Thursday, March 4, 2010

Mencari masa yang sesuai untuk segalanya..

Saya kembali menjadi sebahagian dari warga kota yang sibuk membelah kedinginan pagi, menyusur kaki lima stesen LRT Masjid Jamek sebagai laluan ke pejabat.. Saya kembali meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain kerana mengejar keselesaan hidup. Penat.

Memandu ke pejabat juga lebih kurang sama sahaja lelahnya. Kesesakan lalulintas di mana-mana. Kaki penat menekan pedal brek dan tangan lenguh menukar gear.

Tapi itulah rutin. Segalanya kembali menjadi rutin harian.

Setelah sekian lama bercuti, 'sambutan' dari teman-teman sepejabat adalah pelbagai. Namun yang paling tajam adalah soalan yang tidak berlapik, "Sudah pandai apa Rayyan? Sudah boleh buat apa Rayyan?"

"Alhamdulillah banyak perubahannya. He's on his way to walking.."

Ringkas. Tidak mahu mengulas panjang kerana saya kurang selesa. Lagipun, walau ada yang ikhlas bertanya, pasti juga ada yang punya maksud tersirat bukan. =)

Peningkatan yang ditunjukkan Rayyan Ariff tidak seharusnya menjadi ukuran keberkesanan cuti saya selama enam bulan. Alhamdulillah kerana sudah menjadi rezeki kami, Rayyan Ariff menunjukkan peningkatan yang bukan sedikit. Tapi seandainya dia tidak menunjukkan peningkatan sebegini rupa, bolehkah cuti 6 bulan saya dikategorikan sebagai membazir??

There's no such things. Meluangkan masa bersamanya adalah momen yang paling indah. Selebihnya, satu anugerah..


Kini, saya tidak punya kelebihan itu lagi. Masa untuk Rayyan Ariff hanyalah pada waktu malam yang singkat kerana dia sudah mengantuk dan badan saya sendiri pun sudah penat. Saya terpaksa bergelut dengan tempoh waktu yang tidak akan pernah cukup dalam masa sehari..

Saya juga mencari masa yang sesuai untuk menghadap blog namun hampa. FB juga sudah tidak dijenguk lagi. Apa yang anda tatap untuk hari-hari sebelum ini adalah scheduled entry. Terima kasih di atas comments dan cadangan yang diberi. Sangat-sangat saya hargai. InsyaAllah saya akan cuba mencari waktu yang kelapangan pada hujung minggu nanti untuk membalasnya.

Harus berhenti, Rayyan Ariff sudah memanggil-manggil. =)

10 comments:

kak zue said...

salam jiey..guna keta auto tak letih sgt drive.

baru tgk 'auuuu' ian pg ni...hihihi..menggoda jer bunyinya.

Elyn Sani said...

mmg kalau dh berkerja ni.... hari2 terkejar nk balik awal nak main ngan anak. dapat spend 4@5 jam je main ngan anak. bile die dh tido tgk muke cam sayu je kan jiey??

MAMAFAWWAZ said...

jangan berhenti tulis blog..saya tak puas baca citer tentang rayyan...saya mau lagi.

Eliss said...

bestnya kalo dapat ngadap muka anak hari-hari.tapi skang ni, aku bantai tido jer pantang waktu terluang.anak plak main conteng2 kaki dan badan sekali pun tak tersedar.huhuhu

izzahazfar said...

kak..suami zah selalu pesan...usah fikirkan apa org kata bila zah mengeluh tentang sesuatu perkara kpdnya..dan zah rasa zah juga perlu katakan begitu pada akak...akak akan stress biler org bertanya sdgkan maksudnya lebih sinis....

*zah juga seperti akak...waktu mlm yg singkat utk bermain dgn akmal...dan yg singkat itu jugalah zah gunakan sebaiknya...kalau rindu sgt..waktu mlm masa akmal tidur la zah gomol dia...hehhe...dan zah rasa dekat biler akmal suker tido atas badan zah...

*zah rasa 6 bulan yg akak guna utk bercuti mmg menunjukkan banyak kelebihan pada ian kan!saya bangga dgn akak tau!

mummy_adam said...

yeay, ian dah nk pandai jalan :)

joegrimjow said...

slamat pagi rayyan

haha
dah smkin hensem da

Unknown said...

alah jiey..
jgnlah amik hati dgn pertanyaan diorang..
sbb jiey cuti lame jd diorang p0n lame x dgr info perkembangan ryan.. mayb diorang nak tahu perkembangan n semangat ryan yg clever.. pasti diorang p0n happy bile dgr ryan makin maju dr yg disangkakan.. smoga ryan lbih maju lg..
chaiyok ryan..

Marsha~ said...

saya selalu tgk muka rayyan senyum masa sy ngandungkan ariq dulu.. no wonder skrg ariq murah senyuman.. terikut rayyan ni agaknye..hehehe..rayyan sgt manisssssssss dgn senyuman dan lirik mata dia tu!

yatie chomeyl said...

wpon oghe x pehe gapo2 pasal gmbr CTg scan tu, ore yakin sokmo2 yg abe Ian meme seorang anak yg 'kuat' macam mama dio. he'll bring more & more good news and great surprises to u, trust me ;)