Sunday, March 28, 2010

Satu kisah masyarakat tentang kehidupan..


Semalam, mommy tiba dari Kota Bharu. Seperti kebiasaannya, rancaklah kami berbual hingga ke larut malam. Ada sahaja cerita yang mahu kami kongsi.. Ada sahaja perancangan yang telah kami buat.. Begitulah kami. Walaupun sudah sering bercerita melalui telefon, namun kami tidak pernah kekeringan modal untuk berbual.
.
Dan pagi tadi pula, mommy bertanya tentang penerimaan hubby tentang kehadiran Rayyan Ariff.. Penerimaan terhadap anak seistimewa Rayyan Ariff..
.
"Biasa-biasa sahaja. Nampak sayang benar dia pada Rayyan Ariff. Kalau mahu ke mana-mana, seringnya dia mahu membawa Rayyan Ariff bersama.." Jawapan saya kepada soalan yang mommy kemukakan.
.
"Itulah kan.. Nampak pun sayang dia pada Rayyan Ariff.." Balas mommy kemudiannya..
.
Sebetulnya, pertanyaan itu hadir kerana cerita yang saya kongsikan dengan mommy semalam. Kisah biasa.. Mungkin ianya hanya satu kisah terpencil dalam masyarakat kita, namun ianya tetap pernah berlaku..
.
Sewaktu saya mahu mula bercuti tanpa gaji tempoh hari, beberapa teman yang baru menyertai jabatan kami mula bertanya tentang sebab penyebab kerana saya memohon untuk cuti tersebut. Dan apabila saya bercerita, seorang teman saya menyatakan kekagumannya tentang kisah kami.
.
Saya sebenarnya tidak faham mengapa perlu ada rasa kagum, kerana pada saya, bukankah menjadi ibubapa adalah berkisar tentang memberi yang terbaik dan berkasih sayang..
.
Lalu teman itu menceritakan tentang satu kisah yang berlaku di kampungnya, yang terletak di sebelah utara semenanjung. Kisah bagaimana seorang anak syndrome down, ditinggalkan di bawah jagaan datuk dan neneknya di kampung kerana ibubapanya tidak dapat menerima hakikat kehadiran si anak yang dikatakan tidak memenuhi takrif kesempurnaan sebagai seorang manusia.
.
Wang untuk perbelanjaan si anak tidak pernah menjadi persoalan kerana anak itu tidak pernah kekurangan dari sudut itu. Namun dia hanya dapat berjumpa ibubapanya apabila tiba musim perayaan ataupun cuti umum. Kerana hanya tika itulah keluarganya akan pulang ke teratak datuk dan neneknya.
.
Kini, anak itu sudah memasuki usia 30an.. Sudah dewasa.. Dan dia masih menetap di teratak datuk dan neneknya walaupun kedua-duanya sudah lama tiada. Dengan pemergian datuk dan neneknya ke Rahmatullah, tiada lagi wajah ibubapanya di teratak yang ditinggalkan.
.
Yang ada kini, hanyalah adiknya yang rajin pulang untuk menjenguk si abang..
.
Itulah kisah yang diceritakan oleh teman saya itu. Sekali difikirkan, mungkin kita akan mengatakan perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dek akal dan fikiran seorang manusia bukan?
.
Namun saya tidak mahu menghukum. Kita tidak tahu apa yang mendorong ibubapa itu melakukan perkara sedemikian. Mungkin kerana, pada masa itu, tiada orang yang dapat menjaga anak itu apabila mereka keluar bekerja. Atau mungkin juga, pada masa itu, penerimaan ibu bapa terhadap anak istimewa adalah berlainan dengan sekarang. Wallahualam..
.
.
Mendengarkan kisah di atas, membuatkan saya benar-benar bersyukur dipertemukan dengan 'keluarga' baru kami ini. Kerana mereka, benar-benar menjadi lambang bahawa, satu kasih itu, tidak memerlukan sebarang kata untuk diutarakan.. Satu cinta itu tidak memerlukan sebarang syarat untuk diisi. Segalanya telah saling melengkapi..

15 comments:

Puteri Nuur At-Terawis said...

JIey,

Sungguh diluar pemikiran mana-mana ibubapa yang tak dapat menerima kehadiran anak istimewa mereka. Kesian budak tu. Minta dijauhkan la.

'Keluarga Baru' adalah kekuatan kita sebenarnya. Bersyukur dipertemukan dengan semua.

Jomlah TS! Tak sabar dah ni :D

kak zue said...

jiey...tu kira okaylah juga..ditinggalkan kpd atuk & neneknya..
zaman sekarang ni lg haru biru..anak sempurna come lote ditinggal berselerak tepi jalan,tepi tong sampah,dlm hutan etc.

CikNon said...

semua yang datang dari ALLAH itu indah kan ... :) ... hikmahnya terlalu banyak, cuma kita kena banyak sabar

Jiey^Mien said...

Mama Put:

Tu la, takde kesedaran sivik kot.. =)

TS tu mmg nk gi sgt2, tgh negotiate ngan Alimin ni.. Dia nak ber candle lite dinner 30hb tu.. Anniversary kononnya.. :P

Tgh pujuk2 nak gi on saturday ni..
=)

******************************************************************************************

Kak Zue:

Itu la.. Dunia ni macam2..
Yg sihat tu buang kononnya anak tak sah taraf..
Yang ni plak, mmg dah tentu nasab keturunannya, tapi still gak buang kononnya tak sempurna..
*sigh*

*******************************************************************************************

Cik Non:

Setuju.. Semuanya bergantung pada cara kita melihat sesuatu tu kan?
=)

Puteri Satu said...

bila ke blog jiey ni... hati akak mesti rasa terharu... tak tahu kenapa.... airmata wajib je bergenang....

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey.. kamu buat ina nangis di malam ini..huwaaaa!

bersyukur sebenarnya. Tak sia2 berblogging..Selain dapat terapi perasaan sendiri..dapat jumpe keluarga ini.. Alhamdulillah..Terima kasih kawan2.. :)

Pnut said...

Jiey-sebak akak tengok semua gambar ni tau...

ada sorang kawan ni, dia sudah punya dua anak, sempurna belaka, kerja pun ok, tp mulia hatinya, dia ambil seorang anak angkat yang comel, tp down syndrome..

kagum sesangat akak, sebab mulia betul hati dia, membela anak itu, kerana keluarganya tak mau.

Kpd kawan itu, saya tau awak mesti baca ni.. eheheh saya kagum tau....

Adinina said...

Hi Jiey.
Sy nmpk ayah Rayyan sayang benar pada Rayyan. Sbb smlm sy ternampak Jiey sekeluarga kat Carrefour Wangsa Maju. Mesti Jiey tak perasan sy kan? hehehe. Sy tgk ayahnye asyik menolak Rayyan dlm trolley dgn si Rayyan yg sedang bdiri di dalamnya dan senyum2. Jiey plak jalan kat blkg sikit. Sy nak tegur Jiey, tp sy penyegan orgnya..hihi..pastu rasa menyesal plak tak say 'hi'..kalau x bleh berkenalan kan. :)

Intan and The Boys said...

tu la jiey kan? memang ada sesetengah dari kite tinggalkan anak dengan parents mungkin kerana lebih percayakan parents dari orang luar.

tapi bagi kite, kalau anak down syndrom atau istimewa ni, better kite sendiri as parents yang tengok2 dia selalu. hantarkan ke pusat yang terlatih.

kan jiey kan?

gina marna said...

Tinggal kat kuarga kire ade perikemanusiaan lagi Jiey...kite pun x nak bersangka buruk....tp yg buang merata-rata tuh yg sakit ati...ish2 x dok perasaan ke ape ekkk

Juetas Jr. said...

salam..i salah seorg SR jiey..baru2 nie, my sis buat praktikal kat sek pend khas.dgr dia bercerita ttg murid2 tue sgt seronok..bcoz anak2 'istimewa' nie penuh dengan 'kecantikan'.. jiey beruntung dapat 'menikmati' 'keistimewaan' tue sebenarnya...

keep it up girl!! i doakan yang terbaik untuk anda n 'pintu syurga yang bijaksana' itu..comeeyyy!!!

Rizziela said...

Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya dan setiap perbuatan pasti ada penyebabnya...

Semoga kita dapat menjadi ibu bapa yg terbaik untuk amanat yg paling istimewa dalam hidup kita

Jiey^Mien said...

Puteri satu:
Jangan gitu kak..
Kena happy sket..
=)

**************************************************************************************

Ina:
Alhamdulillah..
Rezeki kita..
=)

***********************************************************************************************

Kak Pinut:
Mmg kagum!
Satu dalam sejuta!!
=)

*************************************************************************************************************

Aiyooo Nina...
Nape tak tegur.. Tegur je la..
Bukannya artis pun..
Bila lagi nak dapat peluang jumpe gitu..
Jiey ni bangsa tak tgk org dah..
Ian pki bj blue black ker hijau?
kalo blue black, sure masa tu kitorg tgh rushing nk gi carik changing room, budak Ian itu sudah membuang..
Bau hangit malatop!
:P

***********************************************************************************************************

Puterikurekure:
Btul tu intan..
in fact, abah jiey pun byk kali mintak nk bela ian..
mana la sanggup kita nak berpisah ngan anak sdr..
penat wohh pegnent kan dia..
bia skrg ni merasa penat menjaga plak..

********************************************************************************************************************

gina:
itu la..
comel2 plak tu..
berkenan sggh jiey ngan baby nama mahsya kurnea tu.. rasa nk mintak bela pun ada..
=)

*************************************************************************************************************************

angahjamal:
salam perkenalan..
thanks for dropping by..
nnt kita bls singgah k..
thanks for the prayer.. aminnnn..
=)

*************************************************************************************************************************

Rizziela:
Aminnnnn..
=)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

Jiey,
saya membaca coretan Jiey ini...saya terkesima. seumpama anak saya, Sofie. Sungguh, saya tak sanggup meninggalkan Sofie.
Sebenarnya, tanggapan masyrakat dahulu terhadap anak istimewa berlainan sekali dgn kita skrg. Sungguh, saya merasakan mereka berfikiran sempit. Walau apa pun keadaan, kita wajib menerima amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita. Anak-anak amanah Allah buat kita, tak kiralah anak kita normal atau anak istimewa.

Jiey, terima kasih ye...sudi membaca coretan saya. Rasa ingin panjangkan ukhuwah ini....seronok melihat Jiey dan teman2 kuat Jiey sering bertemu....

Adinina said...

Ian pakai bj biru. Oh patutla nampak mcm rushing. Tu yg sy hesitant nak tegur hehe. Takpela lain kali eh.