Thursday, May 12, 2011

~3 tahun penuh kecintaan.. Selamat hari lahir..

Walau apa pun yang terjadi, Mama tidak akan putus harapan.. Mama percaya pada keajaiban.. InsyaAllah tuhan akan bersama hambaNya yang sabar.. Andainya satu masa Mama terpaksa melepaskan, Mama tetap redha.. Mungkin hati Mama akan pecah, jiwa Mama akan luruh.. Tapi ini takdirNya.. Seandainya Rayyan Ariff tidak dapat berada bersama Mama untuk seumur hidup Mama, biarlah Mama yang menemanimu untuk seumur hidupmu.. Semoga kasih sayang yang ada akan terus utuh selamanya.. 
Ya Allah.. Semoga ada sedikit cahaya di dalam kegelapan..
"Ku tak putus harapan.. Sedia setia..."

Ini kata-kata yang pernah Mama titipkan buat azimat di dalam perjuanganmu, permata hati tercinta, Tuan Rayyan Ariff.. Di saat kami dikhabarkan dengan satu kemungkinan yang sangat menyakitkan. Satu kemungkinan yang bagaikan sungguh nyata dan benar.
.
Dan kini, tiga tahun telah berlalu semenjak kehadiran pertama kamy di dalam hidup kami.. Kamu membawa seribu kemanisan dan kecintaan, bersama segunung ketabahan dan keazaman.. Kamu mengajar kami untuk lebih mengenal hakikat ketuhanan dan keajaiban Allah SWT yang tidak tertala agungnya..
.
Rayyan Ariff,
Perjuangan menempuh kesakitan kamu mulakan sedari alam rahim..
Keazaman kamu terpamer di saat kelahiranmu sedari tangisan pertama yang kamu laungkan di dalam seribu kepayahan..
Kekuatan kamu terpancar pada setiap tangisan kamu menahan kesakitan dan keperitan, pada setiap pembedahan yang kamu jalani, pada setiap sesi rawatan dan terapi yang kamu lalui..
Keindahan kamu tersingkap pada setiap keletahmu yang membahagiakan, pada setiap tawa manjamu yang memikat..
Selamanya, kamu adalah cinta terindah di dalam kehidupan kami..
.
Tahun ketiga yang berbaur kebahagiaan dan kesakitan.. InsyaAllah, kita kan terus kuat.. =)
.
Month 25..


Month 26:


Month 27


Month 28:

Month 29:


Month 30:


Month 31:


Month 32:

Month 33:


Month 34


Month 35:


Month 36:


SELAMAT HARI LAHIR YANG KETIGA CINTA..
Semoga memasuki tahun ke-empat, hanya keindahan dan kebahagian yang bakal menghiasi harimu..
=)
.
Terima kasih tuhan, di atas kiriman dari syurga yang cukup istimewa ini..Syukran Jazeelan..

24 comments:

AkUiStInI3 said...

sy pon percaya kepada keajaiban kak..pasti ada rencana yang lebih baik yang DIA sudah rancangkan untuk akak n family.

Jangan putus harapan terhadap Tuan Rayyan. Sesungguhnya kehadiran Rayyan skrg, suda menjadi keajaiban drNYA..

Rozuan Ismail said...

happy birthday rayyan!

semoga jadi anak yang soleh dan berguna buat ibu dan bapa

Rozuan Ismail said...

selamat hari lahir buuat rayyan arif

alyyani said...

happy 3rd birthday abag ian! :D

Idayu said...

otanjoubi omedetou rayyan!

littlehumblelynn said...

ian

happy besday sayang :)
ian kena kuat utk mama-abah ok..insyaallah,smg laluan di hadapan tidak lagi berliku2 spt masa2 yg lalu..smg terus memberi kebahagian kepada kedua mama-abah hdknya..

AppleCrux said...

Happy Birthday !!! Kejap aje dah besar..

umi aiz said...

sayu nye ht bace...alhamdulillah..moga ian dipanjangkn umo lg...moga cinta itu terus mekar & segar.. happy besday ian hemsem...moga sht selalu, & terus kuat ye..

Yana, mama falisha said...

happy bithday hensem boy...
terus wat mama n papa senyum k... =)

harz.. said...

Happy besday Ian... Semoga mendapat keberkatan dan perlindungan dari Allah S.W.T...

myaishahhafiz said...

slmt hari lahir tuan rayyan ariff, semoga diberi kesihatan dan sentiasa dimurahkan rezeki.. aminnnnn

Kak Rose said...

Happy 3rd birthday buat Rayyan Ariff... semuga hari2 yang mendatang penuh dengan keberkatan dan lindungan Allah dan muga segala doa dan harapan akan dimakbulkan. Amin.

oren said...

hepi besday tuan kecik..

kamu mmg ciptaan terindah, anugerah utk kedua ibubapamu..

insyaAllah, terus membesar dengan sihat dan ceria..

UmmiQusyairi said...

hepi besday Ian chumel.. Semoga Ian sihat-sihat selalu dan diberi kesihatan yang baik.. Amin..

MamaAimy said...

Hepi besday utk adik rayyan yg comel.. Semoga terus membesar dgn sihat & riang...X lama lagi dh nk jd abg...jd abg yg baik tau.... :D

Mama Naveed said...

Happy Bufday Ian.. May Allah bless you always n always sayang..

Jiey, bufday naveed June ni, saya nak jemput Jiey n family datang rumah...

Mama Naveed said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Coffee Mama said...

Selamat Hari Lahir untuk si comeyl Rayyan Arif...Semoga Rayyan menjadi anak yang soleh dan tabah :-)

Marsha said...

selamat ulangtahun kelahiran abang long.... hehehe.. suka nak panggil dia abang long.. nampak macho.. :)

AkUiStInI3 said...

sy pon percaya kepada keajaiban kak..pasti ada rencana yang lebih baik yang DIA sudah rancangkan untuk akak n family.

Jangan putus harapan terhadap Tuan Rayyan. Sesungguhnya kehadiran Rayyan skrg, suda menjadi keajaiban drNYA..

AIN NAZRI said...

selamat hari lahir Ian.. muah muah.. semoga terus sihat dan membesar.. nanti leh tolong mama jaga adik RA ye

Ziela said...

Selamat ulang tahun ke 3 Tuan Rayyan Ariff

Nurul Hazira Razali said...

happy bday ian...aunty dah awal2 lagi make a wish kat fb wall kamu....muahhhh from lil QQ's..

Nadiah said...

happy birthday rayyan! :)