan ketiga, kerana saya mahu ada bersama. Bisa sahaja En.Hubby seorang diri menemani Rayyan Ariff sekiranya ujian imbasan itu dilakukan pada hari selasa namun saya tahu bahawa saya perlu ada di situ. Apabila melibatkan penerangan berkaitan terma perubatan dan fisiologi, pemahaman saya biasanya melebihi En.Hubby kerana di antara kami, sayalah yang banyak membuat penyelidikan dan pembacaan.
.
Malahan, sewaktu ujian imbasan dilakukan ke atas Rayyan Ariff sebelum pembedahan tempoh hari, pegawai bertugas yang mengendalikan mesin itu bertanya kepada kakak ipar saya yang menanti di luar, “Is she a doctor?” Dan kakak ipar saya menerangkan kepadanya bahawa saya bukanlah seorang doctor, namun pengalaman melengkapkan diri ini dengan sedikit ilmu yang pastinya tidak akan melekat di kepala kalau bukan kerana kehadiran Rayyan Ariff.
.
Serasa saya, mana-mana ibu yang berada di dalam situasi yang sama seperti saya juga akan familiar dengan terma-terma perubatan, cause and effect, consequences dan sebagainya. Contohnya seperti Kak Reenaz, Put, Ina, Ita, Kak Sue, Kak Min, Ayu, Ieyda dan lain-lain lagi..
.
“Let say if we find out that it’s a malfunction of the device, then what is your plan doctor?” Masih bertanya.
.
“There are a few options which are yadda.. yadda.. yadda.. But I don’t think we should do it right now since he’s OK at the moment. We will only do it if it happens again..”
.
“So you are saying that we need to wait until he’s in pain then only we want to do something about it?” Masih ragu.
.
“We don’t disturb things that are functioning OK. If it is a complete failure, he wont be as alert and as active as he is now..” Memberikan jawapannya.
.
Apa lagi yang ada untuk saya katakan? Either way, it’s not a good news for Rayyan Ariff. The fact that there’s a malfunction on the device is unavoidable. And the feeling of uncertainty is killing me! I hate the fact that I cannot do anything to help him or ease his pain, the only thing that we can do at the moment is to keep an eye on him and bring him to the Emergency if the incident happens again.
.
Tahu ada yang tak kena, tapi tak tahu apa yang perlu dibuat. Oh sakit.
.
Setiap saat tertanya-tanya, apakah dia OK? Apakah dia sakit? Kenapa dia mengantuk? Adakah ianya malfunction? Kenapa dia tidak mahu makan? Adakah dia mengalami sakit kepala yag bukan sedikit?
.
Saat ini, segalanya bagaikan menunggu-nunggu. Hanya mampu berdoa sahaja. Dan yang paling menakutkan adalah apabila penyelesaian kepada semua permasalahan ini hanyalah pembedahan! *demmit*
.
Di pejabat mama sementara menantikan siapnya guarantee letter sebelum ke hospital.. Comel camni usah kata nak operate, nak jentik pun kesian.. *sigh*
.
Hati; Takut kerana mengetahui akan ada lagi episod kesakitan pada anak comel ini.
Hati; Takut kerana episode pembedahan masih tidak mahu berhenti.
Namun siapa tahu, mungkin kali ini keajaiban milik kami lagi.. Mungkin sahaja alat itu tiba-tiba berfungsi sebaiknya..
Wallahua'lam..

Tuesday, September 14, 2010

Tentang raya 2010 / Syawal 1431

Rasanya ramai bloggers yang sudah bercerita tentang hari raya.. Hari raya kami sedikit tercalar dengan beberapa peristiwa yang telah saya coretkan sebelum ini. Dari kisah kehilangan sehinggalah kepada episod kesakitan, semuanya bercampur baur. Namun Aidil Fitri masih meninggalkan kenangan yang manis buat kami kerana dapat berkumpul dan bertemu dengan kaum keluarga dan sanak saudara..
.
Oh serius, tak pernah saya menyangka bahawa ramai juga di kalangan keluarga saya yang telah 'menemui' blog ini. **Malu okeh**
.
Hari raya kali ini benar-benar terubat dengan pertemuan dengan kaum keluarga yang dirindui. Dan juga kerana Rayyan Ariff juga lebih peka dengan keadaan sekeliling membuatkan dia juga 'menghargai' suasana meriah yang ada..
.
Tidak banyak rumah yang sempat kami kunjungi memandangkan seawal jam 630 pagi pada hari raya ketiga, kami sudah bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Maknanya, hanya dua hari kami berhari raya. Itu pun tidak sepenuhnya kerna episod kesakitan yang melanda..
.Shot terkejut..
.Saya suka gambar ini kerana Rayyan Ariff tersenyum nakal.. =)
.Lihat mulut comel Rayyan Ariff!!
. Keluarga biru kami~ 2 tahun lagi purple yea!@~
.Suka gambar ini juga ~ Rayyan Ariff bagaikan 'abang-abang' apabila berdiri dengan sampin dan kopiahnya.. *Owh, inikah bayi yang lahir dengan berat 1.8kg pada minggu ke 31 kehamilan?*
.
Walaupun hanya 2 hari raya berhari raya, rezeki anak ini tidak disangka-sangka.. =)
Alhamdulillah dan terima kasih..
.
Paling best, kerana raya kali ini, Rayyan Ariff sudah 'terror' bersalam-salaman.. =)
.Suasana yang cukup meriah apabila sepupu sepapat semua berkumpul.. =P

Rayyan Ariff? Masih setia pada kipasnya!! =P
.
Aidil Fitri kali ini, Rayyan Ariff masih menjadi perhatian.. Tapi bukan kerana kekurangannya, tetapi kerana perkembangan yang dia tunjukkan.. Walau tetap ada kata-kata yang kurang enak didengar, namun ianya bagaikan tempias sahaja kerana kata-kata semangat melebihi semuanya.. =)
.
Tentang pertemuan saya dan neuro surgeon petang tadi? Trust me, either way, it's not a good news for Rayyan Ariff and of course, for us as well! I'll blog about this later k.. =)
.

Monday, September 13, 2010

2 Syawal 1431H dan pesanan dari mereka yang menyayangi,,

Pagi 2 Syawal, saya bangun dari tidur lebih awal dari kebiasaannya. Niat di hati mahu mengemas dapur dan ruang tamu yang agak berselerak kerana malam sebelumnya kami tidak sempat berkemas. Masuk sahaja ke ruang dapur, mommy bersuara, "Tadi masa mommy duduk sorang-sorang, mommy bukak radio.. Semua lagu sedih-sedih. Bila teringat kat Ian, terus jatuh air mata.."
.
Saya sekadar membalas dengan berjenaka. Untuk seketika, kami berkongsi rasa.. Dan mujurlah En.Hubby tiba tidak lama kemudiannya.. Menutup ruang untuk mommy terus menutur kata. Saya berterima kasih kepada En.Hubby di dalam hati. Bukan tidak mahu bercerita, namun kerana sebak merajai hati terutamanya apabila mommy melafazkan ayat, "Sedih tengok anak-anak orang yang datang sihat-sihat semua.. Untung nasib Ian plak belum tahu lagi.."
.
"Jangan sesekali lupa berdoa pada tuhan. Doa ibu tu berkat.." Tutur kata mommy terhenti di situ apabila saya berlalu ke ruang tamu bersama En.Hubby. Sepanjang menyapu, pelbagai kemungkinan bermain-main di ruang minda..
.
Tengaharinya pula, salah seorang makcik saya datang berhari raya dan mommy leka bercerita dengannya di dapur. Sebaik sahaja saya memasuki ruang dapur, makcik saya terus berkata, "Doa banyak-banyak kak.. Tuhan maha besar.. Dia yang boleh mengubah segalanya.." Saya cuma tersenyum sumbing dan berlalu bersama semangkuk kentang putar untuk Rayyan Ariff.
.
Tidak berniat untuk berlaku kurang ajar atau tidak mahu mendengar kata-kata mereka yang mengambil berat, tapi kerana saya takut air mata ini akan menitis di hadapan mereka. Kebelakangan ini, setelah melalui ujian demi ujian, benteng air mata ini begitu mudah rapuh. Dan saya tidak mahu dilihat sebagai menangisi takdir Rayyan Ariff. Kerana itulah saya memilih untuk menjauh walau di sudut hati, sangat bersyukur di atas semangat dan sokongan yang diberikan..
.
Dan malamnya, sewaktu saya sedang melihat satu persatu gambar yang diambil sepanjang Aidil Fitri kali ini, mommy tiba-tiba sahaja memasuki ruang kamar dan duduk di sebelah saya. Matanya terus-terusan memandang skrin laptop, "Banyaknya gambar Ian. Kalau apa-apa jadi pada Ian, boleh ke Kak tengok gambar dia? Mommy tak sanggup.. Arwah adik Ella dulu pun mommy tak tengok gambar dia sampai bertahun.."
.
"Selagi dia ada, setiap detik dan saat Kak nak ambil gambar dia.. Kita taktahu esok atau lusa macam mana.. Dengan sesiapa sekalipun sama juga. Anak yang sihat pun tuhan boleh ambil bila-bila masa, cuma kalau yang sakit ni biasanya kita terlebih ambil beratlah.." Membalas dalam senyum..
.
Sebetulnya, pada pagi 1 Syawal, Rayyan Ariff bermain seperti kebiasaannya dia. Raut wajah nakal dan manjanya cukup menghiburkan. Namun beberapa kali saya terkesan kelainan pada tingkahnya.
.
Masih dengan buku dan mainannya..
.
Menjelang petang, kami berkunjung ke rumah saudara En.Hubby. Hanya selepas beberapa minit kami tiba, Rayyan Ariff tiba-tiba sahaja menunjukkan tanda-tanda foreign body failure yang sama seperti detik-detik sebelum pembedahan tempoh hari. Saudara-mara Hubby yang berada di tempat yang sama juga hampir menitiskan air mata menyaksikan kesakitan pada tubuh kecil itu..
"Kasihannnn.. Kecil-kecil lagi sudah merasa sakit sebegini.. Hebatnya dia berjuang.." Ucapnya sambil mata tidak henti-henti memandang Rayyan Ariff yang terbaring kelesuan dengan kepala yang tertoleh-toleh kesakitan..
.
Sekelip mata, dia terbaring di dalam lena yang dalam..
.
Kami hampir sahaja mengambil keputusan untuk kembali ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. Tapi mujurlah Rayyan Ariff kembali ceria setelah tertidur selama beberapa jam. Namun episod yang menakutkan ini masih tidak terhenti di sini kerna jelas sekali, ada sesuatu yang tidak kena pada alat yang terpasang pada kepalanya. Dan saya, sudah membuat temujanji dengan Pakar Bedah Neuro Rayyan Ariff pada hari isnin untuk membuat pemeriksaan terperinci ke atas cinta hati kami ini..
.
Setelah episod serangan itu, beberapa kali selepas itu Rayyan Ariff kelihatannya berada di dalam ketidakselesaan. Bagaikan ada yang tidak kena, sehinggalah ke hari ini..
.
Tanya seorang saudara, "Kalau alat itu bermasalah macam mana?"
.
"Mengikut pengalaman yang lalu, perlu ditukarlah.. Sebelum ini pun, 4 kali Rayyan Ariff disorong ke dewan pembedahan untuk mencari kesesuaian dan kesepadanan. Padahal usianya baru sebulan lebih waktu itu. Dengan berat yang belum pun mencecah 1.8kg, tubuh kecilnya sudah melalui pelbagai kesakitan, namun dia terus kuat.. Untuk kali ini, saya tidak punya jawapan yang pasti tentang apa yang bakal terjadi.. Moga-moga rahmat syawal terus bersamanya.." Tersenyum dan memandang kosong..
.
video
.
Sebenarnya, setiap kali sahaja Rayyan Ariff berperang dengan kesakitannya, jiwa saya turut berperang. Rasa bersalah menggunung kerna saya seringnya merasa sayalah punca dia menanggung kesakitan ini. Kalau saya menurut kata doktor untuk tidak melahirkan Rayyan Ariff, mungkin sahaja dia kini berada di syurgaNya.. Selfish kah keputusan yang kami ambil?? Wallahualam..
.
Dan seperti seringnya, pemikiran seperti ini hanya dapat saya sangkal berlandaskan pada satu hakikat, bahawa inilah perjanjian Rayyan Ariff denganNya yang Maha Mencipta..

Sunday, September 12, 2010

Hati tidaklah sekuat mana namun sedaya upaya cuba bertahan..

Petang syawal kedua menjadi saksi pertemuan sahabat-sahabat untuk kesekian kalinya.. Bertanya khabar dan bertukar cerita menjadi resam di setiap perrtemuan..
.
"Engkau kuat. Kalau aku, memang tidak sekuat engkau. Mungkin sebab itulah tuhan pilih engkau. Dia takkan menguji hambaNya melebihi dari apa yang termampu ditanggung.." Kata seorang sahabat.
.
"Aku tidak sekuat mana. Apa lagi yang boleh aku katakan kerana inilah jalan takdirnya. Tempuh sahajalah.." Menjawab dalam nada bersahaja dan tersenyum namun rasa panas menyerbu ke muka. Sebolehnya air mata cuba ditahan daripada gugur mengalir ke pipi..
.
"Mendengar ceritamu sahaja aku ingin menangis, apa lagi andai aku melihatnya sendiri.." Luah sahabat itu lagi..
.
Hati siapa yang tidak tercalar menyaksikan tubuh sekecil itu dilanda kesakitan, apa lagi anak sendiri.. Namun apalah daya diri ini selain daripada berserah kepadaNya..
.
Tatkala mata yang biasanya bersinar itu tiba-tiba sahaja mengeluarkan air jernih di tubir mata, hati ini turut menangis.. Dia tidak menangis, namun air mata itu bergenang secara mendadak.. Mungkin ada sesuatu pada badannya yang tidak berfungsi sebaiknya lantas menjadi penyebab kepada kejadian itu..
.
Tatkala dia memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan dalam usaha untuk mengurangkan kesakitan yang ditanggung, jiwa ini turut sama merasa sakitnya.. Puas kepalanya di toleh ke kiri dan ke kanan, namun tidak sedikit pun rasa sakit itu berkurang.. Mungkin, sel-sel pada otaknya terus ditekan-tekan.. Dan untuk beberapa ketika, dia kembali ke dalam lena yang dalam..
.
Hati ibu mana yang tidak kegusaran apabila merenung ketidakpastian yang ada di hadapannya? Pada satu saat, dia bermain dengan gembira.. Namun pada saat lainnya, tiba-tiba sahaja dia bisa terkulai layu.. Perit menyaksikan apabila dia sesekali mengelip-ngelipkan matanya dengan kuat sambil kepalanya terangguk-angguk, mungkin cuba meredakan keperitan yang ditanggung..
.
Hati ini tidak sekuat mana kerana dialah yang menjadi tonggak kekuatan. Layu dirinya, maka pilulah hati.. Namun apalah daya diri, kerana senantiasa saya perlu akur; Rayyan Ariff hanyalah pinjaman dariNya untuk melihat sejauh mana ketaatan hambaNya.. Nyatanya, saya tidak akan berhenti berdoa agar anak comel ini terus-terusan dipinjamkan kami; SELAMA YANG MUNGKIN!
.
Anak kuat yang tidak pernah berhenti berjuang dan tidak pernah tunduk pada kesakitan!

Friday, September 10, 2010

Terus memohon kepadaNya dan mencari rahmat syawal buat Rayyan Ariff!!

Menyaksikan kesakitan pada tubuh sekecil Rayyan Ariff adalah terlalu menyakitkan.. memangku tubuh kecil yang berada di dalam lena yang dalam adalah memeritkan..
.
Ya Allah, peliharalah Rayyan Ariff di dalam rahmatMu ya Allah..
Jauhkanlah dirinya dari segala bahaya Ya Allah..
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami Ya Allah..
Kami mencari redhaMu di dalam keriuhan syawal yang semakin menjauh!

Thursday, September 9, 2010

Ucapan selamat hari raya dan pesanan buat ibu-ibu kepada superkids!!

Kepada semua teman dan readers Kerna Kasih Kita;
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin..
..seandainya ada sebarang coretan yang mencalar hati atau sebarang komen yang menyinggung rasa..

Terima kasih kerana menyokong perjuangan kami..

=)
.
Credit to here
.
Dan buat kaum ibu di dalam keluarga superkids dan yang sewaktu dengannya, it's time to meet the r.e.l.a.t.i.v.e.s!! =P
.
Kena mentally and emotionally prepared because sometimes, peoples can be soooo insensitive!! Tahun yang lalu, saya berkongsi rasa dengan Put, Mama Idris dan Phia.. Tahun ini? Saya tidak tahu bagaimana.. InsyaAllah, saya akan lebih kuat, kuat dan kuat.. Kata-kata memang akan meninggalkan kesan tapi tidak akan menjadi kurap dan kudis bukan?
.
=)

I had the very first line yesterday at my grandparents' place,
"Ohh, muka comel, mata cantik, kulit putih, tapi sayang, tak sihattt.."
.
Senyum. Lalu saya cuba mengalih kata-kata itu selagi termampu.. "Dulu doktor kata macam ni.. macam tu.. Dapat sampai tahap sekarang ni pun dah syukur sangat-sangat.. InsyaAllah, nanti dia boleh berjalan dan bercakap.. Cuma lambat sikit jer.."
.
Yang mengeluarkan ayat itu tadi? Masih lagi dengan pendapatnya. Biarlahhhh.. Biarkan si Luncai terjun bersama dengan labunya..
=)
Selamat Hari Raya..
=)

Tuesday, September 7, 2010

Kata doktor, Kata Hati, Kata tuhan dan Janji diri..

Kata doktor back in March 2008, "It's not fair to keep the baby. He'll be severely handicapped. Not just he will suffer for the rest of his life, he will also be a burden to you and his siblings. It is unfair for his siblings as well!"
.
Kata hati, "It's not about choosing because it should not be our choice from the beginning. Allah SWT draw the line for us and we just need to walk through the path. Ini perjanjian kami sedari Loh Mahfuz.. Kami sebagai ibubapa yang menyanggupi tanggungjawab menjaga anak seistimewa Rayyan Ariff, bakal adik-adik Rayyan Ariff yang menyanggupi tanggungjawab 'memerhatikan' Rayyan Ariff dan paling penting, kesanggupan Rayyan Ariff sendiri untuk dilahirkan sebagaimana dia sekarang. Bukankah Allah SWT bertanyakan dahulu kepada hambaNya tentang kesanggupan ini sebelum setiap anak itu dilahirkan? Dont put the blame on us just because we want to give him a chance.."
.
Kata tuhan?
=)

Look at him now..
.
video

He can take off his pants on his own but still need some help to put it back on.. Considering that he's only 2 years old, he's doing good actually.. =)
.
Janji diri, seboleh-bolehnya kami tidak akan berhenti mendidik dan mengasuh anak yang penuh potensi ini.. Dan kami pasti, dia akan dapat menguruskan dirinya sendiri suatu masa kelak.. InsyaAllah, kami mahu lihat Rayyan Ariff berjaya dalam hidupnya.. Definisi berjaya? Terlalu subjektif.. Yang penting, cukuplah dia bisa berdikari di atas kakinya sendiri.. Ukuran berjaya tidak semestinya pada jawatan doktor, peguam atau kejayaan menggenggam segulung ijazah.. Tiada tekanan untukmu nak.. Kita cuma perlu positif dan terus positif..
."Hellooo." Yup, he understands the concept of a telephone and he's really into it.. =)
.Kalau merajuk, pujuk sampai lebam pun tak jalan.. Hahhaha.. Wondering, mana blaja neh?
.
P/s 1 : Kak Nie, now that you found this blog, I've written something about you more than two years ago.. Skek jah, but I truly mean it! Bleh klik here or just go to archive, July 2008..
.
P/s 2 : To Fardia Fadzil, sorry sangat2 takleh reply email. Something wrong with my account.. One thing for sure, I'm really touched with your offer.. Besar maknanya tuh.. Tapi tatau la sempat ke tak since you're going back tomorrow.. I'll add you kat FB k.. =)

Monday, September 6, 2010

Penghujung Ramadhan dan Aidil Fitri yang sedikit tercalar..

Kami sudah berada di kampung.. Alhamdulillah kerana kami selamat tiba tengahari semalam.. Hari sabtu menjadi hari yang sangat sibuk buat kami. Hubby seharian di bengkel kereta untuk memastikan kereta di dalam keadaan yang baik. Saya pula bergelut dengan terapi Rayyan Ariff, mengemas rumah dan mengemaskan kain baju untuk dibawa pulang.
.
Apabila hubby tiba di rumah, terus sahaja kami bergegas ke Rawang dan berbuka puasa di sana. Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan PIL sebelum bertolak pulang ke kampung keesokan paginya.
.
Penat. Namun hati bagaikan tidak sabar untuk bertemu dengan mommy dan abah.
.
Namun seperti yang dinyatakan pada tajuk entri, sesuatu yang tidak disangka-sangka terjadi.. Hubby kehilangan walletnya sewaktu kami berhenti di tandas stesyen minyak Petronas sebelum tol Bentong. Kami hanya sedar tentang kehilangan itu sewaktu tiba di Kuala Krai untuk mengisi minyak sekali lagi..
.
Jumlah kehilangan? Memang besar nilainya bagi kami! Memang beraya sakanlah sesiapa yang menjumpai wallet itu kalau niatnya tidak mahu memulangkan.. Wang ansuran rumah, kereta, insurans dan road tax kereta yang akan tamat tempoh dalam masa seminggu, duit raya untuk mommy, abah, dan adik-adik, duit upah menjahit baju kurung, duit untuk membeli sandal Rayyan Ariff, dan banyak lagi..
.
Saya sendiri terkejut apabila hubby memegang wang tunai sebanyak itu!
.
"Kan abang dah cakap, abang keluarkan duit untuk buat pembayaran pada hari sabtu semalam. Mana la abang tahu seharian di bengkel. Balik2 kan kita terus gi Rawang. Jam 4am kita dah bertolak balik KB.."
.
Hmm.. Walau seribu alasan yang diberikan, sudah tertulis bahawa itu bukan rezeki kami.. Walaupun kecewa dan sedih, apa lagi yang mahu dikatakan melainkan redha dan melepaskan..
.
"Tak berayalah kita tahun ni.." Keluh hubby..
"Tuhan sayang abang la tu.. Sebab tu dia duga abang.. Dia tak lupa kat abang.." Sekadar menenangkan..
.
Rayyan Ariff yang tersenyum keriangan sementara menantikan ayah yang sedang membuat laporan di Balai Polis Kok Lanas.. Bagusnya menjadi anak kecil yang tidak punya masalah.. =)

Saturday, September 4, 2010

Kata doktor, kata hati, kata tuhan..

"The brain damages are too bad. Most probably he wont survive after birth. Even if he did, he will be severely handicapped that he'll be no less like a vegetable. He wont even recognise you as his mother.."
.
Itu kata doktor pada bulan March tahun 2008. Kata hati? "We'll keep this baby no matter what. We're not going for abortion.. Allah is above all.."
.
Kata tuhan? Inilah takdir Rayyan Ariff:
"Rayyan, sape punya ni??" Tanya bibik sambil menunjukkan baju kurung saya kepada Rayyan Ariff..
"Mom-ma.. Mom-maa.. Heng'ee.." Jawab Rayyan Ariff.
.
Ini cerita bibik sewaktu saya pulang kerja sebulan yang lalu.. Lantas semalam, hati ini terlintas untuk mencuba..
.
Terus saya mencuba dengan menunjukkan anak tudung saya kepadanya, "Ian, tengok ni.."
Dia lantas memegang anak tudung itu dan berkata, "Mom-ma.. Mom-maaa.. Heng'ee.." Anak tudung itu di hala ke kepala saya sebagai tanda dia ingin memakaikannya..
.
Kata takdir, "Not just this baby will recognise his mother, he will also recognise his mother's belongings!
.
Alhamdulillah..

=)

Earlier this morning :- he's doing really good at playing with bead toys and photo matching =)