Tuesday, June 28, 2011

Trying to conceive is stressful..

*Update laju-laju sebab hari ni ada course*
.
Bila bercakap bab anak, takde sape pun di antara kita yang boleh berkata dengan pasti, bila, apa jantina dan bagaimana sesuatu kehamilan dan kelahiran itu berlaku.. Semuanya di tangan Yang Satu.. Qada' dan Qadar adalah sesuatu yang bukannya sesuatu urusan yang bisa kita gariskan..
.
Saya sangat setuju bahawa trying to conceive is very stressful. For every failed attempts, kita akan buat post mortem mencari di mana salah dan silapnya. Semua tips yang diberi, kita ikut.. Kita turuti.. Tapi masih tidak menampakkan hasil.
.
Dengan Rayyan Ariff, kami memulakan  percubaan pada bulan ke-2 atau ke-3 perkahwinan.. Dan hanya mendapat tahu hasilnya positif sewaktu kandungan berusia 5 minggu++ pada bulan ke-7 perkahwinan.. Bermakna, selepas berkahwin, 5 bulan kosong, bulan ke 6 mula berisi dan hanya pada bulan ke-7 kami mengetahui tentang kehadiran si permata hati..
.
Untuk Baby RA pula, kami mula mencuba pada penghujung tahun 2009. Namun bukan percubaan yang bersungguh seperti waktu Rayyan Ariff kerna waktu itu, saya sedang bergelut dengan masalah berat badan yang serius. Sementelah pula, kesibukan melanda dengan perkahwinan abang saya berlangsung pada tahun seterusnya iaitu 2010, dan pada tahun yang sama, Rayyan Ariff bergelut dengan musim kesakitan dan dugaan yang berpanjangan..
.
Lantas, perancangan untuk menambah bilangan anak bagaikan 'tidur' seketika. Terlalu banyak kesakitan yang sukar dihuraikan sepanjang jalan tahun 2010.
.
Baby RA datang di saat kami tidak merancang. Sangat tidak diduga yang mana awalnya, kami terima dengan perasaan yang berbaur; gembira, gusar, takut dan  berdebar.. Namun segala kesyukuran kami panjatkan kepadaNya kerana masih memberi peluang ini sekali lagi..
.
Kenapa tiba-tiba sahaja saya bercerita tentang kisah kehamilan? Kemarukkah? Jawapannya tidak.. Sebetulnya, ada seorang teman yang mana makciknya baru sahaja pulang dari Mekah.. Teman baik saya ini sedang di dalam usaha untuk mendapatkan zuriat pertama (Segala doa untukmu sayangku!), lantas makciknya itu membekalkan dia dengan buah zuriat..
.
Semalam, dia bertanya kepada saya seandainya saya mengenali sesiapa yang mahukan buah itu.. *Itulah peribadi teman baik saya yang satu ini, tidak pernah lokek untuk berkongsi.. Semoga teman in murah rezeki dan bahagia hidupnya ke akhir hayat.. Aminnn*.. Saya tidak menyatakan nama sesiapa apabila si teman ini bertanya, kerana ada beberapa orang yang saya kenali sememangnya sedang berusaha ke arah itu.
.
Buah zuriat..
Dengan itu, saya mengambil peluang untuk menyatakan di sini, siapa yang mahu, bolehlah email saya di freaky_gurlz@yahoo.com.. Maaf kerana jumlahnya agak terhad.. Makanya, siapa cepat, dia yang dapat.. Harga? Percuma.. Cuma datang ambil sahaja.. :-)
.
P/s - Kita hanya berusaha, Allah SWT yang menentukan.. Semoga ada rezeki untuk semua isteri-isteri yang sedang mencuba.. Aminn..

8 comments:

FiZaSyAmImAn 190200 said...

saya nak cuba bagi pada kawan saya yang berhasrat sangat nak dpt anak...tapi nak ambil kat mana yer...fiza

Bionic women said...

saya juga dah lama try to conceive our 2nd baby, tapi xder rezeki lagi..
saya xmau tamak, bagilah pada mereka yg berusaha utk first child..hehe

memang semakin stress rasanya, dah setahun mencuba belum nampak tandanya. tapi saya redha, mungkin ada yg lebih baik

Bicara hati ibu aisya said...

Jiey..boleh tak ayu nak satu untuk sepupu yang dah lama berusaha tapi masih belum diizinkan untuk merasai nikmat mengandung?Bermacam cara dah dia cuba tp masih belum berhasil.

ain zuraini said...

aminn...saya pun sedang mencuba tapi belum try buah zuriat tu lagi..parents saya ade beli semasa mengerjakan haji thn lps..mudah2an yek....aminnn..

d'nuraini said...

salam..maaf sy bertnya ya..bet0i ka free??mcm mn nx amik kat akak??

CutieLiesa said...

waaa..bagusnya...but nk tnyer...cam ner gunanyer tu....n ada sape2 yg ade pglmn guna????

TiNie said...

kak jiey..saya nak!!!!!!!!!..harap2 masih sempat emel...nnt sy emel yer..tp entah boleh ke tidak pos..kan sy ni orang jauh..org sabah..kak jiey rasa boleh x?

MaMaNuRiN said...

mmg stressful jiey, teruk sgt rasanya..