Sering hati saya tertanya, untuk setiap anak istimewa, fahamkah mereka tentang ikatan yang terjalin antara satu manusia dengan manusia yang lain?
.
Contoh yang paling mudah, adakah Rayyan Ariff tahu bahawa saya ibunya? Adakah Rayyan Ariff tahu bahawa hubby adalah ayahnya? Bagaimana pula dengan mereka yang lain di dalam keluarga kami? Atuk, Nenek, Wan, Tok dan lain-lain.. Tahukah dia tentang hubungan kekeluargaan yang terjalin?
Ada rasa syahdu yang memenuhi ruang hati sewaktu entri ini ditaip. Saya tahu, "rasa" yang ada di antara kami adalah kuat. Kasih sayang yang memenuhi ruang rongga ini terpamer apabila kehadiran saya dalam hidupnya dan kehadiran dia di dalam hidup saya saling memenuhi dan melengkapkan.
.
Seringnya dia tercari-cari apabila saya tiada. Seringnya saya kerinduan apabila dia tidak di mata. Itulah cinta yang mengikat.
.
Namun ianya tidak cukup untuk menjawab persoalan yang bermain di dalam hati ini. Lalu saya hamburkan segalanya pada mommy..
.
.
"Bukankah mommy pernah bercerita, kisah seorang anak istimewa berusia 4 tahun yang kelihatannya hanya berada di dalam dunianya sendiri sewaktu mommy ke majlis kenduri kahwin tempoh hari. Apabila emaknya menyerahkan anak kecil itu kepada neneknya minta dipegang kerana tiba giliran emaknya mahu menjamu selera, dia mengamuk dan marah-marah. Tahu sahaja dia itu bukan emaknya. Samalah juga dengan Rayyan Ariff.. Naluri antara anak dan ibu itu sukar ditafsir.. Rayyan Ariff kan bijak.." Kali ini jawapan mommy lebih panjang.

"Tentulah dia tahu kamu ibunya. Dia juga punya naluri.. Sering dia dambakan kehadiranmu di dalam hidupnya.. Itukan sudah menjadi bukti.." Kata mommy memberi pandangan.
"Hmm.. Mungkin dia mahukan kehadiran saya senantiasa kerana dia sudah terbiasa. Kerana seringnya saya ada untuknya. Menghiasi ruang hidupnya sedari awal kelahirannya.. Kebiasaan menjadikan seseorang itu menyayangi.. Sebagaimana kasih seorang anak angkat kepada ibu angkatnya.. Walaupun darah yang mengalir tidak sama, namun kerana kasih yang tercurah, segalanya menjadi "rasa" yang sama." Saya membalas.. Masih dengan curiga di hati...
"Bukankah mommy pernah bercerita, kisah seorang anak istimewa berusia 4 tahun yang kelihatannya hanya berada di dalam dunianya sendiri sewaktu mommy ke majlis kenduri kahwin tempoh hari. Apabila emaknya menyerahkan anak kecil itu kepada neneknya minta dipegang kerana tiba giliran emaknya mahu menjamu selera, dia mengamuk dan marah-marah. Tahu sahaja dia itu bukan emaknya. Samalah juga dengan Rayyan Ariff.. Naluri antara anak dan ibu itu sukar ditafsir.. Rayyan Ariff kan bijak.." Kali ini jawapan mommy lebih panjang.
. Rayyan Ariff yang menangis sewaktu mama "meninggalkan" dia untuk sementara, sekadar untuk mengambil gambar sahaja sudah meraung! :P
Mungkin juga kata-kata mommy benar. Dan seandainya pada masa ini Rayyan Ariff masih belum dapat memahami ikatan antara seorang ibu dan anak sekalipun, saya yakin nalurinya punya 'rasa' yang kuat apabila bersama saya. Kerana pertalian yang ada, terjalin sedari dia masih janin lagi..
.
Anak ini yang saya bawa ke mana-mana sahaja untuk tempoh 30 minggu dan 2 hari. Setia di dalam rahim saya.. Sepanjang waktu itu, dialah yang berada paling hampir dengan hati saya. Mendengar setiap denyutan jantung saya yang berdegup.. Merasai setiap kesedihan dan kegembiraan yang ada di dalam hati saya saat itu. 30 minggu dan 2 hari..
.
Itulah istimewanya jalinan kasih antara ibu dan anak..

16 comments:
awatlah jiey pepagi demo wat kawe sebak nak kelik dumoh weii..ciannya tengok muko Ian nangis..mama dia wat krenak yer..huhuh...jiey klulahh ore nie jutawan mau org duk umah jaga anak kan jiey..betul tak jiey?
isk...isk...
kite bergenang2 air mata tau. sebab kite ni kaum ibu gak kan. tau camne perasaan jiey.
betul kata mommy jiey tu... ikatan dan naluri antara ibu dan anak sangat sukar untuk ditafsir....
aish..
menangis pun comel ian nih ^_^
Jiey..sebak pulak baca entry ni..terpikir2 pulak..Adakah nabila juga sama seperti Ian? Cam dalam gambar tu?
Huhu..tak taulah klu Nabila sendiri tak tahu siapa ibunya. Sedih amat2..
jiey..semua anak,sempurna @ istimewa tidak faham ttg ikatan ibu anak itu..
tapi yakinlah mereka tahu siapa ibu mereka,ayah,kakak,abg,adik etc.mereka tahu kita sayangkan mereka..itu kan lebih penting.
itu budak kecik, nangis macam kena tinggal dgn awek..siannyer nengok.
hubungan yang x reti nak explain, sgt luarbiasa....tp ade gak yg tak menghargainya kan...buleh dia letak janin tu dlm balang mcm jeruk buah.....gerammmnyerrrrr
Jiey...
Lama rasanya ummi tak komen kat sini... buzy ler...hehehe...
N3 kali memang sedih ler Jiey... Pada ummi ler anak yang dikandung seorang wanita tu tau ikatan kasih sayang itu sejak dalam perut lagi. Walaupun dia tak tau bersuara tapi dia tau betapa pentingnya org itu dalam dirinya! Pernah ummi baca 1 naskah semasa ummi dalam labour room menanti kelahiran Husna... Dalam naskah tu, ada mengatakan bila seorang bayi tu lahir malaikat akan mengenalkan bayi itu yang ini adalah ibunya...(tp, bukanlah dia cakap "ibu" dia tulis kat naskah tu malaikat kecil di dunia)... Kesimpulannya bayi itu dapat rasakan ikatan yang kuat!
adeh..syahdu plak bila baca ni..terus teringat kat anak!
ooowww.. sangat terharu.. kadang2 melihat qila terlalu mesra dan manja dgn neneknya buat sy rasa sgt cemburu.. jiey beruntung, rayyan terlalu manja dgn Jiey.. sy nak rasa spt itu jugak :(
Jiey..
sbb saya x BF Afieq..saya selalu rasa yg bonding antara kami tidak sekuat anak yg BF..
Saya takut kasih sayang die beralih arah ke babysitter yg sgt mnjakan die..dan mnghabiskan masa dgn die lagi banyak dari saya..
Tapi saya silap..he still need me..sbb saya ibunye..
Saya rasa Ian juga sama..mndambakan mama nye kerana kasih syg Jiey pada die tu x berbelah bagi
salam jiey,
pastinya pintu syurga yang bijaksana faham akan rasa yang terjalin.. apalagi dengan ibunya yang mengandungkan dia.. dont worry too much kay!!
ibu dan anak nalurinya tersendiri...huhuhu
mesti la dio kenal jiey tu mama dio. Abe Ian key bijok jiey, sajo dio x sey tunjuk sgt kebijaksanaan dio..bab kato ore qelate, "hero x gaduh alah mano" hehe
sis..
dia sgt cute!!!!!
perasaan ibu & anak walau istimewa mana pun dia ttp ada naluri dia sendiri..sis mmg istimewa sbb tue Allah berikan sesuatu yg sgt istimewa utk sis..tabah sentiasa insyaAllah ada ganjaran yg lebih bernilai utk dia & family sis nanti...tiem percaya mcm mana sis sygkan dia mcm itu jugak dia syg kan sis..
take care...
huhu.. sedihnya.. Jiey ni pepagi buat elly rasa nk nangis tau....
Post a Comment