Apa sekalipun kerja yang kita lakukan, yang penting niat kita bukan?
.
Kenapa tiba-tiba sahaja saya berbicara tentang perkara ini? Kerana ianya masih berkisar tentang Alanna Qish. ~Sila jenguk blog Alanna untuk cerita lanjut~
.
Saya sedikit kecewa dengan 'pilihan' yang diberikan oleh doktor yang merawatnya. Wajarkah ianya dipanggil 'pilihan' kalau ianya beserta ugutan?
.
Kalau hendak dikatakan kerjaya sebagai doktor adalah sesuatu yang mulia, bergantung pula pada kehendak dan rasa hati doktor itu sendiri. Tidak semua doktor boleh dilabelkan sebagai mulia.
.
Mungkin ada yang berkata, "Oh senanglah kamu bercakap Jiey. Kamu hanya membawa Rayyan Ariff ke hospital swasta. Maka layanan yang diterima juga berlainan."
.
Salah tanggapan itu.
.
Sebetulnya, sepanjang tempoh hampir dua tahun usia Rayyan Ariff, kami juga pernah berdepan dengan situasi yang hampir sama. Kami juga pernah dibentangkan dengan kekecewaan yang hampir sama.
.
Namun yang pasti, di dalam ramai doktor yang kami temui, ada yang punya hati yang baik dan mulia. Dan ini membuatkan kami terus setia bersama doktor-doktor ini.
.
"The brain damages that your baby is suffering is too bad. Most probably, he will not be able to make it. And even if he survive until delivery, he will be no less than a vegetable"
.
Ayat ini diperulangkan berkali-kali kepada kami.
.
"What is our option doctor?"
.
"Termination of pregnancy.."
.
Sejujurnya, saya pernah bertemu dengan beberapa orang ustazah dan ustaz untuk membicarakan persoalan ini. Jawapan yang saya dapat ialah, "Sekiranya kandungan sudah melebihi 12minggu, hukumnya harus dengan syarat, punya pengesahan daripada doktor pakar"
.
Maka kami membuat pilihan yang kami rasakan tepat.
.
Keadaan Rayyan Ariff sudah memenuhi keadaan yang diharuskan. Lihat sahajalah gambar CT Scan Rayyan Ariff ini. Dengan keadaan hampir tiada sel otak, sesiapa sekalipun akan menjangkakan dia tidak akan panjang umur dan pastinya tiada siapa yang menjangkakan dia akan sepeka dan sebijak sekarang. Walaupun tetap ada delay..
.
Reaksi doktor yang merawat saya dahulu? Hmmmm..
Apabila kami memaklumkan kepada Dr.Raman bahawa kami tetap mahu melahirkan anak ini. Dia menghormati keputusan kami. Malah menyatakan sokongannya. "We do our best and let God do the rest." Riak wajahnya yang bersifat kebapaan masih di dalam ingatan saya sewaktu dia menuturkan kata-kata ini.
Sewaktu kandungan saya berusia 6 bulan, Dr.Raman membekalkan saya dengan pil Neurogain yang dikatakan bagus untuk pertumbuhan sel otak bayi. "I dont know how much it can help your baby, but it's no harm trying."
Betul kata-katanya. Pil itu sama sekali tidak membantu Rayyan Ariff kerana kemusnahan sel otak semakin giat berlaku selagi dia masih didalam kandungan. Saya tidak menyalahkan doktor itu. Sebaliknya berterima kasih. Kerana apa yang dia lakukan ialah mencuba selagi terdaya. Bukan hanya itu, secara tidak langsung, dia memberikan saya sokongan moral. Dia tidak berputus asa dengan keadaan Rayyan Ariff dan ini membuatkan saya mahu melangkah dengan lebih kuat lagi!
Dan melihat kepada keadaan Rayyan Ariff hari ini, cukup tepat bahawa manusia bukan tuhan?
Maka yang penting di sini, maklumkan prognosis dan diagnosis kepada pesakit dan beri ruang untuk kami memilih. Dan sebagai doktor, sokonglah apa sahaja pilihan yang dibuat pesakit. *Sedih*
"Why Dr.Raman still wants to proceed with this, if the prognosis is poor?" Dua doktor dari hospital berlainan mengemukakan soalan ini kepada saya sewaktu saya meminta pendapat kedua, kononnya.
Dan sewaktu 5 bulan usia Rayyan Ariff, seorang pakar kanak-kanak yang merawatnya sewaktu dia demam juga pernah bertanya kepada kami, "Didn't your doctor advise you for an abortion?" Apabila dia memaklumkan kepada kami bahawa mata Rayyan ARiff mungkin tidak nampak..
Jawapan kami? "He provided an option but we are the one who made the desicion. And he fully support it.."
Semua pengalaman ini datang dari doktor di hospital swasta. Doktor di mana-mana hospital juga sama. Yang membezakan mereka adalah attitude.
Mungkin betul, ramai lagi yang sakit dan memerlukan rawatan, namun nyawa setiap pesakit itukan punya nilainya yang tersendiri. Hatta nyawa seorang anak istimewa sekalipun!