Friday, August 12, 2011

Kental dan lembutnya hati lelaki..

~Banyak yang ingin saya coretkan namun tiada kesempatan.. Di rumah, usai berbuka dan bersolat maghrib, saya sudah berbaring kepenatan. Benar-benar penat.. Dan dari detik jam 8 lebih itu, bisa sahaja saya lena sehinggalah jam melewati 4.30am sebelum bangun bersahur. Kebiasaannya, itu jugalah ruang untuk saya menunaikan solat Isyak.. Solat terawikh memang entah ke mana..
Tidak mengapalah.. Sekurang-kurangnya tuntutan wajib yakni berpuasa masih dapat saya penuhi.. Membawa satu nyawa di dalam Rahim memang alang kepalang tugasnya.. Dan sememangnya saya bertarung dengan kepenatan dan kesakitan sepanjang membawa Baby RA kali ini berbanding Rayyan Ariff yang lalu.. Bersama Rayyan Ariff, lebih kepada pertarungan emosi..   
Berbalik kepada tajuk, kental dan lembut boleh seiring ke? InsyaAllah.. =)
Fitrah seorang lelaki sering dikaitkan dengan kuat semangat dan kental bukan? Namun saya rasa, kelembutan juga boleh kita temukan pada mereka..
Sebagai contoh, sewaktu pertemuan bersama keluarga superkids yang lalu, saya dan Zali, babah Aiman berbicara tentang jangkahayat.. Lebih tepat, tentang persepsi umum bahawa jangkahayat anak-anak istimewa adalah lebih rendah daripada anak-anak tipikal.
Seiring itu, tanpa terduga, sepotong ayat keluar dari mulut Babah Aiman, “Orang selalu kata camtu.. Ishhh, babah takleh bayang kehidupan takde Aiman.. Taknaklah.. Biarlah selamanya Babah jaga Aiman..”
Pernah sekali, Zali mengeluarkan kata-kata yang cukup menyentuh jiwa di FBnya.. “Kalau airmata dapat menyembuhkan Aiman, babah sanggup menangis sampai buta mata..”
Sebenarnya, bukan hanya babah Aiman.. Malahan saya rasakan, ayah, daddy, Abi dan mereka-mereka yang seangkatannya juga punyai kelembutan hati yang satu itu.. Antara terlihat jelas ataupun tidak..
Untuk Ayah kepada Rayyan Ariff, dia bukanlah jenis yang cenderung berkata-kata dengan nada yang puitis.. Namun saya cukup pasti, kelembutan dan kekentalan itu sebati bersama..
Setiap kali  dia tertawa melihat telatah Rayyan Ariff, pasti akan terucap dari mulutnya, “Sayang anak ayah..”
Setiap kali pulang dari pejabat sepanjang bulan puasa ini, walau waktu sudah lewat, dia tetap tegar membawa Rayyan Ariff membonceng motosikal dan apabila saya melarang kerna melihat dia yang berjalan berdengkot-dengkot sambil mendukung Rayyan Ariff, pasti sahaja dia menjawab, “Biarlah… Dia dah bosan kat umah.. Bawak la jalan-jalan..”
Sebenarnya, kasih sayang itu terlalu subjektif untuk digambarkan dengan kata-kata.
Sewaktu di Lumut tempoh hari, saya sempat bertanya kepada En.Hubby, “Apa yang abang rasa bila orang tengok-tengok Rayyan masa kita bawak dia berjalan?” Sebenarnya, soalan ini datang dari rasa marah saya yang benci pada mata-mata liar yang merenung pelik Rayyan Ariff sewaktu kami di Teluk Batik siang sebelumnya..
“Takde rasa apa-apa..” Jawab En. Hubby ringkas..
“Bukanlah.. Maksudnya, masa orang tenung Rayyan semacam je, dalam hati abang pikir apa??” Masih tidak puas hati.. Tidak ada rasa marahkah dia?? Getus hati kecil saya..
“Takde rasa apa-apa.. Biarlah orang nak tengok.. Abang bangga dengan anak abang.. Tiga, empat hari ni, ke hulu ke hilir abang bawak dia masa adik gi kerja.. Puluh-puluh dah agaknya mata yang tengok dia cam pelik.. Biarlah orang nak pikir apa.. Yang penting kita happy..” Jawabnya bersahaja tanpa sebarang perasaan..
Walau riaknya kosong tika berbicara namun kata-katanya menusuk ke dalam jiwa. Dalam kekentalan itu, ada kelembutan kasih sayang seorang ayah..
And for that, not just I’m thankful for Rayyan Ariff, but also for Alimin!! Kudos to all fathers of special needs child.. =)
Dua hero saya.. =)

2 comments:

insan kerdil said...

biar pun pada fitrah nya.....kan sentiasa rela berpayahan....menjadi benteng...dalam mempertahankan keluarga......

namun...sebetah mana lah....seorang bapa mampu untuk menyaksi.....permata hati yang menjadi kesayangan.....ada juga waktu ketika nya....seperti berjuang bersendiri.....

dan sedaya mana lah....seorang suami akan mampu menahan rasa....pabila menyaksi seorang isteri....dilingkari perasaan tidak menentu...yang seperti nya tidak pernah berkesudahan....

biar pun begitu....dalam lengkap melengkapi.....pabila salah seorang nya lemah....yang kuat perlu membentengi yang lemah....sehingga yang lemah itu kuat kembali....

kekuatan tidak datang 'hari ini'....hanya kerana berlalu nya 'semalam'.....namun kekuatan perlu datang untuk 'esok'...dalam kembara ke alam abadi...untuk yang tersayang...dan yang menyayangi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Mrs. Simplicity said...

suka2 entry ni! nanti nak soh wan baca :p