Tuesday, August 23, 2011

Semuanya tentang bulat~

Semenjak Rayyan Ariff mula mengenali dan melukis bentuk bulat, semua benda berbentuk bulat menarik perhatiannya.. Beberapa hari yang lalu, saya sengaja merangkak mengikuti pergerakannya ke meja makan. Tiba-tiba sahaja dia menarik tangan saya dan menunjukkan corak yang ada pada tikar yang mengalas meja makan..
.
Jejari halusnya mengikuti corak bulatan yang ada pada permukaan tikar sambil mulutnya berbunyi-bunyi.. "Oh bulat.. Ian kenal bulat yea.." Kata saya kepadanya..
.
Begitu juga sewaktu berbaring di katil. Jejarinya ligat mengikut corak bulat yang ada pada comforter sambil mulutnya membunyikan perkataan bulat dengan bahasanya yang tersendiri..
.
Bulat yang menarik perhatian~
.
Terkini, Rayyan Ariff asyik mengibar jalur gemilang. Sewaktu kami ke Sogo minggu lalu, kebetulannya ada pemberian jalur gemilang secara percuma.. Kali pertama melihat bendera kebangsaan itu, Rayyan Ariff tidak tahu apa yang perlu dibuat. Hujung batang bendera yang dibuat daripada plastik itu asyik digigitnya..
.
"Ian, ni flag.. Tgk mama buat.. Tanggal 31, bulan 8, 57.. Hari yang mulia, hari bahagia..." Saya bernyanyi sambil tangan mengibarkan bendera tersebut.. Seterusnya, saya menghulurkan bendera tersebut kepadanya.. Dengan mulut yang bernyanyi di dalam bahasa yang tidak saya fahami, tangan Rayyan Ariff rancak mengibarkan jalur gemilang..
.
Walau Rayyan Ariff masih jauh untuk mengenal erti kemerdekaan, sekurang-kurangnya, dia tahu apa yang perlu dilakukan bila melihat jalur gemilang.. :-)

5 comments:

Noina said...

hehe..sure comel je rayyan kibar bendera.. :)

Yaati Nor said...

sya dapat rasakan 1 hari nnt ian boleh berjalan sendiri. mgkn bila adiknya ada nnt. kita doa2kan nya insya Allah.

Eliss said...

kena beli donat la, mesti ian suka :)

nuha panggil bendera, merdeka ;) dulu 1 malaysia :p

Lynn Abd Latib said...

pandai anak aunty yek..

bila balik kelate jiey ??

leya_zaini said...

hoho... bless him. rindu plak aunty kat ian nih... lama betul x tgk ian tu yg dtg jengah nih... pe pun semoga syawal kali ni beri sinar baru dlm kehidupan ian n kuarga... aunty doakan segala yg terbaik wat ian n baby......