Friday, January 1, 2010

Segala cinta yang ada (II)

Entri pertama di tahun 2010. Kesinambungan dari entri Segala cinta yang ada..
.
Awalnya, saya bagaikan tidak bersemangat untuk membuat recap 2009.. Namun memandangkan ianya tahun yang membawa seribu kisah bahagia buat kami sekeluarga, lantas saya rasakan ianya perlu walaupun ianya tidaklah terperinci seperti tahun 2008..
.
Alhamdulillah, 2009 berlalu dengan membawa pelbagai catatan cinta untuk kami sekeluarga, walau ada juga terselit beberapa kisah duka.. Tahun yang lebih merapatkan saya dan teman-teman juga.. =)
.
Secara amnya, inilah kenangan tahun 2009 kami;
.

Family vacation to;
.

Cameron Highland
.

and Langkawi..
.
Bibik menyertai keluarga kecil kami.. Alhamdulillah.. =)
.
Dua ujian dijalankan ke atas Rayyan Ariff, EEG dan BAEP dan keputusannya;


EEG - ada imbalance brain waves dan mild seizures yang mengganggu perkembangan Rayyan Ariff.
.

BAEP : Profound for left ear and severe hearing loss for right ear.. He can only detect sounds at certain frequency level..
.
Rayyan Ariff juga menunjukkan banyak peningkatan dari segi fizikal:
.

Better head controls.
.

Managed to finish a bottle of milk by himself
.

First physiotherapy session with Ms Sarjeet.. If we had found her earlier, mungkin perkembangan fizikal Rayyan Ariff akan lebih pesat.. Sadly to say, kami hanya berjumpa Ms Sarjeet pada usia Rayyan Ariff sudah 11 bulan.. Banyak peningkatan yang Rayyan tunjukkan di bawah bimbingan Ms Sarjeet..
.

Semakin cheeky.. Gigi pertama pada usia 12 bulan.. =)
.

Rayyan can officially sit without support at the age of 13 months..
.

Pertama kali berdiri tanpa dipegang pada usia 15 bulan..
.
Dan banyak lagi yang boleh dirujuk pada entri: Milestone Updates
.
Sambutan hari lahir Rayyan Ariff yang pertama
.

Moody kerana mengantuk..
.
Hari ulangtahun kedua perkahwinan kami
.

.
Berpindah ke rumah sendiri

.

.
Lebih waktu bersama keluarga dan teman2 kerana saya bercuti tanpa gaji..
.


.
Dan bakal ada pertambahan ahli keluarga yang akan berlaku nanti..Alhamdulillah..
.

.
Segala kenangan yang tercipta akan terus terpahat meskipun 2009 telah pergi meninggalkan kita..
.
Dan hari ini, 1 Januari 2010, merupakan hari lahir seorang insan yang sangat penting didalam hidup saya;


HAPPY BIRTHDAY MOMMY!! SEMOGA BAHAGIA SENTIASA MILIK KITA!!

.


Terima kasih cinta untuk segalanya..

4 comments:

Marsha~ said...

sayu pulak hati ini... ye jiey, semoga ada sinar paling indah utk rayyan menanti pada tahun ini.. amin....

Ummi Alisya said...

hepi new year jiey. semoga 2010 lebih baik dari 2009...

MelissAziezul said...

Happy 2010...may all that we dream will come true...insyaAlah...(^_^)

Mrs. Simplicity said...

ade pun recap 2009. lg best sebab ade gambar sekali :)