Monday, August 8, 2011

Jangan berkira tentang keperluan~

Daripada sesi fisioterapi yang lalu, dua perkara yang kami dapat. Satu berita baik dan satu lagi, yang sangat tidak sedap didengar. Berita baiknya, keseimbangan badan Rayyan Ariff semakin baik.. Langkahnya lebih seimbang dan teratur..
.
Manakala yang tidak enak didengar adalah struktur kaki Rayyan Ariff apabila berdiri semakin teruk.. Postur yang tidak bagus itu akan menyebabkan dia sukar untuk berjalan sendiri.. Cara untuk memperbaiki keadaan itu adalah dengan memakai sepasang kasut khas ataupun meletakkan insole di dalam kasut biasa. 
.
Kali ini, kami tidak berlengah lagi.. Keesokan harinya, terus sahaja bergerak ke pusat khas prostestik dan orthotik di Cheras. Setelah kaki Rayyan Ariff diukur, kasut yang sesuai dicadangkan. Memandangkan Rayyan Ariff perlu memakai kasut tersebut di sepanjang masa kecuali waktu tidur dan mandi, manakan cukup sepasang. Takkanlah mahu bergilir pakai indoor dan outdoor..
.
Lalu kami mengambil keputusan untuk membeli sepasang kasut dan insole.. Jumlah harga? RM1000.00!!
.
Mengenangkan hari raya yang bakal menjelang, hati mana yang tidak ralat memandangkan jumlah yang sama pastinya boleh digunakan untuk persiapan hari raya.. Baju raya, kuih-muih, budget duit raya dan sebagainya.. Namun untuk seorang anak, segala rasa bertukar menjadi redha.. Redha di atas ujianNya..
.
Dan di dalam kegusaran ini, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.. Syukur Alhamdulillah, hari ini, kami menerima satu berita gembira.. Syukur Ya Allah.. Engkau gantikan dengan jumlah yang lebih besar daripada redha yang kami berikan..  Sangat mengajar diri ini agar terus percaya pada rahmat dan nikmat redha..
.
Semoga terus-terusan dipermudahkan jalanan kehidupan kami Ya Allah.. Aminnn..
Syukran!
.
 Harimau Malaya dok sibuk nak angkat ampaian kain.. :-)

5 comments:

yatie chomeyl said...

moga Allah murohkan sokmo rezeki jiey sekeluarga. yeay, lepas ni koho laju la abe ian jale

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah...
Kita 'hilang' sedikit tapi di sebaliknya kita 'terima' lebih.Rezeki untuk anak-anak kita sentiasa ada kan jiey?Insyaallah...
Semoga dipermudahkan segalanya.

me suya said...

mesti berita gembira psal penjawat gomen dpt bonus eyh..alhamdulillah kak jie.. rezeki ian

Puteri Nuur At-Terawis said...

Mama Jiey,

Itulah duit bonus yang Mama dapat utk kasut Ian :)

Alin Marlini said...

Hati seorang ibukan..mesti dahulukan anak2