Friday, December 4, 2009

Lafaz Alhamdulillah dan Allahuakbar itu..

Memandangkan kali terakhir kami berjumpa Dr. Sofiah pada bulan Ogos, sepatutnya temujanji kami adalah pada bulan November. Namun kerana kami baru sahaja memabawa Rayyan Ariff bertemu Dr. Yong di PMC, kami tangguhkan dulu temujanji dengan Dr. Sofiah..
.
Oleh kerana selsema dan batuk Rayyan Ariff yang semakin teruk, saya mengambil keputusan untuk membawa dia ke SDMC semalam. Sudah lebih seminggu batuk dan selsema ini berlarutan.. Kasihan pula melihat tubuh kecil yang kelihatan penat setiap kali terbatuk-batuk.
.
Temujanji berjalan lancar sahaja. Berat Rayyan Ariff juga menunjukkan peningkatan. Tinggi pula tidak pernah menjadi masalah kerana anak ini tergolong dalam kategori tinggi. Harap-harapnya, ia kekal sahaja begitu.. Jururawat yang mengambil ukuran berat badan Rayyan Ariff juga menegur bahawa badan Rayyan Ariff sudah lebih 'kuat' sekarang.. Dan saya membalas dengan senyuman tanda syukur..
.
Rayyan Ariff memulakan pertemuan dengan Dr. Sofiah dengan senyuman yang sudah sinonim dengannya. Lebihnya kali ini, dia juga menyapa Dr. Sofiah dengan salam dan mencium tangan Dr. Sofiah.. Harus sahaja Dr.Sofiah gembira dengan peningkatan yang ditunjukkan Rayyan Ariff.
.
Sesudah diperiksa, kami berbincang tentang progress Rayyan Ariff dan juga tentang lebih banyak cara untuk memajukan Rayyan Ariff. Dr. Sofiah menyatakan bahawa Rayyan Ariff mempunyai daya fokus dan pengamatan yang tinggi bagi anak-anak sepertinya. Makanya, anak ini mempunyai potensi untuk diajar dengan lebih banyak perkara. InsyaAllah, akan kami gigihkan lagi berusaha.. =)
.
Lafaz Alhamdulillah dan Allahuakbar yang diucapkan oleh Dr.Sofiah berulang kali sememangnya mengundang keinsafan dan rasa keterharuan di hati. Ia mengingatkan kami untuk terus memanjatkan kesyukuran kepadaNya di atas rahmat dan nikmat yang tak ternilai ini..
. Rayyan Ariff terlena kepenatan setelah diberikan nebulizer. 3 orang yang bertindak memegang anak ini bagaikan 'kalah' dengan kekuatan anak kecil ini. Kasihan pada salah seorang jururawat pelatih yang menjadi mangsa tendangan Rayyan Ariff. Dari awal prosedur sehinggalah segalanya selesai, Rayyan Ariff tidak berhenti-henti meronta dan meraung.. Sungguh dia kuat! =).
.
Seterusnya kami singgah di McDonalds memandangkan perut yang sudah berkeroncong. Lagi pula, pastinya akan mengambil masa kalau mahu memasak setelah sampai di rumah nanti..
.
Happy.. Tepuk2 tangan coz dapat makan.. :P
.

Prosperity burger mama.. Terima kasih Mak E!!
.
Kami meninggalkan rumah pada jam 1230pm dan hanya tiba di rumah jam 800pm.. Penatnya hanya tuhan yang tahu.. Susah sebenarnya berjalan hanya berdua dengan anak kecil. Hari ini, mahu bermalas-malasan sahaja.. Penat!
.
P/s - Parking SDMC jauh nar.. Penat mokcik tolak stroller naik bukit. Dahlah masa nak balik tu hujan.. Jalan jam bangat. Korang rasa, kalo kete Kancil park kat valet parking, kena gelak tak?? Next time nak buat la..

12 comments:

Shida said...

Semoha tuhan mempermudahkan segala urusan Rayyan...tabahkan hati dan teruskan usaha utk rayyan..

izzahazfar said...

syukur ya kak...alhamdulillah...

Erni Aziz said...

suker ian dpt makan mcd erk??haiiihh...budak kecik ini sgt chumelll..ala..parking jer jiey...kancil pun kete gakkk..huhuhuhu

Elyn Sani said...

jiey kalo darurat parking je kat valet tu. i dulu pun selamba katak park kelisa ekekeke. org lain park kete besar2... ai park kete kecik2. gegeeg

yatie chomeyl said...

sie ko mokcik keno exercise tolak stroller jauh2, tp sumo tu berbaloi bilo tgk abe Ian senyum hensem kan?

A.I said...

jom bermalas-malasan sekali! aku pon penat...huhuhu...

Mrs. Simplicity said...

kagum dr sofia dgn ian tu yg tak henti ucap allahuakbar dgn alhamdulillah.

bagus ian nangis time neb, lagi cepat elok. sape la nurse yg bertuah kena tendangan anak bujang ko tuh. eheh

takpe2, aku nmpk kancil kaler itu, aku tau dah ko. so aku ok je. :D

joegrimjow said...

nanti balik nak blanje die makan
ok?

mak ayah die...
erkk
xyah la
;)

Syaz said...

jiey parking je kt valet...bukan x bayar...saya kalau travel sendiri dgn anak mmg g valet je...lantak la org nk kata pe..

Unknown said...

yea.. ryan dah makin bijak..
best2.. alah jiey, pedulik lah org nak gelak.. bkn d0rang tahu/nmpak sape punye kete.. kalo nmpk p0n dulik ah. wat b0d0 jer.. ;P

Farah said...

park je jiey..saya pernah buat! hahaha nasib la..tak larat nak park jauh2..jenuh nak jalan kaki.

kuatnye ian sampai 3 orang kena pegang.

Intan and The Boys said...

:)
mcd sedap!

hahaha.
awat la bg komen camneh.
oh, Ian sangat kuat okeh!