Wednesday, May 18, 2011

Our little miracle.. Allahuakbar!! Subhanallah!!

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kehidupan agak sedikit kelam kabut kerana sayalah yang menguruskan segalanya buat masa ini. Hari Isnin yang lalu, sebaik mengetahui ada kekosongan untuk bertemujanji dengan Dr. Sofiah, terus sahaja saya mengambil cuti setengah hari di sebelah petang dan bergegas ke SDMC setelah pulang ke rumah menjemput Rayyan Ariff dan bibik.
.
Usai mendaftar dan menunggu lebih kurang setengah jam, giliran kami tiba.. Kepada Dr. Sofiah, saya ceritakan tentang sawan yang menyerang Rayyan Ariff pada 2 May dan 14 May. Setelah memeriksa rekod lalu, sudah 2 bulan Rayyan Ariff tidak di serang sawan.. Entah di mana silapnya dan Dr. Sofiah mencadangkan penukaran dos untuk dua jenis ubatnya disamping penambahan pengambilan vitamin dan makanan tambahan..
.
"Macam mana dia sekarang?"
"Macam tu la Dr. Crawling, climbing, surfing.. Oh sekarang dah boleh pegang pensil, scribbles sana sini.. Focus and alertness pun improved.. Puzzles memang favorite dia la.."
"Allahuakbar.. Besar sungguh kuasa Allah.. Sape nak sangka.."
.
Lafaz yang tidak pernah lekang dari mulut Dr. Sofiah setiap kali melihat Rayyan Ariff ialah Allahuakbar dan Subhanallah bagi menyatakan rasa kekaguman melihat Rayyan Ariff.  Ini bukan pemandangan biasa bagi kami kerana dari sudut saintifik, Rayyan Ariff sering menerima rasa kekaguman daripada doktor-doktor yang mengikuti perkembangan anak ini seperti yang saya nyatakan di dalam entry INI
.
Di sebelah Dr. Sofiah, ada seorang jururawat pelatih yang bertugas sebagai pembantunya pada hari tersebut.. "Haa.. Jangan malas-malas belajar, kita lahir elok, sihat walafiat kena la rajin-rajin belajar.. Ni tengok ni, budak ni lahir otak sejemput boleh belajar macam-macam.."
.
"Otak sejemput?" Pelatih itu bertanya kehairanan..
"Dia lahir cuma dengan 5% brain cells.." Saya menjawab dan membalas dengan senyuman kerna sudah terbiasa dengan tutur bicara Dr.Sofiah..
.
"Bila ada Dr. yang refer kepada saya mintak opinion untuk support termination of pregnancy untuk kes-kes macam Rayyan ni, saya cukup tak setuju.. Pada saya senang jer, berbalik kepada Islam, selagi tak life threatening to the mother, kenapa nak terminate? Ni kan semua kerja tuhan.."
.
Saya masih tersenyum dan Rayyan Ariff pula asyik bermain di lantai klinik, sementelah jururawat pelatih itu rajin benar melayannya..
.
"Lain kali awak datang, boleh tak bawak MRI dan Scan results Rayyan dari mula-mula lahir sampai sekarang? Saya nak guna sebagai real life example untuk presentation masa Doctors' Conference nanti.. Subhanallah, besar sungguh nikmat Allah SWT.. Dengan early intervention, result dia memang unexpected.."
.
Muka penuh fokus bila bermain.. =)
Pertemuan kami berakhir dengan berbekalkan beberapa vitamin tambahan buat Rayyan Ariff. Tentang permintaan Dr. Sofiah untuk menggunakan Rayyan Ariff sebagai subjek di dalam presentation nya nanti, InsyaAllah akan cuba saya penuhi..
.
Pada saya, kalau ianya bisa menyelamatkan banyak nyawa, apa salahnya.. Siapalah kita untuk menidakkan kelahiran sesuatu nyawa sedangkan segalanya telah terukir di jalanan takdir.. Namun isu ini masih menjadi perdebatan di antara saya dan ayah saya yang agak keberatan untuk 'mendedahkan' cucu kesayangan sebagai satu subjek atau sebagai bahan kajian.. :P
.
Honestly, saya rasakan perkembangan anak kecil ini bukanlah kerana one man show. Semua yang berada di sekeliling kami bertindak sebagai penyumbang, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan yang paling besar, kerana Allah SWT yang sudi mengurniakan nikmat dan rahmat ini buat kami.. Syukur Alhamdulillah..

11 comments:

MamaAdwan said...

Allah Maha Besar......

Chaiyok me little macho boy!!!!

MRS. K said...

Allahuakbar!!

yatie chomeyl said...

Allah Maha Besar..segala ssuatu yg terjadi atas kehendak Alla. kito doa banyok2 jah sokmo Jiey deh :)

Rozuan Ismail said...

itulah keagungan tuhan!betapa kuasa-Nya dia.kita merancang dan Allah yang menetukan segalanya.=)

umi aiz said...

alhamdulillah..semua kuasa tuhan..

Lightnur said...

Subhana Allah! Entry kali ini sangat menginsafkan betapa kita sebagai insan yang serba kekurangan tiada daya dan upaya kecuali dengan izin dariNya. Insha Allah Rayyan Ariff akan terus membuat perkembangan yang bakal membanggakan kita semua....Mamma Mujhee sangat gembira dengan perkembangan Rayyan Ariff...Alhamdulillah.

Ayuz said...

DIA yang menjadikannya so DIA yang lebih mengetahui..... Miracle...Subhanallah....

me suya said...

subhanallah..Ian; full of miracles. Only ALLAh know~

transformed housewife said...

Subhanallah.

eB ezrin said...

Allahuakbar!!
salute smangat gini... tahniah :)

Jiji said...

Kita berbeza la Jiey, kebanyakkan procedure dlm berubatan kita lebih mengamalkan cara barat. Kita tak tekankan kekuasan Allah pada pesakit. Maybe a few doctors ada yg mcm tuh.. yang didik perasaan kita yg ditimpa ujian.