Wednesday, May 4, 2011

Update untuk 2 hari; diary seorang iron lady.. =P

Iron lady kah? *Self proclaimed, padahal takde security company pun*
.
Selasa, 3.5.2011
- Bangun pagi-pagi, kemas barang2 n siap sedia barang tuan kecik nak balik KL
- Kul 1030am gerak gi airport. *Sebab Mama penat tahap sayur layu nak naik kete lama2, balik naik flight sorang, tuan kecik blk naik kete ngan Uncle*
- Kul 120pm smpi KL, amik Sky Bus gi KL Sentral *First time naik bas sebab takde org available leh jemput. Tsk.. Tsk.. Tsk..
- Kul 230pm smpi KL Sentral amik cab gi spital Ampang Puteri, jumpa Hubby.
- Kul 315pm smpi Ampang Puteri, makan tengahari. 
- Kul 4pm, Encik Hubby kena tolak masuk OT utk knee surgery; ACL procedure. *Salam sket, kiss sket*
.
- Kul 4pm-8pm : tunggu Encik Hubby kuar sambil duduk tegak kat kerusi, berdiri, duduk balik, berdiri balik, *sakit pinggang macam nak patah*
.
-8.15pm, nurse bawak masuk En. Hubby, member mamai2 since bius tak ilang lagi *seksi plak tgk tuan besar pki baju spital kaler ijau ikat belakang ngan spender pakai buang berjaring-jaring.. Kahkahkah*
.
~@ Nurse kata, "Dr dah gerudi betul2 dah, tapi tak jumpa skru lama. So Dr. cuci je la dulu. Maybe kena buat balik." Amboi, gerudi tu.. Macam jalanraya pulak. "Bila nak buat balik? Bila boleh discharge?" Tanya discharge tu.. Padahal member baru kuar OT. "Dalam seminggu jgk la, sbb nak buat fisio. Untuk 2nd operation, nanti tanya Dr.@~
.
-Kul 940pm gerak balik umah, kul 10pm smpi.. Adehhh, muka, leher, tangan tuan kecik merah berbintat-bintat cam kena campak. *Mak ko ni pregnant nak.. Cuak la wehhh.. Takut jangkit..*
.
-Kul 1040pm, lepas mandi n solat, gerak gi Klinik Kita Desa Pandan. Seb baik tutup kul 12am. *Manusia punya la ramai even dah lewat* Dr kata, rashes due to allergy. Bagi ubat sket2..
.
- Kul 1230am smpi umah terus tido...
.
Iron lady tak? Ngehngehngeh..
.
Rabu, 4.5.2011
- Bangun tido, lepak ngan tuan kecik jap, bagi mkn vitamin n what not. *Ganti smlm tak main sebab takut berjangkit.. Fobia sungguh mokcik neh*
.
- Kul 10am, kuar gi beli lauk n sayur, peti ais dah kosong since blk kampung ari tu.. Pastu gi bank byr duit kete. Ingt nak bank in cek, skali tertinggal.. Balik umah dulu amik, gi bank balik.. Carik parking bagai nak rak.. Kaki dh menggeletar sbb cuma makan roti dr pagi..
.
- Kul 1150am gi Klinik pas settle urusan bank, pinggang sakit takleh nk ckp. loya nak muntah takleh nk citer. Sempat la termuntah kat klinik. Badan melepek tak ingat. Manusia punyalah ramai kat klinik, dah sejam tunggu ni. Tak tahan punya pasal, ckp kat nurse, "Saya betul2 tak larat n takde energy. Saya blk baring-baring dulu la. OK sket saya dtg blk.. Terus gegas gi Ampang Puteri jenguk tuan besar.
.
- Kul 1.00pm-4.45pm, lepak kat Ampang Puteri.. Balik, singgah klinik balik.
~@ Muka pucat tak ingat, badan melepek, pinggang cam nak patah, terus dapat MC 2 hari. Scan perut jap, hilang segala penat lelah tengok Baby RA buat aksi akrobatik, tunggang terbalik, kaki tangan terangkat-angkat. Sumpah, sangat mengujakan dan menginsafkan. Dr pesan suh rehat sket n not to push yourself too much.. Give a lil bit more attention to ur husband compared to Rayyan. Sbb org lelaki ni manja terlebih bila sakit. Sangat setuju. Sket2 mengaduh sakit.. Sket2 mengaduh. Orng operate perut bwk kuar anak relaks jer.. =P @~
.
- Kul 530pm smpi umah. Layan tuan kecik n tgk CSI sambil baring-baring, dah tak larat nak duduk dah. 
.
- Kul 730pm, lepas solat n makan, gerak gi Ampang Puteri sebab En. Hubby pesan suh bwk hero dia. Rindu.. Angkut dengan bibik and mommy skali. Lepak-lepak, borak-borak ngan PIL yang smpi ptg tadi.. *sambil-sambil layan org sakit..*
.
- Kul 9pm, Dr. datang. Tanya serba sedikit pasal operation. "Saya tebuk satu tempat jer, dah tak jumpa skru tu, saya tak tebuk tempat lain takut nanti nak pasang balik susah. Yang next operation tu optional, up to you nak buat ke tak.. Tapi dengan syarat, you kena gantung but. Dah tak boleh main sports. Yang boleh cuma swimming n cycling jer.. Sbb ni consider as arthritis la ni.. Esok start physio"
~@Injury adalah disebabkan oleh main bola untuk office, agak2, leh claim SOCSO tak? KwangKwangKwang@~ 
.
- Kul 10.15pm, sampai umah. Since tuan kecik dah tido, on laptop sebab ada keje sket. *Sambil tongkat mata yang dah tak tahan nak tertutup*
.
Itu jer.. Takde la panjang mana? Hehhehe.. OK la, nak settle kerja sebelum tido.. Till then.. =)
.
Seronok tengok budak kecik ni tido~

5 comments:

Rozuan Ismail said...

comel rayyan tido..hehe..memang iron lady

kesian hubby akak masuk hospital.
moga dia cepat sembuh.main bola untuk office rupanya.

MissNaL said...

Ya Allah kak.. sangat kuat.. kagumm..;p

Coffee Mama said...

This is life, we have to get through it whatever it takes..No option..Gambate!Hehehe

Habibah said...

Salam Jiey,
rasanya jiey dh cukup kuat tu.. kalo saya lama dah melepek tu..tahap kekuatan tak tinggi mana..

Bicara hati ibu aisya said...

Be strong sis(memang kuat pun)
Cantiknya bulu mata ian..panjanh dan melentik.