Sudah lama tidak singgah ke blog sendiri kerana kesuntukan waktu. Ok, alasan yang cliche.. Tapi itulah kenyataan.. =)
Semalam, kami sekeluarga berpeluang ke rumah Ina di Bukit Beruntung untuk upacara makan-makan yang sepatutnya diadakan di Tapah. Namun kerana ramai yang tidak dapat turut serta, maka rancangan asal pun bertukar. Majlis ini sebetulnya memberi ruang untuk kami berbincang tentang perancangan percutian ke Teluk Senangin pada 30 April nanti. Namun apalah daya, saya dan keluarga tidak dapat turut serta kerna hubby punya acara lain pada tarikh itu.
*Makcik tak heran! Check entry last year, makcik pun dah tulis, makcik dah agak yg there wont be any special things happening on our anniversary.. busy memanjang!*
Ina with Nabila, Ida with Aiman and me with Ian.. Lupa nak amik gambar ngan Ita.. =P
Pulang bersama car sticker for my superkids' club member.. =)
Walaupun tidak semua keluarga yang dapat hadir, namun malam kami tetap meriah dengan menu yang pelbagai dan juga dengan lawak babah Aiman yang tak pernah kering idea untuk menggamatkan suasana. Berbicara dengan Ina juga bagaikan melepaskan sedikit 'rasa' yang terbuku di hati.
Oh, semalam juga saya berperang dengan tuan kecik kerana dia bersungguh-sungguh menolak nasi. Yang menjadi pilihannya semalam ialah Sosej, satay, dan potato wedges. Berselera sungguh Rayyan Ariff menghabiskan makanannya dan dengan kuantiti yang bukan sedikit.. Fuhh selera mat saleh rupanya!
Pertemuan yang singkat, namun hati pulang dengan rasa gembira yang bukan kepalang.. Anak-anak, Mama Jiey bersyukur kerana kita semua dipertemukan.. =)

6 comments:
hi jiey...
dah nama pun ian mestilah selera mat saleh..kulit plk putih gebu..hihihi..
ibu2 yg comel kt atas tu..
seronok baca entri ni. :)
yeah..enjoy kan..Ian, jgn serik tau dtg umah Nabila..hehe..Nanti Nabila wat besday nanti dtg tau..:)
jiey, thanks yek lauk pauk..banyak betul masak.. :) pagi smlm..kami perabih semua lauk..hehe.. Si Zali asyik dok puji je Jiey masak..hehe..
hehehe. Ian selera mat saleh ye.
meh datang umah auntie plak. auntie masakkan masakan orang puteh kat Ian ok!
:)
abe Ian lidoh western gitu hehe
wah Ian memilih yer...
leh kawan ngan akmal...nasi putih lambat sikit..tp kalau nasi bewarna laju ajer..heheh
Post a Comment