Monday, August 22, 2011

Hari-hari terakhir Ramadhan..

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk berpuasa penuh walapun malamnya memang melepek kepenatan.. :-)
.
Rasanya, perkara utama yang dinanti menjelang lebaran bukanlah sambutan hari raya itu sendiri.. Tetapi peluang bertemu dengan kaum keluarga dan ayahbonda..
.
Ceria benar suara Mommy & Abah bila mengetahui anak-anak akan pulang beraya.. Walaupun bukanlah pada hari raya pertama kami dapat berkumpul, sekurang-kurangnya sireh tetap pulang ke gagang..
Rayyan Ariff mungkin masih belum mengerti keriangan berhari-raya. Yang dia tahu, gembira kerana dipakaikan baju baru.. Gembira dapat bertemu atuk dan nenek di kampung.. 
.
Anak lelaki berbaju melayu dan sampin memang handsome.. Harap2 nanti leh tengok anak perempuan berbaju kurung plak.. :-)
Sewaktu mencuba baju rayanya, betapa segak anak bujang itu dengan warna kulit yang menonjol dek warna baju yang kontra. Comel. Tambah comel bila bersampin. Namun sayangnya, anak Mama masih belum dapat berjalan sendiri.. Semoga ada peluang untuk kami menyaksikan langkah-langkahmu tanpa bantuan suatu waktu nanti..
.
Bibik juga mula bersuara ceria.. Bagaikan tidak sabar mahu pulang ke kampung. Niat di hati ini, selain daripada biskut raya dan sehelai baju kurung, mahu juga diberikan duit raya buat belanjanya di kampung nanti.. Namun entahlah, masih berjauh hati mungkin.
.
Semalam sahaja, sebaik jam menunjukkan jam 9pm dan saya sudah lena beradu, tegar sahaja dia melepak diluar rumah bersama security guard. Dan hubby memaklumkan, sehingga jam 1am dia diluar.. Patutlah tidurnya terlajak-lajak.. Saya pula yang mengejutkannya jam 5am untuk bersahur sebaik makanan siap terhidang.. Makin hilang rasa hormatnya pada majikan agaknya..
.
Arhhh biarlah.. Andai ditegur, dua ke tiga hari mogok tidak mahu bercakap. Untuk seorang anak bernama Rayyan Ariff, Mama sabarkan sahaja.. Diam bukan bererti kalah, namun sekadar tidak mahu mengingatkan rasa marah.. 
.
Kembali kepada cerita hari raya, ada sesuatu yang saya benar-benar nantikan menjelang lebaran ini.. Semoga impian yang satu itu menjadi nyata.. Semoga dipermudahkan segalanya.. Aminnn.. 

7 comments:

Elyn Sani said...

selamat berpuasa jiey!!

Pnut said...

peel bibik awak macam peel bibik lama akak yang kitaorg hntr pulang... tak koser layan.. kalau tegor 2-3 hari masam muka, siap nangis, bercerita keliling rakan dia kita marah dia, padahal peel hazabbbb..

Alhamdulillah ada hikmahnya.. dpt pengganti yang elok lagi dari dia..

Intan and The Boys said...

alhamdulillah..jiey dapat berpuasa penuh ya. kagum kita.

:)

yatie chomeyl said...

banyok pel lal pulok bibk ni jiey deh. harap2 Allah peliahra sokmo la abe Ian.

mama akid said...

salam k.jie..lama rasanya tk menyapa dlm blog ni...rindu pada ian n mamanya...selamat berpuasa n menyambut hari raya yang bakal tiba nnt...

Rizziela said...

mesti bestakn Rayyan nak sambut Aidilfitri...segak berbaju melayu

transformed housewife said...

dah buat perangai ye bibik Jiey. Keno jugok tegur tu nanti. Susoh pulok ko Jiey