Saturday, June 18, 2011

Untuk ibu yang memiliki anak istimewa.. :-)

Agak teruja kerana saya baru sahaja mengetahui tentang seorang bayi yang mempunyai diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff. Bayi itu kini berusia 40 hari++..
.
Bukanlah saya mengharap akan ada lagi bayi yang mempunyai kondisi yang sama dengan Rayyan Ariff, tidak sama sekali.. Pernah saya katakan, seandainya bisa, biarlah Rayyan Ariff menjadi bayi terakhir yang punya kelainan ini agar tiada lagi yang kesakitan. Namun statistik akan terus berjalan dengan kadarnya yang tersendiri..
.
Seperti yang sering saya katakan, perkongsian saya di sini dengan tujuan memberikan harapan kepada mereka yang menghadapi kisah yang sama.. Kerana kami pernah merasa peritnya tidak diberikan harapan.. Dan saya merasa gembira apabila mengetahui ada ibubapa di luar sana yang menemui 'harapan' untuk mereka di sini.. :-)
.
Walau banyak waktu 'kesakitan' mental dan fizikal itu bagaikan tidak henti hadir, namun bahagia tidak pernah sesekali melupakan kami.. Itulah agungnya susunan Allah SWT=)
.
Saya tidak punya apa-apa yang hebat untuk ditunjukkan kerana Rayyan Ariff masih jauh daripada sasaran yang kami letakkan kepadanya. Namun untuk ibubapa yang baru memiliki anak istimewa, rebutlah peluang keemasan yang ada di awal usia anak itu sendiri agar lebih pembangunan dapat dicapai..
.
Saya sendiri, seandainya diberi peluang itu kembali, ingin melakukan lebih untuk Rayyan Ariff. Bermula seawal yang mungkin. I would do more and intervene as much as I could! Namun sesuatu yang pasti, Dia jugalah yang menyusun segalanya dengan caraNya yang tersendiri..
.
Mari kita lihat 'carta perkembangan' Rayyan Ariff..
.
Di dalam rakaman di atas ini, Rayyan Ariff berusia sebulan lebih, menghampiri ke usia dua bulan.. Saat masih baru sahaja di bawa pulang ke rumah setelah 45 hari di Neonatal Intensive Care Unit. Pergerakan kakinya bagaikan anak normal bukan? =)
.
Ini pula Rayyan Ariff di usia 5 bulan atau pun corrected age of 3 months. Kerana dia lahir awal 2 bulan, maka perkembangannya fizikal dan mentalnya juga ditolak 2 bln bagi menyamakan dengan tarikh yang sepatutnya. Waktu ini, Rayyan Ariff adalah tersangat responsif dan gemar berbicara.. *sila abaikan mama yang serabai dan berambut pendek*
.

Di dalam rakaman di atas pula, Rayyan Ariff berusia setahun 2 bulan.. Saat rakaman ini diambil, dia baru sahaja lepas menangis kesakitan dek kerana jatuh terlentang dan terhentak kepala.. Perhatikan di hujung rakaman yang mana Rayyan Ariff gemar meniru bunyi yang didengarinya.. Kerna perilakunya saat ini, therapistnya cukup yakin bahawa dia mampu berbicara tidak lama nanti..
.
Ini pula masih pada usia setahun lebih. Saat saya bercuti tanpa gaji dan memberi fokus pada pembangunan Rayyan Ariff. Sangat membanggakan apabila tanpa hearing aid, dia masih bisa bertepuk tangan pada lagu..
.
Ini pula rakaman sewaktu awal Ramadhan tahun 2009. Rayyan Ariff di usia 1 tahun 4 bulan.. Sengaja meneleng-nelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan mengikut pergerakan yang kita tunjukkan padanya. Cara bergurau yang cukup manja di matanya.. Saat ini, dia masih cenderung meniru aksi kita yang mana apabila kita tertawa, dia juga akan ketawa mengekek..
.
Ini juga rakaman di awal Ramadhan tahun 2009. Saat-saat dia belajar memanggil saya Mama. Saat-saat yang cukup menggegar jiwa.. Setiap kali dia melihat saya dari kejauhan, ungkapan Mama tidak pernah lekang dari bibirnya.. =)
.
Apa yang boleh kita simpulakan daripada klip-klip di atas? Anak-anak brain injured ini biasanya kelihatan biasa dan normal pada awal usia. Apabila mereka gagal berkembang, barulah mereka semakin ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.. Kerna itulah pentingnya EARLY INTERVENTION!!
.
Time is the enemy of the brain-injured child. Every day he is not better, he is worse. Since his peers move on and he falls further behind! There is no such thing as false hope, but there is false despair. – The Pathway to Wellness.
.
Perkembangan Rayyan Ariff bagaikan penuh keindahan dan agak 'cepat' jika dibandingkan dengan kondisinya yang lahir hampir tanpa sel otak bukan? Itulah agungnya kekuasaan Allah SWT..
.
Namun kini, segalanya tidak sepesat dulu. Hanya satu kemungkinan yang bisa kami temui setakat ini, iaitu serangan seizures yang sering datang berkunjung tanpa mengira waktu dan ketika.. Ada kalanya, berlanjutan untuk tempoh yang lama..
.
Inilah salah satu daripada realiti keletihan yang harus saya hadapi. Penat berusaha namun segalanya bisa hilang dalam sekelip mata.. Mungkin kerana Dia tahu tahap kekuatan kita, maka di situlah letaknya tahap ujian yang berbeza..
.
Namun seperti ibubapa lain yang juga memiliki anak istimewa, saya juga tidak mahu berkira dengan kesakitan dan keperihan.. Segala kepenatan ini tidak terasa kerana we're enjoying our child, no matter what.. Right friends?? =)
.
My miraculous child.. My heart, my soul.. :-)
.
Apa yang penting, tiada perkataan putus asa di dalam diari kehidupan.. InsyaAllah, selagi nyawa dikandung badan.. =)

11 comments:

Rozuan Ismail said...

dah tengok all videos ..and rasa terharu dengan kecekalan ian meneruskan hidup.all the best akak.He knows the best for you

Mama Kembar 3 said...

dalam semua video, one thing is constant - Ian maintain cute hehe. Dah laa mudah tersenyum kan, sejuk je hati tgk dia. and from 1st video lagi dah tunjuk Ian mmg budak yg aktif, skarang dah leh merangkak, siap laa jiey hehehe

cikseed said...

bayi kecil yang bersemangat kuat. :) Allah tahu apa yg direncanakan

Pnut said...

bila baca setiap catatan perkembangan rayyan ni kan.. sangat-sangat insaf, bahawa Allah Maha berkuasa ke atas segalanya... moga Rayyan akan cepat berjalan.. cepat bercakap, agar nanti dapat sama-sama main dengan adik dia...

Anonymous said...

Salam..
Mama Jiey...saya harap mama terus kuat dalam menghadapi dugaan yang mendatang..dan tidak berputus asa mendidik adik rayyan. Allah SWT sayang anak-anak macam adik rayyan.

A.I said...

He really is miraculous child!! ^____^ sayang rayyan....

CutieLiesa said...

tahniah kak sbb akak dikurniakan hati yang tabah dan kenuh dgn kasih sayang...

Yaati Nor said...

tak blh bukak video tu..jiey, rayyan sekolah kat SCSOA yek?saya mcm nampak dia kat surat khabar berita harian ari nie..M/s 20 bahagian ratu..tengah salam dengan sultan selangor..betul ke dia tu?

Intan & The Boys said...

kita tgk setiap video2 Ian dgn penuh perasaan. macam kan dah pernah kenal Ian before dia lahir lagi. hehe.

Ian betul2 anak yang penuh keajaiban. memang tak boleh disangkal. :)

addinahumaira said...

kagum sgt dengan ketabahan dan kasih sayang awak.

dalilarahmad said...

He is such a miracle.Im very proud of u and him..