Wednesday, June 8, 2011

Imam Muda Rayyan Al-Ariff; Takbir yang masih jauh dari kesempurnaan..

InsyaAllah, mana la tau betul-betul jadi Imam Muda.. Sejuk perut mama.. =)
.
*Sila focus pada tuan kecik sahaja* Awal-awal, elok je ikut instruction.. Second time, tiba2 goyang tangan berjoget.. Nape ntah tuan kecik ni.. :P

Ni instruction from Ayah Chik pulak.. Awal2 ikut la, siap kiam tu.. After that, ignore jer.. :P *Sila abaikan background voice*
.
Takbir Rayyan Ariff masih penuh kekurangan. Tetapi dia adalah anak istimewa yang punya banyak potensi dan perlu diteroka secara berterusan..
.
Rayyan Ariff, di kebanyakan waktu, saya sebagai seorang ibu merasakan betapa saya sering mensia-siakan dia kerna tidak dapat melakukan banyak perkara untuknya. Sama ada limitasi dari segi kekangan waktu ataupun kewangan, seringnya perkara ini begitu mengganggu saya..
.
Kadang-kadang, apabila terbuai dek rasa bersalah yang menggunung, sering saya terfikir, mengapa Rayyan Ariff tidak dilahirkan di kalangan keluarga jutawan yang punya sumber tanpa had dalam memberikan yang terbaik untuknya. Melakukan pelbagai aktiviti untuknya, menghantarnya ke sekolah terbaik dengan yuran beribu ringgit sebulan, dan bukan sekadar ditinggalkan sehari-hari bersama bibik ataupun di sekolah biasa-biasa sahaja..
.
Namun akal dan minda meyakinkan hati bahawa percaturan tuhan adalah yang terbaik dan selayaknya, sayalah ibu yang terbaik untuk Rayyan Ariff di dalam cara saya yang tersendiri.. InsyaAllah..
.
Permata jiwa kami.. =)

8 comments:

mama akid said...

saya pun terfikir benda yng sama k.jie...untuk buat yg terbaik pd akid...tapi bila masalah memikir ketidakmampuan kami dalam meyediakan yg terbaik buatnya..saya kesal sangat...

Bicara hati ibu aisya said...

Aminn..segalanya xmustahil kan jiey?

Pandai abg ian nih..sejuk mata tgk gaya dia nak bertakbir tuh.Terus usaha lagi ye ian sayang.

Unknown said...

haha.cumel la dia takbir.ok lah.tak kan nak dia perfect buat kan.

Mama Kembar Tiga said...

Jiey, u r d best mother for Rayyan. Never ever doubt that ok dear.

transformed housewife said...

tak sempurna pd ukuran biasa. Tapi utk Ian, sudah cukup sempurna tu. Budak2 lain pun banyok main2 lg maso belajar takbir atau bendo2 lain.

Fysa Ismail said...

how sweet...ian cube lg ye..ian mesti boleh kan..

Pelarian Gandus said...

Tuan Rayyan tidak dilahirkan di kalangan yang kaya hartanya kerana belum tentu harta itu mampu memberikan "kesempurnaan" yang rayyan miliki hari ini dan tuhan memilih kak jie dan pasangan untuk menyambut tuan kecik kerana tuhan tahu "kesempurnaan" itu akan datang dari tangan kak jie dan insan2 lain disekeliling. Percaya dan yakin dengan "kesempurnaan" ini. Besar kuasa Tuhan. Allahhuakbar.

insan kerdil said...

tiada nilaian ukuran...buat seorang ibu atau bapa....selain berpaksi pada kasih sayang.....

perjalanan kehidupan....sering nya akan 'bertemu' persimpangan....yang memerlukan diri membuat pilihan...dalam meneruskan....

meski ada ketika nya...hanya diberikan pilihan...dalam menerima....pabila telah ditentukan oleh yang Maha Esa...

namun Dia tetap memberikan panduan....serta petunjuk...buat tiap hati yang punya jiwa....'memandu' ke arah yang benar....pabila tetap memilih...untuk terus percaya dan yakin....Dia Maha Mengetahui...Maha Mengasihani...

Dia yang tidak akan sesekali memungkiri janji....dan Dia tidak akan sesekali menzalimi.....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...