Monday, June 27, 2011

Ini permata hati, ini belahan jiwa, ini cinta terindah.. :-)

Rayyan Ariff, nama ini cukup kuat melekat di jiwa saya.. Semakin kuat melekat.. Setiap kali melihat wajahnya, ada rasa yang berbaur.. Sayang yang menggunung.. Kasih yang membukit.. Cinta yang melangit..
.
Seiring itu juga, ada lontaran kasihan padanya.. Ada tempias belas untuknya.. Dan sesungguhnya, saya membenci rasa ini. Sama juga apabila ada yang menyatakan rasa kasihan mereka pada Rayyan Ariff. Saya tidak suka. Tidak pernah suka. Kenapa perlu dikasihani Rayyan Ariff? Sudah jalanan takdirnya begini.. Sudah ketentuan dariNya hidupnya begini.. Segalanya sudah tersurat..
.
Tambahan pula, Rayyan Ariff sudah melangkaui banyak jangkaan yang diletakkan kepadanya dan dia juga bahagia dengan caranya.. Maka dia tidak perlu dikasihani kerna apabila dia dikatakan hanya akan hidup selayaknya sayur yang layu, apa yang dia ada kini adalah umpama satu bonus untuk dirinya, untuk kami..
.
Rayyan Ariff senang dengan caranya yang tersendiri.. Dia pandai mencari hiburan untuk dirinya tanpa perlu menyusahkan sesiapa.. Dia bermain sendiri.. Dia ketawa sendiri.. Tiba waktu untuk bermanja, dia tetap datang kepada kami dengan ciuman dan senyumannya.. Dia adalah dia, yang cukup istimewa..
.
Saya mahu lebih berusaha untuk dia.. Saya juga mahu lebih pencapaian untuk dirinya.. Saya mahu kembali kuat, saya mahu kembali proaktif.. Mahu mencari kembali keseimbangan yang hilang.. Untuk dia, permata nan indah.. :-)
.
Abang Rayyan Ariff dan pensil warnanya.. Yes, he's into 'drawing' n 'colouring' nowadays..
Ini cinta. Ini kasih. Ini perjuangan. Ini kehidupan. Ini amanah. Noktah.

4 comments:

Rozuan Ismail said...

rayyan permata yang istimewa.

Bicara hati ibu aisya said...

Jiey, ayu pun benci dengan ungkapan 'kasihan' dari mulut orang bila memandang aisya.Kerana itu bisa buat kita sedih dan bersalah.Hakikatnya kita bahagia dengan kehadiran mereka malah sangat bangga dengan setiap pencapaian yang mereka tunjukkan.Mereka adalah pejuang yang hebat!

alyyani said...

jiey, tgk background gambar tuh. kalau baby RA dah kua esok, mau double gak yg belakang tuh. mujur gak la ada bibik. kalau umah aku, org dtg mengejut aku jumpa kat luar pintu umah je lah. hahahha...

lynda said...

hye jie..iv been following ur blog frm time to time. bc bile ade ms free. hehe rayyan is cute. kdg2 i rs rupe die ade a bit mcm my son. its true wat u said, kite akn rs x suke bile org kate kesian. or pndang mcm kesian at anak kite. my son was born with radial clubbed hands, so he is a bit different from other kids. die baru turn 1 yr last mnth. i hate it when org kate kesian kt die jugak. keep on writing k, coz ur writing inspires me, n penulisan jie byk i boleh relate to. cium rayyan ariff for me ;)